Anda di halaman 1dari 26

Top i k

Kajian Kualitatif

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan proses utama yang terlibat penyediaan dan permulaan kajian kualitatif; dalam pembentukan,

2. Menggunakan strategi dan teknik pengutipan dan penganalisisan data; dan 3. Membangun alat kajian yang sesuai dengan rekabentuk kajian yang digunakan.

PENGENALAN
Sebagaimana yang dijelaskan dalam Topik 1, kajian kualitatif ialah kajian yang menekankan kepada penghasilan makna untuk kita memahami fenomena sosial. Bagi mencapai tujuan ini, kajian kualitatif mengambil kira perkara-perkara yang tidak disentuh oleh kajian kualitatif, seperti pandangan dan keanehan seseorang, akibat yang dirancang dan yang tidak dirancang. Dari segi pengutipan data dan penjanaan teori, kajian kualitatif banyak menggunakan kaedah interaksi bersemuka dengan subjek kajian dan pendekatan induktif untuk menjana teori. Rekabentuk kajian juga ditentukan pada peringkat peringkat awal kajian dijalankan, yang menggantikan kajian rintis dalam kajian kuantitatif. Selain itu, kajian kualitatif juga menggunakan sampel yang kecil, mengutip data secara terfokus dan mendalam serta membuat analisis secara penghuraian dan interpretasi naratif. Seterusnya, topik ini akan memberi fokus kepada bentuk kajian kualitatif dengan memberi beberapa contoh kajian serta penjelasan tentang pembinaan alat kajian, kesahihan dan kesahan, persampelan, pengutipan data dan penganalisisan data.

TOPIK 6

KAJIAN KUALITATIF 103

6.1

REKABENTUK DAN ALAT KAJIAN KUALITATIF

Bahagian berikut akan menjelaskan tentang beberapa rekabentuk kajian kualitatif dan beberapa alat kajian kualitatif.

6.1.1

Rekabentuk Kajian Kualitatif

Secara literal, rekabentuk kajian kualitatif merupakan satu rancangan bagaimana kajian akan dijalankan dan membentuk kajian membawa maksud tertentu, seperti memikirkan tentang sesuatu, membayang dan menggambarkan bagaimana kajian yang dirancangkan itu akan dijalankan. Secara ringkas, keputusan yang dibuat tentang kajian tersebut mesti memenuhi elemen berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) Jangka masa kajian; Jenis data yang hendak dikutip; Alat yang sesuai untuk mengutip data tersebut; Di mana kajian tersebut hendak dijalankan; Kumpulan responden yang akan digunakan sebagai sampel; Strategi pengutipan data yang sesuai digunakan; Jangka masa dan kos yang diperlukan untuk menjalankan kajian; dan Bagaimana data hendak disusun, dianalisis dan ditafsirkan.

Pada peringkat awal, merekabentuk kajian melibatkan beberapa keputusan penting yang berkait dengan idea dan persoalan kajian. Pada peringkat pembentukan kajian, anda sebagai pengkaji perlu membuat beberapa kerangka aktiviti yang melibatkan keseluruhan proses kajian. Ini perlu dibuat untuk mengelakkan masalah/ganguan yang mungkin berlaku semasa kajian dijalankan. Contoh topik kajian/pernyataan-pernyataan: (a) (b) Ciri-ciri tabiat ponteng. Kepercayaan mengorientasi pelajar yang terlibat dengan dadah.

Seeloknya kita memberi perhatian kepada beberapa contoh objektif kajian, persoalan kajian dan definisi operasional bagi topik-topik kajian di atas.

104 TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

(a)

Contoh A: Ciri-ciri Tabiat Pemonteng (i) Objektif kajian (ii) Mengenalpasti ciri-ciri tabiat pemonteng semasa berada di dalam kelas. Apakah ciri-ciri yang boleh dikenalpasti daripada pemonteng apabila berada di dalam kelas? Ciri-ciri tingkah laku di dalam kelas boleh disifatkan sebagai tingkah laku yang dapat dilihat (overt), yakni tingkah laku luaran pelajar yang boleh dilperhatikan. Tingkah laku ini boleh dikategorikan sebagai tingkah laku pro-pembelajaran, tingkah laku pembelajaran neutral dan tingkah laku anti-pembelajaran. Memberi perhatian ketika guru mengajar, mengambil nota, menjawab soalan dan membuat kerja rumah dengan senang hati. Separuh mendengar, tidak mengambil nota, tidak menjawab soalan dan tidak menunjukan minat membuat kerja rumah. Tidak langsung mendengar (memusat perhatian terhadap perkara lain), tidak berasa senang apabila diminta menjawab soalan dan tidak juga mahu menerima kerja rumah.

Persoalan kajian

(iii) Definisi operasional

(iv) Tingkah laku pro-pembelajaran (v)

Tingkah laku pembelajaran neutral

(vi) Tingkah laku anti-pembelajaran

(b)

Contoh B: Orientasi Kepercayaan Pelajar tentang Sebab Penagihan Dadah (i) Objektif kajian (ii) Mengenal pasti orientasi kepercayaan pelajar tentang bagaimana mereka terlibat dengan dadah. Apakah orientasi kepercayaan pelajar dadah? yang terlibat dengan

Persoalan kajian

(iii) Definisi pengoperasian Orientasi kepercayaan adalah perasaan yang dilahirkan oleh pelajar dan memikirkan tentang sebab utama mereka mempunyai tabiat tersebut. Orientasi kepercayaan wujud secara luaran atau dalaman. Orientasi luaran dikaitkan dengan faktor luaran seperti

TOPIK 6

KAJIAN KUALITATIF 105

rakan, ibu bapa, guru dan penagih itu sendiri. Orientasi dalaman dikaitkan dengan faktor yang datang dari dalam penagih itu sendiri seperti kesunyian, tidak bermaya dan kegagalan mengawal diri sendiri. Setelah definisi operasional disediakan, anda perlu membuat keputusan penting selepas itu. Anda perlu putuskan tentang bentuk kajian yang hendak dilakukan. Apakah bentuk kajian yang akan anda gunakan untuk kajian anda?

