Anda di halaman 1dari 25

Topik

0 1 10

Pendekatan Pengajaran

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mendefinisikan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran; 2. Menjelaskan model pembelajaran dan pengajaran MURE; 3. Menjelaskan Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PCK) sebagai model pengajaran pakar; 4. Memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang paling berkesan bagi sesuatu topik dan kumpulan pelajar tertentu; dan 5. Mereka bentuk satu rancangan pengajaran.

PENGENALAN
Para guru sering menghadapi masalah pengajaran dan pembelajaran hampir setiap kali mereka mengajar.Ini termasuk pemilihan kaedah mengajar yang sesuai bagi topik-topik tertentu. Begitu juga, dengan pemilihan kaedah mengajar untuk murid-murid cerdas, yang mungkin berbeza daripada kaedah mengajar murid-murid lambat. Begitu juga cara seseorang murid belajar mungkin berbeza daripada yang lain, yang mengarah kita menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang berbeza untuk mereka. Rancangan pengajaran yang baik mungkin dapat membantu kita mengatasi sebahagian daripada masalah ini. Pada masa yang sama, akan membantu murid-murid kita mencapai objektif pembelajaran. Topik ini akan mendedahkan anda kepada beberapa pendekatan pengajaran yang diharapkan dapat membantu anda untuk merancang pengajaran mengikut topik/kandungan yang hendak diajar dan perbezaan individu di kalangan murid-murid anda. Ia juga diharapkan dapat membantu

TOPIK 10

PENDEKATAN PENGAJARAN 205

anda memilih pendekatan/kaedah/teknik pengajaran untuk cadangan kajian dan pengajaran sebenar (oleh anda sendiri) semasa menjalankan kajian di sekolah.

10.1

PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Semasa merekabentuk rancangan mengajar, kita perlu memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang paling sesuai/berkesan supaya murid-murid mencapai objektif pembelajaran. Pemilihan ini dibuat berasaskan kepada topik, konsep, fakta, proses, kemahiran, sikap atau kepercayaan yang hendak sampaikan serta, yang amat penting, murid-murid itu sendiri. Istilah-istilah seperti strategi pengajaran, pendekatan pengajaran, kaedah pengajaran dan teknik pengajaran telah digunakan secara bertukar ganti dalam pelbagai model pengajaran. Dalam topik ini, definisi-definisi berikut akan digunakan: (a) Pendekatan Pengajaran Terdapat beberapa asas yang boleh digunakan untuk kita kategorikan pendekatan pengajaran. Salah satu daripadanya ialah berasaskan kepada tahap penglibatan guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, pendekatan pengajaran merujuk kepada bagaimana seseorang guru mengatur proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan tahap penglibatan guru dan murid. Dengan menggunakan definisi ini, kita boleh kategorikan pendekatan pengajaran kepada tiga (3) kategori seperti berikut: (i) Pengajaran terus (direct teaching) ialah pengajaran secara bersemuka (face-to-face) iaitu guru sendiri yang menyampaikan kandungan pelajaran kepada murid-murid sehingga mereka menguasai kemahiran dan prinsip tertentu. Pengajaran penemuan berpandu (guided discovery teaching) ialah pengajaran iaitu seorang guru memberi panduan kepada muridmurid untuk melakukan aktiviti pembelajaran sehingga mereka menguasai kemahiran dan prinsip tertentu.

(ii)

(iii) Pengajaran penemuan tulin (pure discovery teaching) ialah pengajaran di mana guru membenarkan murid-murid melakukan aktiviti pembelajaran secara bebas sehingga mereka menguasai kemahiran dan prinsip tertentu.

206 TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN

(b)

Kaedah Pengajaran Bagi setiap pendekatan pengajaran ini terdapat beberapa kaedah pengajaran yang menepati kriteria bagi pendekatan pengajaran tertentu. Sebagai contoh, kaedah eksperimen menepati kriteria bagi pendekatan pengajaran penemuan berpandu. Dalam pendekatan ini, murid-murid perlu melakukan eksperimen di bawah bimbingan guru untuk mereka menemui sendiri prinsip-prinsip tertentu. Dalam konteks ini, kaedah pengajaran merujuk kepada bagaimana guru mengatur sesuatu pengajaran dari segi aktiviti yang menepati kriteria sesuatu pendekatan pengajaran. Teknik Pengajaran Bagi setiap kaedah pengajaran terdapat beberapa teknik pengajaran yang menepati kriteria bagi kaedah pengajaran tertentu. Sebagai contoh, bagi kaedah mengajar eksperimen, kita perlu menentukan teknik yang perlu digunakan semasa menjalankan eksperimen. Sekiranya kita menggunakan teknik main peranan, kita perlu menentukan bagaimana sesuatu peranan dilakonkan. Justeru, teknik pengajaran merujuk kepada bagaimana guru mengatur pengajaran dari segi teknik yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menepati kriteria sesuatu kaedah pengajaran.

(c)

LATIHAN 10.1
Pilih satu pendekatan pengajaran dan huraikan kaedah dan teknik pengajaran untuk pendekatan ini. Prinsip-prinsip am pembelajaran dan pengajaran dijelaskan dalam model MURE, yang melibatkan empat (4) unsur/peringkat pembelajaran dan pengajaran, iaitu motivasi (motivation-M), pemahaman (understanding-U), pengukuhan (reinforcement-R) dan pepriksaan (examination-E). Prinsip pembelajaran dan pengajaran yang lebih spesifik dijelaskan dalam model Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge PCK), yang mengambil kira sukatan dan kandungan pelajaran serta latar belakang pelajar dan pedagogi. Seseorang guru boleh menggunakan kedua-dua model ini untuk memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran bagi topik dan kumpulan pelajar tertentu. Bahagian akhir topik ini akan menjelaskan bagaimana anda menyediakan rancangan pengajaran yang berkesan bagi topik dan kumpulan pelajar tertentu.

TOPIK 10

PENDEKATAN PENGAJARAN 207

10.2

MODEL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

MURE

Berdasarkan dua kajian yang dijalankan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian, Abdul Razak Habib (dalam Khalid Abdullah et al., 1999) telah mencadangkan model pembelajaran dan pengajaran MURE. Kajian pertama telah dijalankan ke atas pelajar-pelajar matrikulasi yang berpencapaian tinggi, sementara kajian kedua dijalankan ke atas pelajar-pelajar universiti yang berpencapaian tinggi. Dapatan kedua-dua kajian ini menunjukkan empat faktor yang sama mempengaruhi pencapaian akademik pelajar, iaitu motivasi, pemahaman, pengukuhan dan peperiksaan (MURE) sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 10.1.

