Anda di halaman 1dari 54

HIDRAULIK

Apa itu hidraulik? suatu sistem yang menggunakan bendalir (minyak) untuk menghasilkan daya gerakan. Bagaimana sistem hidraulik berfungsi? Minyak bertekanan terdapat di dalam sebuah tangki (power pack). Pam digunakan bagi menyedut minyak yang dipacu oleh motor maka aliran bendalir terhasil. Arah aliran dan kadar aliran tekanan dikawal oleh injap yang bertekanan. Penggerak menukarkan tekanan bendalir kepada pergerakan mekanikal (Kuasa).

Jumlah keluaran kuasa yang terhasil bergantung kepada


Aliran bendalir, Kecekapan keseluruhan dan Kejatuhan tekanan

Contoh kegunaan hidraulik


Jentolak Traktor Mesin gerudi Lori dan lain-lain lagi. Jengkaut mesin penempa Mesin pelarikan kawalan komputer Jentera pertanian mesin injeksi plastik dan mesin die casting.

Sistem hidraulik adalah lebih baik dan efisien berbanding sistem penumatik dalam pembinaan jentera berat kerana sistem hidraulik menggunakan bendalir sebagai bahantara.

SUSUNATUR KOMPONEN
Komponen-komponen asas : Tangki - menakung minyak hidraul dan menyejukkan minyak hidraul. Penapis - menapis minyak hidraul dari kekotoran. Pam - mengedar kuantiti minyak hidraul ke seluruh sistem. Penumpuk - Menyimpan tekanan sistem, menyerap getaran dan menstabil tekanan sistem. Injap - mengatur tekanan dalam litar dan mengawal arah aliran minyak. Silinder - mengeluarkan kuasa untuk membuat kerja bagi gerakan lurus. Motor - mengeluarkan kuasa untuk membuat kerja bagi pergerakan putaran.
SILINDER

Injap kawalan aliran


Injap kawalan berarah
Penumpuk

Injap pelega

Injap sehala
Pam

Motor Penapis Tangki

SIMBOL-SIMBOL PIAWAI BAGI KOMPONEN HIDRAULIK

Injap

INJAP
Injap di dalam sistem hidraulik berfungsi sama seperti injap di dalam sistem pneumatik. Kaedah Menggerakkan Injap

Jenis-jenis injap
Injap Kawalan Tekanan
Injap kawalan tekanan digunakan untuk menghadkan atau mengawal tekanan sistem.
Injap pelega dan sehala Injap pengurang tekanan Injap penjujukan tekanan Injap pemunggahan tekanan Injap imbangan lawan.

Jenis jenis injap


Injap Kawalan Arah
Injap kawalan arah digunakan untuk meneruskan pengaliran minyak di dalam sistem hidraul
Injap Pusat Terbuka dan Pusat Tertutup Injap Kawalan Arah Jenis Kili Injap Kili Sebadan Dan Cantuman Injap kawalan aah jenis rotor

Jenis jenis injap


Injap Kawalan Aliran
Menghadkan aliran masuk atau keluar dari komponen yang mana kelajuannya senang dilaras. Injap ini ialah jenis tiada pampasan. Mengalihkan arah aliran dari komponen yang mana kelajuannya senang dilaras. Injap jenis ini biasanya berpampasan.

Penggerak

Penggerak
Dua Jenis Penggerak lurus
Selinder satu tindakan Selinder dua tindakan

Peggerak berputar
Motor Hidrulik

Jenis-jenis Motor Hidraulik


Bilah Gear Luar Gear
Motor Hidraulik

Gear Dalam Skru Paksi Bengkok

Piston Paksi Piston


Piston Jejari

Plat Kocak

Pump Hidraulik

Pump Family T ree


Pumps Non-P ositive Displacement
(Centrifugal)

P ositive Displacement

Gear

Vane

Piston

Fixed

Fixed

Variable Radial Axial

Bent-Axis

In-Line

Fixed

Variable

Fixed

Variable

Fixed

Variable

Figure 15-1

Pump categories

COPYRIGHT C (2001) EATON CORPORATION

PUMP

Gear Pump
Menggunakan dua atau lebih pasangan gear yang sama saiz Dipasang di dalam sebuah kotak keluli yang mempunyai saluran masukan dan keluaran.
KEDAP DALAM TERBENTUK DI SINI SALUR KELUAR

