Anda di halaman 1dari 22

KEK LAPIS CHEESE ICE CREAM

Bahan-bahan ( Saiz 7'' x 7'' )


• 500gm butter
• 200gm tepung dan 250gm gula kastor
• 100gm tepung ice cream dan 250 gm cheese cream
• 7 sudu besar susu pekat dan 1 sudu teh esen vanilla
• pewarna oren dan kuning dan orange oil
• kuning telur 10 biji
Cara-cara
1. butter dan gula pukul hingga berkrim
2. tambah kuning telur
3. masukkan tepung, susu pekat dan esen vanilla.
4. bahagikan kepada 2 bhgn. 1- tambahkan tepung ice cream dan orange oil.(warna oren) 2-
tambahkan cheese cream (warna kuning).
5. bakar pada suhu 180 selapis demi selapis.lapisan bawah guna api bawah 5 minit dan api
atas 5 minit. (mengikut kesesuaian oven) Lapisan ke-2 dan seterusnya api atas shj.

KEK COKLAT KUKUS


Bahan-bahan ( 8 in )
• 1 cawan gula perang
• 1 cawan susu segar perisa coklat
• 1 cawan minyak
• 3/4 cawan serbuk koko
• 1/2 cawan susu pekat manis
• 1 1/4 cawan tepung gandum
• 1 sudu teh soda bikarbonat
• 1 sudu teh baking powder
• 3 biji telur
Cara-cara
1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan
panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas
minyak.
6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang
telah dipanaskan.
7. Angkat dan sejukkan.

KEK COKLAT CHEESE KUKUS


Bahan-bahan ( 10 x 10 )
• Bahan A
• 150gm butter

• 100gm coklat masakan

• Bahan B

• 10 biji kuning telur – Gred A

• 5 biji putih telur

• 225gm gula castor

• 1 sudu besar ovalette (bumbun)

• Bahan C

• 125gm tepung gandum/superfine

• 25gm tepung jagung

• 1 tsp baking powder

• 30gm serbuk koko

• 1 sudu besar coklat emulco

• Bahan untuk lapisan cheese

• 250gm cream cheese

• 100gm coklat masakan putih

• 2 biji telur gred A

• 30gm tepung gandum/superfine

Cara-cara
1. Cairkan bahan A dan sejukkan.

2. Campurkan semua bahan B dan pukul sehingga gebu dan bertanduk.

3. Masukkan bahan C dan gaul sebati. Gaul mengunakan spatula.

4. Kemudian masukkan bahan A yang telah sejuk sedikit demi sedikit dan gaul sebati.

5. Untuk lapisan cheese. Masukkan semua bahan dan pukul sehingga gebu.

6. Sediakan acuan. Sapukan acuan dengan butter dan alas dasar dengan kertas.

7. Bahagikan adunan coklat kepada 2. Masukkan bahagian 1 kedalam acuan dan tutup dengan aluminium foil.
Kukus kek selama 20 minit.

8. Selepas 20 minit. Periksa kek. Sentuh atas kek dan jika kek tidak basah bermakna kek telah sedia untuk
lapisan kedua. Lapisan kedua – masukkan adunan cheese. Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus
selama 20 minit. Lapisan cheese dah masak, bolehlah masukkan bahagian ke 2 kek dan kukus lagi selama 20
minit. Jangan lupa untuk tutup kek dengan aluminium foil sebelum mengukus. Tips : Pastikan dan periksa
kek telah masak sebelum tuang lapisan ke 2 dan seterusnya kerana kek sangat lembut dan bimbang2 jika
kek tidak masak adunan akan mendap.
KEK BELACAN
Bahan-bahan ( Boleh Dapat 2 loyang )
• 250 gm mentega
• 10 biji telur size A
• 4 sudu nasi tepung gandum
• 1 sudu teh vanila
• 1 gelas horlick
• 1 tin susu junjung
• 1 botol browing sugar
• 1 sudu teh serbuk koko
• 1 gelas gula halus
Cara-cara
1. Pukul mentega dan gula halus tadi hingga kembang.
2. Setelah mentega tadi kembang, masukkkan telur 1 per 1 hingga sambil dikacau hingga
kembang.
3. Masukkan 1 botol browing sugar, di kacau lagi.
4. Masukkan horlick, susu, serbuk koko dan esen vanila tadi dan dikacau hingga sebati.
5. Bahan yang terakhir adalah tepung gandum tersebut dan di kacau hingga sebati.
6. Masukkan adunan tadi kedalam loyang yang telah disapukan mentega.
7. Kukuskan adunan tadi sehingga masak.