Rajah 10.1: Model pembelajaran dan pengajaran MURE

(a)

Motivasi Pelajar-pelajar berpencapaian tinggi menyatakan apa yang menyebabkan mereka belajar dan terus belajar dengan gigih ialah motivasi mereka. Motivasi ini meliputi mengekalkan pencapaian mereka yang lepas, bertanding dengan pelajar-pelajar lain, mengejar kerjaya masa hadapan, melanjutkan pelajaran pada masa hadapan, atau memenuhi aspirasi ibu bapa mereka. Selanjutnya, dari segi pengajaran, mereka lebih meminati guru/pensyarah yang sentiasa memberi motivasi dan mengingatkan mereka supaya bekerja keras dan juga memberi ganjaran atas pencapaian mereka. Pemahaman Dengan motivasi yang ada, pelajar-pelajar berpencapaian tinggi akan berusaha gigih untuk memahami apa yang diajar secara mendalam (anda juga mungkin salah seorang daripada mereka!). Untuk mencapai

(b)

208 TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN

pemahaman mendalam, mereka akan membaca dan membuat latihan sebelum guru/pensyarah mengajar, memberi perhatian dalam kelas, membuat nota sendiri dengan maklumat tambahan daripada sumber lain, dan sentiasa mengulang kaji pelajaran. Dari segi pengajaran pula, mereka lebih meminati guru/pensyarah yang dapat menjelaskan kandungan pelajaran dengan baik dengan menggunakan contoh dan alat/bahan bantu mengajar untuk menjelaskan konsep-konsep yang susah (tutor-tutor anda juga ramai yang berbuat demikian). (c) Pengukuhan Selain memahami kandungan pelajaran secara mendalam, pelajar-pelajar berpencapaian tinggi juga membuat banyak latihan yang dapat mengukuhkan pemahaman mereka dan memudahkan mereka mengingat apa yang mereka pelajari termasuk menguasai kemahiran berkaitan. Pengukuhan ini berlaku dengan membuat tugasan, latihan daripada buku teks dan sumber-sumber lain; seperti buku ulang kaji, contoh kertas peperiksaan/kertas peperiksaan lepas. Dari segi pengajaran pula, mereka lebih meminati guru/pensyarah yang memberikan mereka banyak latihan, menyemak jawapan dan memberi maklum balas yang membina. Selain itu, mereka memerlukan guru/pensyarah melatih mereka tentang kemahiran menulis tugasan. Peperiksaan Akhirnya, selepas mereka dapat mengingat kandungan pelajaran dan menguasai kemahiran berkaitan dengan baik, pelajar-pelajar berpencapaian tinggi ini berusaha untuk menguasai kemahiran peperiksaan. Mereka suka didedahkan kepada soalan-soalan peperiksaan lebih awal, jika boleh, selepas tamat setiap topik yang diajar. Selain soalan-soalan yang diberi guru/pensyarah, mereka suka mencuba soalan peperiksaan lepas atau contoh soalan peperiksaan dalam buku-buku ulang kaji, daripada sekolah mereka mahupun daripada sekolah-sekolah lain. Dari segi pengajaran pula, mereka lebih meminati guru/pensyarah yang memberikan mereka contoh atau soalan peperiksaan lepas bersama dengan jawapan; dan pada masa yang sama melatih mereka menguasai kemahiran peperiksaan.

(d)

LATIHAN 10.2
Mengikut model MURE, pembelajaran dan pengajaran mempunyai empat (4) unsur sepunya (common elements), iaitu motivasi, pemahaman, pengukuhan dan peperiksaan. Daripada pengalaman mengajar/belajar anda sendiri, senaraikan apa yang anda telah lakukan untuk membantu murid anda/anda sendiri memenuhi empat (4) unsur/keperluan ini.

TOPIK 10

PENDEKATAN PENGAJARAN 209

10.3

PENGETAHUAN PEDAGOGI KANDUNGAN

Pengetahuan pedagogi kandungan (PPK) telah diperkenalkan Shulman (1986). Ia boleh ditakrifkan sebagai bagaimana guru menyampaikan kandungan pelajaran supaya murid-murid mudah memahami konsep yang hendak disampaikan dengan mengambil kira pengetahuan tentang mata pelajaran dan pedagogi serta pengetahuan tentang pelajar dan sukatan pelajaran. Ia melibatkan penggunaan analogi, contoh, penjelasan dan demonstrasi yang berkesan dengan mengambil kira latar belakang pelajar. Keupayaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai amat bergantung kepada pengetahuan guru tentang tiga (3) perkara ini. Menurut Turner-Bisset (2001), pengetahuan tentang fakta, konsep, kemahiran, proses, kepercayaan dan sikap; begitu juga tentang pelajar, matlamat pendidikan, kurikulum dan pedagogi am; adalah penting dalam profesion pengajaran. Pengetahuan mata pelajaran, pedagogi serta murid dan sukatan pelajaran dijelaskan seperti berikut: (a) Pengetahuan Mata Pelajaran Pengetahuan mata pelajaran (subject matter knowledge) merujuk kepada keupayaan guru menyatakan dengan tepat tentang fakta, konsep dan prinsip serta berupaya untuk menyelesaikan masalah berkaitan sesuatu topik. Pemahaman mata pelajaran secara mendalam akan membantu guru mengenalpasti kesalahkonsepan (misconception) murid bagi sesuatu topik. Selain itu, pemahaman ini akan juga membantu guru menentukan pengetahuan/kemahiran asas, menyediakan rancangan pengajaran, memilih aktiviti pembelajaran yang sesuai dan memindahkan ilmu dengan tepat kepada murid. Pengetahuan Pedagogi Pengetahuan pedagogi (PP) boleh dibahagikan kepada tiga (3) jenis, iaitu (i) PP am bidang, misalnya, matematik; (ii) PP bidang kecil, misalnya, kalkulus; dan (iii) PP topik, misalnya, had. PP topik adalah lebih penting sebab ia membantu guru menjelaskan topik tersebut dengan baik kepada murid dan seterusnya akan membantu murid memahami topik ini dengan baik. Justeru, sebagai guru, kita harus terus mencari PP bagi topiktopik tertentu (tentunya melalui Kajian Berasaskan Sekolah!), yang akan membantu kita mengajar secara lebih berkesan. Oleh sebab PP ini terbina secara kumulatif, kita jangka PP akan bertambah mengikut masa dan pengalaman mengajar kita. Pengetahuan tentang Pelajar dan Sukatan Pelajaran Mengetahui latar belakang murid-murid terutama dari segi pengetahuan/kemahiran asas, kesalahkonsepan, masalah dan gaya pembelajaran serta minat dan motivasi pembelajaran mereka; adalah amat

