Anda di halaman 1dari 13

PENJAGAAN DAN PENUAIAN TANAMAN

( Nota Guru )

OBJEKTIF
OBJEKTIF AM: Mempelajari dan memahami kerja-kerja
pengurusan dan penuaian tanaman.

OBJEKTIF KHUSUS: Selepas mempelajari tajuk ini pelajar akan


dapat;
Menyenarai jenis dan contoh-contoh serta kandungan
nutrien bagi baja yang popular digunakan dalam
pengurusan tanaman.
Menerangkan kaedah-kaedah membaja tanaman
Menyenarai dan menerangkan tujuan memangkas dan
jenis-jenis
pemangkasan tanaman.
Menerangkan cara-cara memangkas tanaman.
Menerangkan tanda-tanda serangan perosak dan penyakit
tanaman.
Menerangkan cara-cara mengawal perosak dan penyakit.

1.0 PENGENALAN
Tahukah anda tanaman yang subur, sihat akan mengeluarkan
hasil yang lumayan dan akan memberi pulangan yang tinggi kepada
petani. Persoalannya bagaimana kita mahu pastikan tanaman yang
kita tanam sentiasa berada dalam keadaan sihat dan subur selalu.
Tanaman yang subur dan sihat ialah tanaman yang mendapat cukup
keperluannya seperti baja, air dan cahaya yang sentiasa mencukupi.
Di samping itu kesuburan tanaman juga datangnya dari
tanaman yang bebas dari serangan perosak dan penyakit serta tidak
terdapat gangguan persekitaran dan sentiasa di pangkas bagi
menstabilkan pertumbuhanya. Atau mudah kita fahamnya untuk
mendapat tanaman yang subur dan sihat, sesuatu tanaman yang di
tanam itu perlu di jaga.
Kerja Penjagaan tanaman ialah kerja-kerja mengurus tanaman
yang dilakukan selepas sahaja ianya di tanam sehingga memungut
hasil. Kerja penjagaan tanaman ini umumnya sama untuk semua jenis
tanaman, tetapi ada tanaman yang memerlukan kerja penjagaan yang
agak spesifik seperti pokok kacang panjang perlu kepada panyediaan
pancang sedangkan tanaman sepereti kobis tidak perlu kerja-kerja
memancang.

2.0 PEMBAJAAN

Kesuburan tanaman bergantung pada jenis baja, cara dan masa


pembajaan.Pokok yang dibaja akan menjadi sia-sia jika baja yang
digunakan tidak sesuai dengan keperluannya. Pembajaan bertujuan
untuk memulihkan
kandungan nutrien dalam tanah yang telah diserap oleh tanaman
melalui
proses fisiologinya. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan
tumbesaran
terbantut, tanaman mudah patah dan daun menjadi kuning. Oleh itu
baja
boleh di takrifkan sebagai punca pemakanan tumbuhan yang boleh
dicampurkan kepada tanah untuk membekalkan bahan-bahan yang
diperlukan oleh pokok.
Tumbuhan memerlukan 17 unsur-unsur pemakanan untuk
membesar dan
melengkapkan edaran hidupnya. Unsur-unsur ini boleh di kategorikan
kepada kepada tiga kategori sebagaimana rajah di bawah. Tumbuhan
memperolehi unsur-unsur di atas daripada tiga sumber iaitu dari udara,
air
dan tanah.
Karbon, hidrogen dan oksigen diperolehi oleh pokok daripada air
dan
udara, manakala unsur-unsur lain semuanya diperolehi dari tanah iaitu
dari
baja dan bahan organan dalam tanah.

2.1 Baja

Terdapat dua jenis baja iaitu:


a) Baja Organik
Baja asli yang terdiri daripada sisa tumbuhan atau najis haiwan.
Biasanya digunakan sebagai baja permulaan. Bertujuan untuk
meninggikan tahap kesuburan tanah dan membaiki tekstur
tanah. Pastikan najis haiwan yang digunakan telah cukup reput.
Contohnya seperti najis-najis haiwan, buangan kelapa sawit
seperti tandannya, humas/kompos, darah dan tulang yang
diproses dan sebagainya.

b) Baja Kimia
Baja yang diproses kepada bentuk-bentuk butiran, hablur dan
cecair. Baja kimia jenis butiran boleh digunakan secara terus
kepada tanaman manakala jenis hablur dan cecair hendaklah
dicampurkan dengan air terlebih dahulu sebelum disembur.
Contohnya ialah seperti baja Urea, CIRP, Nitrophoska, Byfolan,
Welgrow dan sebagainya.