CHEESE CAKE
Bahan-bahan ( 18 cm )
• 250g cream cheese
• 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
• 2 sudu besar jus lemon
• 3 sudu besar tepung gandum
• 2 biji telur
• 90g gula
Cara-cara
1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun
ok(oven paper)
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk
mengelakkan permukaan hangus.
5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang
sedap.

Kek Lapisan Bumi

Sumber : Suriani

Bahan-bahan
10 biji telur
16oz butter
1 cawan gula kaster
225gm tepung gandum } diayak bersama 1 sudu teh baking power
1 tin kecil seri kaya
1 tin kecil susu pekat manis
4 sudu makan serbuk nescafe

Cara-cara

1. Mentega dan gula dipukul sehingga berkrim. Ketepikan.

2. Pukul telur hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam adunan mentega & gula
tadi. Gaul hingga sebati.

3. Lepas itu masukkan susu , seri kaya dan gaul lagi hingga sebati.

4. Kemudian masukkan tepung gandum yg telah diayak bersama baking powder tadi. Gaul
lagi hingga sebati.

5. Sesudah siap, bahagikan adunan kepada 2 bahagian. i) Bahagian A - dimasukkan serbuk


nescafe ii) Bahagian B - diwarnakan dgn pewarna kuning

6. Tuangkan 2 senduk bahagian A tadi ke dlm loyang dan diselang seli kan dgn 2 senduk
Bahagian B tadi. Buatlah begini sehingga adunan habis.

7. Kemudian bakar hingga masak. Hasil nya, tengoklah corak2 nya.

NOTA:
Untuk pengetahuan semua, Instruction No. 6 itu, kita melapis sebelum adunan di bakar bukan
seperti kek lapis biasa tu.

Kek Lapis Jentayu

Saturday, 27 September 2008

BAHAN INTI: (A)


16 biji kuning telur gred A

4 biji putih telur

270 gm gula kastor

200 gm tepung hong kong

1 sudu besar ovalatte

1 sudu kecil sodium benzoate

BAHAN B:

500 gm mentega

5 sudu besar susu pekat manis

50 gm kaya

BAHAN C:

Golden churn butter (untuk sapu lapisan)

Sedikit jem untuk melekatkan inti

CARA MENYEDIAKAN:

1. Pukul bahan A hingga kembang.

2. Dalam bekas yang berasingan pukul bahan B hingga sebati dan kembang.

3. Satukan adunan, gaul rata.

4. Bahagikan adunan kepada lapan bahagian. Setiap adunan bahagian seberat 180 gm.

5. Masukkan pewarna dan bakar selapis demi selapis hingga masak.

6. Apabila masak tekan dengan penekan zig-zag.

7. Setelah masak sejukkan dan potong tiga segi (cutter 4/4)


PESAN SAJI: Pewarna peach, biru, blueberi emulco, esen pandan dan hijau.

BAHAN-BAHAN LAPISAN ATAS DAN BAWAH:

BAHAN A:

12 biji kuning telur

6 biji putih telur

200 gm tepung hong kong

250 gm gula kastor

1 sudu kecil ovalatte

BAHAN B:

450 gm mentega

4 sudu besar susu pekat

1 sudu besar kaya

BAHAN C:

Sedikit pewarna biru

CARA MENYEDIAKAN:

1. Putar bahan A hingga kembang dan dalam bekas berasingan putar bahan B hingga kembang dan rata.

2. Satukan adunan dan gaul hingga sebati.

3. Bahagikan kepada dua adunan. Ambil sedikit adunan dan campurkan dengan pewarna biru.Masukkan
ke dalam piping bag.

4. Sediakan acuan dan bakar selapis demi selapis, setiap lapis paipkan warna biru.

5. Setelah selesai satu adunan susun inti dan bakar lagi selapis demi selapis.

Kek Batik - Brunei Darussalam

Bahan-bahannya
16 oz mentega
10 biji telur
1 tin susu manis
1 tin mentega tepung gandum
1/2 tin mentega nestum
1/2 tin mentega milo
1/2 tin mentega horlick
500 gm roti marie atau roti tunjuk
sedikit bijan untuk di tabur atas kek batik
sedikit nestum juga untuk di tabur atas kek batik
sedikit browning

