Anda di halaman 1dari 8

tTajuk: Pembuangan Bayi Dalam kalangan Remaja

1.0 PENGENALAN
Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan
teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari,
terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-
lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan.
Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang
bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut
diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat.
Di samping itu sikap masyarakat yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh,
dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka
bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan.
Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan
remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana
pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa
dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita
sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan
yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka
hati. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya. Selepas
itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan
hingga sanggup mengorbankan anak.
Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu
bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah
penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan
Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dllaksanakan
oleh pesalah.
Galakan daripada badan tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga
menggalakkan ibu bapa membuang anak-anak mereka. Mereka berpendapat terdapat
golongan yang menyayangi anak mereka dan memelihara anak mereka dengan baik.
Kebanyakan ibu bapa yang menyayangi anak-anak mereka berperasaan demikian.
Ekoran itu, ibu bapalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak
mereka. Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud
kesedaran dan rasa tanggungjawab dan masyarakat dengan mengambil tahu serta cuba
membanterasnya seterusnya wujudnya masyarakat yang bersifat penyayang
Pada 9 Julai 2008, kita digemparkan dengan penemuan bayi yang baru lahir di
tebing sungai Kampung Bako Hilir, Kuching, Sarawak. Menurut laporan akhbar Borneo
Post, bayi perempuan yang baru lahir ini ditemui mati oleh salah seorang
penduduk kampung tersebut ketika mahu menjala ikan.

2.0 STATISTIK

Fenomena seks bebas berlaku di man-man di seluruh dunia. Beberapa kajian yang
dilakukan di negara ini menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita yang hari ini
mengadakan hubungan seks luar nikah. Majlis HEWI PKPIM juga melihat scenario
pembuangan bayi yang berlaku sejak akhir-akhir ini sangat kritikal dan perlu
ditangani habis-habisan oleh semua pihak. Sepanjang tempoh dua tahun sehingga
2006. JMK menerima maklumat sejumlah 145 bayi luar nikah dibuang dan dijumpai.
Menurut statistik kes pembuangan bayi di Malaysia yang dikeluarkan oleh Ibu
Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, pada tahun 2000, sejumlah
65 kes pembuangan bayi telah dilaporkan di seluruh Malaysia. Manakala pada
tahun 2006, kes pembuangan bayi bertambah 18 kes menjadi keseluruhan kes pada
tahun tersebut berjumlah 83 kes. Walaupun statistik ini tidak mencecah ke angka
ratusan kes, tidak bermakna kita sebagai anggota masyarakat membiarkan
fenomena ini berlarutan.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara,


sejumlah 257,411 sijil pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf bermula
dari tahun 2000 sehingga Julai 2008. Statistik ini telah didedahkan
sendiri oleh Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Syed Hamid
Albar ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa di Dewan Rakyat
pada 20 Oktober 2008.

Melihat akan statistik yang dikongsikan di atas, ternyata kes pembuangan bayi
dan kelahiran anak tidak sah taraf adalah implikasi daripada masalah
sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita hari ini terutamanya
dalam kalangan generasi muda. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat
banyak faktor yang mempengaruhi akan terjadi gejala sosial ini. Faktor
keluarga, rakan-rakan, persekitaran, media massa dan media cetak merupakan
faktor yang menyumbang ke arah berlakunya gejala ini. Tidak kurang ada
segelintir masyarakat yang menyalahkan keluarga sebagai punca utama kepada
permasalahan tersebut.

Unit Sosiobudaya, Biro Perkhidmatan Pendidikan, Majlis Islam Sarawak merasakan


bahawa adalah menjadi satu keperluan untuk menyediakan modul dan menganjurkan
program yang dapat memberikan kesedaran kepada generasi muda tentang pentingnya
menjaga maruah dan keselamatan diri sendiri agar tidak terjebak dalam masalah
sosial terutamanya yang melibatkan kes kelahiran anak tidak sah taraf dan
pembuangan bayi.

3.0 FAKTOR – FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH PEMBUANGAN BAYI

Fenomena pembuangan bayi ini semakin menjadi-jadi dan membimbangkan. Keadaan ini
sebenarnya sukar diterima oleh akal manusia yang sempurna. Lebih menyedihkan
kerana angka yang tinggi dikaitkan pula dengan masyarakat Melayu. Terdapat
beberapa faktor-faktor yang menyebabkan berlaku masalah ini.