2.2. CARA MEMBAJA


a) Cara taburan
Dengan cara ini, baja ditabur/disebar sama rata ke atas tanah
dengan
tangan atau menggunakan jentera penyebar. Kemudian baja ini
mesti
digaul dengan tanah supaya ianya tidak terdedah dipermukaan
tanah. Cara ini selalunya digunakan apabila membaja asas sayur-
sayuran. Siram
dengan mencukupi.

b) Cara jalur atau jajar (Band or row placement)


Dengan cara ini , baja dibubuh ke dalam tanah, biasanya di
sebelah dan di
bawah bijibenih. Apabila menggunakan cara ini, kita perlu
berhati-hati
supaya baja tersebut tidak terkena atau terlalu dekat dengan
bijibenih.
Misalnya apabila menanam jagung, baja asas dibubuh 2”-4” di
sebelah
dan di bawah benih semasa menanam. Cara ini digunakan pada
tanaman
berbaris seperti jagung, kacang soya, sekoi, kacang tanah dan
lain-lain.

c) Baja permukaan(Top dressing)


Baja permukaan adalah apabila kita menabur baja semasa
tanaman sedang
membesar. Hanya baja nitrogen sahaja yang selalu digunakan
untuk baja
permukaan, kerana baja nitrogen senang larutresap dan oleh itu
hanya se
tengah sahaja dibubuh semasa menanam dan yang selebihnya
dibubuh
semasa tanaman sedang membesar.

d) Pembajaan sisi (side dressing)


Dengan cara ini, baja dibubuh di sisi/ di sebelah tanaman yang
sedang
membesar. Cara ini dibuat bagi tanaman berbaris, tanaman
berjunjung dan
pokok-pokok. Bagi tanaman se musim, pembajaan sisi ini hanya
dilakukan
untuk baja nitrogen sahaja.

e) Pembajaan berpoket (pocket placement)


Dengan cara ini, baja dibubuh secara bertumpuk-tumpuk iaitu
dibubuh
dilubang-lubang dan kemudian ditimbus. Cara ini selalu
digunakan
apabila membaja pokok-pokok dengan membubuh baja dilubang-
lubang
yang dikorek disekeliling pokok. Cara ini juga digunakan apabila
membaja ubi keledek dan lain-lain. Lubang di korek di keliling
silara
dengan jarak 50 cm.

f) Penyemburan daun (foliar application)


Cara ini selalu digunakan untuk memberi unsur pemakanan
mikro kepada
tanaman iaitu dengan cara menyembur larutan pemakanan
tersebut kepada daun-daun. Unsur-unsur kuperum, zingkam,
feram, boron, dan
molybdenum, selalunya diberikan kepada tanaman dengan cara
semburan daun. Sembur pada daun dan batang sehingga basah
sampai ke tanah.

3.0 PEMANGKASAN

Pemangkasan ialah membuang sebahagian daripada tumbuhan


dengan
cara yang teratur berasaskan pengetahuan mengenai pertumbuhan
tanaman
supaya pokok boleh tumbuh seperti yang dikehendaki.

3.1 Tujuan pemangkasan


Tujuan pemangkasan ialah seperti berikut:
• Mengawal saiz tumbuhan
• Mengurangkan transpirasi.
• Mengimbangi pertumbuhan antara batang dan akar.
• Mengalakkan pengeluaran bunga dan buah.
• Mengekalkan kesuburan tanaman dan membuang
bahagian yang
rosak, mati dan berpenyakit.
• Meninggikan nilai estetik.
• Membentuk tanaman menjadi bentuk-bentuk khusus yang
diingini.

3.2 Jenis Pemangkasan


Terdapat tiga jenis pemangkasan yang biasa dilakukan iaitu :
a. Pemangkasan membentuk
Ia dilakukan untuk mendapat bentuk yang sesuai pada pokok
yang
tertentu. Tunas-tunas sisi (susuk) dibuang dan hanya
mengekalkan tunas
utama tumbuh ke paras yang sesuai. Kemudian barulah dahan
dibiarkan
tumbuh untuk mendapat bentuk yang dikehendaki.

b. Pemangkasan rutin atau biasa.