(b)

(c)

210 TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN

penting untuk kita menyediakan rancangan mengajar yang berkesan bagi sesuatu topik pengajaran. Selain pengetahuan mendalam tentang pelajar, guru perlu juga tahu secara mendalam keseluruhan sukatan pelajaran, dan berupaya memilih bahagian sukatan ini yang sesuai dan boleh dipelajari (learnable) oleh murid-muridnya. Justeru, guru-guru yang mempunyai keempat-empat pengetahuan ini akan berupaya menggabungkan kandungan pelajaran dengan pedagogi (pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran) berasaskan pengetahuan tentang murid dan sukatan pelajaran. Perlu diingatkan bahawa pengetahuan ini berkembang melalui pendidikan formal, kursus dalam perkhidmatan, pengalaman mengajar dan pencerapan bilik darjah.

LATIHAN 10.3
Mengikut model PPK, murid akan belajar dengan lebih baik sekiranya guru menyediakan rancangan mengajar berpandukan kandungan pelajaran dan latar belakang murid. Mengikut pengalaman anda sebagai murid/guru, apakah yang anda/guru anda buat, yang boleh dikaitkan dengan PPK?

10.4

PENDEKATAN PENGAJARAN

Pengajaran terus dan pengajaran tidak terus adalah penting kepada para pendidik untuk mengelaskan kaedah mengajar. Bagaimanapun, didapati tidak semua pengajaran boleh dikelaskan kepada dua kategori ini. Setiap kaedah mengajar yang digunakan guru mempunyai kelebihan dan kelemahan masingmasing. Biasanya, sesuatu kaedah mengajar yang digunakan pada awal pengajaran boleh diubah kepada kaedah lain yang lebih berkesan mengikut susunan kandungan pelajaran. Guru berpengalaman mempunyai kemahiran untuk merancang aktiviti pembelajaran supaya diminati pelajar mengikut kandungan pelajaran.

TOPIK 10

PENDEKATAN PENGAJARAN 211

Kaedah yang mana lebih baik bagi sesuatu pelajaran bergantung kepada banyak perkara, antaranya ialah umur/perkembangan mental murid, pengetahuan asas, penyampaian kandungan, suasana bilik darjah dan alat/bahan bantu mengajar yang digunakan. Seseorang guru itu boleh menggunakan hanya satu kaedah atau pelbagai kaedah yang didapati sesuai dengan kandungan pelajaran, objektif pembelajaran dan pengetahuan asas murid. Guru yang berpengalaman mungkin tidak menghadapi masalah untuk memilih kaedah yang sesuai ini. Malah, pengetahuan tentang kaedah pengajaran yang pelbagai ini menjadikan pengajaran satu aktiviti yang menyeronokkan kepada guru.

10.4.1

Pendekatan Pengajaran Terus

Pendekatan pengajaran terus, seperti yang kita sedia maklum, ialah pendekatan pengajaran secara bersemuka di mana guru sendiri yang menyampaikan kandungan pelajaran kepada murid-murid sehingga mereka menguasai kemahiran dan prinsip yang ingin disampaikan. Guru yang menggunakan pendekatan ini perlu menyediakan rancangan mengajar harian lebih awal dengan mengambil kira pengetahuan/kemahiran asas dan gaya pembelajaran murid-muridnya. Pendekatan pengajaran terus mempunyai beberapa kelebihan, antaranya ialah: (a) (b) (c) (d) Kandungan pelajaran dapat disampaikan dengan tepat; Objektif pembelajaran dapat dicapai dengan mudah; Pendekatan yang baik untuk menyampaikan fakta spesifik dan kemahiran asas; dan Pencapaian pelajar boleh diukur dengan mudah;

Bagaimanapun, pendekatan pengajaran terus mempunyai beberapa kelemahan, antaranya ialah: (a) (b) (c) (d) (e) Pendekatan ini boleh menghalang kreativiti guru; Teknik pengajaran perlu distruktur dengan baik; Kandungan pelajaran yang rapi perlu disediakan lebih awal; Guru perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik; dan Ia mungkin tidak begitu berkesan untuk melatih kemahiran berfikir peringkat tinggi.

Beberapa kaedah mengajar yang sesuai dengan pendekatan pengajaran terus dijelaskan dalam bahagian berikut.

212 TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN

(a)

Kaedah Kuliah Tujuan utama kaedah kuliah ialah membentangkan maklumat berstruktur yang telah disediakan lebih awal oleh guru/pensyarah. Maklumat yang disediakan itu perlu jelas, tepat, termasuk juga contoh, cerita pendek dan rumusan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk kelas peringkat tinggi atau di universiti. Guru/pensyarah perlu menggunakan pelbagai teknik supaya kuliah lebih menyeronokkan dan berkesan, seperti menggunakan slaid, projektor, papan putih dan komputer. Kelebihan kaedah kuliah ialah: (i) (ii) Dapat membentang kandungan berbentuk fakta secara terus dan logik; Cerita tentang pengalaman yang boleh menarik minat murid;

(iii) Dapat membuka minda kepada perbincangan terbuka; (iv) Boleh digunakan untuk kumpulan yang besar; dan (v) Memberi peluang kepada peserta menyoal supaya lebih jelas.