Faktor utama berlakunya pemasalahan ini ialah kurangnya kefahaman agama di


kalangan masyarakat secara menyeluruh.. Tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran
agama dan semangat beragama akhir-akhir ini begitu menonjol tetapi ia tidak
menyeluruh, hanya terbatas pada golongan tertentu sahaja sedangkan golongan muda
terutama belia, umumnya masing-masing menjauhkan diri daripada mendalami agama.

Apabila didikan agama tidak ada, dirangsang pula dengan gambar-gambar lucah
dan menggairahkan yang mudah didapati dalam media elektronik dan bahan-bahan
cetakan, dengan sendirinya anak muda akan mudah terjebak dalam melakukan gejala
tidak sihat ini. Selain itu, ada yang mengatakan malu menjadi faktor utama dan
biasanya kerana hasil hubungan yang tidak sah. Jadi mereka malu pada masyarakat.
Sebenarnya malu pada masyarakat ada batasnya tapi malu pada Allah s.w.t tidak ada
batasnya.

Faktor yang menyusahkan perkahwinan juga menjadi faktor masalah pembuangan


bayi. Budaya masyarakat Melayu, umpamanya yang melibatkan hantaran, persiapan
perkahwinan, membuatkan orang merasakan untuk mendirikan rumah tangga itu amat
menyusahkan kerana mereka tidak mampu. Jadi anak muda yang terlalu ghairah, tidak
dapat mengawal shahwatnya terpesong dan melakukan zina, dan menghasilkan anak luar
nikah.

Tidak ada pengawasan iaitu jauh daripada ibu bapa, mereka akan mudah
terpengaruh dengan kawan. Pengabaian dalam memberi kasih saying adalah salah satu
jenis penderaan yang meninggalkan risiko lebih besar yang banyak berlaku dalam
masyarakat. Hal ini dapat dilihat dimana, semakin meningkat masalah ini
dikalangan pekerja-pekerja kilang terutama remaja yang datang dari kampung. Ibu
bapa mesti sedar dan meluangkan waktu, bagaimana sibuk sekalipun, harus
memperuntukkan waktu bersama anak- anak.
Keruntuhan institusi keluarga islam juga menjadi faktor berlakunya masalah
pembuangan bayi. Pensyarah di Akademik Islam, Universiti Malaya, Prof, Madya
Hashim Yahya, beliau tidak menafikan gejala sosial yang kedengaran hari ini adalah
antara tanda-tanda yang menunjukkan masyarakat Islam sudah mula tidak mengambil
berat tentang betapa pentingnya institusi keluarga.

Umat Islam mungkin pada saat ini sibuk dengan pembangunan, mengejar
kebendaan hingga mereka lupa akan tanggungjawab sebenar dalam membina satu
keluarga yang bahagia. Remaja yang kurang kasih saying ini akan cuba mencari orang
lain dan akhirnya terjebak dengan masalah ini.

Faktor yang terakhir yang menyebabkan berlaku masalah pembuangan bayi ini
ialah faktor masyarakat. Sesetenggah masyarakat memandang kotor orang yang
melakukan dosa seperti zina, pembuangan anak, dan sebagainya. Mereka yang
terjerumus ini menganggap diri mereka tidak diterima ahli masyarakat lagi. Kerana
itu timbul perumpamaan, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pengkal
lengan. Kerana itulah wujudnya kes pembuangan bayi dikalangan orang Islam sendiri.
Ini kerana orang yang telah melakukan kejahatan, walaupun menyesal tetapi tidak
berani untuk mendekati orang di masjid untuk meminta pertolongan.

4.0 CIRI-CIRI DALAM DIRI REMAJA YANG TERLIBAT DALAM KES


PEMBUANGAN BAYI

Berdasarkan pemerhatian dan penelitian kami dalam beberapa rujukan mendapati


terdapat ciri-ciri tertentu bagi remaja yang terlibat dalam masalah pembuangan
bayi. Antaranya terdapat kecelaruan identiti remaja. Terdapat banyak faktor yang
dapat dikesan menyebabkan wujudnya kecelaruan. Salah satunya ialah keluarga tidak
memainkan peranan yang wajar dalam pembentukan watak anak-anak.

