Anda di halaman 1dari 36

EDU 3106

BUDAYA PEMBELAJARAN

Pengenalan
Suasana pembelajaran jauh berubah Terdedah dengan pelbagai perkembangan Berjaya mengangkat martabat pendidikan negara ke persada dunia. Pembelajaran di dalam bilik darjah wujud pelbagai kaum Pelbagai latar budaya Untuk dedahkan hal ini, pendidik perlu mengetahui konsep budaya di Malaysia Termasuk kepelbagaian kelompok untuk membentuk 1 Malaysia

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Pengertian dan Konsep Budaya


Budaya-merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat Tidak kira agama, bangsa dan kaum. Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu yang membawa pengertian berikut: Budhi (Sanskrit); kecergasan fikiran dan akal

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Konsep Budaya
Suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Budaya atau kebudayaan berasal dari bahasa Sanskrit iaitu buddhayah yang merupakan bentuk jamak dari buddhi (budi atau akal) diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia. Dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut culture yang berasal dari perkataan Latin, colere, iaitu bermaksud mengolah atau mengerjakan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Membawa maksud : Budaya itu adalah kecergasan akal fikiran seseorang yang akan menentukan tahap pemikiran mereka dalam menangani sesuatu permasalahan dan seterusnya mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan tersebut.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Daya (Melayu) ; kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh Memberi maksud seseorang individu itu menggunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh yang semula jadi bagi membantu menjana pemikiran mereka.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Bila digabungkan menjadikan maksud : Budaya merupakan kebolehan seseorang individu menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fkiran ke arah meningkatkan kecergasan akal fikiran bagi menangani sesuatu permasalahan dan seterusnya berupaya menyelesaikan permasalahan tersebut.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Penyelesaian yang diambil tersebut boleh diterima oleh semua ahli masyarakat dan menjadi amalan bersama. Amalan yang diterima ini akan dijadikan budaya dalam kehidupan mereka.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Kebudayaan juga ditakrifkan sebagai: Keseluruhan cara hidup manusia yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan meliputi hasil-hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan. Kebudayaan berbeza dari satu masyarakat ke masyarakat lain Namun ada beberapa persamaan dalam beberapa aspek seperti bahasa, objek kebendaan, amalan agama, sistem kekeluargaan, nilai kesenian dll. Persamaan tersebut dikatakan sebagai pola kebudayaan sejagat.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Nik Safiah Haji Abdul Karim: Budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa. Penggerak ini dimiliki oleh semua individu dan melaluinya sesuatu perkara itu dapat dilaksanakan. Ini bermaksud bahawa kemampuan seseorang menggunakan segala tenaga sama ada berbentuk fizikal mahupun rohani, kearah menggerakkan jiwa bagi mencapai hasrat yang diingini. Hasrat dan nilai yang diingini itu pula seharusnya tidak bercanggah dengan kehendak masyarakat dan diterima serta dipersetujui untuk diamalkan bersama. Nilai tersebut akan membentuk norma dalam masyarakat.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Menurut Kamus Dewan (2005): Kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir) berkelakuan dsb. Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Kebudayaan sangat erat hubungannya dengan masyarakat. Segala sesuatu yang terdapat dalam masyarakat ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki oleh masyarakat itu sendiri (Melville J. Herskovits & Bronislow Malinowski)

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Menurut Andreas Eppink, kebudayaan mengandungi keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta keseluruhan struktur sosial, agama dan termasuk juga segala pernyataan intelektual dan astistik yang menjadi ciri khas sesuatu masyarakat.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Ahli Antropologi Edward B. Tylor memberikan definisi:Culture is that complex whole which includes knowledge, belief, arts, morals, law, custom and any other capabilities and habits acquired by man as a member of society

Menurut Edward B. Taylor, kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat dan kemampuan-kemampuan lain yang diperolehi seseorang sebagai anggota masyarakat.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Sebagai insan sosial, manusia mempelajari tentang peranannya dalam masyarakat melalui proses pembudayaan (enculturation). Proses ini bukanlah proses biologi di mana budaya itu diturunkan dari generasi ke generasi secara genetik. Hakikatnya, budaya itu dipelajari melalui interaksi sosial antara ahli-ahli masyarakat. Budaya itu suatu cara hidup yang dikongsi bersama yang merangkumi nilai-nilai, kepercayaan dan pantanglarang yang diperturunkan dalam sesebuah masyarakat daripada satu generasi ke generasi melalui proses pembudayaan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Sebagai kesimpulan: Dari segi bahasa merupakan satu cara hidup yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat pada masa kini. Dari segi istilah : merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan oleh kebanyakan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang dalam menghadapi sesuatu perkara atau situasi.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Dalam konteks pendidikan; Budaya di sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat. Murid-murid dididik untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam masyarakat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Sebagai pendidik: Menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Penting bila murid keluar dari sistem persekolahan mempunyai budaya Malaysia yang boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Guru harus terap nilai budaya melalui: Pendidikan formal Kurikulum Ko-kurikulum

