Anda di halaman 1dari 32

Peranan & Etika Peguam Syarie Dalam Memperkasakan Mahkamah Syariah

Oleh : MUSA AWANG Timbalan Presiden, PGSM 01 Oktober, 2011 (Sabtu)


1

DEFINISI

o Peguam ialah orang yang profesionnya mengemukakan tuntutan di Mahkamah, memberi nasihat atau bantuan guaman kepada pelanggan.

D E F I N I S I smbgn
o Peguam di Mahkamah Syariah dibezakan dengan peguam di Mahkamah awam (Peguambela & Peguamcara) dengan perkataan Syarie atau Syariah dihujungnya. o Peguam Syarie bererti seorang peguam yang mewakili anak guamnya dalam kes-kes mal, jenayah, pusaka, wasiat dan lain-lain yang terletak bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah

D E F I N I S I smbgn
o Peguam Syarie bertindak di Mahkamah Syariah berasaskan prinsip wakalah bi al-khusumah. o Wakalah bererti menjaga, melengkapkan dan menyerah. Seseorang dikatakan wakil sertinya orang itu adalah penjaga, penjamin atau pelengkap ataupun kepadanya diserahkan sesuatu hal untuk dilakukan.

D E F I N I S I smbgn

o Wakalah bi al-khusumah ialah orang yang mewakili seseorang yang lain dalam urusan pendakwaan dan tuntutan di hadapan hakim, baik dalam prosiding Mahkamah ataupun perkara-perkara yang berhubung dengan kes yang dipertikaikan.

Pensyariatan Peguam Syarie


Kisah Nabi Yusuf a.s apabila Allah s.w.t berfirman menunjukkan cara yang dicadangkan oleh keluarga Zulaikha bagi membuktikan tuduhan Nabi Yusuf cuba memperkosa Zulaikha. Firman Allah s.w.t bermaksud : Jika baju khamisnya koyak di depan,maka wanita itu benar dan Yusuf termasuk orang-orang yang dusta. Dan jika baju khamisnya koyak di belakang, maka wanita itulah yang dusta, dan Yusuf termasuk orang-orang yang benar. (Surah Yusuf : 27)

Pensyariatan Peguam Syarie

Kisah ashabul kahfi yang tertidur selama beratus-ratus tahun, dan apabila terjaga mereka telah mengutus salah seorang dari mereka sebagai wakil untuk membeli makanan. (Surah al-Kahfi : 19)

Pensyariatan Peguam Syarie

Kisah Nabi Yusuf a.s yang menawarkan diri sebagai wakil kepada raja untuk mentadbir dan menjaga perbendaharaan Mesir, kerana baginda mempunyai keahlian dan kepakaran dalam perkara tersebut (Surah al-Kahfi : 55)

Pensyariatan Peguam Syarie

* Rasulullah s.a.w pernah mengutus seorang sahabat bernama al-Suat untuk mengutip zakat. * Rasulullah s.a.w pernah mewakilkan Amru bin Umaiyyah al-Damiri untuk urusan pernikahan Ummu Habibah bin Abu Sufyan.

Pensyariatan Peguam Syarie

Pada zaman Umar r.a, seorang wanita datang kepadanya dan membuat ikrar yang dia telah berzina. Ali r.a telah bertindak sebagai peguam, meneliti kes tersebut dan dapati wanita itu telah diperkosa. Penzinaan berlaku bukan dengan kerelaannya tetapi untuk menyelamatkan dirinya dari kebuluran (menukarkan susu kepunyaan seorang lelaki dengan dirinya). Wanita itu telah dibebaskan dengan bantuan Ali r.a.

Pensyariatan Peguam Syarie

Kisah seorang wanita yang mendakwa dirinya dicabul oleh seorang lelaki, dan membawa bukti air mani ditubuh dan dikainnya kepada Umar r.a. Lelaki itu telah merayu kepada Umar r.a dan Umar r.a telah meminta pendapat Ali r.a. Ali r.a mengambil air mendidih dan disiramkan ke atas kain yang didakwa ada kesan air mani lelaki tersebut. Cecair itu menjadi beku dan putih, rasanya seperti telur. Akhirnya wanita itu mengakui itu adalah tuduhan palsu dan tipu daya sebab lelaki itu menolak cintanya.