Menurut pensyarah di Jabatan Pedagogi dan Psikologi Pendidikan, Fakulti


Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Dr. Suradi Salim, secara umumnya golongan
tersasar ini boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pertama ialah mereka
yang tiada langsung asas, pendidikan dan perasaan terhadap agama. Kedua pula ialah
golongan yang mempunyai pendidikan agama, mengetahui hukum-hakam agama, tetapi
kerana sesuatu yang mengecewakan, maka mereka akan memilih jalan yang menyeleweng.
Kumpulan yang ketiga ialah golongan yang tahu agama, tetapi masih memilih jalan
yang tersasar.

Kumpulan ketiga ini walaupun mempunyai agama tetapi kurang meresap dalam diri.
Oleh itu, mereka memilih untuk melakukan perkara yang menyeronokkan tanpa mengira
larangan agama.

Selain itu, remaja tersebut apabila mengetahui dirinya mengandung, sifat benci
pada anak, pada lelaki yang tidak bertanggungjawab begitu meluap-luap sehingga
tidak ada perasaan keibuan pada anak. Rasa kebencian dan kesan dari segi psikologi
mengenai penolakan ini amat kuat pada bayi yang dikandung hingga sedikit pun
mereka tidak mempunyai perasaan kasih walaupun bayi itu dilahirkan dengan selamat.

Kesimpulannya dalam sejarah ada dua macam pembuangan bayi iaitu yang pertama
pada zaman Firaun dimana bayi lelaki dibunuh dan kedua pada zaman jahiliah, anak-
anak yang dibuang adalah perempuan. Tetapi pada zaman sekarang, manusia mutakhir
sanngup membuang anak tidak kira lelaki dan perempuan.

5.0 KESAN-KESAN
Pembuangan bayi dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberi kesan dan impak
yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama Negara pada masa
akan dating, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan
jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari
ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka.
Kesan –kesan pembuangan bayi boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian
seperti kesan kepada bayi, ibu yang melahirkan, keluarga remaja perempuan yang
terlibat dalam pembuangan bayi, kesan kepada masyarakat dan juga kesan kepada
negara kita sendiri.
Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada pasangan suami isteri
tetapi bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah
terlanjur dan tidak bersedia memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah iaitu
usia remaja. Akibat daripada tiada perikemanusiaan, bayi telah menjadi mangsa dan
kesannya mereka hidup tanpa mengenal ibu bapa kandung. Mereka juga mungkin
terpaksa memikul gelaran anak luar nikah walaupun mereka tidak berdosa..
Apa yang lebih teruk, bayi-bayi ini mati akibat daripada perbuatan yang
dilakukan oleh manusia yang tidak mempunyai hati nurani kerana bayi-bayi ini
dibuang di tempat yang tidak sepatutnya diduduki oleh bayi yang masih lemah dan
kecil, misalnya dibuang di tandas, rumah kosong, sungai, longkang, tong sampah
atau rumah ibadat. Selain itu,tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai makan,
stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan.
Kesempitan hidup wanita yang hamil tanpa nikah ini biasanya dihantui perasaan
takut dan malu serta kemungkinan disisihkan oleh keluarga dan kawan-kawan. Ekoran
daripada kesusahan hidup yang terpaksa dilalui, terdapat sindiket yang mengambil
kesempatan untuk memperdagangankan bayi-bayi itu dengan tujuan bagi mendapatkan
pulangan keuntungan yang lumayan.
Kesan yang kedua adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan atau pesalah. Kesan
dari sudut perubatan adalah pesalah akan mengalami jangkitan kuman, kecederaan
sewaktu bersalin dan juga kehilangan darah kerana tidak berada dalam jagaan yang
sebenar. Majoritinya mereka melahirkan sendiri tanpa pertolongan pihak hospital
mahupun orang lain.
Selain itu, kesan dari segi psikologi dan sosial adalah pesalah akan mengalami
kemurungan, hilang keyakinan diri, rasa bersalah, resah dan juga masalah emosi.
Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang sememangnya salah dari segi
undang-undang agama dan negara.
Akibat daripada pembuangan bayi, akan berlakunya keruntuhan institusi
kekeluargaan . akibatnya wujud ketidakharmonian dalam kekeluargaan. Hal ini
disebabkan, ibu bapa berasa malu mempunyai anak sebegitu. Bahkan, keluarga itu
iaitu pastinya diperkatakan oleh jiran sekeliling menyebabkan mereka malu untuk
bergaul dengan ornag ramai lagi. Mungkin juga akan wujud penceraian kerana ibu
menyalahkan bapa, bapa menyalahkan ibu tersebut kerana tidak pandai memelihara
anak-anak sehingga menconteng arang di muka mereka. Oleh itu masa masa depan anak-
anak akan terbiar dan tidak terpelihara sekiranya ibu bapa bercerai.
Tidak dapt dinafikan juga pembuangan bayi akan memberikan kesan yang sangat besar
kepada negara. Jatuh dan bangun sesebuah Negara dan masyarakat itu bergantung
kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Antara kesan yang akan
berlaku ialah kernav]cakan pembangunan Negara akan terbantut dan akan keadaan
ekonomi Negara juga sukar berkembang kerana wujud gejala sosial ini. Perbelanjaan
kerajaan akan turut meningkat untuk menampung bayi yang akan diletakkan di rumah
kebajikan masyarakat.