Kelemahan kaedah kuliah ialah: (i) (ii) Pakar tidak semestinya dapat menjadi guru yang baik; Peserta mungkin pasif sehingga tidak wujud jnteraksi;

(iii) Pembelajaran sukar dikesan; dan (iv) Komunikasi biasanya satu hala sahaja. (b) Kaedah Penyoalan Kaedah penyoalan ialah kaedah mengajar di mana guru menyoal muridmurid supaya mereka memberi tumpuan kepada guru untuk memahami kandungan pelajaran dengan baik. Tujuan lain penyoalan ialah untuk membuka minda murid-murid dan menggalakkan mereka berfikir dan berinteraksi dengan kandungan pelajaran yang disampaikan guru. Selain itu, mereka juga perlu diberi tahu tentang strategi penyoalan, seperti apa, bila dan bagaimana menyoal, bagaimana menjawab soalan yang berbeza aras kesukaran dan bagaimana menyusun pemikiran dan fakta. Muridmurid yang menjawab sesuatu soalan perlu mengikut peraturan tertentu seperti: (i) (ii) Mengingat fakta, prinsip dan perkara tertentu; Menunjukkan pemahaman dengan menggunakan perkataan sendiri;

(iii) Menggunakan maklumat yang diperoleh dalam situasi baru;

TOPIK 10

PENDEKATAN PENGAJARAN 213

(iv) Menganalisis berkenaan; (v)

maklumat

dan

mengaitkannya

dengan

prinsip

Mengsintesis maklumat dengan menggabungkannya dalam pelbagai bentuk; dan

(vi) Menilai maklumat berdasarkan kriteria tertentu. Untuk menjadikan pembelajaran lebih berkesan, murid-murid perlu diberi masa untuk menjawab soalan. Biasanya, soalan yang memerlukan ingatan atau pemahaman boleh dijawab dengan cepat, sementara soalan yang memerlukan analisis dan sintesis mengambil masa yang lebih panjang untuk dijawab. (c) Kaedah Bacaan/Resitasi Buku Kaedah ini melibatkan pembacaan buku teks atau buku lain yang dipilih oleh guru. Kaedah ini hanya berkesan sekiranya semua murid boleh membaca dan memahami apa yang dibaca. Sekiranya terdapat murid yang tidak boleh membaca, maka seorang murid lain perlu membaca untuknya. Bagi memastikan kaedah ini berkesan, guru perlu mengambil langkahlangkah berikut: (i) (ii) Memilih buku teks yang sesuai dengan keupayaan murid dan objektif pembelajaran; dan Mengaitkan aktiviti pembacaan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti pembentangan, laporan, perbincangan, eksperimen, buku kerja atau kajian kecil.

Bagi meningkatkan pemahaman buku yang dibaca, guru boleh menggunakan sesuatu teknik pengajaran, misalnya membaca sendiri secara senyap, bersama teknik pengajaran lain, seperti meminta murid yang lebih pandai menjelaskan apa yang dibaca. Guru juga boleh menggunakan buku yang berbeza supaya lebih sesuai dengan murid-murid yang mempunyai minat, pencapaian atau keupayaan membaca yang berbeza. Selain itu, untuk memudahkan pengajaran, guru boleh membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan kecil (kaedah koperatif) dan memilih buku yang sesuai bagi setiap kumpulan. Seterusnya, guru perlu sedar bahawa semua muridnya berpotensi untuk menjadi pembaca yang baik, dan mereka juga mempunyai strategi pembacaan dan gaya pembelajaran yang berbeza. Kaedah bacaan juga boleh digunakan bersama kaedah lain, misalnya kaedah kuliah atau kaedah koperatif.

214 TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN

Bagaimanapun, sekiranya kaedah membaca ini tidak berjaya memahamkan apa yang dibaca murid, guru boleh menggunakan kaedah resitasi (recitation method). Dalam kaedah ini, murid-murid akan mengulang sebutan, sama ada secara individu atau berkumpulan, selepas guru menyebut perkataan, frasa, ayat atau pun perenggan sepenuhnya. Diharapkan dengan cara ini, murid-murid dapat mengingat kandungan pelajaran yang disampaikan guru. (d) Kaedah Ulang Kaji dan Latih Tubi Sekiranya kaedah kuliah, bacaan atau resitasi tidak berjaya membantu murid-murid untuk memahami dan mengingati kandungan pelajaran, guru boleh mencuba pula kaedah ulang kaji dan latih tubi. Dalam kaedah ini, guru perlu mengulang kaji pelajaran lepas dan membuat latihan yang banyak untuk membantu murid-murid memahami dan mengingati apa yang diajar. Walaupun ia nampak mudah, tetapi guru perlu berfikir dan mendapatkan maklumat tertentu sebelum melaksanakan kaedah ini. Misalnya, guru perlu tahu kelemahan pelajar serta apa dan bagaimana ulang kaji dan latih tubi dibuat. Sebagai contoh, dalam pengajaran bahasa, mengapakah sebutan sesetengah perkataan perlu diberi latih tubi dan bila latih tubi ini perlu dibuat? Hasil latih tubi menyebut perkataan ini, murid-murid akan dapat menyebut perkataan, frasa dan ayat; dan mengingati sebutan-sebutan ini apabila diminta guru. Dalam hal ini, sebagai ingatan, adalah lebih bermakna kepada seseorang murid jika perkataan-perkataan yang dilatih sebut adalah perkataan-perkataan yang kerap mereka gunakan dalam kehidupan harian berbanding perkataan-perkataan yang diambil daripada buku. Kaedah ulang kaji dan latih tubi mempunyai ciri-ciri tertentu, antaranya adalah seperti berikut: (i) (ii) Latihan adalah untuk mengingatkan maklumat; Mengukuhkan apa yang telah diajar dan menilai apa yang diperoleh pelajar;

(iii) Mengulang-ulang apa yang telah diajar; (iv) Memberi respons yang betul sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan; dan (v) Menghasilkan kepelbagaian kaedah dalam pengajaran.

Kaedah ini boleh digunakan bersama kaedah mengajar lain, seperti kaedah permainan atau main peranan.

TOPIK 10

PENDEKATAN PENGAJARAN 215

(e)

Kaedah Simulasi dan Main Peranan Simulasi dalam pembelajaran ialah mengadakan aktiviti dalam situasi yang hampir sama dengan situasi sebenar. Simulasi termasuk juga main peranan yang melibatkan senario yang hampir sama dengan senario sebenar. Tidak seperti permainan yang berakhir dengan sama ada seseorang/pasukan itu menang atau kalah; tetapi simulasi hanyalah melibatkan main peranan. Simulasi digunakan dalam pelbagai jenis latihan, seperti melatih juruterbang, pemandu kereta lumba, jurubedah, dan sebagainya. Dalam bilik darjah pula, guru boleh meminta murid-murid memain peranan tertentu dalam sesuatu situasi yang telah dirancang, misalnya kebakaran di bilik darjah, perbicaraan kes murid, mesyuarat kesatuan pekerja, aktiviti keluarga, dan sebagainya. Dalam simulasi, peranan guru amatlah penting. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, anda sepatutnya: (i) (ii) Memilih isu atau masalah yang mempunyai kepentingan kepada pelajar atau yang pelajar dapat mengambil bahagian; Memastikan isu atau masalah yang dipilih ditunjukkan dalam simulasi;

(iii) Memahami secara mendalam konsep yang hendak disampaikan melalui isu atau masalah yang dipilih; (iv) Mengetahui langkah-langkah yang perlu diikuti dalam simulasi, seperti peranan yang akan dimainkan murid dan peraturan berkaitan dengannya; dan (v) Memberi arahan yang terperinci kepada semua pemain peranan dan menyediakan susunan yang sesuai untuk simulasi.

