Anda di halaman 1dari 3

SMK SRI RAHMAT

81200 JOHOR BAHRU

KERTAS KERJA
PEMBINAAN BUMBUNG BAGI RUMAH HIDROFONIK
YANG TELAH TIDAK SIAP SEPENUHNYA

Pengenalan

Rumah Hidrofonik Pendidikan Khas merupakan projek yang dipohon daripada Pejabat
Pelajaran Daerah Johor Bahru pada akhir tahun 2006. Namun demikian, pihak kontraktor
yang telah dipertanggungjawabkan telah gagal membina bangunan tersebut dengn
sempurna dan tidak mengikut pelan cadangan yang dikemukakan oleh pihak sekolah
kepada Unit Pembangunan Pejabat pelajaran Daerah.
Sehubungan dengan itu, usaha perlu dibuat bagi menyiapkan struktur bunbung
yang belum dibina bagi mengelakkan rangka bangunan yang sedia ada menjadi reput dan
runtuh dan tentunya suatu pembaziran kepada wang kerajaan.
Oleh yang demikian, Panitia Pendidikan Khas mencadangkan pembinaan
bumbung seberapa segera agar Pengajaran dan Pembelajaran Pertanian Hidrofonik dapat
dijalankan setelah tertangguh selama 3 tahun .

Objektif

• Melatih para pelajar menanam sayur menggunakan teknik pertanian yang mudah
dan bersih

• Melatih para pelajar cara penanaman tanpa tanah

• Melatih para pelajar menanam sayuran menggunakan kos murah dan berjadual
Anggaran Kos Bahan

RM 2800.00

Sebut Harga

Bersama ini dilampirkan sebut harga berkaitan

Tarikh pembinaan

15 JUN 2009

Penutup

Besarlah harapan kami agar pembinaan tersebut akan dimulakan dan disiapkan seberapa
segera .

Disediakan oleh ,

…………………………………
(ABDUL MURAD BIN ABD HAMID)
Ketua Penyelaras,
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran,
SMK Sri Rahmat.

PELAN BINAAN