SALUR MASUK

Pam Jenis Gear

Ram

Mengandungi beberapa ram rotor yang bebas bergelangsar dengan celah jejari. Rotor bersipi dengan perumah Cecair akan mengalir ke dalam ruang masukan apabila ruang antara sarung rotor dan ram rotor menjadi besar Cecair dikeluarkan dari ruang disebelahnya apabila ruang itu menjadi kecil ketika rotor itu berpusing.

Omboh
Digunakan pada sistem dengan tekanan operasi melebihi atau sama dengan 140 bar. kecekapan yang tinggi pada tekanan tinggi. aliran malar, Terdapat 2 jenis pam hidraulik berbilang omboh, iaitu jenis paksi dan jejarian.

Pam paksi terbahagi kepada dua jenis


a) Paksi Bengkok b) Paksi Plat Kocak.

Pam jenis omboh jejarian,


a) jenis alir jejari piston berpusing. b) sesondol berpusing

SKRU

Tahan lasak kerana bendalir yang digunakan akan bertindak sebagai pelindung daripada kebocoran. Sesuai digunakan jika beban yang dikenakan padanya tidak berubah. Memerlukan penapis minyak yang dipasang secara siri dibahagian keluaran.

Tangki Hidraulik

LITAR SISTEM ASAS HIDRAULIK


Litar sistem asas hidraulik terbahagi kepada dua iaitu : Litar sistem pusat terbuka Litar sistem pusat tertutup

Litar Sistem Pusat Terbuka


Dalam litar sistem pusat terbuka , pam akan bergerak berterusan walaupun injap kawalan arah berada dalam kedudukan neutral. Minyak hidraulik akan mengalir dengan berterusan dari pam melalui injap kawalan arah kemudiannya mengalir balik ke tangki. Rajah litar adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah.

Litar sistem terbuka semasa neutral

Kebaikan Sistem Pusat Terbuka


Binaanya lebih ringkas Tekanannya lebih rendah pada masa pergerakan. Kurang getaran dan haus Kurang tenaga disebabkan oleh kebocoran apabila sistem berkeadaan neutral. Litar yang mudah dan senang dibina. Kurang penyenggaraan.

Litar Sistem Tertutup


Dalam litar sistem tertutup, pam akan berhenti semasa injap kawalan arah berada dalam keadaan neutral. Injap kawalan arah akan menghalang aliran minyak dari pam. Ini akan menyebabkan pam hidraul berhenti dari mengepam minyak. Pam akan dimatikan dengan memutuskan bekalan arus ke motor yang memusingkan pam. Suis tersebut dikawal oleh tekanan minyak. Contoh litar sistem tertutup adalah seperti ditunjukkan dalam rajah.

Litar sistem tertutup semasa neutral

KEBAIKAN SISTEM PUSAT TERTUTUP


Pam hanya bergerak apabila sistem memerlukan minyak. Cara ini menjimatkan kuasa enjin apabila alat hidraul digunakan. Minyak disimpan dengan tekanan yang tinggi untuk tindakan cepat. Cara ini menjimatkan masa kendalian (operating time). Kelambatan tindakan sistem hidraul dapat dikurangkan dengan menyediakan minyak bertekanan tinggi untuk tindakan segera berbending dengan sistem pusat terbuka di mana minyak hendaklah dirangkap sebelum tekanan minyak boleh dinaikkan atau ditinggikan untuk operasi . Jika sistem hidraul digunakan untuk membuat pelbagai kerja dalam satu masa yang sama memanglah gerakan sistem akan mengambil masa yang panjang untuk meningkatkan tekanan ke tekanan sistem.