6.1.2

Pemilihan Bentuk Kajian

Kita mempunyai beberapa pilihan dalam memilih bentuk kajian kualitatif. Bentuk yang diputuskan tertakluk pada jenis idea kajian dan persoalan kajian yang kita ingin kaji (sila rujuk contoh yang diberi dalam Pernyataan Kajian dan Persoalan Kajian. Beberapa contoh pilihan bentuk kajian kualitatif dalam kajian pendidikan disenaraikan di bawah: (a) Bentuk Kajian Lapangan Ramai pengkaji menggunakan bentuk kajian lapangan ini untuk menjalankan kajian mereka. Dalam bentuk kajian lapangan, data dikutip melalui temubual dengan responden kajian atau melalui pemerhatian terhadap fenomena yang dikaji. Bentuk Kajian Kes Secara ringkasnya, kajian kes adalah kajian tentang sesuatu kes atau beberapa kes. Kes-kes ini mungkin berkait dengan manusia, kumpulan manusia, peristiwa kritikal, projek, komuniti atau sebahagian daripada program. Sat kes adalah satu unit asas analisis. Data kes mengandungi semua informasi yang anda dapati daripada sesuatu kes, termasuk data temuduga, data pemerhatian, data rekod dan pernyataan daripada manamana ambilan mengenai kes tersebut. Teknik utama yang digunakan dalam kajian kes ialah pemerhatian lapangan, temuduga dan analisis dokumen. Huraian tentang teknik-teknik ini dapat dilihat di bawah topik Kaedah Mengutip Data. Kajian kes memberi peluang pada pembaca berada di dalam sesuatu situasi, iaitu liku-liku hidup seseorang, liku-liku hidup sesuatu kumpulan manusia atau perjalanan sesuatu program.

(b)

106 TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

(c)

Bentuk Kumpulan Terfokus Bentuk ini melibatkan proses pengutipan data melalui temubual yang dibentuk khas untuk kumpulan kecil. Anda perlu mengambil berbincang menggunakan psikologi secara sedar, separuh sedar dan bawah sedar serta memahami ciri-ciri sosio-budaya pelbagai kumpulan. Ia adalah satu kaedah untuk mendapatkan maklumat berasaskan pendapat, pengalaman and sikap. Kumpulan terfokus ini boleh wujud secara terpimpin atau tidak terpimpin. Bentuk Kajian Tindakan Kajian tindakan menggunakan pendekatan kolaboratif dalam kajian. Proses kajian ini melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Ia memberi pengkaji satu ruang untuk bertindak secara sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah spesifk. Bentuk Analisis Dokumen Kajian kualitatif juga boleh dibuat dengan menganalisis kandungan dokumen untuk mendapatkan data kajian. Anda perlu mewujudkan satu set kriteria tentang maklumat yang diperlukan sebelum data dikutip dan dianalisis. Bentuk Pelbagai Pendekatan Dewasa ini, telah menjadi suatu kebiasaan bagi pengkaji menggunakan pelbagai bentuk untuk menjalankan kajian mereka. Pendekatan ini mencantumkan dua atau lebih bentuk kajian kualitatif dan kuantitatif. Dalam bentuk pelbagai ini, anda perlu mengutip data dengan menggunakan lebih daripada satu kaedah pengutipan data.

(d)

(e)

(f)

LATIHAN 6.1
Berikan satu topik kajian kualitatif. Nyatakan objektif dan persoalan kajiannya.

6.1.3

Membina Alat Kajian Kualitatif

Bagi kajian kualitatif, anda sendiri perlu membina alat-alat kajian menurut definisi operasional perkara-perkara yang anda ingin kaji. Kaedah membina alatalat kajian mengikut bentuknya dijelaskan dalam bahagian berikut:

TOPIK 6

KAJIAN KUALITATIF 107

(a)

Penilaian Dokumen Dokuman merujuk kepada suatu rekod tentang pemikiran, perasaan, pendapat atau tindakan seseorang. Dokumen juga dikaitkan dengan rekod bertulis tentang sejarah institusi, aktiviti, peristiwa atau persembahan. Jadi, dokumen termasuklah rekod yang tidak terhad kepada diari, surat, memo, nota, surat rasmi, gambar, pita audio/video, filem, artikel, buku, rekod internet dan manuskrip.

Dokumen dianalisis untuk melihat bentuk dan tren yang berlaku di masa lampau. Dokumen juga diguna untuk menyediakan bukti kukuh untuk menguatkan kredibiliti kaedah temuduga dan pemerhatian. Sebagai contoh, anda mungkin ingin membangunkan alat Penganalisisan Dokumen untuk mengutip data bagi Objektif Kajian I dalam Contoh B: Orientasi kepercayaan pelajar tentang sebab pengagihan dadah, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6.1.
Jadual 6.1: Senarai Semak Penganalisisan Dokumen Peringkat Pra masuk Kriteria Semakan/ Pandangan

(i)

Jenis dokumen yang diperlukan: rekod kaunseling rekod anekdotal Lokasi dokumen sekolah pusat kaunseling dadah

(ii)

(iii) Aksesibiliti
Komunikasi khusus Kebenaran untuk akses Siapa yang di akses? Bagaimana hendak mengakses? Bila hendak diakses? Masa menuggu Fotokopi

(iv) Jangka masa


108 TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

Rekoding

(i)

Isi Koding Jenis kod yang hendak digunakan Membangun kertas koding yang sesuai Memproses rekod isi Pengurangan Data Bagaimana hendak mentranskripsi data?

