Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

KURSUS LAMAN WEB BAGI GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS


DAERAH JOHOR BAHRU 2009

1.0 PENGENALAN

1.1 Laman web merupakan satu cara bagi memberikan


memperkenalkan Pendidikan Khas kepada masyarakat dan dunia
luar.
1.2 Melalui laman web, maklumat Pendidikan Khas dapat disampaikan
kepada semua guru, ibu bapa mahupun pelajar dengan pantas dan
menyeluruh

2.0 NAMA KURSUS

Kursus Laman Web Bagi Membina Laman Web Pendidikan


Khas Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru Dan Sekolah Serta Kelas
Pendidikan Khas Daerah Johor Bahru

3.0 TARIKH

15 MEI 2009

4.0 MASA

8.00 pagi hingga 5.00 petang

5.0 TEMPAT

Makmal Komputer SMK Sri Rahmat

6.0 RASIONAL

Melatih guru-guru Pendidikan Khas membina laman web sekolah


dan kelas mereka bagi tujuan hebahan pembelajaran.

7.0 MATLAMAT
7.1 Pembangunan laman web Pendidikan Khas daerah Johor Bahru
memberi peluang kepada Sekolah Pendidikan Khas dan Sekolah –
sekolah Integrasi Pendidikan Khas memuatkan maklumat sekolah
dan kelas mereka dari semasa ke semasa.

8.0 OBJEKTIF

8.1 Memudahkan penyampaian maklumat daripada Kementerian


Pelajaran, Bahagian Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Khas dan
Swasta JPN Johor , Unit Pendidikan Khas PPD Johor Bahru
kepada Sekolah-sekolah Pendidikan Khas dan Sekolah-sekolah
Integrasi Pendidikan Khas.

8.2 Menjadi wadah penghubung dan alat pertukaran maklumat yang


pantas antara PPD Johor Bahru dengan Sekolah-sekolah
Pendidikan Khas serta Sekolah-sekolah Integrasi Pendidikan Khas
dan sebaliknya.

8.3 Melatih guru-guru Pendidikan Khas agar celik ICT terutama dalam
penyampaian data dan berita.

9.0 PENGANJUR

Unit Pendidikan Khas PPD Johor Bahru

10.0 KUMPULAN SASARAN


10.1 Ketua Penyelaras Pendidikan Khas
10.2 Guru Pendidikan Khas yang Mahir ICT
10.3 Jurulatih-jurulatih Utama mata pelajaran Pendidikan Khas

11.0 CADANGAN AKTIVITI


11.1 Latihan asas Photoshop CS 4
11.2 Latihan Asas Pembinaan Laman Web My Portal
11.3 Membina Laman Web

12.0 STRATEGI PELAKSANAAN

12.1 Pembentangan Kertas Cadangan


12.2 Pembentukan dan Mesyuarat Jawatan kuasa Kerja
12.3 Permohonan Kebenaran PPD Johor Bahru
12.4 Tempahan Makmal
12.5 Edaran Surat Panggilan Kursus
12.6 Mesyuarat JK Kerja dan Penyiapan Bahan Kursus
12.7 Pelaksanaan Kursus
12.8 Postmortem

13.0 TENTATIF KURSUS

8.00 pagi - Pendaftaran peserta


8.15 pagi - Peserta mengambil tempat
8.30 pagi - Latihan Asas Photoshop CS 4
10.00 pagi - Kudapan
10.30 pagi - Latihan Asas Pembinaan Laman Web My Portal
1.00 t.hari - Makan tengahari dan solat
2.00 ptg - Membina laman web sekolah
4.00 ptg - Perasmian dan penutup
4.30 ptg - Penyampaian Sijil

14.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penaung : Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru

Penasihat : Pegawai Khas Pendidikan Khas PPDJB

Pengerusi : Pengetua, SMK Taman Sutera

Naib Pengerusi : Guru Besar, SK Impian Emas

Setiausaha : Penyelaras Pendidikan Khas,


SMK Sri Rahmat

Pen. Setiausaha : Penyelaras Pendidikan Khas,


SK Taman Ungku Tun Aminah 1

Bendahari : Penyelaras Pendidikan Khas,


SK Taman Cempaka

AJK : En Abdul Murad Abd Hamid


- Ketua Fasilitator (SMK Sri Rahmat)

En Mohd Hisham Bin A.Rahim


- Fasilitator (SK Taman Ungku Tun Aminah)

Cik Suriyati Binti Subakhir


- Fasilitator ( SK Taman Universiti 4)
Cik Noor Fatnin Binti Daud
- Pendaftaran dan Nota Kursus
( SMK Sri Rahmat)

Pn Suhaidah Bt Sakim
- Jamuan ( SMK Sri Rahmat)

Cik Liyana
- Fotografi dan Dokumentasi
( SJKC Pei Hwa )

15.0 ANGGARAN PERBELANJAAN SETIAP SEKOLAH

15.1 Bayaran Yuran Tahunan Tapak Web - RM 50.00


15.2 Bayaran Tapak Laman Web - RM 35.00
15.3 CDROM ,Nota dan Alat Tulis - RM 05.00
15.4 Minuman dan Makanan - RM 09.00
15.5 Sijil - RM 01.00

16.0 SUMBER PERBELANJAAN

16.1 Wang PCG sekolah – Kursus Guru-guru

17.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar pembinaan laman web setiap sekolah dan


kelas Pendidikan Khas di Johor Bahru akan dapat direalisasikan bagi
menambah baik penyampaian maklumat melalui saling hyperlink setiap
laman web sekolah dan menganatarabangsakan Pendidikan Khas dalam
dunia pendidikan.