Anda di halaman 1dari 10

1.0 Pendahuluan Pelajar 5 PISMP Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT 1) akan menganjurkan satu karnival permainan tradisional.

Karnival yang akan melibatkan semua pelajar Semester 5 IPGM Kampus Pendidikan Teknik Bandar Enstek ini dijalankan bagi menggalakkan semua bakal guru sentiasa beriadah disamping mempopularkan kembali permainan tradisional yang pernah menjadi permainan nenek moyang kita pada masa dahulu. Malah, ianya juga mampu memperkenalkan permainan yang semakin dilupakan ini kepada generasi baru.

2.0 Rasional Penglibatan semua pelajar dalam pertandingan ini adalah perlu, agar semua pelajar dapat sama-sama menyertai dan seterusnya mendapat pengalaman merasai suasana dalam Karnival Permainan Tradisional ini. Oleh itu, melalui penganjuran pertandingan ini, ianya akan mendatangkan banyak faedah kepada para pelajar itu sendiri.

3.0 Matlamat Karnival Permainan Tradisional ini dapat membantu bukan sahaja penganjur malah semua pelajar yang mana sebelum ini tidak pernah bermain permainan tradisional mendapat pengalaman baru dan secara tidak langsung boleh disampaikan kepada anak murid apabila bergelar seorang guru kelak. Malah, melalui karnival permainan tradisional ini juga pelajar mampu mengenali sesebuah permainan tradisional itu dengan lebih mendalam dan terperinci.

4.0 Objektif Pertandingan ini adalah bertujuan untuk :1. Memupuk semangat kerjasama antara pelajar. 2. Menambah ilmu, pengalaman, kemahiran asas adalam aspek teknikal semasa tempoh pertandingan tersebut. 3. Memupuk nilai-nilai murni sesama ahli pasukan. 4. Mengeratkan hubungan antara pelajar. Malah bukan sahaja dikalangan pelajar tetapi juga di kalangan pelajar dan guru yang terlibat. 5. Mengetahui cara-cara pengendalian pengurusan pertandingan.

5.0 Penganjur Pelajar Semester 5 Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT 1) IPGM Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.

6.0 Sasaran Semua pelajar semester 5 IPGM Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Nilai Negeri Sembilan yang mengambil subjek Pendidikan Jasmani sebagai subjek minor mereka. Sebanyak 7 kelas yang terlibat dan mereka diminta untuk menghantar 2 kumpulan bagi setiap kelas.

7.0 Masa, Tarikh dan Tempat Tarikh : 16 Mei 2013 Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 Tempat: Padang IPGM kampus Pendidikan Teknik.

8.0 Organisasi Jawatankuasa Karnival Permainan Tradisional Ipgm Kampus Pendidikan Teknik Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan Penaung : Dr. Muhammad Bin AB Rahman Pengarah IPGM Kampus Pendidikan Teknik.

Pensyarah Penasihat : En Kamarul Azhar Kamarudin (PJM 3112) Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha 1 Setiausaha 2 Bendahari Ahli Jawatankuasa :1. Makanan : Nur Emyra Binti Mohd Noor Hanis Izzati Binti Ibrahim : Nabila Syazween Binti Farid Nur Effira Binti Mohd Razali : Mohd Zubir Bin Razip Terry Martin Khairunnisa binti Mohd Sabri : Muhammad Redza Bin Khalid Siti Nur Hajar Binti Johari : Mohamad Taufiq Amirullah Bin Fauzi Wan Noryazmeen Binti Nordin : Muhammad Syahir Bin Mohd Adnan : Nor Atiqah Binti Amirruddin : Elmey Daimon : Syazwan Bin Mohd Sanosi : Nurul Liyana Binti Abd Razak

2. Aktiviti

3. Dokumentasi

4. Kebersihan dan Disiplin

5. Hadiah dan Cenderamata

9.0 Maklumat Program Sebuah karnival mengenai permainan tradisional akan dijalankan anjuran kelas RBT 1. Permainan tradisonal yang difokuskan dan ingin diketengahkan ialah permainan galah panjang. Permainan galah panjang merupakan permainan yang sering dimainkan oleh kanak-kanak yang tinggal dikawasan desa. Permainan ini sememangnya popular dalam kalangan kanak-kanak. Namun dewasa ini jika dilihat, permainan ini semakin pupus ditelan zaman. Kanak-kanak zaman sekarang kurang mengenali permainan yang sememangnya dimainkan oleh nenek moyang mereka sejak turun temurun. Jadi permainan galah panjang ini akan dijadikan fokus untuk mempopularkan semula permainan ini dalam kalangan guru pelatih. 9.1 Undang- undang dan peraturan permainan Permainan ini akan dijalankan secara liga. Setiap kelas akan menghantar dua kumpulan bagi mewakili kelas mereka. Satu kumpulan akan diwakili dengan 7 orang peserta. Konsep permainan tradisional galah panjang ini masih sama seperti cara yang dimainkan oleh nenek moyang kita. Permainan ini tidak akan diubah kerana untuk mengekalkan keaslian konsep permainan disamping memperkenalkan permainan ini kepada masyarakat kini. Jadi, konsep permainan ini ialah satu kumpulan akan menjadi penghalang dan satu kumpulan akan menjadi penyerang. Peraturan permainan ini ialah pasukan penyerang perlu cuba untuk melepasi halangan yang mana setiap garisan akan dijaga oleh pasukan penghalang. Semua gaya atau cara dibenarkan tetapi ianya perlulah berada didalam kawasan gelanggang permainan. Mana-mana peserta yang cuba bermain menggunakan taktik kotor akan disingkirkan. Pasukan penyerang yang ahli kumpulannya berjaya melepasi semua halangan akan diberi 5 mata. Permainan tamat sekiranya semua pasukan penyerang tidak berjaya melepasi halangan yang dibuat oleh pasukan penghalang.