6.0 ANALISA/PERSONALITI
Pembabitan remaja perempuan ini dapat dikelaskan kepada dua peringkat remaja iaitu
awal remaja (12-18 tahun) dan akhir remaja (18-22 tahun). Personaliti yang dapat
dilihat pada awal remaja ialah mereka akan capai kematangan fizikal seperti tinggi
maksimum pada peringkat ini. Dari segi kognitif, mereka berada di peringkat
operasi formal dan dari segi perkembangan emosi, timbul emosi menginginkan
kejayaan dan penghargaan serta bertambah kebolehan untuk mengawal emosi remaja.
Remaja juga akan membentuk kumpulan rakan sebaya dan mula tertarik dengan rakan
sebaya dari jantina yang berbeza.
Manakala bagi akhir remaja, mereka ini akan cuba mendapat otonomi
(autnonomy) dari ibu bapa mereka. Mereka berusaha membentuk identiti mengikut
jantina dan melalui pergaulan sosial, remaja akan menerap dan mematuhi nilai moral
dalam masyarakat. Biasanya mereka telah habis belajar (di kolej/universiti) dan
dalam proses memilih kerjaya yang sesuai.
Pembuangan bayi adalah satu masalah yang wujud sebagai impak kepada masalah
lain yang wujud lebih awal. Pergaulan bebas, pengaruh dadah, capaian yang mudah
terhadap bahan-bahan lucah dan pengaruh kawan adalah antara punca yang sering kali
diperkatakan. Namun, jarang kita membuat analisis terhadap perubahan yang berlaku
dalam masyarakat akibat daripada proses sosialisasi.
Masyarakat membentuk sistem nilai berasaskan proses sosialisasi yang
menunjuk ajar bagaimana untuk bertingkah laku. Sosiolisasi merujuk kepada pengaruh
keluarga, sekolah, institusi agama, pertubuhan bukan kerajaan dan politik,
pengalaman kerja, media massa dan kumpulan rakan sebaya. Nilai-nilai dipelajari
dan dinyatakan melalui perlakuan dan komunikasi. Nilai memberi hala tuju tindakan
terakhir yang boleh dijangkakan dan membantu mengenal pasti baik dan buruk, betul
dan salah.
Nilai yang dikongsi bersama oleh masyarakat akan mengelakkan sesuatu konflik
berlaku kerana fungsi nilai ialah mengehadkan ruang dan peluang untuk konflik
daripada merebak dan mengganggu sistem nilai, perpaduan dan kesejahteraan
masyarakat.

7.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI


Perbuatan membuang bayi dimerata tempat dan menjadi mangsa binatang buas adalah
satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada
haiwan.Malah haiwan lebih baik kerana mengasihani dan memelihara anak dan sanggup
mati demi keselamatan anak-anak .Inilah kesannya apabila rohani seseorang tidak
diisi dengan ajaran agama.
Langkah yang lebih berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk membendung
gejala sosial itu agar tidak ada kelahiran anak-anak yang terbiar dan tidak
mendapat kasih sayang yang sewajarnya.
Justeru, semua pihak dinegara ini agar sama-sama memainkan peranan dalam
menangani kemelut ini dengan mengambil langkah-langkah berikut iaitu institusi
keluarga perlulah diperkukuhkan dengan berlandaskan konsep rumahku syurgaku.
Kedua, program-program dakwah perlulah dipertingkatkan dan digerakkan secara
bersepadu. Ketiga, pihak yang bertanggungjawab perlulah membanteras pengedaran
bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja.

