Anda di halaman 1dari 7

PANDUAN MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN KAJIAN

1.

Tajuk Kajian

Tajuk kajian harus mencerminkan skop dan kandungan kajian secara umum tetapi tepat. Sebagai garis panduan umum, hadkan bilangan perkataan dalam tajuk supaya tidak melebihi 10 perkataan.

2.

Kepentingan Kajian

Kajian harus mempunyai nilai sumbangan kepada penambahan ilmu dan boleh digunakan untuk kepentingan organisasi dan perkhidmatan. Oleh itu kajian-kajian I T! mempunyai sumbangan yang boleh diman"aatkan, misalnya ke arah# i. ii. iii. $eningkatkan kualiti core business I T! . $eningkatkan prestasi anggota perkhidmatan a%am. $embantu usaha stakeholders dan kementerian&jabatan untuk melaksanakan sesuatu program dengan berkesan. i'. $embantu menjayakan pelaksanaan dasar-dasar negara secara umum. harus

3.

Ken ataan Ma!a"a#

Kajian harus menyatakan permasalahan yang mencetuskan keinginan pengkaji untuk menyelidikinya. (ermasalahan merupakan ke%ujudan suatu yang )tidak kena* atau )tidak sepatutnya* atau jurang antara situasi yang diinginkan +ideal, dengan situasi yang berlaku. (ermasalahan ini boleh dikesan oleh pengkaji berdasarkan pengalaman, pembacaan, kenyataan di akhbar, aduan pelanggan, laporan agensi kerajaan, maklumbalas yang diterima daripada jabatan terlibat dan sebagainya. -alam kajian, permasalahan ini diolah dalam

bentuk kenyataan masalah (problem statement, yang ringkas tetapi padat dan tepat. .olehlah diterangkan serba sedikit mengenai mustahaknya masalah yang mendorong kajian dilakukan dan implikasi yang mungkin timbul jika masalah tersebut terus dibiarkan.

$.

%&jekti' Kajian

Objekti" kajian meliputi perkara-perkara yang hendak dicapai atau dilaksanakan dalam projek kajian. (engkaji boleh menyatakan objekti" kajiannya secara khusus atau membahagikan objekti" kajian tersebut kepada dua iaitu objekti" umum dan objekti" khusus. i. Objekti" umum / bersi"at lebih menyeluruh iaitu merangkumi semua objekti" khusus yang dinyatakan dalam satu atau dua ayat. -engan kata lain, objekti" umum merupakan ringkasan atau gabungan kepada objekti" khusus. ii. Objekti" khusus / bersi"at lebih jelas, spesi"ik dan biasanya terdapat lebih dari satu. 0ungsi objekti" khusus ialah untuk menyelesaikan masalah yang dinyatakan dalam kenyataan masalah. Objekti" khusus akan memandu mendapatkan keputusan atau penemuan kajian. $isalnya, jika terdapat dua objekti" khusus maka kajian akan sekurang-kurangnya mendapatkan dua penemuan bagi memenuhi objekti" khusus.

(.

Sk)p *an +ata!an Kajian

Secara praktikalnya sesuatu kajian itu dibatasi oleh kekangan masa, tenaga dan ke%angan. Oleh itu sesuatu kajian perlu menyatakan skop dan batasan sebagai terma rujukan. 1ontoh skop dan batasan adalah seperti berikut# i. (emilihan jenis kursus, populasi peserta dan tempoh masa pelaksanaannya +misalnya kajian impak kursus,. ii. (emilihan organisasi tertentu +misalnya kajian mengenai penyampaian perkhidmatan&kepuasan pelanggan,.

iii.

2okasi geogra"i yang terlibat +misalnya kajian mengenai tahap kepuasan pega%ai di pedalaman&Sabah&Sera%ak,.

i'.

$etodologi +misalnya kajian menggunakan kaedah eksperimen 3uasi,.

,.