Pensyariatan Peguam Syarie

Pada zaman Uthman bin Affa r.a, telah berlaku perselisihan faham antara Hasan bin Thabit (penyair terkenal pada zaman Rasulullah s.a.w) dengan seorang lelaki. Uthman menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Hasan. Lalu Hasan berjumpa Abdullah bin Abbas dan menceritakan perkara sebenarnya. Kemudian Abdullah mewakili Hasan dan berhujah di hadapan Uthman. Uthman memberikan keputusan bahawa Hasan tidak bersalah.

Peruntukan Undang-undang

o Seksyen 2 (Tafsiran) EPHEAIT 2001 "Peguam Syarie" ertinya seseorang yang diterima sebagai Peguam Syarie di bawah seksyen 57 ;

13

Peruntukan Undang-undang o Seksyen 57 EPHEAIT 2001 Peguam Syarie. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) , (3) dan (4), Majlis boleh menerima mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Hukum Syarak menjadi Peguam Syarie bagi mewakili pihak-pihak dalam apa-apa prosiding di dalam Mahkamah Syariah.

14

Peruntukan Undang-undang
o Seksyen 57 EPHEAIT 2001 Peguam Syarie. (4) Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), manamana orang yang telah diterima menjadi seorang Peguam Syarie di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di mana-mana Negeri lain di Malaysia hendaklah diterima sebagai Peguam Syarie bagi Negeri Terengganu apabila permohonan dibuat olehnya kepada Majlis dengan menyertakan keterangan yang menunjukkan bahawa dia telah diterima sebagai Peguam Syarie di Negeri lain itu.

15

Peruntukan Undang-undang
o Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1987, Kaedah 5. Kelayakan. Tiada seorang pun yang boleh diberikan sijil sebagai Peguam Syar'i melainkan ianya: (1)mempunyai perwatakan diri yang baik; (2)tinggal di dalam Malaysia; (3)menganut Agama Islam; (4)mempunyai pengetahuan dalam Hukum Syara'; (5)memiliki Tauliah untuk mengajar Agama Islam dalam Negeri atau mana negeri dalam Malaysia atau telah mendapat satu Ijazah atau Diploma daripada Universiti Islam, atau mana-mana Universiti atau Kolej; (6)mahir dalam Bahasa Malaysia; (7)mempunyai pengetahuan asas berkenaan dengan peraturanperaturan Mahkamah.

16

Wakalah o Seksyen 34 ETMMST 2001. Wakalah.


(1) Perlantikan seseorang Peguam Syarie hendaklah dilafazkan oleh orang yang melantiknya, dan diterima oleh Peguam Syarie yang dilantik sedemikian, di hadapan Mahkamah atau Pendaftar. (2) Jika seorang Peguam Syarie telah menerima perlantikannya di bawah subseksyen (1), dia hendaklah, sebelum mengambil apa-apa langkah dalam prosiding itu, memfailkan suatu wakalah dalam Borang MS 5.

17

Menukar Peguam Syarie o Seksyen 36 ETMMST 2001. Menukar Peguam Syarie.


(1) Jika suatu pihak berhasrat menukar Peguam Syarienya, dia hendaklah memfailkan suatu notis penukaran dalam Borang MS 6 dan menyampaikan suatu salinan notis itu kepada semua pihak.

(2) Seksyen 34 hendaklah terpakai berhubungan dengan penukaran Peguam Syarie sebagaimana seksyen itu terpakai berhubungan dengan perlantikan Peguam Syarie.

18

Pelepasan Peguam Syarie oleh Anak Guam o Seksyen 37 ETMMS 2001. Pelepasan Peguam Syarie. Jika suatu pihak berhasrat melepaskan Peguam Syarienya, dia hendaklah memfailkan suatu notis pelepasan dalam Borang MS 7 dan menyampaikan suatu salinan notis itu kepada semua pihak.

19

Pelepasan oleh Peguam Syarie o Seksyen 38 ETMMS 2001. Pelepasan atas permohonan Peguam Syarie. Jika Peguam Syarie yang mewakili sesuatu pihak memohon untuk dilepaskan, dia hendaklah memfailkan suatu notis penarikan diri dalam Borang MS 8 dan menyampaikan suatu salinan notis itu kepada pihak yang diwakilinya.