Seterusnya, program-program hiburan melampau yang merosakkan akhlak


perlulah dihentikan dan ibu bapa perlulah mengawal pergerakkan anak-anak daripada
terlibat dengan pergaulan bebas.Usaha-usaha pencegahan kegiatan tidak bermoral
perlulah dipertingkatkan oleh semua pihak. Akhirnya adalah diingatkan bagi mereka
yang sudah terlanjur,hendaklah segera bertaubat dan menjauhi segala perbuatan-
perbuatan terkutuk tersebut.Janganlah membunuh bayi, berilah mereka peluang untuk
hidup.Semoga Allah s.w.t menerima taubat hamba-hambanya.
Jelasnya, usaha pencegahan perlu bermula dari dalam diri anak-anak remaja
agar mereka mampu bertindak bijak menjauhi zina selain bimbingan agama diterapkan
untuk dijadikan sebagai perisai diri.
Selain itu, anak-anak remaja yang hamil luar nikah mesti dibantu bagi
menjalani pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika mereka
hamil tetapi yang paling utama ialah membina kekuatan dalaman serta rohaniah Semua
pihak agar turut memberi penekanan kepada bimbingan terhadap kaum lelaki dalam
usaha mendidik golongan tersebut untuk tidak mengambil kesempatan terhadap wanita.

8.0 KESAN TERHADAP PEMBINAAN SEMULA PERSONALITI

Pembinaan semula personaliti dapat memberi kesan positif terhadap diri individu.
Personaliti yang baik adalah cermin kepada peribadi seseorang individu.

Kesan terhadap pembinaan semula personaliti adalah seseorang akan merasa lebih
berkeyakinan dengan personaliti yang baru. Personaliti merupakan suatu yang amat
penting untuk menggambarkan akhlak atau sahsiah diri seseorang. Personaliti yang
baik akan membuatkan orang sekeliling lebih selesa apabila berada di sampingnya.

Justeru, pembinaan semula personaliti dapat memberi kekuatan pada seseorang.


Rasa rendah diri dapat dikurangkan dan individu akan menjadi lebih selesa dengan
diri sendiri. Individu yang membuang bayi mempunyai personaliti yang negatif
seperti bersikap liar, mengamalkan pergaulan bebas, hidup tidak tenang.

9.0 SOKONGAN UNTUK MENJAYAKAN MODEL


Memandangkan penyakit gejala sosial ini dihidapi kebanyakannya oleh bangsa Melayu
yang beragama Islam , maka cadangan yang disampaikan ini , lebih menjurus kepada
penyelesaian yang lebih tertumpu kepada komuniti Islam. Sekiranya penyakit
masyarakat ini dapat diubati dikalangan komuniti Islam maka secara tidak langsung
akan menarik minat komuniti bukan Islam untuk menangani gejala sosial di komuniti
mereka dengan berpandukan kepada kaedah yang dibentangkan di sini.

Di sini digunakan terminologi penyakit masyarakat kerana gejala sosial ini bukan
hanya memberi kesan negatif terhadap fizikal, jiwa dan minda mereka yang terjebak
ke dalamnya, malah ianya memberi kesan negatif terhadap pembentukan masyarakat dan
peradaban manusia. Selain masalah pembuangan bayi, terdapat masalah lain iaitu
sumbang mahram, budaya gangsterisma dan vandelisma, penagihan dadah, keganasan
rumah tangga, tekanan jiwa dan banyak lagi penyakit lain yang kita sendiri merasa
terkedu lidah untuk menyebutnya.