Hidraulik Tulin
Ianya direkabentuk untuk mengawal jujukan operasi silinder dengan menggunakan injap jujukan, contohnya jujukan yang diberi adalah A+ B+ B- A-. Berdasarkan rajah 8.4 di bawah, injap kawalan arah digerakkan dengan kuasa hidraulik. Apabila injap kawalan arah digerakkan, silinder A dan B akan bergerak mengikut jujukan berikut:Rod Silinder A ( pengapit ) bergerak keluar Rod Silinder B ( penggerudi ) bergerak keluar Rod Silinder B bergerak masuk Rod Silinder A bergerak masuk

1. 2. 3. 4.

Rajah: Litar Hidraulik Tulin


Untuk Pengapit
B

Untuk Gerudi
A

1 4

2 3

PENGAWALAN TEKANAN DAN ALIRAN PADA PENGGERAKPENGGERAK SISTEM HIDRAULIK

PENGAWALAN TEKANAN DAN ALIRAN PADA PENGGERAK-PENGGERAK SISTEM HIDRAULIK Pengawalan kelajuan rod silinder bergantung kepada keperluan sesuatu kerja tersebut. Litar yang mengawal kelajuan rod bergantung kepada kedudukan injap kawalan aliran pada sesuatu litar hidraulik. Terdapat 3 cara kelajuan rod dikawal semasa ia keluar iaitu: Meter - Out Meter - In Bleed Off

Litar Meter in
Injap sehala dipasang Untuk membolehkan tiada gangguan pada kelajuan rod silinder semasa gerakan masuk. Apabila tekanan silinder mencapai ke tekanan maksimum minyak akan dialirkan ke tangki. Apabila beban berkurangan atau kecil, tekanan balikan lebih besar dari tekanan keluaran pam.
Litar Meter Out

Litar Meter Out


Injap sehala dipasang Untuk membolehkan tiada gangguan pada kelajuan rod silinder semasa gerakan masuk. Apabila tekanan silinder mencapai ketekanan maksimum minyak hidraulik akan dialirkan ke tangki.
Litar Meter In

Litar Bleed Off


Injap kawalan aliran boleh laras pada litar ini dipasang pada bahagian masukan minyak hidraulik di antara injap kawalan aliran dan silinder . Kelajuan boleh dikawal dengan melaraskan injap kawalan aliran. Sekiranya semua minyak dialirkan balik ke tangki, rod silinder tidak akan bergerak disebabkan kejatuhan tekanan sistem.
Litar Bleed -Off

PERMASALAHAN DALAM
SISTEM HIDRAULIK

PERMASALAHAN DALAM SISTEM HIDRAULIK

Kesan Beban Lebih Ke Atas Pam


Ia akan memberi kesan kepada ketahanan galas pam tersebut.

Kesan Kelajuan Lebih Ke Atas Pam.


Jangkahayat galas pam akan berkurangan.

Kesan Peronggaan Ke Atas Pam


Terdapat ruang yang dipenuhi oleh udara yang akan memberi kesan kepada kecekapan operasi pam.

Kebocoran Sistem
Kebocoran dalaman mengurangkan kecekapan sistem dan menjana haba yang boleh merosakkan bendalir. Kebocoran luaran merosakkan komponen , menambah bendalir yg hilang dan prestasi juga merosot.

Masalah Yang Berlaku Pada Silinder


Kebocoran Luar
Minyak keluar melalui pengelap

Kebocoran Dalam
Minyak mengalir melalui kelegaan antara piston dan silinder apabila tekanan diberikan.

Creeping
Bila dikenakan tekanan, piston akan balik ke dalam keadaan asal. Ini adalah disebabkan oleh kebocoran dalam juga. Creeping juga berlaku pada injap kawalan arah pada silinder 2 hala.

Sluggish
Disebabkan oleh udara yang ada dalam silinder itu. Udara boleh dimampat, maka sluggish akan berlaku. Kelikatan yang tidak sesuai digunakan juga akan menyebabkan sluggish ini.

Masaalah Bendalir Hidraulik


Bendalir berasaskan sintetik
Dikelaskan sebagai sebatian kimia yang boleh menyebabkan kerosakan kedap minyak ( oil seal ) yang diperbuat dari getah asli. Ia menyebabkan getah asli itu menjadi lembut dan kembang.