10.0 Tentatif Program 7.30 pagi 8.00 pagi 8.15 pagi : Semua Pelajar mendaftarkan diri : Ketibaan tetamu kehormat : Ucapan kata alu-aluan Ucapan perasmian oleh Pengarah IPGM 8.30 pagi 10.30 pagi : Permainan Tradisional dimulakan : Permainan Tamat : Penyampaian hadiah 11.00 pagi : Bersurai

11.0 Anggaran Kos Perbelanjaan Barang Tepung gandum Hadiah pemenang Hadiah saguhati kuantiti 1 kotak x 12 3 10 Jumlah keseluruhan Jumlah seunit RM 2.60 RM 20.00 RM 10.00 Jumlah RM 31.20 RM 60.00 RM 100.00 RM 191.20

12.0 Peralatan yang digunakan Bagi menjalankan karnival permainan tradisional ini, kami menganggarkan penggunaan alatan adalah minimum. Kami hanya memerlukan 10 biji kon untuk membuat penanda yang menunjukkan kawasan tersebut merupakan gelanggang permainan. Selebihnya gelanggang perlawanan akan dibuat menggunakan tepung gandun bagi memudahkan peserta melihat kawasan gelanggang semasa pertandingan.

13.0 Borang Penyertaan Rujuk Lampiran 1

14.0 Borang keputusan rasmi Rujuk Lampiran 2

Lampiran 1

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL (Galah Panjang) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, BANDAR ENSTEK, NILAI, NEGERI SEMBILAN

NAMA PESERTA

: 1.____________________________________________ 2.____________________________________________ 3.____________________________________________ 4.____________________________________________ 5.____________________________________________ 6.____________________________________________ 7.____________________________________________

KELAS

: ______________________________________________

Lampiran 2 Borang keputusan rasmi Kumpulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Mata

Penutup Sepanjang karnival permainan tradisional dijalankan, pelbagai pengalaman yang dilihat mampu diperoleh kepada semua pelajar tidak kira samada sebagai seorang penganjur mahupun seorang peserta. Jika dilihat, melalui permainan tradisional, pelbagai kebaikan mampu diperoleh. Antaranya ialah pemupukan sikap kerjasama dan tolong-menolong antara kumpulan dan sesebuah pasukan. Malah, melalui karnival ini juga, secara tidak langsung guru pelatih dapat mengeluarkan peluh dan menjalani aktiviti yang sihat yang mana mampu mencergaskan otak dan minda. Bahkan melahirkan seorang bakal guru yang sihat dan cerdas dalam pelbagai aspek yang dilihat perlu untuk seorang bakal guru. Dalam pada itu, karnival permainan tradisional ini juga mampu melatih guru pelatih untuk mengelola sesebuah aktiviti ataupun program. Sepertimana yang kita tahu, seorang guru perlulah mahir dalam menjalankan aktiviti dan mengelola sesebuah aktiviti ketika disekolah kelak. Jadi melalui penganjuran karnival permainan tradisional ini juga secara tidak langsung akan memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari dan mendalami apa yang diperlukan apabila menjalani sesebuah aktiviti. Sementara itu, karnival permainan tradisional ini juga mampu mempopularkan semula permainan tradisional yang dilihat dewasa ini semakin pupus ditelan zaman. Melalui penganjuran karnival seperti ini, secara tidak langsung mampu menceritakan kepada generasi baru bahawa uniknya permainan tradisional dan sebagai generasi baru, mereka perlu memperkembangkan permainan jenis ini supaya tidak luput ditelan zaman. Sebagai kesimpulannya, penganjuran karnival permainan tradisional ini

mempunyai pelbagai kebaikan yang dilihat mampu mencorakkan kepelbagaian positif kepada generasi baru. Sebagai seorang bakal guru, menjadi tanggungjawab untuk menarik minat generasi baru supaya mempelajari dan mengenali permainan tradisional ini supaya kekal dan tidak luput ditelan zaman.

KERTAS CADANGAN 5 PISMP RBT 1 KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

TEMPAT: PADANG IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, BANDAR ENSTEK, NILAI NEGERI SEMBILAN

TARIKH: 16 MEI 2013

ANJURAN: JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, BANDAR ENSTEK, NILAI, NEGERI SEMBILAN

Anda mungkin juga menyukai