Anda di halaman 1dari 3

ASAS KELAPANBELAS: Islam membebaskan akal, mendorong supaya menilik dan mengamati kejadian alam keliling.

Islam menjunjung tinggi kedudukan ilmu dan ulamak. Mengalu-alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Hikmah adalah merupakan suatu barang yang hilang dari seorang mukmin, di mana saja beliau mendapatinya beliaulah yang lebih berhak memilikinya. Penjelasan Islam membebaskan akal dari belenggu kejahilan, kesesatan dan kebatilan, kerana kebebasan berfikir dapat meletakkan manusia ke jalan yang benar dan memeliharanya daripada kegelinciran dan kesalahan. Ia dapat menyelesaikan masalah besar yang sentiasa menjadi bahan pemikiran manusia, menjawab masalah yang menjadi tanda tanya kepada manusia; dan mana kita datang, kenapa kita diwujudkan dan ke mana sudahnya akhir hayat ini. Kebebasan berfikir bukanlah bererti akal ini dapat bebas berfikir tanpa batas sempadan, malah kebebasan ini hanyalah berkisar dalam lingkungan batas tabii akal itu sendiri supaya akal dan khayal tidak bercampur baur yang membuatkan akal melihat kebatilan itu sebagai suatu hakikat dan kesalahan itu sebagai suatu kebenaran. Islam membebaskan akal daripada pengabdian diri terhadap selain Allah, membebaskan daripada berpegang dan menganuti kebatilan dunia. Islam menggalakkan berfikir dan merenung kejadian alam. Al-Quran telah memuji dan memberikan sanjungan kepada mereka yang berfikir dan memerhatikan kejadian langit dan bumi, kerana dengan berfikir, dari memerhati kejadian alam akan menambahkan kekuatan iman mereka kepada Allah dan menambah pengetahuan mereka tentang kekuasaan Allah. Dalam zaman moden ini ummat Islam haruslah mengambil faedah daripada ilmu-ilmu yang bersangkut paut dengan kejadian alam dan ilmu-ilmu moden lain. Mereka haruslah mempelajari ilmu-ilmu tersebut agar mereka dapat mengetahui rahsia-rahsia alam dan mengumpulkan maklumat-maklumat ini dengan tujuan akan menggunakannya sebagai suatu wasilah dakwah di samping mereka mempergunakannya kepada perkara yang bersangkut paut dengan urusan dunia mereka. Islam menjunjung tinggi kedudukan ilmu dan ulamak. ini jelas terdapat dalam ayat-ayat Al-Quran. Islam juga mengalu-alukan suatu yang baik dan bermanfaat, dengan kata lain Islam tidak melarang mempelajan sesuatu yang memberi manfaat kepada manusia seperti rekaan-rekaan moden, perusahaan industri dalam semua bentuk, ilmu perubatan, fizik dan kimia. Malah mengkaji dan mempelajari ilmu-ilmu tersebut telah menjadi fardhu kifayah kepada ummat Islam, memandangkan ummat Islam memerlukan ilmu-ilmu tersebut, juga memandangkan ilmu-ilmu ini adalah menjadi sebabsebab kekuatan sedangkan berusaha menyediakan kekuatan adalah wajib bagi ummat Islam. Seorang muslim haruslah mempelajari semua jenis ilmu dan perusahaan yang berguna dan memberi manfaat, sekalipun ilmu-ilmu tersebut diterima atau dimulakan atau ditemui oleh orang bukan Islam, kerana seorang muslim lebih berhak mengambil manfaat dari ilmu-ilmu yang berguna dan memberi manfaat daripada orang lain. Seorang muslim tidak harus menolak kecuali perkaraperkara yang bertentangan -dengan Islam dan ditegah syariat.