Dalam kelompok murid di Malaysia,meliputi semua aspek; Lokasi Pekerjaan ibu bapa Pendidikan yang diterima Status ekonomi Sosial Keturunan Kuasa politik Bangsa, Bahasa Adat resam Kepercayaan Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh jantina

Pola dalam budaya dikategorikan kepada beberapa aspek yang boleh dinyatakan seperti berikut; (a) Wajib-individu hanya mempunyai satu cara untuk melakukannya. Tiada pilihan lain dan hanya perlu patuh kepada pola yang tersedia ada (b) Prefered- yang lebih digemari. Kita mempunyai pilihan untuk melakukan budaya yang ada tetapi satu daripadanya lebih digemari.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

(c) Tipikal- ada beberapa cara melakukannya tetapi tidak satupun digemari tetapi satu daripadanya lebih kerap dilakukan (d) Alternatif- ada beberapa cara melakukannya tanpa ada sesuatu yang digemari (e) Terhad cara melakukan sesuatu itu dibenarkan tetapi untuk orang tertentu sahaja.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Ciri-Ciri budaya: (a) Boleh dipelajari (b) Boleh dikongsi (c) Bersifat sejagat (d) Boleh diwarisi (e) Sentiasa berubah (f) Mempunyai unsur simbolik (g) Mempunyai pandangan semesta

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Ciri-ciri Budaya
Ferraro (2006) menyenaraikan lapan ciri-ciri budaya: (a) Budaya dikongsi (b) Budaya dipelajari (c) Budaya tidak kelihatan (d) Budaya mempengaruhi proses-proses biologi (e) Budaya saling berubah (Inovasi/Difusi) (f) Kesejagatan budaya (g) Budaya adaptif dan maladaptif (h) Budaya bersifat integratif
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

(a) Budaya Dikongsi


Budaya adalah sesuatu fenomena sosial yang dikongsi oleh sekumpulan ahli masyarakat dan masing-masing maklum tentang maksud sesuatu objek, idea atau kelakuan dalam konteks budaya tersebut. Contohnya, masyarakat Melayu di sini mengamalkan adab bersopan-santun ketika menziarahi rumah orang lain. Lazimnya, kita akan memberi salam ketika sampai ke rumah jiran dan menghulurkan tangan untuk bersalaman. Perkara ini difahami antara orang Melayu sebagai adab sopan ketika menziarahi rumah orang.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

(b) Budaya Dipelajari


Budaya itu tidak diwarisi secara genetik. Budaya itu dipelajari ketika kita berinteraksi dengan persekitaran sosial melalui proses enkulturasi. Budaya dipelajari ketika kita sedang membesar dalam masyarakat di mana kita dilahirkan. Budaya itu penting kerana ia membantu kita menangani cabaran-cabaran kehidupan yang bakal kita lalui. Sebenarnya, apa-apa masalah yang kita hadapi telah pun dihadapi dan ditangani oleh orang-orang terdahulu yang lebih berpengalaman. Kanak-kanak cuma perlu mempelajari cara-cara menangani masalah tersebut daripada senior-senior mereka.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

(c) Budaya Tidak Kelihatan


Budaya itu sebenarnya sudahpun sebati dengan jiwa kita sebagai insan sosial sehinggakan ia tidak kelihatan. Kita tidak menyedari bahawa budaya sentiasa mempengaruhi tindak-tanduk dan pemikiran kita kerana ia telah menjadi tabiat yang dilakukan secara automatik. Contohnya, semua orang pasti memberus gigi pada pagi hari. Ini sudah menjadi kelakuan biasa dalam rutin harian sehinggakan kita tidak perlu berfikir tentangnya dan mengarah diri kita; Saya perlu gosok gigi pada pagi ini.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

(d) Budaya Mempengaruhi Proses Biologi


Sebagai insan biologi, manusia mempunyai kehendakkehendak biologi yang sama seperti perlu makan, minum, tidur, berlindung, berkumuh, dan sebagainya. Walaubagaimanapun, cara kita memenuhi kehendakkehendak tersebut bergantung kepada adat resam budaya kita tersendiri. Sebagai insan sosial, kita merujuk kepada budaya kita untuk melaksanakan proses-proses biologi menurut norma-norma yang diterima pakai oleh masyarakat kita. Contohnya, masyarakat Melayu mementingkan sama ada makanan mereka halal atau tidak.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