Cara membuatnya :-

Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur satu-satu pukul
hingga rata, masukkan susu manis dan milo. Gaul rata-rata kemudian masukkan
tepung dan nestum serta gaul rata-rata.
Akhir sekali masukkan browning. Tuangkan ke dalam kuali, jarangkan di atas api
sehingga tidak melekat. (Kacau perlahan-perlahan dengan menjaga api, agar tidak
hangus adunan). Angkat dan masukkan roti tunjuk atau marie dengan di susun
mengikut sesuka hati. Kemudian masukkan ke dalam loyang yang telah di lapis dgn
kertas, tekankan hingga rata. Taburkan bijan dan nestum, bila dah sejuk masukkan dlm
peti ais, bila keras baru lah di potong.
Nota Kaki MySweety Sweet :
Resepi ini saya dpt sejak tahun 1996. Dan saya ubah sikit, spt campur horlick dan raya
tahun lepas saya cuba beli dua jenis biskut marie warna putih dan brown. Dan saya
taburkan dgn serbuk bijan dan nestum Saya susun dgn cara adunan kek selapis, lepas
tu biskut marie di susun di atasnya, dan dilapiskan lagi dgn adunan kek serta di tekan2
biar rata, kemudian di susun biskut marie sampai akhirnya.
Maaf gambar nye belum ada dlm simpanan, tapi rupa kek batik sama cam resepi
puding marie ..
Masa nak angkat adunan .. jgn diambil minyak nya ..

TOM YAM CAMPUR

Bahan-Bahan:
100 gm isi ayam tanpa tulang
50 gm daging
5 ekor sotong
7 ekor udang sederhana besar
4 helai daun limau purut
Satu sudu air perahan limau nipis
Sedikit bunga kobis
500 ml air masak
Dua batang serai
Bawang besar (dipotong empat)
Bawang kecil (ditumbuk kasar)
Cili padi (ditumbuk kasar)
Air stok rebusan ayam
Sebiji tomato
Garam dan ajinomoto
Cara:
Masukkan air rebusan ke dalam periuk. Biarkan seketika.
Masukkan bawang besar,bawang putih, [...]
04- BISKUT COKLAT CIP

Bahan-bahannya:
600 gram mentega
450 gram gula pasir
350 gram gula perang
4 biji telur
500 gram cip coklat
240 gram tepung jagung
1 kg tepung gandum
15 gram serbuk penaik
400 gram kacang walnut
www.familiazam.com
Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2. Masukkan telur perlahan-lahan kemudian masukkan coklat cip dan walnut yang dicincang.
3.Gaulkan tepung, serbuk penaik dan tepung jagung ke dalam adunan dan gaul rata.
4. Dengan menggunakan sudu makan letakkan ke atas dulang pembakar setiap sudu sehingga habis.
5. Bakar dalam ketuhar selam 15 minit pada suhu 180°C.

20- RENDANG TOK


Bahan-bahannya:www.familiazam.com
1 kg daging
100 gm rempah
300 gram kerisik
100 gram jintan manis
100 gram jintan putih
10 biji bawang merah
200 gram lengkuas
4 cm halia
2 batang serai
1 kg santan
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya:
Daging dipotong kecil selebar 4 cm. kemudian, campurkan serai, halia dan bawang merah yang teklah
ditumbuk halus bersama dengan daging tadi.
Selepas itu, masukkan santan dan bahan lain kedalamnya. Gaulkan hingga sebati. www.familiazam.com
Akhir sekali, masak pada suhu api sederhana dan sentiasa dikacau.
Setelah betul-betul masak, angkat dan bolehlah dihidangkan

24- CUCUR KELADI


Bahan-bahannya:
500 gram keladi - Dikukus empuk dan dipotong dadu
100 gm udang kertas - dikupas kulitnya
10 gram ikan bilis - ditumbuk kasar
3 tangkai daun sup - dihiris halus
1 biji bawang besar - dimayang halus
1 biji lada merah - dihiris
1 sudu teh gula pasir
1 biji telur
Air
Garam secukup rasa
Minyak masak
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
Ayak tepung gandum dan satukan dengan garam dan gula.
Kemudian masukkan udang kertas, ikan bilis,daun sup, bawang besar, cili merah dan telur sambil
digaul rata.
Setelah itu masukkan pula air mengikut kepekatan adunan yang sesuai. Akhir sekali, campurkan
keladi.
Sudukan adunan kedalam kuali dan goreng sehingga kuning keemasan.
Hidangkan bersama sos cili.