Diatas kesedaran dan keinsafan tentang bahayanya gejala sosial kepada masa
hadapan bangsa dan negara, adalah disarankan Kerajaan Negeri membentuk satu
Jawatankuasa dan Pelan Tindakan Bersepadu yang menyeluruh yang melibatkan pelbagai
lapisan masyarakat dari pelbagai latar belakang fahaman politik, jabatan serta
agensi kerajaan yang berkaitan bagi menangani dan seterusnya membendung gejala
sosial daripada terus berakar umbi di dalam masyarakat. Pelan Tindakan Bersepadu
ini perlu mengenal pasti punca sebenar berlakunya gejala sosial dan juga mengenal
pasti kaedah penyelesaian yang berkesan. Antara perkara-perkara penting yang perlu
diambil kira bagi mempastikan kejayaan dan keberkesanan Pelan Tindakan Bersepadu
tersebut adalah seperti berikut :

1. MENGGERAKKAN KOMUNITI
Setiap usaha yang dilakukan dalam apa-apa permasalahan masyarakat tidak akan
berjaya jika masyarakat di tempat di mana masalah itu berlaku tidak turut sama
menggembeling tenaga untuk menggerakkan masyarakat Melayu ataupun komuniti Islam,
tempat yang paling sesuai dalam mendapat komitmen mereka ialah di masjid-masjid
atau di surau-surau. Kerana di sinilah masyarakat berkumpul pada setiap hari ,
setidak-tidak pada waktu malam sekiranya mereka sibuk bekerja pada siang harinya.

Apabila masjid-masjid dan surau-surau mula membincangkan mengenai cara-cara untuk


menangani penyakit masyarakat ini, sudah pastilah Pelan Tindakan yang disusun oleh
kerajaan negeri melalui agensi-agensi kerajaan dan jabatan yang berkaitan akan
menjadi lebih mudah. Apabila mandat diberikan kepada pihak masjid serta surau dan
seterusnya komuniti setempat untuk melaksanakan program ini, sudah pasti
masyarakat akan memandang tinggi terhadap institusi masjid serta surau, dan mereka
akan melihat hubungan jambatan antara komuniti setempat dengan kerajaan negeri.
Kaedah ini adalah seperti mana yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw dimana masjid
dijadikan tempat untuk menyelesaikan segala permasalahan masyarakat, sumber
rujukan, pusat kaunseling dan sebagainya.

2.. KEMPEN SOLAT


Sembahyang adalah merupakan tiang agama. Meninggalkan solat bermakna kita
merobohkan tiang agama. Apabila tiang agama itu roboh maka tiadalah sudah pegangan
hidup. Dalam Al Quran disebutkan "Solat itu mencegah daripada pekerjaan keji dan
mungkar". Penyakit masyarakat dan gejala sosial yang disebutkan tadi adalah
merupakan perkara keji dan mungkar.
Ini menunjukkan betapa solat bukan hanya membentuk peribadi Islam malah ianya
membentuk masyarakat serta komuniti Islam. Betapa beratnya suruhan mengerjakan
solat ini hinggakan ianya wajib dilakukan dalam apa jua keadaan sekali pun, selagi
hati boleh berdetik, selagi mata boleh berkelip, selagi akal kita masih waras
samada dalam keadaan berdiri, duduk ataupun terbaring.
Rasulullah saw mengajar kita agar menyuruh anak-anak kita mendirikan solat sejak
dari usia 7 tahun lagi. Maka kempen solat hendaklah menjadi agenda utama dalam
Pelan Tindakan Bersepadu. Kempen solat dalam apa jua keadaan dan masa, kempen
solat di masjid dan surau, kempen solat di gedung-gedung perniagaan, kempen solat
di tempat kerja malah kempen solat di pusat-pusat peranginan dan rekreasi serta di
stadium-stadium. Tidak ketinggalan juga kempen solat semasa perjalanan terutama di
musim perayaan baik dalam keretapi ataupun mereka yang membawa kenderaan sendiri.

3. KERJASAMA DENGAN AGENSI KERAJAAN DAN BADAN SUKARELA


Beberapa agensi kerajaan dan badan sukarela telah pun dibentuk sejak sekian lama
dalam menangani penyakit masyarakat.. Antaranya ialah Agensi Dadah Kebangsaan,
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Majlis Agama Islam Negeri, Polis Di Raja
Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan dan seterusnya. Dalam menangani masalah ini,
jalinan kerjasama dan pertukaran maklumat boleh dilakukan dengan pihak PDRM.
Dalam menangani kes lepak, ponteng sekolah, penagihan arak dan sebagainya ,
kerjasama boleh dilakukan dengan Pihak Berkuasa Tempatan dengan memberi maklumat
mengenai pusat-pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen, melebihi had masa,
penjualan arak tanpa lesen, pengiklanan arak tanpa permit dan seterusnya. Pihak
Berkuasa Tempatan juga boleh memberi penerangan kepada masyarakat setempat
mengenai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pusat-pusat hiburan, kedai
menjual arak, kedai judi dan seterusnya, seperti kewajaran mengadakan kedai-kedai
menjual arak serta kedai-kedai judi di kawasan yang majoritinya Islam.
Jika selama ini masjid dan surau hanya dijadikan tempat penyampaian ceramah atau
kuliah agama, mengapa tidak ianya dijadikan tempat menyelesaikan segala
permasalahan yang disebutkan tadi selagi ianya menurut apa yang dikehendakki oleh
Islam dan tidak melanggar batas-batas syarak.