Memproses

(i)

(ii)

Mempamer Data Format yang digunakan Triangulasi Data

(iii) Verifikasi Data

Interpretatasi

(i)

Dapatan Dapatan utama Dapatan sekunder Menginterpretasi penemuan Konteks teoretis Konteks kajian Konteks lokal/sekolah

(ii)

(b)

Alat Pemerhatian Pemerhatian sebagai alat untuk mengutip data mempunyai ciri-ciri berikut: (i) (ii) Satu atau lebih pemerhati diletakkan di tempat yang sesuai pada sudut tertentu dan pada masa yang ditetapkan. Membantu pemerhati dengan menggunakan prainstruksi.

(iii) Pilih pemerhati dan sediakan mereka untuk pemerhatian. (iv) Pilih siapa yang hendak diperhati dan bila hendak dibuat pemerhatian. (v) Menyediakan sesuatu yang patut dibuat.

Secara umumnya, anda perlu membina alat pemerhatian yang piawai apabila anda menggunakan khidmat beberapa pemerhati semasa pemerhatian dijalankan. Jadual 6.2 menunjukkan satu contoh alat pemerhatian yang bersifat separuh-berstruktur. Alat ini telah dibangun berdasarkan Objektif Kajian 1 daripada Contoh A: Mengenalpasti ciri-ciri tabiat pemonteng di dalam bilik darjah.

TOPIK 6

KAJIAN KUALITATIF 109

Jadual 6.2: Contoh Pemerhatian Separuh-Berstruktur Nama Pemerhati: Tempat Pemerhatian: Masa/Jangka Waktu Pemerhatian: Item Perhati tabiat mereka sebelum masuk kelas. Perhati tabiat mereka ketika guru masuk kelas. Perhati apa mereka buat ketika guru sedang mengajar. Perhati reaksi mereka apabila diminta menjawab. Perhati reaksi mereka apabila diberi kerja rumah. Perhati tabiat mereka apabila guru hendak meninggalkan kelas. Responden #:

Nota Pemerhatian

Sekiranya anda menggunakan alat pemerhatian yang berstruktur, item yang sama dalam alat ini boleh digunakan untuk semua subjek kajian yang diperhati. (c) Alat Temuduga Temuduga merupakan perbualan yang mempunyai tujuan tertentu. Ia disifatkan sebagai suatu proses pencarian makna yang aktif apabila fenomena yang diselidik tidak dapat dilihat secara langsung. Secara spesifik, tujuan temuduga adalah untuk mengutip maklumat. Temuduga adalah teknik mengutip data daripada subjek melalui soalan yang dikemuka dan mendapatkan reaksi daripada mereka secara lisan atau tanpa lisan. Temuduga boleh bersifat bersahaja atau mendalam.

Terdapat tiga (3) jenis temuduga yang masing-masing mempunyai struktur tersendiri: (i) Temuduga berstruktur atau piawai. Soalan yang dibangunkan bertujuan untuk mendapat respons yang spesifik. Contoh: Di mana anda tinggal? Berapa umur anda? Separuh berstruktur atau separuh piawai di mana beberapa siri soalan pra-penentuan atau soalan terbuka telah dibangunkan.

(ii)

(iii) Temuduga tanpa-berstruktur atau temuduga tanpa-standard.

110 TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

Jadual 6.3 memberi contoh alat yang berbentuk separuh struktur.


Jadual 6.3: Contoh Alat Temuduga Separuh Struktur Nama Yang Ditemuduga: Tempat Temuduga Masa Temuduga: Item Pada fikiran anda apakah sebab anda menjadi penagih dadah? Apakah sebab anda menjadi seorang penagih? Responden#:

Respon

Menurut contoh yang diberi, Alat Temuduga Separuh Berstruktur dibentuk untuk mendapatkan data dengan menggunakan satu set soalan yang telah ditetapkan, yang boleh membantu kita mendalami pemikiran, pandangan dan sikap subjek tentang sebab-musabab mereka tercebur dengan dadah. Kita boleh membuat andaian bahawa pemikiran, pandangan dan sikap seseorang berkait rapat dengan kepercayaan individu. Sila ambil perhatian bahawa jumlah item boleh ditingkatkan atau diturunkan menurut definisi operasional yang digunakan pengkaji.

6.1.4

Kebolehpercayaan dan Kesahan

Kesahan dan kebolehpercayaan merupakan dua aspek yang berbeza daripada kepercayaan kajian. Isu isu yang berhubung dengan kepercayaan kajian ialah dari segi: (a) (b) (c) alat yang digunakan dalam kajian; proses mengutip data; dan kaedah analisis data.

Rumus yang dipakai adalah: kebolehpercayaan dan kesahan, keduanya berorientasikan proses. Dalam kajian kualitatif, alat mengutip data, secara amnya, boleh digolongkan kepada tiga (3) jenis, iaitu: (a) temuduga, (b) pemerhatian dan (c) dokumentasi.

TOPIK 6

KAJIAN KUALITATIF 111

Diskusi mengenainya boleh difokuskan dalam hal-hal berikut: (a) (b) (a) Kebolehpercayaan dan kesahan alat; dan Triangulasi. Kebolehpercayaan dan Kesahan Alat Kebolehpercayaan dan kesahan tidak akan dibincangkan di sini. Keduadua konsep ini telah pun diterangkan sebelum ini. Oleh itu, perbincangan akan ditumpukan kepada triangulasi. Triangulasi Triangulasi merupakan satu konsep yang digunakan umum dalam aktiviti lapangan, membuat peta, navigasi dan latihan militer. Dalam sains sosial, triangulasi digunakan untuk tujuan pengesahan. Dalam triangulasi juga, beberapa strategi pengutipan data digunakan untuk mengukur sesuatu konsep. Masalah berkaitan kebolehpercayaan dan kesahan boleh dikurangkan melalui triangulasi. Denzin (1978) mengenalpasti empat (4) kategori triangulasi seperti berikut: (i) (ii) Triangulasi data yang melibatkan pengutipan pelbagai jenis data untuk menyelidik fenomena yang sama. Triangulasi penyelidikan yang melibatkan pelbagai pemerhati berbanding dengan pemerhati tunggal untuk menyelidik fenomena yang sama.

