Anda di halaman 1dari 6

Pantang Larang Dalam Kalangan Masyarakat Malaysia Yang Berbilang Kaum Dalam kalangan masyarakat Malaysia, pelbagai kaum

mempunyai pantang larang mereka yang tersendiri. Mereka perlu mengikuti pantang larang ini yang diwarisi oleh nenek moyang dan perbuatan ini merupakan perbuatan yang sopan santun. Jikalau seseorang tidak mengikuti pantang larang yang ditetapkan, seseorang itu akan dianggap sebagai tidak sopan. Pantang larang merupakan kepercayaan mayarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukkan disebaliknya. Ia selalunya diamalkan oleh orang-orang tua dikalangan masyarakat Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pentingnya pantang larang sebagai adat yang perlu dipatuhi jelas diungkapkan melalui pepatah biar mati anak, jangan mati adat. Pantang larang yang dikenakan oleh orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. Sebahagian Pantang larang sudah menjadi amalan atau prinsip dalam kehidupan hari ini. Segala pantang larang sebenarnya diperturunkan untuk kebaikan kaum itu sendiri seperti pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga semasa mengandung. Sebenarnya pantang larang yang diturunkan oleh nenek moyang mementingkan penjagaan kesihatan diri agar seseorang sentiasa sihat dan cergas. Walaupun kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India mempunyai pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga mengandung tetapi pantang larang yang diamalkan oleh kaum-kaum adalah berbeza. Inilah menunjukkan Malaysia terdiri daripada kaum majmuk. Orang Melayu

Pantang Larang Perkahwinan Orang Melayu Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan, bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti untuk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dalam masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yang difikirkan sesuai masih boleh diikuti. Pantang larang bermula dengan jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijab kabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

Selain itu, pasangan dilarang bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelbagai mengelakkan perut buncit. Pengantin juga dilarang bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelakkan diri dari perkara sihir. Akhirnya, pasangan perlu elakkan diri daripada terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Pantang larang perlu dipatuhi untuk mengelakkan berlaku sesuatu kejadian yang tidak baik.

Pantang Larang Perayaan Pantang Larang Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Aidilfitri. 1. Dilarang membazir dan berbelanja lebih-lebihan untuk menyambutnya. Selaras dengan tuntutan agama Islam itu sendiri. 2. Memakai pakaian bersih, cantik dan juga wangi-wangian. 3. Umat Islam yang kehilangan saudara mara akan menziarahi pusara mereka dan menghadiahkan surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yasin. 4. Berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka bermaaf-maafan dan melupakan kisah silam yang lampau. 5. Memasang pelita di waktu malam untuk menyambut malam tujuh likur. 6. Pemberian wang kepada kanak-kanak oleh orang dewasa. 7. Mengadakan rumah terbuka ataupun berkunjung ke rumah terbuka yang diadakan. 8. Membuat dan menghidangkan juadah wajib seperti ketupat, lemang, rendang dan berbagai-bagai lagi.

Hari Raya Aidiladha 1. Melakukan ibadah korban sebelum dibahagi-bahagikan kepada kafir miskin dan juga orang ramai.

2. Memakai pakaian bersih, cantik dan memakai wangi-wangian. 3. Melawati kubur-kubur sanak saudara dan sahabat handai yang telah pergi. 4. Disambut dengan adab kunjung mengunjung dan rumah terbuka.

Pantang Larang Mengandung Orang Melayu Masyarakat Melayu terkenal dengan pelbagai pantang larangnya. Begitu juga untuk mereka yang mengandung. Antara pantang larangnya ialah mereka yang mengandung di larang untuk mencaci atau mengumpat. Dilarang untuk memaku atau memahat dan menggali lubang serta memukul binatang. Mereka juga dilarang untuk keluar rumah pada waktu petang atau senja serta dilarang untuk duduk di anak tangga dan juga di larang melihat gerhana bulan ataupun matahari.Terdapat juga pantang larang untuk suami ibu yang mengandung. Antaranya ialah suami di larang meniup sebarang bunyi bunyian, menyembelih, memburu dan memukul binatang. Semua pantang larang ini adalah untuk keselamatan anak yang dikandung.

Orang Cina Pantang Perkahwinan Orang Cina 1. Bakal pengantin tidak digalakkan untuk menghadiri majlis kebumian selama 3 bulan sebelum dan selepas majlis perkhawinan. 2. Hiasan dalam majlis perkhawinan tidak digalak untuk menggunakan warna putih, biru tua, hitam dan hijau. 3. Dalam bilik tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan yang biasa dan bukannya sudut bilik. 4. Nombor genap sering digunakan dalam majlis perkhawinan. Menurut keparcayaan orang cina, majlis perkhawinan yang tidak mengikut protokol yang ditetapkan adalah perkhawinan yang tidak sah.