Te)-i *an .ip)te!i! Kajian

Teori memberikan arah haluan kepada pengkaji untuk melaksanakan kajiannya. Ia juga membantu pengkaji memilih dan menilai angkubah yang di"ikirkan berkaitan dengan masalah yang dikaji. -engan itu pengkaji perlu membincangkan teori yang hendak diaplikasikan seperti dari mana sumbernya, adakah diambil sepenuhnya daripada teori yang sedia ada atau diubahsuai daripada teori tersebut. 4uga perlulah dinyatakan model atau kerangka teori yang dibangunkan dalam kajian tersebut. (emilihan sesuatu teori akan membantu pengkaji membentuk hipotesis-hipotesis yang ingin diuji. 5ipotesis ialah saranan yang bersi"at sementara +mungkin betul atau tidak, tentang hubungan antara sesuatu angkubah dengan angkubah lain dalam kajian. 5ipotesis akan memberikan "okus lebih khusus dan terarah kepada pengkaji dalam melaksanakan kajiannya. -alam kajian, setiap hipotesis yang dibina perlulah diuji kebenaran atau ketepatannya. Oleh itu hipotesis yang baik perlu mempunyai ciri-ciri berikut# i. ii. $estilah bersi"at khusus, bukan umum. (engertian dan konsep dalam hipotesis hendaklah terang, logik dan boleh dioperasikan. iii. i'. Tidak mengandungi pertimbangan nilai +baik&buruk, patut&tidak,. $esti boleh&mampu diuji untuk disahkan atau ditolak kebenarannya.

/.

Met)*)")gi Kajian

(elaksanaan sesuatu kajian itu pastinya akan melibatkan kaedah dan prosedur tertentu yang perlu dilakukan secara sainti"ik dan teratur untuk mencapai objekti" yang telah ditentukan. !ntara aspek-aspek yang perlu diambilkira dalam metodologi kajian ialah seperti berikut#

i.

Reka &entuk Kajian 6eka bentuk kajian berkait rapat dengan klasi"ikasi kajian, misalnya ex-post facto +bahasa 2atin yang bermaksud kajian dilakukan selepas berlakunya sesuatu peristi%a,, kajian bereksperimen +sama ada eksperimen sepenuhnya atau eksperimen 3uasi,, kajian tinjauan (survey), kajian kes +mengambil organisasi atau lokasi tertentu,, kajian impak +penilaian keberkesanan sesuatu projek, dan kajian tindakan +mengenalpasti cara melakukan sesuatu yang paling berkesan,. (engkaji harus menentukan reka bentuk kajian yang paling sesuai untuk mencapai objekti" kajian seperti banci +mengambil seluruh populasi,, persampelan +memilih sampel tertentu daripada keseluruhan populasi,, pemerhatian, pemerhatian ikut-serta, temu bual, la%atan ke tapak projek dan sebagainya dengan mengambilkira batasan masa, tenaga, kepakaran dan ke%angan.

ii.

Kae*a# Pengu0pu"an Data (engkaji perlu menyatakan sumber data yang digunakan sama ada bersi"at primer atau sekunder. Kemudian jelaskan kaedah yang digunakan untuk memperolehi data seperti daripada dokumen atau penerbitan badan tertentu, tinjauan di lapangan menggunakan borang soal selidik, tinjauan melalui pos&emel, pemerhatian pengkaji, temu bual bersemuka, temu bual menerusi tele"on dan sebagainya.

iii.

Kae*a# Mengana"i!i! Data

(engkaji perlu menyatakan kaedah analisis data yang digunakan sama ada secara kuantitati", kualitati" atau kombinasi kedua-duanya. Sekiranya analisis kuantitati" digunakan, nyatakan perisian statistik yang digunakan +misalnya S(SS, S!S, 7IS dan sebagainya, dan teknik statistik yang diaplikasikan. 4ika kaedah kualitati" digunakan, nyatakan bagaimana data yang diperolehi tersebut dianalisis +misalnya secara transcribe verbatim,.

i1.