ASAS KESEMBILANBELAS: Boleh jadi masalah yang dibincangkan oleh syariat berlainan dengan

masalah yang dibincangkan oleh akal, namun demikian syariat dan akal tidak akan bercanggah dalam perkara-perkara yang telah menjadi hakikat dan kenyataan. Percanggahan tidak akan berlaku antara hakikat ilmiah yang sah dengan kaedah syariat yang telah sabit. Perkara-perkara yang zanni (belum putus) dari sudut akal dan syariat haruslah ditafsirkan supaya bersesuaian dengan hakikat yang telah putus. Sekiranya pandangan syariat dan akal dalam sesuatu masalah itu masih zanni, maka pandangan syariat haruslah diutamakan untuk diikuti, hinggalah pandangan akal dalam masalah tersebut dapat membuktikan kebenarannya atau gugur dengan sendirinya. Penjelasan Pandangan akal yang dimaksudkan di sini ialah sesuatu yang dapat dicapai oleh akal dalam hal yang bersangkutan dengan kejadian alam dan kehidupan. Yang dimaksudkan dengan pandangan syariat ialah hukum halal haram dan masalah yang bersangkutan dengan kejadian alam dan penghidupan yang tersebut dalam nas Al-Quran dan hadith. Perkara yang dinaskan dalam Al-Quran, sama ada perkara-perkara yang bersangkutan dengan masalah halal dan haram atau masalah yang bersangkut paut dengan kejadian alam dan kehidupan adalah merupakan perkara hak dan putus, tidak boleh diperbincangkan lagi. Namun demikian boleh jadi nas AlQuran yang menjadi dalil dalam sesuatu masalah itu tidak qatiah (putus), dengan kata lain nas-nas Al-Qiran tersebut boleh ditafsirkan dengan pengertianpengrtian lain, atau boleh jadi nas Al-Quran itu qatiah dengan erti kata bahawa nas tersebut hanya mengandungi satu pengertian dan tidak boleh ditasirkan dengan pengertian lain. Nas Al-Quran yang qatiah adalah merupakan dalil yang putus dan pengertiannya haruslah diterima dengan tidak melihat kepada dalil-dalil yang biasa digunakan untuk mengetahui perkara-perkara halal dan haram atau dalil yang digunakan, untuk mengetahui masalah yang bersangkutan dengan kehidupan. Pengertian yang terkandung dalam nas-nas tersebut adalah hak secara putus. Seorang muslim tidak dibenarkan mencanggahi dan menyalahi pengertian tersebut. Sebagai contoh; ayat Al-Quran yang menerangkan Adam a.s dijadikan daripada tanah, ayat-ayat yang menceritakan wujudnya syaitan dan jin yang bertutur dan berakal dan lain-lain lagi. Nas Al-Quran yang tidak qatiah pula, kita adalah diharuskan memilih salah satu dari pengertian-pengertian yang ditunjukkan oleh nas tersebut supaya Usul Dua Puluh As-Syahid Hasan Al-Bana 52 kita dapat menyesuaikannya dengan hakikat yang telah putus dan sabit melalui percubaan dan dalil yang yakin, seperti pendapat yang mengatakan bahawa bumi ini bulat, nas Al-Quran ada membayangkan pengertian ini dan boleh ditafsirkan demikian. Maka dengan ini pendapat yang telah sabit, yang mengatkan bumi ini bulat adalah dapat diterima. Pengertian nas Al-Quran dan hadith yang qatei tidak mungkin bercanggah dengan hakikat yang telah sabit melalui dalil yang putus dan bukti yang nyata dan yakin. Sekiranya perkara yang dianggap sabit itu tidak mencapai peringkat yakin bolehlah mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran yang mengandungi berbagai pengertian dengan penafsiran Yang sesuai dengan tuntutan bahasa Arab dan berpandukan kepada sebab-sebab turunnya ayat tersebut. Dalam kesemptan ini kita mengatakan bahawa Al-Quran adalah kitab hidayat, pengajaran dan akhlak bukan buku fizik, handasah atau tumbuhtumbuhan. Ilmu-ilmu tersebut dipelajari oleh manusia melalui penyelidikan dan percubaan dan akal, dan tidak ditegah mengkajinya. Sekalipun demikian boleh

jadi Al-Quran menyentuh persoalan-persoalan alam dengan tujuan menarik pandangai manusia kepada kekuasaan Allah dan keindahan ciptaannya dan dalam menyentuh pemasalahan alam ini maka Al-Quran menyebutkan sebahagian dari hakikat-hakikat alam. Hakikat kejadian alam yang dinyatakan dalam Al-Quran adalah hakikat yang hak dan benar, sesuatu yang mencanggahi hakikat yang telah dinyatakan Al-Quran adalah dianggap batal, apabila ayatayat yang menyentuh hakikat tersebut terang dan jelas dalam menerangkan hakikat tersebut.

Anda mungkin juga menyukai