(b)

(iii) Triangulasi teori yang melibatkan penggunaan lebih daripada satu teori untuk menyelidik fenomena yang sama. (iv) Triangulasi kaedah yang melibatkan penggunaan pelbagai kaedah untuk menyelidik fenomena yang sama. Dalam kajian kualitatif, mustahak bagi kita menggunakan teknik yang berbeza untuk mengumpul data. Kita juga perlu menggunakan strategi yang berbeza untuk menyelidik fenomena yang sama. Bagi memperoleh kebolehpercayaan dan kesahan, kita tidak boleh mengenepikan penggunaan triangulasi, sebab cara ini dipercayai lebih berkesan jika digunakan dalam kajian kualitatif.

LATIHAN 6.2
Nyatakan bentuk kajian yang sesuai untuk topik dan objektif kajian yang anda pilih dalam Latihan 6.1.

112 TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

6.2

PENGUTIPAN DATA

Dalam kajian kualitatif, proses mengutip data adalah sama sahaja dengan kajian kuantitatif. Perbincangan kita tentang pengutipan data dibahagikan kepada dua (2) bahagian, iaitu: (a) (b) Persampelan dalam kajian kualitatif; dan Kaedah mengumpul data.

6.2.1

Persampelan dalam Kajian Kualitatif

Persampelan dalam kajian kualitatif merupakan suatu pengalaman yang berbeza daripada kajian kuantitatif. Berikut adalah beberapa strategi pemerhatian persampelan yang digunakan dalam kajian kualitatif. (a) Strategi Persampelan Dalam kajian kuantitatif, besar kemungkinan kita akan meggunakan strategi persampelan berkebarangkalian (probabilty sampling), sebaliknya, dalam kajian kuanlitatif, kita akan menggunakan strategi persampelan bukan-berkebarangkalian (non-probability sampling). Empat (4) jenis persampelan bukan kebarangkalian adalah seperti berikut: (i) Persampelan mudah; Persampelan bertujuan; Persampelan snowball; dan Persampelan kuota (quota sampling). Persampelan mudah Sampel mudah (convenience sampling) disifatkan juga sebagai sampel accidental atau available (Babbie, 1998). Sampel jenis ini dipilih berasaskan kepada subjek kajian yang mudah diperoleh untuk kajian tertentu. Sebagai contoh, adalah menjadi kebiasaan bagi guru menggunakan pelajar mereka sendiri sebagai subjek kajian mereka. Persampelan bertujuan Persampelan bertujuan (purposive sampling) juga dikenali sebagai persampelan membuat keputusan (judgmental sampling). Logik persampelan bertujuan dalam kaedah kualitatif adalah amat berbeza dengan logik persampelan berkebarangkalian dalam kajian kuantitatif. Dalam persampelan bertujuan, pengkaji menggunakan pengetahuan kepakaran/khusus tentang sesuatu kumpulan untuk memilih subjek yang hendak dikaji daripada populasi.

(ii)

TOPIK 6

KAJIAN KUALITATIF 113

Dalam kes tertentu, sampel bertujuan dipilih selepas kajian lapangan dibuat terhadap kumpulan tertentu untuk memastikan jenis individu yang mempunyai sesuatu ciri dapat digunakan dalam kajian yang dijalankan. Sebagai contoh, pemonteng sekolah, walaupun jumlah mereka kecil, mereka masih boleh digunakan untuk kajian berkaitan dengan ponteng sekolah. (iii) Persampelan snowball Persampelan snowball (snowball sampling) merupakan kaedah persampelan yang paling popular digunakan oleh pengkaji kualitatif. Ia adalah cara terbaik bagi mengenalpasti lokasi subjek yang mempunyai atribut/ciri-ciri tertentu semasa kita menjalankan kajian. Misalnya, persampelan ini adalah terbaik untuk digunakan oleh guru yang berminat mengkaji kumpulan pelajar yang terjebak dengan penagihan dadah. Sebagai pengkaji, anda perlu mengenalpasti pelajar-pelajar yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Kumpulan pelajar ini kemudiannya akan memberi nama pelajar-pelajar lain yang mempunyai ciri yang sama dengan mereka. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin mengetahui penggunaan dadah di kalangan pelajar, anda dari awal lagi perlu mengenalpasti pelajar yang mempunyai ciri-ciri penggunaan dadah. Kemudian, kumpulan pelajar ini diminta memberi nama pelajar-pelajar lain yang menggunakan dadah. (iv) Persampelan kuota Persampelan kuota (quota sampling) adalah pemilihan sampel secara mudah mengikut pembahagian (kuota) ciri-ciri sampel yang ditentukan. Bagi menggunakannya, anda perlu menyediakan satu jadual yang menerangkan ciri-ciri sampel seperti jantina, umur, pendidikan dan atribut lain yang ditentukan oleh pengkaji. Kemudian, anda perlu menentukan pembahagian setiap ciri apabila anda meneliti atribut populasi kajian. Sebagai contoh, seorang guru ingin mengkaji persepsi keganasan sekolah antara pelajar dalam sesuatu daerah sekolah dengan memberi perhatian kepada kumpulan pelajar mengikut umur mereka. Sebagai langkah pertama, guru tersebut perlu mewujudkan beberapa kategori pelajar, misalnya 15 tahun ke atas dan 15 tahun ke bawah. Selepas itu, guru perlu mengenalpasti semua populasi pelajar sekolah dalam daerah tersebut. Kemudian, guru perlu membahagikan mereka mengikut kategori-kategori yang dikehendaki (umur, jantina, dan sebagainya.) dan menentukan jumlah pelajar dalam setiap kategori tersebut. Selepas itu, guru memilih sebuah sekolah dalam daerah

114 TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

tersebut dan membuat persampelan daripada pelajar-pelajar sekolah ini, dan kemudiannya, membahagikan mereka kepada kategorikategori berkadaran dengan bilangan pelajar bagi kategori-kategori ini dalam populasi.