Bendalir berasaskan air


Bendalir tahanapi kerana apabila bendalir itu disentuh dengan punca penyala stim yang dikeluarkan dari air akan mengasingkan udara dari sebahagian pelincir yang mudah terbakar dan juga mengasingkan pelincir dari permukaan yang panas seterusnya menghalang kebakaran.

Masalah bendalir berasaskan air dan minyak


Mudah berkarat disebahagian sistem yang diperbuat dari besi. Menyebabkan kehausan pada aci, silinder dan komponen lain kerana kekurangan pelinciran. Kemungkinan menjadi beku di kawasan yang bercuaca sejuk Peralatan yang besar diperlukan.

Sifat Bendalir Hidraul


Yang Baik

Sifat Bendalir Hidraul Yang Baik


Tidak boleh dimampatkan
Pada umumnya ia boleh dimampatkan sedikit tetapi pada tekanan yang tinggi.

Mesti mempunyai indeks kelikatan yang tinggi


Minyak hidraul mempunyai indeks kelikatan yang tinggi tidak kurang daripada 80. Indeks kelikatan yang sesuai bagi sesuatu minyak hidraul ialah 100 tetapi dengan penambahan bahan kimia, indeks kelikatan yang lebih tinggi boleh dicapai.

Sifat Bendalir Hidraul Yang Baik


Mempunyai sifat pengasingan bauran.
Dalam operasi sistem hidraul, lembapan akan diserap oleh minyak hidraul. Ia adalah disebabkan oleh kebocoran pengalir haba dan juga mendapan. Apabila air bercampur dengan minyak, bauran akan terhasil. Ini adalah satu keburukan dan mesti dielakkan. Minyak hidraul mestilah mengandungi sifat pemelowapan supaya ia boleh mengasingkan bahan air itu.

Sifat Bendalir Hidraul Yang Baik


Mestilah mempunyai sifat pencegah karat
Sebenar sifat pencegah karat yang baik tanpa sebarang penambahan pencegahan pengoksidanan, ini adalah sebab kejadian sesuatu oksidanan yang menyaluti dipermukaan logam dan menghalang kejadian oksida, oleh itu bahan pencegah karat hendaklah ditambah.

Sifat Bendalir Hidraul Yang Baik


Mempunyai sifat pelinciran dan kekuatan lapisan
Untuk menghalang kehausan, lapisan minyak amatlah perlu untuk mengasingkan keduadua komponen yang bergerak bersama. Lapisan minyak akan melicinkan permukaan komponen tersebut.

Sifat Bendalir Hidraul Yang Baik


Mempunyai sifat pencegah buih
Pada umumnya minyak galian tidak ada keupayaan menjadi buih. Cara yang terbaik untuk menghalang kejadian buih ialah dengan menggunakan minyak yang mempunyai kestabilan kimia yang tinggi dan mengurangkan udara dari sistem.

Mempunyai kestabilan kimia


Suhu yang tinggi akan merosakkan kestabilan kimia di dalam minyak hidraul. Ini akan menyebabkan kejadian oksida dan menghasilkan gam dan kotoran.

Sifat Bendalir Hidraul Yang Baik


Mempunyai sifat pencegah toksid
Ia tidak akan membahayakan kulit kita apabila tersentuh.

Tidak merosakkan penyendal/kedap


Bahantara yang dipilih mestilah tidak merosakkan penyendal / kedap dimana ianya tidak akan memendekkan jangka masa hayat komponen tersebut.

Sifat Bendalir Hidraul Yang Baik


Mempunyai sifat senang dipam
Bendalir yang mempunyai ketumpatan bandingan yang tinggi adalah sukar dipam dan senang terjadi perongaan dan kesukaran dalam pengaliran.

Tahan lama, tidak berubah sifat kimianya semasa disimpan


Bendalir mestilah bersifat tahan lama dan tidak berubah sifat kimianya dalam jangkamasa yang panjang.

Sifat Bendalir Hidraul Yang Baik


Tidak mudah terbakar
Bendalir yang dipilih mestilah tidak mudah terbakar.

Harga yang berpatutan


Bendalir yang dipilih mestilah mudah diperolehi dan kosnya berpatutan.