Anda di halaman 1dari 27

1.

0 Pendahuluan Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru bertanggungjawab menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai. Guru jugalah yang merancang dan membina instrumen penilaian, mentadbir ujian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat, melapor dan menjalankan tindakan susulan yang perlu seperti aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan. Dengan itu, pentaksiran yang tepat dan berkesan perlu dijalankan oleh guru di dalam bilik darjah untuk membantu guru sendiri dalam mempertingkatkan pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta membantu guru dalam mengesan kelemahan murid seterusnya memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan strategi pengajaran guru agar sesuai dengan tahap dan kemampuan murid. Manakala, ujian ialah salah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995). Bagi mengupas tugasan ini dengan lebih mendalam lagi, saya telah mengumpulkan sedikit sebanyak maklumat mengenai pentaksiran dalam Pendidikan Khas agar dapat memahami tajuk soalan kerja kursus dengan lebih baik dan bakal menghuraikannya dengan lebih berkesan. 1.0 Konsep Pentaksiran Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000; Pentaksiran adalah merupakan satu pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Semua maklumat yang diperoleh daripada pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid seterusnya meningkatkan pencapaian murid tersebut. Pentaksiran juga merupakan proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Manakala menurut Mokhtar Ismail, pentaksiran ialah langkah untuk menentukan tahap sejauhmana seseorang memiliki sifat tertentu. Menurut Popham (2000), beliau berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran merupakan proses yang melibatkan pengumpulan data-data kuantitatif mengenai pembelajaran atau perubahan perlakuan pelajar akibat daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Nilai kuantitatif ini melambangkan tahap atau kedudukan pencapaian pelajar dalam sesuatu aspek yang dinilai.

Pentaksiran yang dilakukan mestilah mengikut tahap kebolehan dan standard perkembangan seseorang murid. Bukti dan data pencapaian murid perlu dikumpulkan dalam satu tempoh tertentu untuk mentaksir pembelajaran dan pemahaman mereka. Bukti dan data ini boleh direkodkan dalam pelbagai bentuk. Contohnya lembaran kerja, portfolio, jurnal, dan ujian seperti ujian diagnostik di mana akan menggambarkan tahap kebolehan, kekurangan dan kelebihan seseorang murid. 1.1 Tujuan Pentaksiran Menurut Peirangelo & Giullian, G (2006), tujuan pentaksiran adalah untuk pemeriksaan dan pengenalpastian. Selain itu, pentaksiran juga bertujuan untuk menentukan kelayakan dan melakukan diagnosis serta dalam pengajaran dan penilaian. Dalam Pendidikan Khas, pentaksiran bertujuan memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Dengan cara itu,guru dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid, merangka intervensi yang sesuai, memilih strategi pengajaran yang tepat dan menempatkan murid sesuai mengikut tahap kebolehan masing-masing. Manakala tujuan keseluruhan pentaksiran ialah untuk kemajuan murid dalam pembelajaran. Pentaksiran memberikan murid, ibu bapa dan guru maklumat yang terperinci tentang perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya.