KUIH SIPUT
Bahan­bahan:

1 kg tepung gandum
250 gram marjerin
½ gelas air
1 sudu jintan manis
6 ulas bawang merah
1 tangkai cili hidup
Sedikit udang kering
2 tangkai daun kari, hiris halus
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

Marjerin dan air dipukul hingga sebati. Ketepikan.
Jintan manis, bawang, cili dan udang kering dikisar halus.
Campurkan bahan­bahan kisar ke dalam mangkuk dan tambahkan marjerin dan air yang 
dipukul tadi.
Masukkan tepung sedikit demi dedikit hingga menjadi adunan yang lembut.
Masukkan daun kari.
Ambil sedikit adunan dan lenyekkan di atas acuan kuih siput. Goreng hingga masak.
BISKUT HAZELNUT

180 gram mentega
90 gram gula halus
1 biji kuning telur
¼ sudu kecil mentega emulco

Bahan B (ayak)
320 gram tepung gandum superfine
30 gram tepung jagung
30 gram tepung sagu
1/8 sudu kecil serbuk penaik

Bahan C
50 gram Nestle almond cluster (kisar)
50 gram biskut cheese cracker (kisar)
1 keping keju cheddar (cincang halus)

Bahan D
Kacang hazel secukupnya (bakar)

Bahan hiasan

Mangkuk kertas
Coklat putih
Sandi sugar

Penyediaan

Bahan A diputar hingga sebati dan masukkan bahan B.
Satukan bahan C dan campurkan dalam adunan tadi.
Uli hingga menjadi doh.
Bulat­bulatkan doh, masukkan kacang hazel di tengah­tengahnya.
Bakar hingga masak dan sejukkan.
Panaskan coklat putih secara double boiler.
Celup biskut yang telah di masak ke dalam coklat putih dan letakkan ke dalam mangkuk 
kertas.
Tabur sandi sugar di atasnya.

Kek Kukus Mata Kucing

Bahan-Bahan:

10 biji telur 1 botol Horlicks


16 oz mentega 2 cawan tepung gandum
1 cawan gula 1 sudu teh serbuk penaik
1 tin susu 1 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar kaya Sedikit gula perang

Cara:

Pukul mentega dan gula hingga kembang.

Masukkan telur satu-persatu. Kemudian masukkan kaya,horlicks, susu dan esen vanilla.

Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.

Kemudian, masukkan gula perang. Gaul rata dan sebati.

Masukkan adunan dalam loyang, kukus hingga masak.


Kek Coklat bertopping

Bahan-Bahan:

9 oz tepung gandum } diayak Topping:


3 oz serbuk koko } bersama
1 sudu kecil baking powder} Susu coklat UHT
12 oz gula perang Sedikit mentega
1 ½ buku mentega Sedikit coklat masak
8 biji telor Serbuk koko
Susu pekat

Cara:

Pukul mentega dan gula perang hinga rata dan masukkan telor yang telah dipukul hingga kembang sedikit demi sedikit.
kemudian masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hinga adunan sebati dan rata. setelah itu masukkan
ke dalam loyang pembakar dan bakar selama 45 minit, suhu 180 darjah celcius.

Untuk topping pula panaskan susu coklat UHT bersama dengan mentega dan coklat masak kacau perlahan-lahan hingga
rata, masukkan susu sejat secukup manis dan kacau lagi hingga menjadi pekat.

Keluarkan kek coklat yang telah masak tadi, letakkan diatas bekas yang leper kemudian tuangkan topping keatasnya
mengikut kesukaan masing-masing dan jika suka boleh letakkan hiasan seperti coklat urai badam kisar dan sebagainya.

Cadangan Hidangan:

Sesuai untuk sajian petang atau untuk kek hantaran

Email this Recipe Print this Recipe


Kek Lumut Istimewa
Kiriman: Ema
Sumber: Mak Mertua
Hits: 205 Rating: 10.00 Review: 0
Bahan-Bahan:

2 Bar Butter (500gm) 1 tin kecil seri kaya


1 packet kecil minuman Horlick 1 tin kecil susu pekat manis
10 biji telur (size C) / 8 biji telur (size A) Biskut marrie (dihancurkan)
Sedikit Pewarna hijau

Cara:

1. Pukul Butter bersama telur sehingga


kembang
2. Masukkan susu dan kaya.Kacau hingga
sebati
3. Masukkan Horlick dan kacau
4. Masukkan biskut marrie(dihancurkan)
sehingga agak agak pekat.
5. Masukkan pewarna hijau.
6. Kukus sehingga masak. (cara : cucuk
lidi kedalam kek,jika adunan tidak
melekat pada lidi, bermakna telah
masak)

Cadangan Hidangan:

kek ini perlu disimpan didalam peti ais. Ia adalah kek lembab. Potongkan kecil kecil apabila dihidangkan. Sesuai untuk
pencuci mulut kerana kek ini agak manis.