Kaedah simulasi dan main peranan mempunyai kelebihan tersendiri, seperti berikut: (i) (ii) Memperkenalkan situasi masalah secara dramatik supaya muridmurid dapat menghayatinya; Memberi peluang kepada murid-murid untuk memainkan peranan orang lain (misalnya, guru besar) supaya mereka dapat menghargai pandangan orang lain;

(iii) Memberi peluang kepada murid-murid untuk mencari penyelesaian yang berbeza dalam situasi yang berbeza; dan (iv) Memberi peluang kepada murid-murid untuk mengamalkan kemahiran tertentu, seperti kemahiran berkomunikasi secara lisan.

216 TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN

Kaedah simulasi dan main peranan, bagaimanapun, mempunyai beberapa batasan tertentu, seperti yang diberikan di bawah: (i) (ii) Murid-murid mungkin akan merasa malu semasa memainkan peranan; Tidak sesuai untuk kumpulan murid-murid yang ramai, sebab akan ada murid-murid yang tidak dapat mengambil bahagian dalam memainkan peranan; dan

(iii) Sesetengah murid akan merasa takut dan tidak selesa untuk memainkan peranan. Sebagai rumusan, kaedah simulasi dan memainkan peranan membenarkan murid-murid melihat/mendengar objek dan berada sendiri dalam situasi yang hampir sebenar. Ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan, yang mana hasilnya dapat dirasa dan dihayati oleh murid-murid.

10.4.2

Pendekatan Pengajaran Penemuan Berpandu

Pendekatan ini, seperti yang kita ketahui, ialah pendekatan pengajaran di mana seseorang guru itu memberi panduan kepada murid-muridnya untuk mereka melakukan aktiviti pembelajaran sehingga mereka menguasai kemahiran dan prinsip yang ingin disampaikan. Justeru, seperti juga dalam pendekatan pengajaran terus, peranan guru dalam pendekatan ini amatlah penting. Secara amnya, guru perlu memberi panduan kepada murid-murid, membantu mereka dalam apa jua peranan yang mereka akan lakunkan, dan pada masa yang sama membantu untuk memudahkan pembelajaran mereka. Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran sepatutnya tidak berasaskan kepada minat guru terhadap pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran tertentu, tetapi yang lebih penting ialah berasaskan minat dan keupayaan pelajar, kandungan pelajaran, objektif pembelajaran, sumber yang ada dan seting fizikal. Beberapa kaedah mengajar yang sesuai dengan pendekatan pengajaran penemuan berpandu dijelaskan dalam bahagian berikut. (a) Kaedah Perbincangan dan Perbahasan Dalam kaedah perbincangan dan perbahasan, murid-murid akan diberi satu atau beberapa topik untuk dibincang atau dibahaskan. Persamaan dan perbezaan dari segi fahaman/pendapat/idea mungkin tidak dapat dielakkan dalam kaedah ini. Persamaan dan perbezaan ini akan membantu murid-murid untuk menerima, mengubah atau menolak fahaman/pendapat/idea dan seterusnya menemui/membina ilmu masingmasing.

TOPIK 10

PENDEKATAN PENGAJARAN 217

Bagi menjayakan kaedah ini, guru perlu menyediakan persediaan mengajar dengan baik. Guru perlu memastikan perbincangan/perbahasan berjalan dengan lancar, tanpa sebarang ganguan. Kaedah ini juga berbeza dari segi kawalan, iaitu daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan murid. Memainkan peranan, menemubual, sumbangsaran, perbahasan dan persidangan adalah contoh-contoh kaedah perbincangan dan perbahasan. Tujuan utama perbincangan/perbahasan ialah untuk mendapatkan maklumat daripada peserta. Ia memerlukan penglibatan murid secara aktif dan kreatif. Selain itu, mereka juga perlu mendengar apa yang diperkatakan dengan jelas. Justeru, kaedah ini lebih sesuai dilaksanakan dalam kumpulan kecil dengan diberi masa yang panjang. Berikut adalah beberapa kelebihan kaedah ini: (i) (ii) Idea-idea dan pengalaman dapat dikumpulkan daripada para peserta; Perbincangan/perbahasan selepas pembentangan, tontonan filem atau pengalaman dapat dianalisis;

(iii) Memberi peluang kepada semua murid mengambil bahagian secara aktif; (iv) Dapat menggalakkan pemikiran mencapah (divergent thinking); dan (v) Minat murid akan bertambah dan berterusan.

Bagaimanapun, kaedah perbincangan/perbahasan mempunyai kelemahan tersendiri, iaitu seperti berikut: (i) (ii) Tidak praktikal/sesuai sekiranya bilangan murid melebihi 20 orang; Beberapa orang murid perbincangan/perbahasan; akan menguasai (dominate)

(iii) Mengambil masa yang panjang; dan (iv) Boleh tersasar daripada objektif pembelajaran yang dirancang. (b) Kaedah Sumbangsaran Kaedah ini melibatkan murid-murid memberi idea atau pendapat berkaitan sesuatu perkara yang dibincangkan bersama dalam kumpulan tertentu. Justeru, kaedah ini memberi peluang kepada semua murid untuk berfikir secara kreatif dalam menghasilkan idea-idea baru. Di sini, semua murid digalakkan untuk mengambil bahagian sebab semua idea yang terhasil akan direkodkan dan dihargai.

218 TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN

Kaedah ini membantu ahli-ahli mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman daripada ahli-ahli lain dalam sesuatu kumpulan. Selain itu, kaedah ini juga dapat membina semangat bekerjasama antara peserta. Seterusnya, idea yang dilahirkan oleh seorang ahli itu akan mencetus ideaidea lain daripada ahli-ahli lain. Seperti mana kaedah perbincangan dan perbahasan, sebelum sumbangsaran bermula, guru perlu memberi atau memilih sesuatu isu atau masalah yang hendak dibincangkan dan peraturan yang perlu diikut. Bagaimanapun, guru perlu bersedia mencelah sekiranya sesi sumbangsaran tersasar daripada objektif asal. Sesi ini akan berjalan lancar sekiranya peraturan berikut diikuti: (i) (ii) Semua idea direkod dan dihargai; dan Murid tidak dibenarkan mengkritik sebarang idea yang dicetuskan.