1.2 Proses Pentaksiran Pengumpulan Analisis Penilaian Penentuan Cadangan

Proses Pentaksiran

Terdapat lima komponen utama yang terlibat dalam proses pentaksiran iaitu pengumpulan, analisis, penilaian, penentuan dan cadangan. Bagi pengumpulan, proses yang terlibat ialah mengesan dan mengumpul maklumat dari pelbagai sumber latar belakang seperti rekod sekolah, sejarah perubatan dan sebagainya. Proses analisis pula melibatkan pemprosesan dan kefahaman mengenai corak sejarah pendidikan, sosial, perkembangan, persekitaran, perubatan serta emosi murid. Manakala proses penilaian pula meliputi aspek akademik, emosi, persepsi, bahasa, fisiologi, kognitif dan perkembangan perubatan untuk menentukan tahap kekuatan dan kelemahan individu murid. Seterusnya ialah proses penentuan. Tindakan yang perlu diambil ialah menentukan ciri-ciri kebolehan dan ketidakbolehan murid serta pengetahuan tentang kriteria bagi setiap kategori kanak-kanak pendidikan khas. Pada akhirnya, proses cadangan melibatkan penempatan pendidikan dan program yang perlu dijalankan oleh guru sekolah dan guru kepada ibu bapa. 1.1 Jenis-jenis Pentaksiran ~pentaksiran kemahiran pembelajaran asas ~pentaksiran kemahiran bahasa (membaca, menulis dan lisan) ~pentaksiran kemahiran matematik ~pentaksiran kemahiran sosial dan tingkah laku Pentaksiran boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah lain tidak semestinya menggunakan pensel dan kertas. Contohnya ujian kecergasan, pemerhatian, temu bual, projek, portfolio dan sebagainya. Pemilihan kaedah bergantung kepada jenis maklumat yang diperlukan. Umpamanya, kemahiran bermain bola tampar boleh diukur melalui pemerhatian sementara nilai dan sikap boleh diukur melalui temu bual. Dalam mentaksir kemahiran juga, guru boleh membuat rujukan berdasarkan senarai semak, temubual, temuduga, perbincangan bersama dan persembahan kendiri oleh murid tersebut. Jadi, kaedah dan alat ukur yang sesuai perlu digunakan agar pentaksiran yang dibuat benar-benar berkualiti. 1.0 ISU UJIAN PENTAKSIRAN: PENTADBIRAN UJIAN PENILAIAN SUMATIF (PERTENGAHAN PENGGAL DAN UJIAN AKHIR TAHUN) TIDAK DIJALANKAN Penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan. Tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian tetapi untuk menentukan sejauh mana objektifobjektif sesuatu bidang mata pelajaran yang telah disampaikan oleh guru semasa pengajaran pembelajaran berlangsung di bilik darjah telah dicapai oleh murid-murid. Dengan berdasarkan objektif yang telah ditetapkan melalui pembinaan jadual penentuan ujian, peratusan objektif yang dapat dicapai oleh pelajar dapat diketahui. Kedua, penilaian sumatif bertujuan memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan. Dengan adanya gred yang diberikan, akan memudahkan guru untuk membuat