Ia dilakukan dengan membuang tunas air, dahan yang patah
berpenyakit
atau mati. Cantasan ini bertujuan untuk mengekalkan bentuk
dan
kesuburan pokok. Bagi tanaman seperti Bougainvillea, Jambul
Merak atau
Melati yang mengeluarkan bunga bersama-sama tunas daun,
pastikan
tunasnya dipangkas setiap kali selepas berbunga. Jika tidak
dipangkas, ia
akan tumbuh memanjang, berdaun lebat dan mempunyai bentuk
yang liar.

c. Pemangkasan pemulihan
Dilakukan dengan cara memotong dahan pokok sehingga ke
pangkal atau
batang utama. Ini bertujuan untuk mengalakkan batang/ dahan
baru
tumbuh dengan segar dan seterusnya dapat memulihkan
pertumbuhan
pokok tersebut.
3.3 Cara Pemangkasan

Cara pemangkasan ialah seperti berikut:

α) Dahan yang tua - Potongan dibuat hampir sama dengan tunas


dan
menyerong supaya air tidak bertakung.

β) Dahan yang besar - Menggunakan kaedah 3 kali keratan.


Dilakukan dengan memotong dahan di bahagian bawah 25 cm dari
pangkal batang diikuti dengan pemotongan kedua di bahagian atas
dengan jarak 5 – 8 cm dari keratan pertama. Apabila dahan jatuh
lakukan keratan yang ketiga di pangkal dahan.

3.4 Masa pemangkasan

Sebaik-baiknya dilakukan pada musim pertumbuhan


aktif iaitu di akhir musim kemarau dan selepas musim bunga atau
buah.
Rawatan luka setelah melakukan pemangkasan, bahagian yang luka
perlu
disapu dengan ubat atau cat `coal tar`, `Santa SM` atau ubat-ubat lain
untuk mengelakkan serangan kulat.

3.5 Langkah-langkah kerja memangkas:

1. Sediakan peralatan pemangkasan seperti di senaraikan.


Gunakan
peralatan yang tajam.
2. Kenal pasti dahan yang akan dibuang.
3. Pangkas di bahagian atas tunas baru dan condong ke
bawah
berlawanan arah tunas. Pangkas dengan licin dan bersih
untuk
mengelakkan air bertakung.
4. Sapu cat atau Santa A pada tempat yang dipangkas.
5. Buat takuk kecil di bawah tunas teratas, di atas tunas
kedua dan
ketiga untuk mendapatkan dua atau tiga tunas seragam
selepas
pemangkasan.
6. Pangkas pucuk dan dahan untuk menghadkan
pertumbuhan serta
mengekalkan saiz dan bentuk yang dikehendaki.
7. Beberapa contoh pemangkasan adalah seperti yang
ditunjukkan.
Dahan-dahan yang perlu di pangkas ialah dahan yang
berpenyakit, dahan yang bersilang antara satu sama lain,
dahan yang tumbuh menghala ke dalam, dahan yang
tumbuh menghala ke bawah, sulur atau tunas air dan
tangkai bunga serta buah.

4.0 KAWALAN PENYAKIT DAN PEROSAK

Kesuburan tanaman sering diancam oleh pelbagai jenis perosak.


Akibatnya, hasil dan kualiti tanaman akan terjejas. Oleh yang demikian
penjagaan yang rapi daripada serangan perosak dan penyakit amatlah
diperlukan untuk mengekalkan keindahan dan kesegaran tumbuhan.

4.1 Jenis Perosak


Terlebih dahulu kita perlu mengenali jenis perosak yang biasa
menyerang
tanaman. Di antara perosak tumbuhan yang biasa ialah belalang,
kumbang,
ulat daun, lintah bulan, siput babi , semut, koya, burung, hama,
mamalia
seperti gajah, monyet, babi dan tikus serta tupai. Dua jenis serangga
yang
sering menyerang tanaman hiasan iaitu dari jenis mengunyah dan
jenis
menghisap

4.2 Tanda-tanda serangan perosak jenis mengunyah :


• Daun berlubang –lubang atau koyak.
• Najis serangga bertaburan.
• Ulat-ulat perosak merayap di bahagian pokok.
• Akar terpotong atau menjadi pendek.
• Daun, buah atau dahan menjadi bengkak atau busuk.
• Getah atau cecair kelihatan meleleh.