Kelebihan kaedah sumbangsaran adalah seperti berikut: (i) (ii) Satu teknik latihan mendengar yang turut menggalakkan pemikiran kreatif dan penghasilan idea-idea baru; Menggalakkan semua murid mengambil bahagian sebab semua idea adalah dialu-alukan; dan pengalaman daripada ahli-ahli

(iii) Menimba pengetahuan kumpulan; dan (iv) Mewujudkan rasa bersama. (c)

Kaedah Kolaboratif dan Koperatif Kaedah kolaboratif ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran di mana murid-murid bekerjasama dalam kumpulan untuk meneroka/menjawab satu soalan penting yang diberikan kepada mereka atau menghasilkan satu projek kreatif. Seterusnya, kaedah koperatif pula merupakan satu kaedah spesifik bagi kaedah kolaboratif. Dalam kaedah koperatif, guru perlu menentukan pengetahuan dan/atau kemahiran yang perlu dipelajari oleh murid-murid. Guru juga perlu memberi tahu mereka tentang cara bekerjasama dalam kumpulan kecil dan melakukan aktiviti secara berstruktur. Selain itu, semua murid hendaklah bertanggungjawab ke atas pencapaian sama ada secara individu atau secara berkumpulan, iaitu mereka perlu menolong antara satu sama lain. Bagi menjayakan kaedah koperatif, empat (4) perkara diperlukan, iaitu: (i) (ii) Murid-murid perlu diberi tugas mencabar, tetapi yakin dapat melaksanakannya; Kumpulan hendaklah kecil supaya semua ahli dapat memberi sumbangan;

TOPIK 10

PENDEKATAN PENGAJARAN 219

(iii) Tugas yang diberi kepada kumpulan murid perlu diterangkan dengan jelas; dan (iv) Semua ahli kumpulan hendaklah menghormati antara satu sama lain. Kaedah koperatif mempunyai beberapa kelebihan berbanding kaedahkaedah lain, iaitu: (i) (ii) Ia membantu meningkatkan rasa tanggungjawab bersama; Murid-murid belajar bersabar, kurang kritikal dan lebih merasa belas kasihan; dan

(iii) Murid-murid menjadi lebih toleransi antara satu sama lain. Seperti juga kaedah-kaedah lain, kaedah koperatif mempunyai beberapa kelemahan, iaitu: (i) (ii) Sesetengah murid tidak dapat belajar dengan baik melalui kaedah ini; Murid-murid yang suka bersendirian menglibatkan diri dalam perbincangan; (loners) sukar untuk

(iii) Murid-murid agresif cuba menguasai perbincangan; dan (iv) Murid-murid pandai cuba berlagak bijak. (d) Kaedah Eksperimen Kaedah eksperimen ialah kaedah yang digunakan untuk menguji sesuatu hipotesis dengan membuat ujikaji, mengutip dan menganalisis data serta menyediakan laporan. Kaedah ini biasanya digunakan dalam mata pelajaran sains yang memerlukan pemikiran sistematik, objektif, kreatif, kritikal, analitikal dan rasional. Kejayaan eksperimen sains amat bergantung kepada guru dalam merancang dan menguruskan aktivitiaktiviti makmal. Tujuan aktiviti-aktiviti eksperimen ini ialah untuk murid mengukuhkan pemahaman tentang konsep-konsep yang diajar guru dalam kelas. Dalam kaedah eksperimen, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian: (i) (ii) Masa yang diberi untuk melaksanakan eksperimen; Cara untuk melaksanakan eksperimen;

(iii) Kesukaran yang dihadapi semasa melaksanakan eksperimen; (iv) Perkara-perkara penting yang perlu ditekankan semasa eksperimen; (v) Konsep dan kemahiran yang perlu dikuasai murid;

220 TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN

(vi) Kaedah pengutipan data dan perbincangan; dan (vii) Keselamatan makmal. Kejayaan kaedah eksperimen bergantung kepada: (i) (ii) (e) Kesukaran eksperimen; dan Kuantiti sesuatu eksperimen itu dilaksanakan.

Kaedah Permainan Dalam kaedah ini, permainan yang sesuai digunakan untuk murid-murid memahami dan mengukuhkan konsep-konsep dan prinsip-prinsip yang ingin disampaikan. Di samping itu, permainan juga dapat memberikan keseronokan dan meningkatkan minat murid-murid untuk terus belajar. Permainan juga mengandungi unsur pertandingan, cabaran dan ganjaran yang dapat mengurangkan rasa bosan dengan keadaan dalam kelas. Sesetengah permainan, seperti catur, dapat malatih kesabaran dan toleransi. Peranan guru dalam kaedah permainan ialah seperti berikut: (i) (ii) Memutuskan bentuk permainan yang sesuai; Memaksimumkan penyertaan murid-murid;

(iii) Menentukan murid-murid memahami undang-undang dan peraturan permainan; (iv) Menentukan permainan dilaksana secara adil dan terkawal; dan (v) Menyatakan ganjaran (jika ada) kepada pasukan yang menang.

Beberapa jenis permainan yang terdapat di sekolah: (i) (ii)

Scavenger Hunt. Name that Flag! And you can win it!

(iii) Identification Games. (iv) Alphabet Games. (v)

Geography Games.