perbandingan antara individu dalam satu-satu bilik darjah atau membuat perbandingan mengikut tingkatan atau kumpulan pelajar. Dengan cara ini guru bolehmembuat kesimpulan peringkat pencapaian pelajar mengikut kumpulan tertentu misalnya kumpulan pelajar lemah, sederhana dan cemerlang. Contoh penilaian sumatif seperti penilaian pada akhir penggal, peperiksaan percubaan, UPSR, PMR dan sebagainya. 1.1 Kesan pentadbiran ujian penilaian sumatif (Pertengahan Penggal dan Ujian Akhir Tahun) tidak dijalankan Kesan utama yang dapat dilihat apabila tiada pelaksanaan ujian am dilakukan ialah penempatan murid-murid yang tidak sekata. Contohnya di dalam kelas A, terdiri daripada dua aras murid yang iaitu murid aras tinggi dan murid aras rendah. Jurang perbezaan pembelajaran sangat berbeza di antara mereka yang mana murid aras tinggi dapat menangkap pengajaran dan pembelajaran dengan baik sekali selayaknya diinklusifkan manakala murid aras lemah masih memerlukan bimbingan daripada guru. Manakala dalam kelas B pula masih berlaku situasi yang sama iaitu terdapat murid yang dapat memahami pengajaran dengan lebih cepat malah menyiapkan aktiviti dengan pantas sekali. Pada pendapat saya, murid aras tinggi di dalam kedua-dua kelas ini boleh digabungkan agar mereka dapat belajar secara berkesan dan bermakna, seterusnya sesuai dengan tahap dan aras kemampuan mereka. Kesan kedua ialah berlaku pembaziran masa kepada murid aras tinggi kerana perlu menunggu murid lemah pada setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Mungkin alasan pengayaan diberikan tetapi adakah ianya benar-benar dilaksanakan kepada murid? Kesan daripada persekitaran juga tidak dapat dinafikan. Apabila berlaku perbezaan aras yang ketara di antara murid, akan berlaku persaingan yang tinggi untuk murid-murid aras rendah agar mereka dapat menyaingi murid aras tinggi dalam pembelajaran. Mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memahami ilmu pada hari tersebut seperti kawan-kawan mereka yang lain. Berbeza pula dengan aras tinggi, mereka akan sentiasa diminta untuk menunggu rakan yang lemah dan nilai sabar diterapkan. Benar, tetapi sekiranya ianya terlalu kerap dilakukan akan menyebabkan mereka kurang persaingan dan sentiasa berada dalam kedudukan selesa, releks dan bersenang hati. Malah, ada yang memandang rendah terhadap kemampuan rakan kerana lambat untuk memahami pembelajaran pada hari itu. Apa yang paling menakutkan saya ialah ada murid yang sanggup menolak latihan pengayaan yang diberi dengan alasan kenapa dia perlu membuat kerja lebih sedangkan rakan yang lain belum pun sempat menyiapkan kerja tersebut. Mereka lebih senang untuk memilih keadaan yang tidak membebankan mereka. Akhir sekali, proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku tidak sesuai dengan aras dan tahap kemampuan murid. Guru perlu menyediakan dua tajuk atau dua kemahiran pada satu-satu masa agar murid dapat belajar dengan bermakna. Jika tidak, guru akan mengajar suatu ilmu yang telah diketahui oleh murid aras tinggi dan suatu ilmu yang terlalu tinggi untuk dicapai oleh murid dari aras rendah. Jadi, masa tersebut merupakan satu kerugian kepada murid-murid untuk mendapat ilmu secara bermakna untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka.

1.1 Cadangan Penambahbaikan pentadbiran ujian penilaian sumatif (Pertengahan Penggal dan Ujian Akhir Tahun) tidak dijalankan Salah satu cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah pihak pentadbiran perlu melaksanakan ujian penilaian sumatif seperti ujian pertengahan penggal dan ujian akhir tahun bagi menentukan pencapaian murid sebagai satu kumpulan dengan membezakan antara pencapaian pelajar berdasarkan gred yang telah ditentukan. Selain itu, penilaian sumatif juga bertujuan untuk mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan. Apabila guru dapat mengenalpasti tahap pencapaian murid, guru dapat membahagikan murid ke dalam kumpulan-kumpulan tertentu yang lebih kurang sama arasnya. Dengan sedemikian, guru-guru kelas dapat menjalankan ujian diagnosis yang lebih berkesan kerana setiap daerah kelemahan individu murid dapat dikesan dengan lebih terperinci dan guru dapat menggunakan strategi yang sesuai untuk membantu murid mencapai potensi yang maksimum. Selain itu juga, guru boleh meluangkan masa untuk murid dengan mengadakan kelas tambahan bagi mereka yang akan diinklusifkan. Ini bertujuan untuk murid mendapat persediaan awal dengan kemahiran-kemahiran asas untuk mengikuti pembelajaran secara perdana iaitu di dalam kelas yang ramai muridnya dan guru perdana tidak mampu untuk memberikan perhatian kepada semua murid-muridnya. Tambahan juga, kelas tambahan yang diadakan akan dapat membantu murid untuk memahami sesuatu ilmu dengan lebih baik kerana murid pendidikan khas memerlukan masa yang lebih lama untuk memahami suatu perkara. Oleh itu, guru pendidikan khas yang bertanggungjawab dapat menggunakan strategi yang lebih berkesan dan sesuai dalam membantu murid khas memahami ilmu yang dipelajari dalam kelas aliran arus perdana. Akhir sekali, guru-guru perlulah sentiasa menghadiri kursus-kursus untuk meningkatkan keprofesionalisme. Dengan itu, diharap guru terus bersemangat untuk meneruskan tugas dan peranan sebagai pendidik yang lebih berkualiti dan bertindak sebagai pemangkin satu transformasi pendidikan supaya sistem pendidikan kita akan dapat memenuhi keperluan dan permintaan abad ini selaras dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang di dunia. 1.0 Penutup Kesimpulannya. pengetahuan tentang pentaksiran semata-mata adalah satu pembaziran sekiranya tidak diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran murid.
Isu-Isu Dalam Pendidikan Khas 1.1 Isu: Program Intergrasi/ Pelabelan dan Pengasingan Program intergrasi dalam pendidikan khas telah pun dijalankan di Malaysia sejak tahun 1997. Program Pendidikan Khas Intergrasi adalah istilah baru bagi Program Pendidikan Khas Percantuman. Program ini menempatkan murid kelas khas di kelas khas di dalam sebuah sekolah biasa (Dr Abdullah Yusoff,2007). Kebiasaannya intergrasi yang berlaku adalah pada peringkat fizikal di mana murid dengan keperluan khas dan murid biasa berkongsi padang sekolah, bangunan dan kantin. Walaupun harapan kerajaan semasa mewujudkan intergrasi ini adalah untuk mengintergrasikan murid khas dan murid normal, namun kajian Zarin Ismail, Safani Bari dan Soo

