SINOPSIS
Cerpen Pusaran mengisahkan keakraban hubungan Junid dengan
anak lembu jantan yang diberi nama Pusaran.Junid menghabiskan
sebahagian besar masanya bermain-main dengan Pusaran.Antara
Junid dan Pusaran terdapat pertautan yag aneh.Jika Pusaran
sakit,Junid turut sakit.Menurut Pak Kar,bomoh buta di kampung
mereka,menyatakan bahawa Junid dan Pusaran merupakan anak
kembar tetapi tidak dipercayai olh bapa Junid,Mohsin dan
isterinya,Musalmah.Mereka menghantar Junid ke sekolah dengan
harapan Junid dan Pusaran akan berenggang.Namun,harapan itu
tidak jadi kenyataan. Perhubungan mereka tetap akrab dan
mesra.Menjelang Hari Raya Haji,Mohsin telah menjual Pusaran
untuk dijadikan korban.Junid menyedari kehilangan Pusaran segera
mencari Pusaran sambil menangis.Pusaran akhirnya menemui
Pusaran yang telah dibaringkan,bersedia untuk disembelih.Junid
terus meluru ke arah Pusaran dan memeluk leher Pusaran dengan
erat dan meminta agar dia disembelih bersama Pusaran.Apabila
melihat kejadian itu,Tuan Haji Subki membatalkan korban itu dan
menegur Mohsin kerana tidak berbincang dengan Junid mengenai
perkara itu kerana dia tahu pasti perbuatan ini akan merosakkan
hati Junid dan di hadapan semua orang ,Mohsin berjanji bahawa dia
tidak akan memisahkan Junid dengan Pusaran lagi.
TEMA
Tema cerpen Pusaran ini ialah kasih
sayang seorang kanak-kanak terhadap
lembu peliharaannya.
PERSOALAN
Kemesraan antara manusia dan haiwan peiharaan.
Persoalan ini dapat dikesan sepanjang penceritaan
cerpen ini. Contohnya ketika Junid menyeru nama
Pusaran,Pusaran seolah-olah memahami
seruannya,berlari kencang ke arah Junid dan apabila
Pusaran telah sampai ke tempat Junid,Pusaran akan
menjilat-jilat tangan Junid dan Junid akan membalas
dengan menggosok panjang belakang
Pusaran.(Rujuk muka surat 99 – 102).
Kasih sayang ibu dan ayah terhadap anak
Dapat dikesan apabila Mohsin sanggup
membelanjakan wang yang banyak untuk merawat
Pusaran yang sakit demi Junid yang turut terganggu
kesihatannya kerana seperti kebiasaannya Junid
hanya sembuh jika Pusaran sembuh.
Selain itu,Musalmah juga turut menonjolkan sifat
kasih sayang terhadap anak-anaknya.Musalmah
sentiasa menyediakan santapan untuk anak-
anaknya dan menyediakan pakaian untuk Junid
apabila Junid bermain-main dengan Pusaran.(Rujuk
muka surat 101, perenggan 2)
Kerajinan mencari rezeki
Abang Junid(Junaidi) rajin menjaga kambing-
kambing peliharaan mereka.Dia juga turut dibantu
oleh adik-adiknya yang lain iaitu Rashid dan
Adi.Selain itu mereka juga bersama-sama
membantu ayah mereka menguruskan lembu-lembu
yang dipelihara.
Hidup Bermasyarakat dalam kalangan penduduk
kampung.
Dapat dikesan semasa penduduk kampung
menjalankan ibadah korban.Ramai penduduk
kampung bersama-sama membantu melaksanakan
korban di Hari Raya Haji tersebut.(Rujuk muka surat
109 – 110)
Kepercayaan karut dalam masyarakat
Kepercayaan penduduk kampung yang mengatakan
Junid dan Pusaran anak kembar.Kepercayaan ini
muncul disebabkan kenyataan Pak cik Kar yang
merupakan seorang bomoh tua yang buta.Mohsin
hampir terpengaruh dengan kenyataan yang
diberikan oleh Pak cik Kar tetapi mujurlah dia tidak
mempercayai kata-kata bomoh itu.
Kesedaran terhadap pendidikan yang rendah
dalam masyarakat dahulu.
Kurang dapat dikesan dalam perenggan
ke-5 muka surat 103. Antara petikan ayat
dari perenggan ini ialah ‘Pelajaran setakat
tulis baca itu sudah cukup’ .Ini
membuktikan kesedaran ibu bapa Junid
tentang kepentingan pendidikan adalah
sedikit.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak utama
Junid
Anak bongsu yang menjadi kemanjaan Mohsin
dan Musalmah.
Sangat menyayangi Pusaran dan saling
memahami antara satu sama lain.
Pusaran
Seekor anak lembu jantan milik Mohsin
Seekor anak lembu jantan yang jinak dan
mendengar kata Junid.
Ibunya mati ketika melahirkannya dan tugas
memberi susu kepada Pusaran dilakukan oleh
Junid dengan menggunakan susu botol.
Watak sampingan
Mohsin
Ayah Junid
Bekerja keras untuk menyara keluarganya.
Mempunyai 8 ekar tanah bendang,6 ekar dusun
kelapa dan 20 ekor lembu.
Dikira mewah tetapi tetap hidup sederhana di desa.
Musalmah
Ibu Junid
Bersifat penyayang
Suri rumah sepenuh masa.
Junaidi,Rashid dan Adi
Abang-abang Junid
Pak Cik Kar
Bomoh tua yang buta.Kata-kata dipercayai
sebilangan penduduk kampung.Dia mengatakan
Junid dan Pusaran adalah pasangan kembar.
Perulangan
- “Baik-Baik”, “ Tidak ayah.Tidak.”
Personifikasi
-….dadanya digayuti oleh perasan bimbang
Nilai
Nilai kasih sayang
- Mohsin dan Musalmah sayang akan anaknya
Nilai kemanusiaan
- Haiwan
Nilai keagamaan
-sanggup berkorban mengikut kehendak Islam
Nilai kemasyarakatan
-menasihati dan menegur seseorang yang telah
melakukan sesuatu kesilapan dalam membuat