TOPIK 10

PENDEKATAN PENGAJARAN 221

10.4.3

Pendekatan Pengajaran Penemuan Tulin

Dalam pendekatan ini, seperti yang kita sedia maklum, guru membenarkan murid-murid melakukan aktiviti pembelajaran secara bebas sehingga mereka menguasai kemahiran dan prinsip yang ingin disampaikan. Pendekatan ini menekankan pembelajaran berasaskan pengalaman. Menurut pendekatan ini, konsep-konsep dan prinsip-prinsip utama perlu dikaji dan ditemui sendiri oleh murid-murid. Beberapa kaedah mengajar yang sesuai dengan pendekatan ini dijelaskan dalam bahagian berikut. (a) Kaedah Inkuiri Dalam kaedah ini, murid-murid diminta menjalankan kajian untuk menemui sendiri konsep-konsep atau prinsip-prisip tertentu. Tujuan utama kaedah ini ialah untuk membantu murid-murid untuk meyakini diri sendiri, mendapat pengalaman dan menemui sendiri prinsip tertentu melalui kajian yang dijalankan. Sebagai contoh, apabila kaedah inkuiri digunakan, murid-murid bukan sahaja memahami fenomena yang dikaji atau mendapat ilmu daripada pengalaman yang dilalui, tetapi juga mengetahui proses saintifik yang dilaksanakan. Semua ini diperoleh melalui pemikiran reflektif murid-murid. Berikut diturunkan pendapatpendapat beberapa orang penyelidik dalam bidang kaedah pengajaran: (i) Martin (1972) berpendapat bahawa kaedah inkuiri dalam sains akan membawa kepada penemuan. Murid-murid, apabila menggunakan kaedah ini secara sendiri, akan menghasilkan bukti-bukti saintifik atau empirikal untuk menyokong dapatan-dapatan kajian mereka. Dyer (1979) mencadangkan empat (4) langkah bagi kaedah inkuiri, iaitu: Mengenal pasti bidang masalah. Membina hipotesis. Melaksanakan eksperimen empirikal. Mengutip dan menganalisis data.

(ii)

(b)

Kaedah Penyelesaian Masalah Kaedah ini dilaksanakan dengan memberi masalah kepada murid-murid dan meminta mereka menyelesaikannya dengan bantuan minimum daripada guru. Langkah-langkah yang perlu diambil ialah seperti berikut: (i) (ii) Mengenal pasti masalah; Memahami masalah;

222 TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN

(iii) Merancang penyelesaian; (iv) Melaksana rancangan penyelesaian; dan (v) Menilai penyelesaian.

Bagi langkah pertama, guru perlu mengenal pasti masalah yang sesuai dengan objektif pembelajaran dan latar belakang murid-murid. Masalah dalam mata pelajaran matematik, misalnya, berbeza daripada masalah dalam mata pelajaran sains. Selain itu, murid-murid juga berbeza dari segi gaya belajar, pengalaman, minat, motivasi dan keupayaan menyelesaikan masalah. Seterusnya, bagi langkah kedua, masalah yang telah dikenalpasti hendaklah diberi kepada murid-murid dan dijelaskan sehingga mereka benar-benar memahami masalah tersebut. Bagi langkah ketiga, apabila murid-murid merancang penyelesaian, mereka mungkin perlu melukis gambar, rajah atau peta minda berkaitan dengan masalah yang diberikan. Murid-murid perlu mengenalpasti beberapa alternatif penyelesaian dan memilih alternatif terbaik untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Mereka seterusnya perlu menyediakan rancangan penyelesaian kepada masalah ini secara terperinci. Behold the turtle, for he does not move forward without sticking out his neck. Bagi langkah keempat, murid-murid perlu melaksanakan rancangan penyelesaian yang telah dibuat, langkah demi langkah, hingga tamat. Akhirnya, mereka perlu menyemak dan menilai sama ada penyelesaian yang mereka peroleh itu adalah penyelesaian kepada masalah yang diberikan kepada mereka. Selepas murid-murid melalui proses penyelesaian masalah ini, kita harap mereka telah mempelajari sesuatu. Kita sebagai guru perlu faham bahawa kaedah penyelesaian perlu distruktur, dirancang dan dapat dioperasikan. Kaedah ini juga boleh digunakan bersama kaedah lain, seperti perbincangan, sumbangsaran dan koperatif. (c) Kaedah Kerja Lapangan Kaedah ini merupakan kaedah pengajaran yang agak berbeza daripada kaedah-kaedah lain, di mana murid-murid melaksanakan aktiviti pembelajaran di lapangan (fieldwork). Mereka boleh diberi projek seperti membuat eksperimen, menjalankan tinjauan (survey), mengambil bahagian dalam kerja kumuniti, memerhati orang-orang bekerja atau menulis

TOPIK 10

PENDEKATAN PENGAJARAN 223

laporan tentang pengembaraan mereka. Tujuan utama kaedah ini ialah memberi peluang kepada murid-murid untuk mendapatkan ilmu pengetahuan melalui pengalaman yang tidak diperoleh di dalam bilik darjah. Hasil daripada kerja lapangan bergantung kepada banyak faktor, seperti: (i) (ii) Perancangan yang baik dari segi tatacara dan pengurusan; Matlamat, tujuan dan objektif kerja lapangan;

(iii) Kesukaran projek yang diberikan; dan (iv) Tanggungjawab murid-murid. (d) Kaedah Eksplorasi Kaedah ini menggalakkan pembelajaran murid secara penemuan melalui aktiviti eksplorasi. Peranan guru hanyalah sebagai pemudahcara (facilitator) pembelajaran. Guru boleh bermula dengan bertanya soalansoalan berikut: Bagaimana memulakan eksplorasi? Apa yang hendak dilihat dan apakah langkah yang perlu diikut? Murid-murid pula diberi kebebasan untuk memilih apa sahaja kaedah dan teknik untuk menjayakan sesuatu eksplorasi. Melalui initiatif sendiri, seseorang murid boleh membina soalan-soalan sendiri dan cuba mencari jawapan kepada soalansoalan tersebut. Sebagai contoh: Apakah yang akan berlaku sekiranya tumbuhan tidak mendapat cahaya matahari? Kaedah ini membantu murid-murid supaya ingin mengetahui tentang perkara-perkara di sekeliling mereka atau menguji sesuatu secara cuba-jaya dan juga memberi kebebasan untuk mereka membuat eksplorasi. Dengan melakukannya, mereka akan dapat memahami sesuatu secara sendiri dan pembelajaran berlaku secara serta merta. Untuk mempercepatkan pembelajaran, guru perlu memainkan peranan seperti berikut: (i) (ii) Menyediakan kerja-kerja asas; Memberi masa yang mencukupi, kebebasan dan ruang;

(iii) Membantu murid dalam apa cara jua; dan (iv) Meminimumkan masalah jika wujud.

224 TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN

LATIHAN 10.4
Pendekatan pengajaran boleh dikelaskan sebagai pengajaran terus, pengajaran penemuan berpandu atau pengajaran penemuan tulin. Mengikut pengalaman anda sebagai guru atau murid, pendekatan manakah yang sesuai bagi murid lemah?