(e) Budaya Saling Berubah


Budaya saling berubah melalui proses perubahan dari masa ke semasa dan berlaku melalui dua cara: i. Inovasi Ini merujuk kepada idea-idea baru yang boleh digunakan untuk memajukan sesebuah masyarakat. Jika sesuatu inovasi itu diterima pakai oleh masyarakat secara meluas, ia akan mencetus perubahan budaya. Contohnya, penciptaan kereta sebagai kenderaan utama yang digunakan untuk pengangkutan telah mengubah cara hidup dan budaya masyarakat moden. ii. Difusi Budaya Ini berlaku apabila elemen-elemen dalam sesuatu budaya merebak kepada budaya-budaya yang lain. Contoh, budaya MTV, yang berasal daripada industri muzik Amerika Syarikat, telah banyak mempengaruhi tingkah laku remaja secara global Difusi budaya lebih kerap mempengaruhi perubahan budaya berbanding inovasi kerana ianya lebih mudah untuk meniru corak hidup budaya lain daripada mencipta sesuatu yang baru.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

(f) Kesejagatan Budaya


Semua bangsa mempunyai sistem kepercayaan yang menggariskan nilai-nilai moral dan cara hidup yang tersendiri. Agama mungkin berbeza, tetapi yang penting mereka mempunyai panduan tentang moraliti dan perlakuan baik, iaitu mereka mempunyai agama. Keteraturan hidup mengikut apa yang yang telah ditentukan oleh sistem moraliti, nilai dan norma dalam setiap budaya. Peraturan inilah yang menjadi garis panduan bagi seseorang itu bertindak dalam pergaulannya sebagai individu sesama insan sosial yang lain.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

(g) Budaya Adaptif dan Maladaptif


Salah satu sifat budaya yang memastikan kelangsungan masyarakat manusia ialah sifat adaptifnya. Pada zaman dahulu, manusia primitif perlu mendapatkan sumber-sumber daripada alam semula jadi seperti makanan, air, kayu api, kulit binatang dan sebagainya untuk terus hidup. Budaya memungkinkan manusia mengawal dan menggunakan alam persekitarannya untuk kepentingan diri sendiri. Contohnya, manusia telah mencipta peralatan untuk memburu binatang, menebang pokok, menghidupkan api dan sebagainya. Sifat adaptif budaya memastikan manusia terus kekal dan dominan di muka bumi.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

(g) Budaya Adaptif dan Maladaptif


Budaya juga boleh bersifat maladaptif, iaitu tidak menyumbang kepada kelangsungan masyarakat manusia. Aspek negatif boleh membawa kepada kehancuran masyarakat manusia dalam jangka masa panjang. contohnya, tabiat merokok adalah suatu budaya yang agak meluas dan diterima secara global. Tetapi jika kita merenung sejenak tentang fenomena sosial ini, sudah tentu kita akan bersetuju bahawa merokok merupakan budaya yang maladaptif kerana ia boleh menjejaskan kesihatan dan mencemarkan udara.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

(h) Budaya Bersifat Integratif


Budaya merangkumi pelbagai aspek yang saling berkait rapat antara satu sama lain seperti ekonomi, pendidikan, keluarga, agama, kerajaan, kepimpinan, teknologi, keluarga, sistem perubatan, seni hiburan dan keupacaraan. Aspek-aspek ini tidak berdiri sendiri tetapi saling mempengaruhi antara satu sama lain. Sesuatu perubahan kepada mana-mana aspek budaya akan mencetuskan perubahan pada aspek-aspek yang lain. contohnya, apabila sesebuah negara mengalami kemelesetan ekonomi, ini akan turut menjejaskan aspekaspek budaya yang lain. Institusi keluarga mungkin goyah kerana ramai orang akan berasa tertekan akibat dibuang kerja.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Terdapat tujuh unsur kebudayaan sebagai cultural Universal iaitu:1. Peralatan dan kelengkapan hidup manusia 2. Mata pencarian hidup dan sistem ekonomi 3. Sistem kemasyarakatan 4. Bahasa 5. Kesenian 6. Sistem pengetahuan 7. Sistem kepercayaan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Rujukan
Ferraro, Gary. (2006). Cultural anthropology: An applied perspective (6th ed.). Belmont: Thomson Wadsworth. Kottak, Conrad Phillip. (2006). Anthropology: The exploration of human diversity (11th ed.). Boston: McGraw Hill Higher Education. Scupin, Raymond & DeCorse, Christopher R. (2004). Anthropology: A global perspective (5th ed.). New Jersey: Pearson Education, Inc.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Anda mungkin juga menyukai