Anda di halaman 1dari 1

Kampung saya I KAMPUNG SAYA Kampung saya bernama Kampung Chenah.

Kampung saya terletak di mukim Kanaboi, di daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Kerana letaknya di kaki banjaran Titiwangsa, maka warga kampung saya wajar di gelar anak-anak Titiwangsa. Kerana itu juga kampung saya dikelilingi oleh bukit bukau dan gunung ganang yang membiru, sangat mendamaikan dan aman. Pemandangan sekitar sangat cantik dan boleh dijadikan produk pelancongan.Penduduk kampung saya tidak ramai, terdiri dari orang Melayu, Cina dan Orang Asli. Orang Melayu yang serupa dengan orang Orang Asli pun ada. Kebanyakan dari mereka bekerja menoreh getah, bertani dan berkerja kerajaan.Oleh kerana tiada orang India di kampung saya,maka tiadalah ahli ahli Hindraf. Kampung saya dikelilingi oleh hutan tebal. Terdapat banyak binatang liar seperti gajah, babi, semut,anai-anai, belalang dan katak bobok. Kebanyakan dari mereka tidak takut dengan penduduk kampung saya kerana telah biasa terutamanya babi. Berhampiran dengan kampung saya terdapat sebuah lata yang sangat cantik, bernama Lata Kijang. Nun jauh 20km ke dalam hutan. Untuk pergi ke sana terpaksa menggunakan kenderaan 4 x 4 dan merentasi dua buah kampung orang Asli iaitu Kg. Esok dan Kg. Tohok. Jika anda berjalan kaki ke sana, nescaya keesokan harinya baru sampai dengan keadaan fizikal seperti Orang Asli jua adanya. Lata Kijang adalah air terjun jatuhan tunggal tertinggi di Malaysia. Persekitarannya belum tercemar dan sangat bersih. Penduduk kampung saya sangat rajin bekerja. Mereka bekerja selepas subuh sehingga waktu sahur. Berbagai jenis pekerjaan dilakukan mereka.antara pekerjaan mereka adalah menoreh getah, mencari tenggiling, mencari rotan dan mencari pasal.

Anda mungkin juga menyukai