Pantang Larang Tahun Baru Cina

1. Walaupun kehidupan kini yang serba moden, adat resam ini masih dikekalkan dan tetap diamalkan sehingga kini.Malah, kebanyakan remaja Cina masih mempercayai dan mengamalkan adat berkenaan supaya ia dapat dipertahankan sepanjang zaman.Seperti dengan kaum-kaum lain,bangsa cina mempunyai beberapa pantang larang sempena perayaan Tahun Baru Cina. 2. Pantang larang yang amat diutamakan bagi kaum cina ialah orang Cina mempercayai bahawa mereka tidak boleh menyapu rumah pada hari raya pertama kerana menganggap ia boleh membuang segala keuntungan atau ong yang ada. 3. Selain itu, masyarakat Cina turut percaya bahawa mereka akan ditimpa malang jika pinggan mangkuk yang digunakan pada hari sambutan itu telah pecah.Oleh itu, mereka akan pastikan sentiasa berhati-hati ketika melakukan kerjarumah. 4. Acara makan beramai-ramai pada waktu malam sehari sebelum hari Tahun Baru Cina paling dinantikan kerana ia dapat memperlihatkan perpaduan dan keakraban sesebuah keluarga yang dapat bersama-sama berkumpul bagi merayakannya.Biasanya baga orang tua,mereka rasa bahawa walau sesibuk manapun individu terbabit dengan pelajaran, kerjaya, perniagaan ataupun urusan seharian mereka, sambutan acara ini tidak boleh dilepaskan. 5. Perkataan yang tidak sopan dan bermakna buruk tidak digalak sempena perayaan Tahun Baru Cina.Antaranya ialah seperti perkataan mati,hantu ataupun cakap kotor amat dielakkan pada masa raya.Kaum cina mempercayai bahawa ini akan membawa buruk sepanjang tahun tersebut. 6. Sungguhpun kini kebanyakan remaja tidak lagi memakai pakaian tradisional seperti dulu, ini tidak bermakna segala tradisi turut dilupakan.Kami masih mengenakan pakaian berwarna merah dan mengelakkan pemakaian baju warna hitam kerana beranggapan ketika menyambut sesuatu perayaan, kita perlu kelihatan ceria.Warna hitam akan membawa buruk bagi orang cina. 7. Selain itu, pemberian angpau masih tetap diamalkan iaitu bagi pasangan yang sudah berkahwin mereka perlu memberikan angpau kepada kanak-kanak dan mereka yang belum berkahwin.Malah, sekiranya individu berkenaan sudah lanjut usia, tetapi masih belum berkahwin, dia tetap akan mendapat pemberian angpau. Sama ada dia menerimanya ataupun tidak, bergantung kepada individu-individu. 8. Kewujudan pantang-larang boleh dikatakan adalah untuk membimbing perlakuan supaya tidak termasuk dalam kategori masyarakat tidak beradab.Baginya saya, walaupun zaman semakin moden berbanding dengan dahulu,perayaan, adat resam dan pantang-larang yang diperturunkan tidak boleh dipandang rendah.Adat resam yang diperturunkan patut mengekalkan dan memberi tahu kepada generasi yang akan datang.

Pantang Larang ibu Cina Semasa mengandung

Dilarang makan daging arnab.


o

Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir arnab.

Dilarang makan daging anjing.


o

Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan suka mengigit orang, terutamanya masa menyusui bayi.

Dilarang makan daging ayam jantan.


o

Barulah bayi tidak menangis pada tengah malam.

Dilarang makan ketam.


o

Barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liuh.

Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk. seperti ais-krim,tembikai.


o

Kemungkinan membawa kepada masalah keguguran bayi.

Dilarang mengambil gunting atau penyepit kuku.


o

Bayi yang dilahirkan akan mengalami kecacatan.

Dilarang mengangkat tangan melebihi paras bahu.


o

Ibu tidak mudah mengimbangi diri .

Dilarang tepuk bahu ibu.


o

Ibu mudah terkejut dan mengakibatkan keguguran bayi.

Dilarang menyidai baju.


o

Kononnya akan mengakibatkan keguguran bayi.

Orang India Pantang Larang Semasa Pekahwinan Orang India

Perkahwinan kaum india di malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil tirumanam, eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam . Terdapat banyak adat dan pantang larang perlu diikut oleh kaum india semasa perkahwinan .

Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikutserta kerana dianggap tidak sopan. Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung, kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan, jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu,kerana agama hindu melarang makan daging lembu. Kesimpulannya ,pada zaman modem sekarang ramai kaum india juga terus mematuhi adat dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang kerana keadaan ini membuktikan tradisional budaya dan unik terhadap kaum india .

Anda mungkin juga menyukai