Anda di halaman 1dari 2

LOGARITMA Logaritma telah dicipta pada awal abad ke-17.

Konsep itu dikatakan dicipta untuk membantu manusia melakukan pengiraan yang sangat rumit dan yang akan memakan masa yang lama untuk menyiapkannya. Konsep logaritma telah membantu

perkembangan yang pesat dalam beberapa bidang. Antara bidang yang telah dipelopori dengan konsep Logaritma ialah Astronomi, Kejuruteraan dan Pelayaran. Dengan menggunakan logaritma, masalah pendaraban dan pembahagian yang sangat rumit dan besar dapat diselesaikan dengan mudah. Seorang Ahli Kaji Matematik berbangsa Scot, John Napier (1550-1617) mencipta logaritma bagi memudahkan operasi pendaraban dan operasi pembahagian. Pada awalnya, beliau telah menggunakan bahasa Yunani. Logaritma bermaksud 'nombor nisbah'. John Napier menggunakan asas untuk menghasilkan sifir logaritma tetapi sifir ini kurang berfaedah. Pada tahun 1614, seorang lagi Professor Geometri, Henry Briggs telah menggunakan ciptaan Napier untuk membentuk satu sifir logaritma yang menggunakan asas sepuluh. Sebelum wujudnya kalkulator elektronik yang mampu melakukan urusan yang lebih besar, konsep dan teori logaritma inilah yang digunakan sepanjang waktu untuk melakukan perhitungan eksponensial. Jadi para ilmuwan dan jurutera dari semua bidang dan sector yang berbeza telah memanfaatkan konsep Logaritma dan sering menggunakannya. Saya telah membaca beberapa artikel luar Negara dan mendapati bahawa penggunaan logaritma mampu menyelesaikan banyak hal. Ia merupakan salah satu sumbangan utama dari matematik ke dunia ilmu pengetahuan. Misalnya, sebelum ada logaritma, para pengkaji Astronomi berasa amat sulit dengan penjumlahan ataupun perkalian yang begitu besar. Dengan munculnya konsep logaritma, perkalian ataupun perkuasaan yang besar menjadi hal yang sederhana. Dalam kehidupan nyata, logaritma sangat diperlukan bagi ilmu pengetahuan. Dalam sejarah ilmu pengetahuan, pengembangan jadual logaritma dan penggunaannya merupakan prestasi yang luar biasa. Para astronomi masih menggunakan skala logaritma untuk paksi grafik dan diagram. Penggunaan logaritma yang paling jelas adalah pada penghitungan skala Richter untuk gempa bumi dan desibel. Logaritma juga diaplikasikan dalam penghitungan frekuensi

muzik. Penggunaan lain fungsi logaritma adalah dalam bidang biologi, iaitu untuk mengukur laju pertumbuhan penduduk, antropologi, dan kewangan.