20

Wakalah Kes Jenayah Syariah o Seksyen 104 ETJST 2001. Hak tertuduh untuk dibela. Tiap-tiap orang yang dituduh di hadapan mana-mana Mahkamah adalah berhak untuk dibela oleh Peguam Syarie. o Apakah prosedur wakalah dalam kes jenayah?

21

Amanah Peguam Syarie


o Menurut Almahrum Syaikh Mohd Abu Zuhrah mengenai Peguam Syarie seorang yang alim mengenai undang-undang yang mampu mencari kebenaran pihak yang benar dan menolak kepalsuan pihak yang bersalah bersandarkan kepada ilmunya mengikut kehendak undangundang dalam menegakkan hak dan kewajipan dan pengekalan dan pengukuhan kepada kebebasan awam

22

Tugas Peguam Syarie


o Allahyarham Prof Datuk Dr Mahmud Saedon Awang Othman berkata Peguam Syarie hendaklah seorang yang berakhlak. Ini bermakna Peguam Syarie perlu memiliki akhlak serta budi pekerti yang mulia seperti yang dituntut hukum Syarak.

23

Tanggungjawab Peguam Syarie


o Membantu pihak-pihak dalam pertikaian. o Membantu Hakim membuat keputusan yang tepat dan adil. o Membantu mempercepatkan perjalanan sesuatu kes di Mahkamah Syariah. o Mengimbangi antara pihak-pihak yang bertelagah di hadapan Hakim o Mengatasi dan melindungi perasaan malu khususnya di kalangan wanita. o Membantu pihak-pihak menyampaikan hujah dan fakta kepada Mahkamah.

24

Tanggungjawab Peguam Syarie


o Mewakili anak guam tentang kesahihan ikrar (pengakuan) serta qarinah dalam perbicaraan. o Memberi nasihat dan kaunseling kepada anak guam terutama dalam soal-soal hukum hakam Islam dan prosiding Mahkamah. o Sebagai orang tengah atau pendamai mencari jalan penyelesaian di luar Mahkamah melalui sulh. o Dalam kes jenayah, peguam mewakili OKT supaya diringankan hukuman, dirayu, dikaji semula (murajaah) atau diketepikan.
25

ETIKA

Arahan Amalan JKSM No. 4 Tahun 2002

26

ETIKA
Antara masalah-masalah etika peguam syarie :o tidak komited dengan profesionnya o ada business lain o lebih sibuk dengan politik atau NGO o terlalu tamak kes. o utamakan kes-kes di mahkamah sivil o Hanya memenangkan anak guam dengan belakangkan Hukum syarak. o Jadual padat, tangguhan lama.
27

Peranan Dalam Memperkasa MS


o Melaksanakan amanah dengan jujur, klas & ibadah. o Mahirkan Hukum Syarak o Mahirkan undang-undang berkaitan o Ikuti isu-isu semasa/baru dan terlibat. o Perbaharui minat, positif, bersungguh & cinta kepada profesion dari semasa semasa.
28

Peranan Dalam Memperkasa MS


o Pertingkat kualiti, integriti, sabar, bertindak dengan penuh keyakinan, mengambil berat, menghormati dan melayan semua pihak dengan baik, serta menjauhi daripada bertindak tidak adil atau prejudis terhadap mana-mana pihak. o Cintakan ilmu dan sentiasa berusaha menambah ilmu.
29

Peranan Dalam Memperkasa MS


o Berkebajikan kepada masyarakat. o Elak daripada melakukan sesuatu yang beri kesan buruk, jatuhkan nama baik sistem perundangan Syariah atau jejas keyakinan. o Manfaatkan penggunaan kaedah sulh dan mediasi.

30

PROSPEK
1. Ketua Hakim Syarie Seksyen 6 (2) (a) dan (b) (ii) EMST2001 2. Hakim Mahkamah Rayuan Seksyen 7 (1) EMST 2001 3. Perlantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Seksyen 8 (2) (a) dan (b) (ii) EMST 2001 4. Ahli Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah Seksyen 26 (2) (c) (iv) EMST 2001 5. Menjalankan apa-apa pendakwaan atau hadir dalam kes rayuan pendakwa (Seksyen 184 ETJST2001)

31

o PENUTUP o TERIMA KASIH

32

Anda mungkin juga menyukai