6.2.2

Kaedah Pengutipan Data

Dalam kajian kualitatif, pengkaji lazimnya menggunakan tiga (3) jenis strategi pengutipan data, iaitu: (a) Data yang didapati daripada dokumen; Data yang didapati daripada temubual; dan Data yang didapati daripada pemerhatian. Data Daripada Dokumen Dokumen manakah yang hendak diakses atau dinilai? Umumnya, anda perlu mengikuti prosedur tertentu untuk mengutip data. Langkah Pengutipan Data (i) Sediakan kriteria persampelan dokumen. Anda perlu menyediakan kriteria pemilihan berdasarkan persoalan kajian anda. Ini perlu dilakukan sebelum penganalisisan data sebenar. Dokumen yang manakah yang anda ingin akses? Bolehkan ia diakses? Di mana dokumen ini diperoleh? Siapa orangnya yang hendak dihubungi? Bila perlu dihubungi? Berapa lama doumen perlu diteliti? Tubuhkan sistem organisasi data yang lebih praktikal untuk anda (lihat Jadual 6.4). Sebagai contoh, Jadual 6.4 menunjukkan nota data yang dirumuskan daripada rekod kaunseling yang didapati daripada pusat kaunseling. Buat masa ini, hanya dua dokumen yang akan diakses.

(ii)

LATIHAN 6.3
Huraikan alat kajian yang sesuai digunakan bagi kajian yang dipilih dalam Latihan 6.1.

TOPIK 6

KAJIAN KUALITATIF 115

Table 6.4: Nota Data daripada Pemeriksaan Rekod Kaunseling Jenis Dokumen Rekod Kaunseling (daripada kaunselor sekolah) Kes 1: Data/Informasi (Rumusan) Seorang pelajar yang pendiam yang bergantung kuat pada rakan-rakannya; seorang rakan menjatuh maruahnya; mencari sebab dengan gurunya. Semua orang/guru tidak memahaminya; mempunyai sedikit sahaja kawan; semua kawannya lemah dalam pelajaran. Jatuh cinta dengan seorang lelaki; prestasi akademik rendah; ibu bapa sering mengganggu perasaannya. Terpengaruh dengan budak lelaki supaya mengambil dadah; tidak dapat menyesuaikan diri dengan pelajar lain; seorang dalam kesunyian. Tidak tahu apa yang hendak dilakukan sepanjang hayatnya; sering cemas dan mudah melenting; tidak upaya mengawal diri. Semasa menerima rawatan mempunyai tendensi menentang warden dan kakitangan di pusat rawatan. Lemah dalam kemahiran sosial; tidak dapat menyesuaikan diri dengan penghuni lain; sering bersendirian. Tidak asertif; terlalu bersandar pada orang lain; dibuli oleh penghuni lain; tidak mahu bersemuka dengan warden atau kaunselor. Tidak dapat bergaul dengan baik; tidak suka apabila dibawa ke pusat rawatan; mahu mengubah cara hidup. Tidak mahu bekerjasama ketika menerima rawatan; sering menyalahkan semua orang termasuk dirinya sendiri tentang apa yang telah berlaku.

Kes 2:

Kes 3:

Kes 4:

Kes 5:

Rekod Kaunseling (didapati daripada kaunselor dadah)

Kes 1:

Kes 2:

Kes 3:

Kes 4:

Kes 5:

116 TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

(b)

Data Pemerhatian Pemerhatian merupakan satu teknik pengutipan data dengan memerhati tingkah laku subjek kajian secara langsung. Anda memerhati tabiat dan dokumenkan atribut subjek yang dikaji. Isu kritikal yang berkait rapat dengan pemerhatian yang sering ditimbulkan ialah sejauh mana penglibatan pengkaji dalam proses pengutipan. Dalam teknik pengutipan data melalui pemerhatian, penyelidik membuat andaian bahawa sesuatu tabiat itu mempunyai tujuan dan dilahirkan melalui nilai dan kepercayaan tertentu. Data pemerhatian membantu anda: (i) (ii) Memahami konteks; Mendapat pengalaman terus; dan

(iii) Melihat benda yang mungkin terlepas daripada pandangan. Sebagai ilustrasi, hanya satu pemerhatian dijalankan untuk mengenalpasti ciri tabiat pemonteng ketika mereka berada dalam kelas. Jadual 6.5 mengandungi nota bagi data yang didapati daripada sesi pemerhatian berstruktur tunggal untuk lima (5) orang pelajar ketika mereka berada dalam kelas.
Jadual 6.5: Nota Data daripada Pemerhatian Berstruktur Items Memerhati tabiat mereka sebelum guru memasuki kelas. Kes 1: Kes 2: Kes 3: Kes 4: Kes 5: Memerhati tabiat mereka semasa guru memasuki kelas. Kes 1: Kes 2: Kes 3: Kes 4: Kes 5: Nota Pemerhatian Mengasingkan diri dan mimpi di siang hari. Banyak becakap dengan budak lelaki; sering berjalan ke sana sini . Membaca tabloid yang popular; nampak dengan orang lain. Bercakap dengan perempuan lain. Sikap tidak peduli, memerhati sahaja guru masuk kelas, tidak senang hati. Ia terus bercakap. Terus membaca tabloid. Berhenti bercakap dengan budak lelaki di hadapan. Dia berhenti bercakap. berminat

Bercakap dengan lelaki yang duduk dihadapannya.