Boon Seng (2004) mendapati intergrasi sosial di kalangan murid khas dan murid normal berada pada tahap yang rendah atau minima. Program ini juga masih lagi mempunyai kekurangannya kerana terdapat beberapa isu yang timbul. Melalui pemerhatian di Sekolah A, didapati terdapat beberapa isu yang boleh dikupaskan dalam program intergrasi yang dijalankan di sekolah ini. Antara contoh-contoh isu yang berbangkit dalam program intergrasi ini ialah murid-murid berkeperluan khas ini diasingkan daripada kelas normal. Waktu rehat yang berlainan daripada murid-murid aliran normal juga menyebabkan wujudnya jurang sosial antara murid-murid berkeperluan khas dengan normal ini. Murid-murid berkeperluan khas ini juga hanya berinteraksi antara satu sama lain mereka sahaja. Hal ini menyebabkan kanak-kanak yang normal tidak dapat mengenali dan memahami muridmurid yang istimewa ini. Akibatnya murid-murid yang normal ini tidak mampu memahami murid-murid bekerpeluan khas ini dengan sebaiknya. Isu mengenai pelabelan pada hari ini masih ketara terutama pada golongan anak kurang upaya ini. Definisi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, pelabelan bermaksud mengecap seseorang sbg (mempunyai sesuatu sifat yg tidak baik seperti jahat, suka menipu dan sebagainya. Pelabelan juga diertikan sebagai satu tanggapan atau penilaian yang dibuat berdasarkan pandangan individu itu sendiri terhadap sesuatu perkara. Isu pelabelan terhadap kanak-kanak khas agak ketara di negara kita. Perkara sedemkian juga wujud di sekolah yang saya telah jalani praktikum yang lalu. Hal ini kerana terdapat murid-murid normal yang memanggil kanak-kanak sindrom down sebagai orang yang cacat yang mempunyai mata yang sepet. Mereka menggelarnya sebagai orang sepet. Keadaan ini boleh menyebabkan kanak-kanak sindrom down tadi berasa rendah diri dan tidak akan selesa berada di persekitaran sekolah. Berkenaan dengan isu pengasingan pula terdapat pelbagai jenis pengasingan yang berlaku terhadap kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah. Mereka seringkali diletakkan sebagai kumpulan yang asing di sekolah. Menurut kamus Dewan dan Bahasa dan Pustaka ,pengasingan bermaksud perihal atau perbuatan yang mengasingkan atau pun melibatkan pemisahan.(edisi keempat). Pengasingan dalam Pendidikan Khas bermaksud kanak-kanak pendidikan khas diasingkan dari kanak-kanak normal di dalam sistem pendidikan dan juga dari aspek pengajaran dan pembelajaran Selain itu juga, mengenai isu pengasingan pula terdapat kanak-kanak berkeperluan khas di program intergrasi ini diasingkan. Mohd X misalnya telah pun diasingkan daripada rakan-rakan semasa berada di dalam kelas. Walaupun sebenarnya tindakan guru adalah untuk memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran yang dikehendaki oleh beliau namun beliau harus sedar akan kesan buruk terhadap kanak-kanak berkenaan. Menurut guru di situ, tujuan kanak-kanak itu diasingkan adalah bagi mengelakkan kanak-kanak itu mengganggu rakan sekelasnya. Disebabkan itulah kanak-kanak itu diasingkan jauh daripada meja rakan-rakan yang lain. 1.2 Isu: Penglibatan Ibu Bapa Dari aspek penglibatan ibu bapa, didapati di Malaysia tahap kesedaran ibu bapa mengenai masa depan anak-anak yang berkeperluan khas masih berada dalam keadaan yang minima. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di kalangan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa yang tinggal di luar bandar. Hal ini kerana terdapat setengah ibu bapa yang beranggapan anak yang istimewa ini tidak layak dan tidak berkeupayaan untuk mendapat pendidikan yang seimbang dan sempurna. Disebabkan anggapan sedemikian maka wujudlah keciciran murid-murid berkeperluan khas daripada alam persekolahan. Perkara ini terus menyebabkan kanak-kanak istimewa ini tidak mempunyai kemahiran hidup yang baik dan akhirnya memberi bebanan kembali kepada keluarga masing-masing. Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang masih kurang sedar mengenai betapa pentingnya memberi pendidikan atau pun kemahiran mengurus diri atau kemahiran hidup kepada anak-anak yang istimewa. Faktor utama yang menyebabkan perkara ini berlaku disebabkan kurangnya keyakinan akan kebolehan anak-anak istimewa mereka ini. Sebagai contoh, pengajaran amali kemahiran memasak dan menjahit, mungkin boleh menyebabkan timbulnya perasaan risau ibu bapa terhadap anak-anak mereka berada di dapur. Hal ini mungkin disebabkan memikirkan keadaan yang