4.3 Tanda-tanda serangan perosak jenis menghisap :

o Daun kerekot dan kekuningan, layu atau mati.


o Batang, daun serta buah dipenuhi dengan teritip atau sisik.
o Bintik-bintik hitam disebabkan bekas cucukan pada daun,
buah atau batang.

4.4 Tanda-tanda serangan virus :


• Pertumbuhan pokok terbantut.
• Semua bahagian daun berkedut dan kelihatan kecut.
• Terdapat tompok-tompok hijau dan kuning (mozek) di
permukaan
daun.

4.5 Tanda-tanda serangan kulat :

• Karat di daun.
• Layu di seluruh pokok.
• Kulapok menyerang daun, bunga, buah dan batang.
• Busuk dan reput di batang, buah atau bunga.
• Permukaan daun dipenuhi dengan pelbagai bentuk bintik.
• Tanda-tanda serangan bakteria :
• Keseluruhan pokok layu.
• Bahagian daun berbintik-bintik.
• Pokok kelihatan buruk dan reput.

4.6 Cara-cara mengawal perosak tanaman

Terdapat LIMA cara iaitu:


•Kawalan Fizik
Kaedah perosak di kawal secara fizik seperti
menggunakan jaring, guna penutup buah, Sekatan tingkah laku
seperti suara bising atau orang-orangan, mengutip dengan tangan
dan menggunakan pancaran radioaktif.

• Kawalan Kultura
Kaedah mengawal perosak dengan menggunakan amalan
menanam yang betul. Contohnya seperti amalan giliran tanaman,
pemugaran tanah, Menanam tanaman perangkap, menggunakan
varieti yang tahan dan mengamalkan kaedah penjagaan yang
sempurna.

• Kawalan biologi
Kaedah kawalan perosak menggunakan
organisma tertentu menggunakan konsep mangsa dan pemangsa.
Contoh mengawal tikus dalam ladang sawit dengan menternak
burung hantu, pokok asparagus dan bunga tahi ayan menghasilkan
rembesan yang boleh memusnahkan nematod.

• Kawalan kimia
Kaedah mengawal perosak menggunakan
racun. Ini merupakan kaedah yang popular dan agak berkesan.
Contohnya ialah serangan perosak seperti belalang, kumbang dan
kulat daun boleh dikawal dengan racun serangga seperti Carbaryl,
Decis atau Malathion. Manakala serangan perosak jenis hamama
boleh menggunakan racun hamama Ortus. Penyemburan sesuai
dilakukan dua minggu sekali.

• Kawalan secara undang-undang


Kaedah mengawal perosak dengan menggunakan kuasa yang di
tetapkan. Contohnya Kawalan Kuarantin, Pensijilan bebas dari punca
merebaknya perosak seperti larangan menternak siput gondang di
kawasan padi.

4. 7 Penyakit-penyakit
Penyakit yang agak popular untuk tanaman ialah penyakit yang
disebabkan oleh bakteria dan kulat seperti penyakit Bintik, Layu,
Reput
dan mati rosot adalah di sebabkan oleh bakteria. Penyakit yang
disebabkan
oleh kulat pula ialah seperti penyakit bintik berpusar, Kulapok
berdebu,
Karat Kulapok Downy dan lain-lain.
Cara-cara mengawal penyakit ialah sekiranya berpunca
dari serangan kulat, boleh diatasi dengan menggunakan racun kulat
seperti Captan atau Benlate.
Penyemburan juga sesuai dilakukan dua minggu sekali. Lain-lain
kaedah kawalan ialah dengan lebih kepada amalan pengurusan yang
baik
seperti tidak menyiram berlebihan, Jangan menyiram lewat petang,
cabut
dan bakar yang diserang dan lain-lain.

Perosak seperti siput babi dan lintah bulan boleh dikawal dengan
menggunakan umpan beracun seperti Metadex dan Siputox. Racun
ditabur
di tempat yang diserang. Bakteria dan virus boleh dikawal dengan
cara
sanitasi terutamanya kebersihan kawasan.

Anda mungkin juga menyukai