TOPIK 6

KAJIAN KUALITATIF 117

Memerhati apa mereka buat ketika guru mengajar.

Kes 1: Kes 2:

Tidak memberi perhatian pada guru, terus bermimpi di siang hari. Sekali sekala budak perempuan itu bercakap dengan orang bersebelahan dengannya; sekali sekala memberi perhatian kepada guru. Membaca tabloid sekali sekala; sering tidak memberi perhatian. Mengganggu perempuan yang duduk dihadapannya, tidak memberi perhatian langsung. Memberi perhatian setiap masa; mengambil nota sekali sekala. Kelihatan tidak selesa apabila diminta menjawab; tidak upaya menjawab dengan betul. Menunjuk muka dan mempamirkan sikap tidak peduli. Tidak upaya menjawab. Cuba menjawab, mungkin untuk mengambil hati guru. Berupaya menjawab soalan dengan tepat. Mempamirkan sikap tidak peduli. Bertanya guru kenapa diberi kerja rumah; mengatakan beliau tidak mempunyai masa untuk membuat kerja rumah. Membantah sebab terlalu banyak kerja rumah sudah diberi oleh guru lain. Sikap awak suruh saya buat, saya akan buat. Menunjukkan tanda bersetujuan.

Kes 3: Kes 4: Kes 5: Memerhati bagaimana mereka memberi reaksi apabila diminta menjawab soalan. Kes 1: Kes 2: Kes 3: Kes 4: Kes 5: Memerhati reaksi mereka apabila diberi kerja rumah. Kes 1: Kes 2:

Kes 3: Kes 4: Kes 5:

118 TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

Memerhati tabiat mereka apabila guru meninggalkan kelas.

Kes 1: Kes 2: Kes 3: Kes 4: Kes 5:

Menunjukkan tanda kepuasan. Menunjukkan kepuasan sambung bercakap. dan mula

Rasa selesa apabila guru meninggalkan kelas. Menoleh ke belakang dan mula bercakap dengan budak perempuan dibelakangnya. Mula bercakap dengan orang yang berada di hadapan.

(c)

Data Temubual Temubual merupakan satu teknik pengutipan data dengan menemubual subjek kajian secara langsung. Sebagai aktiviti latihan dalam pengutipan data, sila rujuk alat temubual berstruktur dalam Jadual 6.6. Sampel tersebut terdiri daripada lima (5) orang pelajar Tingkatan 5 yang telah dikenalpasti sebagai penagih dadah. Ketika ini mereka sedang menjalani program pemulihan mandatori selama dua (2) tahun. Temubual berstruktur digunakan untuk mengutip maklumat untuk menjawab Objektif Kajian 1 yang diambil daripada Contoh B: Orientasi kepercayan pelajar yang menjadi penagih dadah. Jadual 6.6 menunjukkan respons asal yang telah ditranskripsikan ke dalam teks. Transkripsi dibuat berdasarkan respons yang diberi oleh lima (5) orang subjek yang telah ditemubual. Temubual dibuat dalam bilik kaunseling dadah. Setiap temubual mengambil masa 10 minit. Temubual dijalankan daripada pukul 9.00-10.30 pagi. Sekiranya anda menjalankan kajian, anda perlu menambah jumlah saiz sampel, sesi pemerhatian dan soalan yang akan dikemukakan dalam temubual.

TOPIK 6

KAJIAN KUALITATIF 119

Jadual 6.6: Nota Data daripada Temubual Separuh Berstruktur Item Apa perasaan anda yang menyebabkan anda menjadi penagih? Kes 1: Kes 2: Kes 3: Respons (Teks Dipermudahkan) Rasa dianayai oleh rakan; guru terasa mencari kesalahan sahaja. Rasa diketepikan oleh rakan; guru tidak memahaminya Terasa hendak membunuh diri; teman lelaki meninggalkannya kerana perempuan lain; ibu bapa mengetepikannya. Terasa tidak diterima oleh rakan di sekolah; terasa kesunyian; telah dipelawa oleh pengih dadah untuk menghadiri satu jamuan. Terasa hidup di dunia ini tidak bermakna. Tidak memikir langsung tentang bahaya dadah. Terasa yang guru tidak memahami dirinya; tidak fikir ibu bapa memahami dirinya sendiri; terasa bahawa rakan-rakannya tidak boleh dipercayai. Tidak boleh bayangkan rakan lelakinya akan menjatuhkan meruahnya; ibu bapa tidak memahami masalahnya dan memikirkan bahawa dirinya perempuan tidak baik. Terlalu sebuk dengan pemikiran negatif dan perkara yang tidak baik dan halanganhalangan; rakan tidak boleh dipercayai. Memarahi diri sendiri kerana tidak membantu rakan pada masa lalu; tidak dapat memikir mencari jalan mendapatkan rakan baru yang bukan penagih dadah.

Kes 4:

Kes 5: Pada fikiran anda apakah sebab utama anda menjadi seorang penagih? Kes 1: Kes 2:

Kes 3:

Kes 4:

Kes 5:

120 TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

6.3

ANALISIS DATA

Anda telah pun melalui proses pengutipan data melalui pemerhatian dan temubual subjek kajian anda. Anda juga telah membuat penilaian terhadap dokumen-dokumen kajian anda. Sekarang anda mempunyai timbunan data di tangan anda. Bagaimanakah caranya anda hendak menyusun dan menganalisis data yang anda dapati itu. Dalam bahagian ini, perkara-perkara berikut akan dibincangkan: (a) (b) Proses analisis data; serta Dapatan dan interpretasi.