BISKUT CHIP RANGUP

Bahan-bahannya:
250g butter
150g brown sugar + 150g castor sugar
3 eggs yolk
300g flour }
3 camt baking powder }
2 camt bikarbonat soda } di ayak bersama
2 camb serbuk koko }
100g coklat chip / white coklat
100g badam cincang
sedikit esen vanila

Cara membuatnya:

1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur dan
pukul lagi.
2. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking, bikarbonat soda
dan koko dan gaul hingga sebati. Kemudian masukan badam cincang
dan coklat chip.
3. Bulatkan adunan sebesar syiling 10 sen dan susun dalam dulang.
Bakar hingga kekuningan.

BISKUT ALMOND LONDON


Bahan Utama:-
125 g mentega
75 g gula aising
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
225 g tepung gandum*
1 camca teh emplex*(*disatukan dan diayak)
335 g badam berkulit, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel

Bahan Lain:-
300 g coklat masakkan (mat guna coklat masakan jenama "tulip")
1/2 camca besar lemak sayur
Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
Paper cup saiz kecil secukupnya

Cara membuatnya:-
1. Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan
esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut.
Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan
salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.
3. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan.
Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat
masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau
rata.
4. Ambil sebiji biskut yang "botak" tadi, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat
masakkan hingga memenuhi biskut. Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam
bekas. Buat seterusnya dan susuh rapat2 anrata satu sama lain, tujuan untuk
menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti.
5. Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap
udara....selamat mencuba!!!!

SHORTBREAD COOKIES
Bahan biskut:

240g tepung gandum


100g gula castor
100g serbuk badam
200gm mentega
70g susu tepung

Hiasan diatas

500g coklat masak


125g coklat putih
Cara :

Sapu sedikit mentega diatas loyang cutter. Kemudian alas dengan kertas minyak. Sapu
lagi mentega diatas kertas minyak. Ketepikan.

Gaulkan kesemua bahan biskut dengan perlahan-lahan sehingga menjadi sebuku doh
yang lembut. Kemudian masukkan ke dalam loyang cutter. Tekan perlahan sehingga
rata permukaannya. Tekan ‘cutter’ ke atas adunan tadi. Bakar dengan suhu 180 C
selama 12-15 min.

Bila masak, cabutkan alat pemotong biskut (cutter) dan sejukkan biskut. Cairkan coklat
masak dan tuang diatas permukaan biskut sehingga rata. Coklat putih yang telah
dicairkan dimasukkan dalam piping beg dan lorekkan bentuk zig zag diatas permukaan
coklat masak tadi. Kemudian lorekkan dengan lidi untuk hasilkan corak celorang
celoreng.

Masukkan semula alat ‘cutter’ ke dalam biskut dan dinginkan biskut dalam peti sejuk
selama 10 min. Apabila coklat telah keras, cabut ‘cutter’ dan simpan biskut dalam bekas
kedap udara.

Nota : Adunan ini dapat sedikit sahaja, eloklah digandakan jika ingin shortbread itu
tebal sedikit

BLACK FOREST CAKE


Sumber : Chef Anuar

Bahan-bahan:
1 biji kek span coklat saiz 8 inci
400 g whipping cream (yg manis)- dipukul hingga kental.
200 g chocolate rice
180 g buah ceri hitam dalam tin
2 s/b tepung jagung - bancuh dengan sikit jus ceri
20 g gula kastor
150 ml jus buah ceri -yg dlm tin tadi
sedikit serbuk kayu manis
ceri merah biasa
kepingan coklat masakan diparut.
sedikit snow powder

Cara membuatnya:
- didihkan jus buah ceri dengan gula kastor dan serbuk kulit kayu manis.
- masukkan bancuhan tepung jagung. kacau hingga pekat.
- tuangkan buah ceri dan kacau sebati. tutup api biarkan sejuk.
- potong kek span kepada 3 lapisan
- letak lapisan pertama.. sapukan dengan sirap ceri tadi di atas lapisan
kek. kemudian sapukan whip cream rata.
- letak beberapa biji ceri atas cream. sapu lagi cream atas ceri. ratakan.
- letak kepingan kedua.. ulang proses no. 5.
- lakukan hingga ke lapisan ke3.
- akhir sekali sapukan cream rata2 ke atas kek bahagian atas dan tepi.
- Paipkan cream menggunakan nozel bintang mengikut kreativiti sendiri.
- hias dengan coklat rice, ceri & coklat parut sebagai

Anda mungkin juga menyukai