Anda di halaman 1dari 6

SJK ( C ) BAN FOO, JOHOR BAHRU,

KG. BARU BAN FOO, 81800 ULU TIRAM,


JOHOR BAHRU, JOHOR
KOD SEKOLAH : JBC 1029

SEKOLAHKU KEBANGGAANKU

KERTAS CADANGAN
KAJIAN TINDAKAN
2009

PROPOSOL
KAJIAN TINDAKAN

NAMA SEKOLAH

: SJK ( C ) BAN FOO

ALAMAT

: 81800 ULU TIRAM, JOHOR

PENYELARAS

: EN. KAMARUL AMIR RAZAIZAT BIN KAMALUDIN

TAJUK KAJIAN

: TEKNIK MEMBINA LIMA AYAT BERDASARKAN


GAMBAR DALAM BAHAGIA A (KERTAS 2)

1. REFLEKSI MASALAH.
Saya di SJKC Ban Foo Masalah utama saya ialah kelemahan murid
dalam membina ayat. Situasi ini berlaku kerana murid tidak dapat membina ayat
seperti yang diinginkan oleh guru. Hasil ayat yang dibina melalui latihan dan
ujian yang diberikan amat tidak memuaskan. Terdapat banyak kesalahan yang
dilakukan oleh murid apabila membuat latihan membina ayat dan semasa
menjawab soalan ujian Bahasa Malaysia Bahagian A, kertas 2. Murid tidak dapat
memperkembangkan idea serta tidak memahami teknik-teknik bagi menjawab
soalan yang dikemukakan dengan bernas dan tepat. Senario ini menyebabkan
hasil jawapan murid tidak menarik dan kurang tepat. Kesukaran murid untuk
membina ayat adalah disebabkan kurangnya imaginasi murid, kurang
pembacaan bahan Bahasa Malaysia serta pengaruh bahasa ibunda murid yang
kuat. Selain itu, murid juga tidak mengetahui teknik-teknik yang betul untuk
mengetengahkan idea mereka dalam bentuk rangka ayat terlebih dahulu
sebelum membina ayat yang lengkap. Justeru itu, murid ketandusan idea ketika
membina ayat. Pertautan idea diantara ayat juga sukar dilakukan kerana murid
tidak dapat berfkir dalam ruang lingkup yang lebih besar. Idea mereka hanya
terbatas kepada contoh yang diberikan oleh guru.
Melalui pemerhatian yang dijalankan sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran, murid tidak berfikir secara kreatif dan kritis untuk membina ayat
yang menarik dan gramatis. Justeru itu, melalui kemahiran yang akan
dicadangkan oleh saya, diharap dapat membantu mengurangkan dan seterusnya
mengatasi masalah murid ini.

2. FOKUS KAJIAN.
Berdasarkan refleksi diatas, didapati bahawa , murid tidak berfikir secara
kreatif dan kritis untuk membina ayat yang menarik dan gramatis dan murid tidak
dapat memperkembangkan idea serta tidak memahami teknik-teknik bagi
menjawab soalan yang dikemukakan dengan bernas dan tepat. Masalah ini
berlaku dalam kalangan 10 orang murid dari kelas 5M. suatu langkah yang
sewajarnya perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Justeru itu, kajian yang
akan dijalankan nanti menekankan kepada aspek membina ayat. Hal ini adalah
penting kerana dapat melatih murid dari peringkat awal supaya mereka dapat
membina ayat yang menarik dan bermutu.
Fokus kajian yang akan dijalankan ini menekankan supaya murid dapat
menguasai lima ayat berpandukan gambar. Hal ini penting kerana membina lima
ayat berpandukan gambar merupakan komponen penting daripada soalan kertas
2 dan sekiranya murid menguasai kemahiran ini maka peratusan murid untuk
lulus dengan baik Bahagian A adalah tinggi khususnya dan dapat
mempertingkatkan peratusan murid yang lulus kertas 2 Bahasa Malaysia amnya.
3. OBJEKTIF KAJIAN
3.1 OBJEKTIF AM
Kajian yang akan dijalankan ini bertujuan untuk memberikan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan menggunakaan
pelbagai kaedah dan pendekatan agar dapat mengatasi permasalahan
kelemahan murid dalam membina ayat dan seterusnya dapat
meningkatkan peratus kecemerlangan murid dalam matapelajaran
Bahasa Malaysia.
3.2 OBJEKTIF KHUSUS
Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk;
3.2.1. Meningkatkan minat murid terhadap matapelajaran Bahasa
Malaysia
3.2.2. Meningkatkan pengguasaan murid ketika membina ayat
3.2.3 Memantapkan kreativiti murid ketika membina ayat dengan
perkataan yang sesuai dan bermutu
3.2.4 Meningkatkan peratusan murid yang lulus dalam mata pelajaran
Bahasa Malaysia Kertas 2, Bahagian A.

3.2.5 Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran.