4. KEMPEN MEMUDAHKAN PERKAHWINAN


Jenayah seksual semakin ketara sekarang ini, malah ianya melibatkan mereka yang
berada di bangku sekolah lagi. Islam menyuruh ibu bapa apabila sudah sampai
masanya anak-anak mereka berkeinginan untuk berkahwin maka hendaklah ianya
disegerakan. Ini adalah untuk menghindari mereka daripada terjebak ke lembah yang
hina.
Kemajuan sains dan teknologi dengan dunia tanpa sempadannya menyebabkan anak-anak
muda sekarang ini begitu mudah untuk mendapatkan bahan-bahan yang memberahikan
nafsu. Apabila pegangan agama semakin luntur dan nafsu dari hari ke sehari semakin
memuncak , maka syaitan akan menguasai jiwa mereka. Apabila syaitan sudah
menguasai jiwa mereka , dosa-dosa besar sudah menjadi perkara biasa, mulanya hanya
naik motor bersama, kemudian tinggal bersama , apabila terlanjur berlakulah pula
kes bunuh apabila bayi yang dilahirkan dibuang begitu sahaja tanpa perasaan belas
kasihan. Yang demikian itu sifat mereka lebih teruk daripada haiwan.

Oleh yang demikian masyarakat haruslah diberi pemahaman, bahawa perkahwinan


adalah salah satu cara yang disyorkan oleh Islam untuk menangani penyakit
masyarakat sekiranya mereka tidak mampu menahan nafsu mereka dengan berpuasa. Dan
perkahwinan ini hendaklah dipermudahkan agar pasangan suami isteri boleh hidup
bahagia selepas majlis perkahwinan. Sesuai dengan apa yang diperkatakan, iaitu
Islam itu adalah mudah.
Sebagai menarik usaha golongan muda-mudi untuk berkahwin beberapa insentif
boleh dikemukakan antaranya ialah kemudahan untuk mendapat pekerjaan, kemudahan
untuk mendapat rumah kos rendah, saguhati perkahwinan dan sebagainya. Pihak
masjid, surau serta badan sukarela juga boleh menimbang sekiranya perlu untuk
menganjurkan majlis perkahwinan beramai-ramai untuk membantu mereka yang tidak
berkemampuan.

10.0 RUMUSAN/KESIMPULAN
Kesimpulannya,setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu
padu menggembleng tenaga mencegah dan membanteras supaya penyakit sosial ini tidak
menular dengan lebih serius.Pihak atasan seperti badan-badan kerajaan dan kerajan
juga perlu lebih peka dan menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi kepada
remaja supaya mereka mendapat lebih informasi tenteng gejala ini dan sedar akan
kesan daripada perbuatan tidak bermoral itu.Dengan usaha-usaha yang dilakukan
secara bersama dan menyeluruh ini, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah
ini daripada terus menjadi satu penyakit berbahaya di negara Malaysia ini. Tiada
siapa patut menuding jari pada pihak yang lain, kerana setiap daripada kita adalah
merupakan ahli masyarakat.

11.0 RUJUKAN

1. Utusan Malaysia (19-1-06) kecelaruan identiti remaja banyak sebabnya oleh Dr


Sidek
Baba.
2. Al islam 1993 M.SURT 10-12 institusi keluarga islam semakin runtuh oleh Dr
Hasyim Yahya
3. Al islam 1993 Pandai sembunyikan kandungan oleh Dr Mohd Amin Haji Ahmad
Shariff,Ukm
4. Al islam 1993 media dan ketagihan seks oleh profesor Dr Hamid Arshat pakar
perbidanan dan sakit puan
5.

http://www.scribd.com/doc/18962653/HashimBedu2008KeruntuhanAkhlakGejalaSosialKelua
rga