Anda di halaman 1dari 1

Hati tua ibu amat berat melepaskan aku pergi. Aku juga berat mahu melangkah.

Redha dan restunya amatlah penting untuk aku. Mana mungkin aku menapak pergi tanpa redha ibu yang selama ini bersusah payah dalam membesarkan aku. Sembilan bulan mengendong aku dalam kandungan dengan jerih payahnya, sesungguh hati membesarkan aku, memberikan aku pendidikan yang sempurna. Namun hati tua ibu itu akur jua dengan ketetapan Dia untuk aku pergi dan menapak jauh meninggalkan desa tercinta ini. Alhamdulillah, selesai sudah urusan pengkebumian dan tahlil nenek. Lapang sedikit dada ini untuk meninggalkan keluarga jauh dari mata. Namun kelopak mata ibu yang berkolam itu amat aku faham maksud hatinya. Orang janji dengan Mak, orang jaga diri betul-betul kat sana nanti. Mak jangan risau. Mak doakan yang terbaik untuk orang ya berharap kata-kataku mampu membawa pergi resah di hati tua itu. Anggukan lemah sahaja mengiringi kenyataan yang aku keluarkan. Tuan-tuan dan Puan-puan, kita sudah selamat mendarat di Lapangan Terbang Miri, pengumuman daripada pramugari Malaysia Airlines itu mengejutkan aku daripada lamunan. Sedar tidak sedar, mahu tidak mahu, sampai sudah aku di bumi borneo ini. Permulaan kepada kehidupan yang sebenar. Saat pertama bertemu mata dengan taulan dari tanah semenanjung yang sentiasa berkongsi debaran. Fahmi, Faisall, WeMak, Wan, Hajar, Pidi dan Eza, jumpa pertama kali tapi sampai sekarang masih keep in touch. Perjalanan ke Marudi mengambil masa hampir tiga jam menaiki pacuan empat roda. Bersesak kami 10 orang dalam pacuan empat roda sementara sampai ke Marudi. Perjalanan terasa amat jauh walaupun singkat memandangkan keadaan dalam kereta seolah-olah dalam tin sardin, seinchi pon tidak mampu bergerak. Namun, Alhamdulillah, nikmat Allah berikan kepada kami, kami sampai dengan selamatnya ke Marudi. Sebaik tiba di Pejabat Pelajaran Daerah Baram, Marudi, kami semua guru yang bakal memulakan khidmat di daerah ini diberikan taklimat serba ringkas mengenai dokumen, fail dan perkara asas yang perlu kami ketahui.

Anda mungkin juga menyukai