10.5

RANCANGAN MENGAJAR

Empat (4) unsur pembelajaran dan pengajaran telah diberikan dalam model MURE, iaitu motivasi, pemahaman, pengukuhan dan peperiksaan. Seterusnya, model PPK akan membantu kita untuk memilih pendekatan, kaedah, teknik dan kandungan pengajaran; berasaskan pengetahuan tentang mata pelajaran dan pedagogi serta pengetahuan tentang pelajar dan sukatan pelajaran. Langkah seterusnya ialah mereka bentuk rancangan mengajar, yang terdiri daripada langkah-langkah yang mengandungi semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang ditulis secara jelas dan terperinci (sehingga guru lain boleh mengajar sekiranya anda dalam kecemasan). Rancangan mengajar yang baik akan melicinkan proses pengajaran dan membantu murid-murid untuk mencapai dan menguasai hasil pembelajaran (learning outcomes). Rancangan pengajaran biasanya terdiri daripada empat (4) bahagian, iaitu: (a) (b) (c) Maklumat kelas (kelas, hari, tarikh, mata pelajaran); Maklumat topik (topik, matlamat, hasil pembelajaran, nilai murni, pendekatan dan kaedah pengajaran); Langkah pengajaran (motivasi, pengetahuan/kemahiran asas, konsep bersama kandungan/bahan bantu mengajar/contoh/aktiviti/latihan, rumusan, dan kerja rumah); dan Rujukan.

(d)

Contoh rancangan mengajar untuk mata pelajaran matematik diberikan dalam Jadual 10.1.

TOPIK 10

PENDEKATAN PENGAJARAN 225

Jadual 10.1: Contoh Rancangan Mengajar Matematik Lesson Plan Class Day Date Time Subject Topic Goals Learning outcomes 3COM Monday 15/5/06 7.30 8.10 a.m. Mathematics Speed Students should be able to define and compute speed and uniform speed. At the end of the lesson, students should be able to: (a) (b) Moral value Teaching approach/ methods Define speed and uniform speed; and Compute speed and uniform speed.

Respect for speed limits. Guided discovery (a) (b) (c) Discussion; Questioning; and Brainstorming. Motivation (a) (b) (c) Content: Motivating students to pay attention to the topic; Teaching aid: A picture of a fatal road accident; and Activity: Short discussion about road accident.

Teaching steps

1.

2.

Basic Knowledge and Skills (a) Content: Distance and its unit in KM and meter. Time and its unit in hour and minute. Concept and computation of average; Teaching aid: A one-meter ruler; Activity: Short discussion on distance and time, and how to measure them; and Exercise: Show the one-meter ruler and let students relate to how far is 1 KM.

(b) (c) (d)

226 TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN

3.

Concept of Speed and Definition (a) (b) (c) (d) Content: Speed is the average distance covered by a moving object in one unit time; Teaching aid: A picture of F1 car racing; Activity: Discuss, using F1 racing data about distance covered and time taken to complete one lap of circuit; Exercises: Let students find the average distance covered per minute. Let them compute the average distance per hour; and Activity: Give the definition of speed. Let students discover the formulae for speed.

(e)

4.

Example of Uniform Speed (a) (b) (c) Content: Uniform speed and example; Teaching aid: A table showing distance and time; Activity: Let the students compute the speed for each of the distance covered. Let them make a conclusion about the speeds; Exercises: Let students find the time to cover 250 KM; and Activity: Let students define uniform speed.

(d) (e) 5.

Moral Value (a) (b) (c) Content: Respect for speed limits; Teaching aid: A picture of a fatal road accident; and Activity: Let students brainstorm on all possible causes of the road accident. Could speed be one of them? Let students comment on the slogan Respect for speed limits. Do they agree with the slogan?

6.

Conclusion Teacher may ask students to state important points from the lesson.

TOPIK 10

PENDEKATAN PENGAJARAN 227

7.

Homework Teacher gives homework on related questions from past PMR examination papers.

References

(a) (b)

Lee Hong Eng. (1988). Matematik moden SRP. Petaling Jaya: Penerbitan Preston Sdn, Bhd. Mohammad Khairuddin Yahya, Ibrahim Md. Noh & K. H. Low. (1989). Matematik Tingkatan 1 KBSM. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.

Anda telah pun didedahkan kepada beberapa kaedah pengajaran dalam mata pelajaran pengkhususan anda masing-masing. Tujuan utama topik ini ialah memberi rumusan tentang kaedah-kaedah pengajaran yang mungkin didedahkan kepada anda dalam kursus-kursus yang lepas dan dimulakan dengan penjelasan tentang pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran. Ini diikuti oleh model MURE yang menjelaskan beberapa unsur dalam pembelajaran dan pengajaran, iaitu motivasi, pemahaman, pengukuhan dan peperiksaan. Topik ini seterusnya mencadangkan bagaimana model PPK boleh digunakan oleh guru untuk murid-murid mencapai pemahaman dengan menggabungkan pengetahuan tentang mata pelajaran dan pedagogi serta pengetahuan tentang pelajar dan sukatan pelajaran. Topik ini seterusnya menjelaskan beberapa kaedah mengajar yang boleh menjadi pengetahuan pedagogi kepada kita. Akhirnya, satu rancangan mengajar ringkas diberi sebagai contoh rancangan mengajar menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran tertentu.

228 TOPIK 10 PENDEKATAN PENGAJARAN

Pendekatan pengajaran Pengajaran penemuan tulin Pengajaran pedagogi kandungan

Pengajaran penemuan berpadu Pengajaran terus

1.

Nyatakan apakah prinsip asas yang digunakan untuk mengelaskan pendekatan pengajaran? Berikan satu contoh pengkelasan bersama prinsip asas ini. Unsur pertama dalam model MURE ialah motivasi. Apakah fungsi motivasi ini? Berikan dua (2) contoh motivasi tersebut. Pemahaman mata pelajaran secara mendalam adalah penting kepada guru. Jelaskan bagaimana pemahaman ini membantu seseorang guru itu. Pendekatan pengajaran boleh dikelaskan kepada pendekatan pengajaran terus, penemuan berpandu dan penemuan tulin. (a) (b) (c) Jelaskan apa yang anda faham tentang pendekatan pengajaran penemuan berpandu. Beri dan jelaskan satu kaedah pengajaran yang sesuai dengan pendekatan penemuan berpandu. Pilih satu mata pelajaran tertentu dan jelaskan teknik pengajaran yang sesuai dengan kaedah pengajaran dalam (b).

2.

3.

4.

Anda mungkin juga menyukai