Anda di halaman 1dari 8

KESULTANAN MELAYU MELAKA

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Binaan Istana Melaka yang dibina semula mengikut Istana Sultan Mansur.

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya


beragama Hindu yang berasal dari Palembang di antara tahun 1400 hingga tahun
1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan yang beragama Islam. Hal
ini berubah pada tahun 1414 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari
Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh
Sultan Muzaffar Shah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama
lebih kurang satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis
pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah
merupakan sultan yang terakhir Kesultanan Melayu Melaka.

Parameswara adalah keturunan Raden Wijaya, raja pertama(1293-1309) dan


pengasas Kerajaan Majapahit menikahi Sri Gayatri Rajapatni, puteri dari Sri
Kertanegara, raja terakhir (1268-1292) Kerajaan Singhasari, yang kemudian
memiliki Puteri Tribuana Tunggadewi, pemimpin ketiga (1326-1350) Kerajaan
Majapahit. Beliau menikahi Kertawardana, dan memiliki Puteri Iswari. Si puteri
kemudian menikahi Singawardana, dan memiliki Putri Sarawardani. Kemudian ia
menikahi Ranamenggala, dan memiliki anak bernama Parameswara yang lahir di
tahun 1344 pada saat neneknya, Ratu Tribuana Tunggadewi, memerintah
Majapahit.
Selain itu, beliau masih kerabat dari Ananggavarman atau Ananggawarman, (anak
dari Adityawarman) yang menjabat sebagai gabenor Majapahit di Pagar Ruyung,
Kerajaan Dharmasraya, dan Palembang.
Sebelumnya Parameswara beragama Hindu, dan kemudian memeluk agama Islam
di tahun 1414. Dari agama yang diyakini kita dapat lihat bahawa Parameswara
bukan asli dari Sriwijaya atau Palembang, kerana umumnya mereka memeluk
agama Buddha. Sriwijaya ketika masa lampau adalah pusat pengembangan agama
Buddha di Asia Tenggara.
Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang
menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara
Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang
berani"). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura.
Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi)di Singapura, Parameswara
menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah
diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu
pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari
tempat perlindungan yang baru.
Menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada
tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang
tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal
kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta.
Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Setelah berada di sana, beliau
melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di
Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu, orang-orang
Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.
Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor
pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing burunya. Parameswara
tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah
penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok
Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu "Melaka".
Ancaman serangan daripada pihak Siam menyebabkan keputusan Parameswara
membayar ufti kepada negeri China pada tahun 1409 supaya mendapat
perlindungan. Pada tahun 1411, diiringi oleh Laksamana Cheng Ho, beliau melawat
negeri China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan
dengan Yung Lo, Maharaja Ming.

Kelihatan Pedagang-pedagang Arab bersembahyang di Pelabuhan Melaka

Parameswara memeluk Islam pada tahun 1414 melalui perkahwinannya dengan


puteri Pasai, Indonesia dan menukarkan nama beliau kepada "Raja Megat Iskandar
Shah".
Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan
yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula,
Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu
kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat
digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang menguasai
Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia" (He who is lord of Malacca has
his hand on the throat of Venice.)
Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju
adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan
Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain
dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut
semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di
Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik
pada masa itu.
PERKEMBANGAN MELAKA

Iskandar Shah mangkat pada tahun 1424 dan diwarisi oleh anaknya, Sri Maharaja,
yang mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah" (1424-1444). Pada
kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya, Raja
Ibrahim. Raja Ibrahim kemudian dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan
Abu Syahid".

Raja Kassim menaiki tahta pada tahun 1445 dan memakai KESULTANAN MELAKA
gelaran "Sultan Muzaffar Shah" (1445-1459) menaiki takhta Tempoh Sultan
dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri.
Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke 1400 – 1424 Sultan Iskandar Shah
seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Sultan Muhammad
1424 – 1444
Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada Shah
ketika itu beragama Hindu. Semasa pemerintahannya, 1444 – 1445 Sultan Abu Syahid
pihak Siam membuat serangan pertama ke atas Melaka
1445 – 1459 Sultan Muzaffar Shah
pada tahun 1447 tetapi ditewas tidak jauh dari Muar. Pada
tahun 1456, Tun Perak menjadi bendahara dengan gelaran 1459 – 1477 Sultan Mansur Shah
"Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah Sultan Alauddin Riayat
empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada 1477 – 1488
Shah
perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di 1488 – 1511 Sultan Mahmud Shah
Kepulauan Melayu.
Melaka pada kemuncak zaman kegemilangannya.

Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan
kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting
bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja
China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk
dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan
Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke
negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458
bersama-sama 500 orang pengiring.
Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya
kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara
pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali
sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.
Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak
kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian
besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di
selatan. Majapahit kemudiannya tumbang pada kurun ke-15. Siam pula telah
menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut
telah gagal.
Kejayaan Melaka
Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan
Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih
besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka
telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan
kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya dan China. Melaka yang pada mulanya
merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan
pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik
tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap
yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang
mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya
menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden.
Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di
bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naugan dan perlindungan
daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang,
Selangor, Sungai Ujung, Kedah dan Patani yang secara sukarela datang
mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’
dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka. Bukti
kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali
berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan,
menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam.
Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya
dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah.
Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat
dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-
barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk
Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke
Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun
pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan
tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan
seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.
Kejatuhan Melaka
Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai
kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara.
Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan
Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami
rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi
beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya (Sultan Alaudin Riayat Shah)
mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih
kanak-kanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah
empayar luar negeri.
Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan
diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba
di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana
orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan
mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya
mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis
diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.

Orang-orang Portugis berminat berdagang di Melaka

Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai
oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa
permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh
Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya
menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri
ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat
pertolongan daripada negera China.
Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan
Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu
kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura),
beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang
diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah
menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun
1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak
Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.
Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di
bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud
Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin
Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa
dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Lagi seorang
anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang
utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak.
Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.