P)pu"a!i *an Pe-!a0pe"an Kajian perlu mengenalpasti kaedah untuk mendapatkan populasi bagi membina rangka persampelan. 6angka persampelan boleh diperolehi menerusi maklumat yang ada di I T! +senarai nama peserta kursus, 4(! +lokasi pega%ai dan jabatan terkini,, kementerian&jabatan +senarai nama petugas kaunter&usaha%an kecil, dan seterusnya. Selanjutnya perlu diterangkan kaedah persampelan yang digunakan iaitu sama ada persampelan kebarangkalian atau persampelan bukan kebarangkalian. Tatacara mendapatkan persampelan juga perlu dinyatakan oleh pengkaji.

1.

Ujian Rinti! 8jian rintis dilakukan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian +borang soal selidik,. Sekiranya item atau soalan yang dibina dalam soal selidik adalah dibentuk sendiri oleh pengkaji, kajian rintis perlu dilakukan ke atas sebilangan kecil responden yang dipilih. $aklum balas dan komen mereka boleh digunakan untuk memperbaiki item-item yang terkandung dalam soal selidik tersebut. .agaimanapun jika pengkaji mengambil borang soal selidik yang telah digunakan dalam kajian-kajian terdahulu, maka borang soal selidik tersebut boleh digunakan semula sekiranya ia telah dibuktikan mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

2.

S)-)tan Kajian3kajian 4a"u

$eneliti kajian-kajian lalu memberi peluang kepada pengkaji untuk mempelajari pengalaman dan penemuan orang lain. -alam bahagian ini, pengkaji boleh memberi sedikit ringkasan dan komentar mengenai kedudukan epistemologi ilmu pengetahuan dalam bidang yang diselidiki dengan menyorot aspek teori, permasalahan, metodologi, persampelan, penganalisisan data, dapatan +penemuan,, kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan daripada kajiankajian lalu itu. Sorotan karya lalu sangat membantu pengkaji untuk membina model, kerangka teori dan metodologi yang sesuai untuk mencapai objekti" kajiannya. Sebaikbaiknya pengkaji hendaklah mengaitkan apa yang disorot dalam karya lalu dengan apa yang hendak dilakukan dalam kajiannya.

5.

Angga-an I0p"ika!i Ke6angan

(engkaji perlu menyenaraikan butiran perbelanjaan yang akan ditanggung oleh jabatan atau penganjur&pelanggan untuk menjalankan kajian tersebut. Implikasi ke%angan sebenarnya banyak bergantung kepada cara pengendalian kajian, misalnya bayaran khidmat kepakaran perlu dibuat jika kajian itu memerlukan bantuan konsultan luar. 4ika pengkaji bercadang menggunakan data primer, sebahagian kos perbelanjaan akan digunakan untuk membayar upah pembantu penyelidik bagi mengumpul data.

17.

Ja*ua" Ke-ja

-alam jadual kerja perlu dinyatakan tarikh dan jangka masa setiap peringkat penyelidikan dijalankan iaitu bermula dengan menyediakan kertas cadangan kajian, melaksanakan sorotan karya, menentukan teori dan hipotesis, merangka soal selidik, membuat pilot test, mengumpul data, menganalisis data dan menulis laporan kajian. Salah satu kaedah yang sesuai untuk merangka jadual kerja kajian ialah dengan menggunakan 1arta 7antt. Sebagai panduan untuk menyediakan jadual kerja, berikut adalah anggaran masa yang diperlukan bagi setiap akti'iti dalam kajian berbentuk jangka pendek iaitu dilakukan dalam tempoh 9 bulan +:; minggu,.

Akti1iti Kajian $enyediakan cadangan kajian $eneliti kajian lalu&teori&metodologi $erangka instrumen kajian $enjalankan pilot test $engumpul data $enganalisis data $enulis laporan Ju0"a# 0inggu

Angga-an Ma!a < minggu < - ; minggu < minggu : minggu ; -= minggu : minggu < - ; minggu 27 8 23 0inggu

!nggaran masa yang diberikan tersebut adalah sekadar panduan supaya pengkaji dapat memberi tumpuan seimbang kepada semua akti'iti dan proses yang terlibat dalam kajian mereka.

Anda mungkin juga menyukai