3.2.6 Guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
seronok.
4. KUMPULAN SASARAN.
Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 10 orang murid dari kelas
5M. Murid-murid ini disasarkan kerana kelemahan mereka dalam membina ayat
dan sekiranya mereka dapat menguasai kemahiran yang diberikan maka
peratusan untuk murid mendapat markah yang baik pada Bahagian A, Kertas 2
mata pelajaran Bahasa Malaysia adalah tinggi.

5. TINDAKAN YANG DICADANGKAN


Melalui pemerhatian yang telah dijalankan maka beberapa cadangan
telah dikenalpasti bagi meenjalankan kajian tindakan ini, iaitu;
A) Tinjauan masalah
Mengesan masalah daripada latihan yang diberi semasa pengajaran
dan pembelajaran, latihan kerja rumah dan juga ujian bulanan.
Keputusan UPPM 1 Kertas 2 Bahasa Malaysia
BIL
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8
9.
10.

NAMA
SIAK YAW
JOE
TYE ZHI
YONG
LING KAH YI
CHONG SHI
QI
LOOI ZI QING
NEO YONG
TING
POH WEN LI
POON KAH
YEE
SAW CHING
CHUAN
SOH QIAO
SHI

KERTAS 2
B
C

1%

11%

1%

1%
3%

0%
11%

1%
4%

3%
3%

10%
11%

1%
8%

4%
3%

5%
11%

4%
1%

2%

10%

1%

2%

16%

4%

1%

10%

1%

GRED

22.0%

3.0%

30.0%

23.0%

37.0%

22.0%

25.0%

22.0%

37.0%

20.0%

B) Ujian pra (pre test)


Satu ujian akan dijalankan untuk mengesan kelemahan murid dan
jumlah murid yang tidak dapat menjawab soalan dengan tepat. Bilangan
ayat adalah lima.
Keputusan Ujian Pra Bahagian A
BIL
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8
9.
10.

NAMA
SIAK YAW
JOE
TYE ZHI
YONG
LING KAH YI
CHONG SHI
QI
LOOI ZI QING
NEO YONG
TING
POH WEN LI
POON KAH
YEE
SAW CHING
CHUAN
SOH QIAO
SHI

KERTAS 2
A
2%
1%
2%
2%
3%
3%
3%
2%
3%
1%

C) Ujian pra (pre test)


Satu ujian akan dijalankan untuk mengesan kelemahan murid dan
jumlah murid yang tidak dapat menjawab soalan dengan tepat. Bilangan
ayat adalah lima.
D) Teknik menjawab
Teknik membina lima ayat akan diajar kepada murid. Setiap murid
akan menerima satu soalan untuk membina ayat. Guru meminta murid
meneliti aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut. Murid akan
mengenalpasti aktiviti-aktiviti dan kata kerja serta nilai murni yang sesuai.
Murid juga akan diminta membulatkan dan menomborkan aktiviti-aktiviti
yang terdapat dalam gambar tersebut. Seterusnya semasa murid menulis,
mereka akan menulis ayat berdasarkan nombor dan aktiviti-aktivi ang
telah bertanda. Justeru itu, murid akan mendapat idea untuk menulis.
Akhir sekali sebagai galakan dan untuk menimbulkan keseronokan
kepada murid mereka diminta mewarnakan gambar tersebut.

E) Ujian (post test)


Satu ujian sebenar akan dijalankan semula untuk menilai kefahaman
dan penguasaan murid berdasarkan teknik pengajaran dan pembelajaran
yang dicadangkan. Sekiranya 80 peratus murid pada kumpulan sasaran
dapat menjawab dengan baik, maka jelaslah bahawa keberkesanan teknik
yang akan diperkenalkan. Justeru itu, teknik ini akan dapat
diaplikasikandan diperluaskan kepada kumpulan lain.

7. JADUAL PERLAKSANAAN UJIAN


BIL.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

AKTIVITI

TEMPOH
PERLAKSANAAN
Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal
1 minggu
Menulis proposol awal kajian tindakan
1 minggu
Merancang tindakan individu/kumpulan
1 hari
Melaksanakan aktiviti
3 hari
Membincangkan masalah yang wujud dalam tindakan
3 hari
yang dilaksanakan
Ujian penapaian untuk mengesan perubahan klien
1 hari
Refleksi kajian
2 hari
Menulis laporan kajian
1 minggu
Pembentangan dapatan kajian di sekolah
1 hari

8. ANGGARAN PERUNTUKAN KEWANGAN PEMBELANJAAN KAJIAN


Bil.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Perkara
Kertas A4
Kertas warna
Fotostat bahan dan laporan kajian
kad manila
Pen marker
CD
Buku Catatan
JUMLAH

Jumlah
3 x RM 9.50
20 x RM 0.50
20 x RM 5.00
1 kotak x RM 18
3 x RM 2.00
1 x RM 5.00

Kos
RM 28.50
RM 10.00
RM 30.00
RM 10.00
RM 18.00
RM 6.00
RM 5.00
RM 117.50

Anda mungkin juga menyukai