6.3.1

Proses Menganalisis Data

Analisis melibatkan proses menyusun data. Anda perlu menyusun data asal yang dikutip dalam bentuk, kategori dan unit deskriptif asas. Tanpa mengambil kira kaedah yang anda gunakan untuk mengutip data, lima (5) langkah berikut perlu diikuti dalam penganalisisan data: (a) (b) (c) (d) (e) Tahap pra-analisis; Tahap kemasan data; Tahap pameran data ; Tahap verifikasi data; dan Tahap dapatan (termasuk interpretasi).

Setiap satu daripada lima (5) tahap ini boleh diterjemahkan kepada beberapa item yang akan anda gunakan sebagai senarai rujukan (sila lihat Jadual 6.7).
Jadual 6.7: Analisis Data untuk Rujukan Langkah I Item Tahap Pra-analisis Semua nota lapangan dibaca, disemak, ditingkat dan lengkapkan. Semua nota dilabelkan menurut jenis. Semua nota disusun menurut urutan tertentu. Data direkod seperti yang dikehendaki. Sediakan dua fotokopi semua nota termasuk yang asal. Mengkod dan mengkod semula respons terbuka dan data yang didokumenkan. Data komputer dimasukkan dalam sesuatu folder. Mula mengambil nota tema dan bentuk yang wujud. Pastikan data mudah diakses. Tanda

TOPIK 6

KAJIAN KUALITATIF 121

II

Tahap Kemasan Data Pada tahap kemasan data (data reduction), data ditranskrip-sikan dalam word processing atau dalam format analisis tekstual menggunakan komputer. Data yang telah ditranskripsikan dipermudahkan dan bersifat terfokus. Tahap Pameran Data Data dipamerkan dalam bentuk jadual, lembaran tanda (tally) dan rumusan. Data yang dipamer perlu menjelaskan analisis atau tindakan tambahan yang perlu dibuat. Tahap Verifikasi Data Triangulasi data digunakan untuk verifikasi pelbagai tindakan analitik yang diambil untuk mencapai kesimpulan. Semua prosedur yang membawa kepada kesimpulan dinyatakan dengan tepat. Proses dokumentasi semua proses penyelidikan dinyatakan dengan tepat. Tahap Dapatan Penyemakan dan interpretasi dapatan.

III

IV

LATIHAN 6.4
Bagi kajian yang dicadangkan dalam Latihan 6.1, nyatakan kaedah triangulasi kajian yang sesuai untuk kajian tersebut.

6.3.2

Interpretasi Data

Interpretasi melibatkan memberi makna dan kesignifikanan kepada analisis. Ia melibatkan penerangan dan penetapan bentuk deskriptif dan penentuan hubungan sesama bentuk. Melihat semula aktiviti bermakna semasa melakukan interpretasi dan disiminasi.

122 TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

Jadual 6.8: Rujukan untuk Interpretasi Item Interpretasi Interpretasi bebas daripada pilih kasih (bias) anda Interpretasi berdasarkan teori Interpretasi berdasarkan maklumat Interpretasi tertakluk kepada prinsip etika yang ketat Tanda

(a)

Data Dokumen Dalam analisis isi kandungan, pengkaji menilai dokumen atau transkrip dan kemudian membuat inferens berdasarkan isi kandungan yang didapati dari dokumen. Tahap analisis isi kandungan adalah seperti berikut: (i) (ii) Data dikutip dan diubah menjadi teks. Contoh: transkrip daripada nota kaunseling diubah menjadi teks. Teks dilabel dan dikategorikan.

(iii) Berdasarkan label dan kategori, anda akan dapati beberapa tema akan menjelma. (iv) Bahan dipilih mengikut kategori dengan mengenalpasti bentuk frasa yang sama dan tanda serta hubungan dan kesamaan atau perbezaannya. (v) (b) Bahan yang sudah ditapis dinilai mengikut kajian lepas.

Garis Panduan untuk Analisis Isi Kandungan (i) (ii) Anda sendiri perlu membuat keputusan tentang gaya analisis isi kandungan. Patutkah ia berbentuk kualitatif atau kuantitatif? Adakah anda mahu analisis isi kandungan latent atau manifest? Isi kandungan manifest merupakan sesuatu yang tidak asli atau mempunyai isi kandungan permukaan sahaja. Isi kandungan padat pula mempunyai makna dalaman bagi sesuatu mesej.

(iii) Perhatikan perkataan, frasa, ayat atau perenggan dan letakkan semuanya dalam sesuatu label atau tema.

TOPIK 6

KAJIAN KUALITATIF 123

Jadual 6.9 mengandungi data daripada nota teks yang dikutip daripada lima (5) subjek kajian. Lihat semula data yang telah dianalisis yang dimuatkan dalam Jadual 6.9 dan cuba beri interpretasi anda sendiri tentang data tersebut.
Jadual 6.9: Analisis Data dan Kategori Orientasi Kepercayaan Penagih Dadah Faktor Orientasi Luaran Rekod Kaunselor Sekolah Rakan/rakan sebaya Ditipu, mudah terpengaruh, dan mempunyai masalah pembantu. Suka mencari kesalahan orang, bersandar pada orang lain, pencapaian rendah, tidak sependapat dengan orang lain, tidak mempunyai arah tuju, kesunyian, tidak upaya mengarah, mudah melenting, gelisah. Deskripsi/Label Deskripsi Orientasi Dalaman (Descriptors)

Ibu bapa Guru

Cerewet. Tidak memahami diri mereka.

Rekod Kaunselor Dadah Penghuni Dibuli oleh penghuni, menyalahkan orang lain tentang masalah diri sendiri. Tiada maklumat. Salahkan warden, mencari fasal dengan warden. Tidak sosial, tidak seronok semasa rawatan, tidak memberi kerjasama, terlalu bersandar pada orang lain, kurang kemahiran sosial, tidak asertif, mengasingkan diri, dan salahkan orang lain.

