Anda di halaman 1dari 3

EKNIK SIMULASI

Pendahuluan

Salah satu usaha untuk menuju ke arah pengajaran yang berpusat kepada murid ialah mengadakan pelbagai teknik pembelajaran yang memerlukan penglibatan murid secara aktif. Penglibatan murid secara aktif ini perlu kerana murid akan dapat memperoleh pengetahuan dan penguasaan kemahiran dengan lebih berkesan melalui pelbagai aktiviti yang disarankan. Simulasi merupakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang memberi sumbangan kea rah mewujudkan pembelajaran yang berpusat kepada murid. Melalui simulasi,murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpul maklumat melalui pembacaan, temu ramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting sebagai persediaan untuk aktiviti simulasi yang dirancangkan oleh guru. Semasa proses simulasi ini dijalankan, murid-murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Selepas aktivit simulasi ini murid-murid digalakkan membuat laporan tentang keputusan yang telah dibuat dengan kata sepakat dan kerjasama dalam kumpulan. Aktiviti seperti ini dapat memberi peluang kepada murid mengalami sendiri situasi dan masalah, dan seterusnya menggalakkan mereka membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Peluang belajar melalui pengalaman seperti ini sesuai dengan naluri dan keperluan murid yang sentiasa mempunyai sikap ingin mencuba, mengkaji, mengalami sendiri dan berperanan seperti individu-individu tertentu. Teknik simulasi sesuai digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Alam dan Manusia dan Pendidikan Moral. Walaupun contoh-contohnya lebih ditumpukan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu, tetapi guru bolehlah menggunakan prosedur yang sama untuk mata pelajaran lain.

Apakah simulasi?

Simulasi boleh ditakrifkan sebagai satu situsi yang diwujudkan hamper menyerupai keadaan sebenar. Simulasi memerlukan peserta berinteraksi sesame sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isu atau tugasan tertentu.

Terdapat persamaan dan perbezaan antara simulasi dengan main peranan. Dari segi persamaan, keduadua teknik ini berdasarkan situasi dan peserta memegang peranan atau tanggungjawab tertentu. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan dari segi penglibatan peserta, peranan, persediaan dan situasi yang diwujudkan.

Matlamat simulasi

Tujuan Simulasi adalah untuk membolehkan pelajar: a) b) c) d) e) f) g) Menggunakan bahasa dengan lebih berkesan mengikut situasi Memahami bidang pengetahuan dan situasi yang dihadapi Menajamkan pemikiran dan meningkatkan daya kreativiti, analitis dan kritis Menghasilkan laporan dengan berkesan Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi Mengalami sendiri sesuatu situasi Menyakinkan diri sendiri

Jenis Simulasi

Aktiviti simulasi dapat diwujudkan berasaskan masalah dan penyelesaian masalah. Masalah ini boleh diambil daripada masalah murid, masyarakat atau masalah yang diketahuinya. Apabila masalah dapat diselesaikan, murid-murid dikehendaki menyediakan dan menyampaikan laporan sama ada secara lisan atau penulisan. Secara amnya, simulasi dapat digolongkan kepada dua jenis iaitu pemusatan kepada masalah dan pemusatan kepada penerbitan.

(a) Pemusatan kepada Masalah Simulasi jenis ini memerlukan peserta berbincang tentang sesuatu masalah atau isu dan kemudian membuat keputusan serta menyelesaikan masalah tersebut. Semasa perbincangan, kemungkinan timbul konflik atau percanggahan pendapat. Namun demikian, keptusan perlu dibuat berdasarkan kata sepakat. Pemusatan kepada masalah memerlukan peserta menyediakan laporan atau cadangan setelah sesuatu masalah atau isu itu dibincangkan.

(b) Pemusatan kepada Penerbitan Simulasi jenis ini mengandungi komponen penyelesaian masalah pada peringkat awal, tetapi sebahagian besar adalah untuk menghasilkan sesuatu penerbitan. Dalam simulasi jenis ini, perbincangan dan keputusan yang dibuat akan menghasilkan sesuatu projek atau penerbitan. Sesuatu projek yang dihasilkan itu merupakan hasil usahasama yang positif.

Perancangan aktiviti simulasi Sebelum sesuatu simulasi hendak dibina, guru boleh mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan kepada diri sendiri: a) b) c) d) Apakah masalah dan situasi yang hendak dikemukakan? Siapakah yang mengambil bahagian semasa simulasi dijalankan? Apakah yang perlu mereka lakukan semasa melaksanakan simulasi? Apakah yang perlu peserta sediakan sebelum simulasi dijalankan?

Keperluan utama dalam aktiviti simulasi Untuk menjalankan aktiviti simulasi, guru perlu menyediakan kad arahan bertulis. Kad arahan ini ialah kad atau kertas yang dicatatkan arahan bertulis yang bertujuan membolehkan murid menjalankan tugas yang ditentukan. Terdapat dua jenis kad arahan iaitu kad arahan am dank ad arahan khusus. Kad arahan am ialah kad yang dapat menggambarkan secara umum tentang situasi, masalah dan tugas yang perlu dijalankan oleh kumpulan berkenaan. Manakalan kad arahan khusus pula disediakan untuk individu yang memegang peranan yang telah ditentukan. Arahan yang diberi dapat membantu murid menjalankan peranan atau tugas yang diharapkan.

Anda mungkin juga menyukai