Ibu bapa Warden

Dua (2) rumusan boleh dibuat hasil daripada data yang diperoleh daripada Jadual 6.9. Pertama, faktor dalaman adalah sebab utama lima (5) orang responden menjadi penagih dadah. Bagaimanapun, menurut responden sendiri, mereka berpendapat bahawa faktor luaran adalah sebab utama mereka terjebak menjadi penagih dadah.

124 TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

Kedua, terdapat percanggahan maklumat yang dilaporkan oleh responden kepada kaunselor dan persepsi kaunselor tentang sebab responden menagih dadah. Responden mempunyai sistem kepercayaan yang berorientasi luaran. Responden percaya faktor luaranlah yang menyebabkan mereka menjadi penagih. Dapatan ini diperkukuhkan lagi apabila data triangulasi diambil kira, yakni, apabila dua set data, satu daripada rekod kaunselor sekolah dan satu lagi daripada rekod kaunselor dadah dibandingkan. Hasilnya, terdapat persetujuan antara kedua-dua dapatan tersebut. Justeru, berdasarkan dapatan tersebut, kita boleh memebuat interpretasi bahawa penagih dadah mempunyai mekanisme pemikiran yang tidak menentu. (c) Data Temubual Data daripada temubual berstruktur seperti yang terdapat dalam Jadual 6.10 digunakan untuk menganalisis orientasi kepercayaan penagih dadah.
Jadual 6.10: Analisis Data daripada Temubual Berstruktur untuk Orientasi Kepercayaan Penagih Dadah Orientasi Luaran Rakan/rakan sebaya Dianiaya oleh rakan, ditinggalkan rakan lelaki, dijemput oleh penagih dadah untuk menghadiri majlis sosial, rakan yang tidak boleh dipercayai, dijatuhkan maruah oleh rakan. Ibu bapa Disingkir oleh ibu bapa, ibu bapa tidak terhadap anak. Orientasi Dalaman Kesunyian dan perlu kawan supaya diterima dengan mudah.

perasaan

Guru Guru selalu mencari kesalahan, selalu meleter, guru tidak memahami mereka.

Analisis daripada temubual menunjukkan penagih percaya bahawa faktor luaran adalah penyebab utama mereka menjadi penagih. Penemuan yang dihasilkan ini sama sahaja dengan penemuan yang didapati daripada penelitian dokumen.

TOPIK 6

KAJIAN KUALITATIF 125

(d)

Data Pemerhatian Analisis ini dihasilkan berdasarkan data dalam Jadual 6.11.
Jadual 6.11: Analisis Data daripada Pemerhatian Berstruktur untuk Ciri Tabiat Pemonteng Ketika Berada dalam Kelas Item Tabiat Propembelajaran. Nota Pemerhatian Tabiat pembelajaran Neutral. Tiada. Tabiat Anti-pembelajaran.

Tabiat yang diperhati sebelum guru memasuki kelas. Tabiat yang diperhati semasa guru memasuki kelas. Tabiat yang diperhati ketika guru mengajar. Tabiat yang diperhati apabila diminta menjawab soalan. Tabiat yang diperhati apabila guru memberi kerja rumah.

Tiada.

Mimpi di siang hari, bercakap dan berjalan ke sana sini. Secara tidak senang memerhati guru, sambung bercakap, berjalan, sambil membaca tabloid. Tidak beri perhatian, mimpi di siang hari, baca tabloid, ganggu orang lain. Tidak berminat, tidak peduli.

Tiada.

Tiada.

Beri perhatian, ambil nota.

Beri perhatian sekali sekala.

Boleh menjawab soalan.

Cuba mengambil hati guru.

Sukacita mendapat kerja rumah.

Patuh kepada peraturan, bantahan kerana terlalu banyak kerja rumah. Tiada.

Tidak peduli, tidak ada masa untuk kerja rumah.

Tabiat yang diperhati apabila guru meninggalkan kelas.

Tiada.

Merasa kepuasan, terus bercakap, suka meliahat guru meninggalkan kelas.

126 TOPIK 6 KAJIAN KUALITATIF

Sebagai kesimpulan, daripada data pemerhatian kita boleh menyatakan bahawa pemonteng mempunyai ciri-ciri tingkah laku anti-pembelajaran lebih tinggi daripada tingkah laku pro-pembelajaran. Kesahihan kesimpulan ini boleh disahkan melalui triangulasi teori.

LATIHAN 6.5
Bagi kajian yang dicadangkan dalam Latihan 6.1, nyatakan kesimpulan yang mungkin dan bagaimana kesahihannya dapat dibuktikan.

Dalam mana-mana kajian kualitatif, isu pengenalan pengkaji sering diketengahkan. Isu-isu lain berkait rapat dengan aktiviti pengkaji. Beberapa isu perundangan dan profesional diketengahkan. serta isu etika juga perlu

Strategi dan teknik mengutip dan menganalisa data dibincangkan.

Kebolehpercayaan Kesahan Pemerhatian

Temubual Triangulasi

1.

Anda telah didedahkan kepada kajian kuantitatif dan kualitatif. Apakah perbezaan dari segi tujuan antara dua (2) jenis kajian ini? Terdapat beberapa bentuk kajian kualitatif. Jelaskan dengan ringkas bentuk kajian lapangan.

2.

TOPIK 6

KAJIAN KUALITATIF 127

3.

Selepas data melalui proses pra-analisis, pengkaji perlu mengemaskan data yang dikutip. Jelaskan apa yang anda faham tentang maksud mengemas data. Gunakan kantin sekolah anda sebagai tempat anda memerhati tingkah laku pelajar-pelajar anda selama seminggu. Sebagai seorang pengkaji, jelas perkara-perkara berikut: (a) (b) (c) Pilih satu tingkah laku yang ingin diperhatikan. Jelaskan alat kajian yang boleh digunakan untuk mencerap tingkah laku ini. Jelaskan bagaimana data kajian dianalisis.

4.