mungkin boleh mengundang bahaya semasa di dapur dan semasa menggunakan jarum untuk menjahit. Disebabkan sikap yang terlalu obses akan perkara negatif inilah menyebabkan mengapa kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia agak ketinggalan. Isu ini juga berkait dengan isu yang melanda di sek A ini. Melalui pemerhatian didapati penglibatan ibu bapa dalam apa jua aktiviti yang dilakukan oleh pihak sekolah masih dalam tahap sederhana. Hal ini kerana masih terdapat ibu bapa yang tidak yakin dan tidak mahu memberi peluang kepada anak mereka ini mencuba sesuatu yang baru. Sebagai contohnya, aktiviti renang yang dijalankan pada hari Jumaat ( 2 kali sebulan) ini tidak mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada pihak ibu bapa. Disebabkan itulah hanya sedikit ibu bapa yang membayar yuran untuk aktiviti renang ini. Apabila perkara ini berlaku maka program terapi berenang yang sepatutnya dijalankan untuk semua murid tidak dapat dijalankan. Maka murid-murid akan tidak mempunyai keseronokan untuk mengikuti aktiviti luar. Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang hanya bergantung kepada pihak sekolah sematamata sahaja dalam usaha memberi didikan kepada anak mereka terutama dalam aspek pengurusan diri. Disebabkan itulah terdapat murid-murid yang masih tidak tahu untuk membuang air kecil atau besar di tempat yang sepatutnya iaitu tandas. Perkara ini sedikit sebanyak agak mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Akibatnya guru sendiri terpaksa membantu menguruskan kanak-kanak tersebut semasa berada di dalam kelas. 1.3 Isu: Stigma Masyarakat (Isu Sistem Sosial) Negara kita sememangnya mempunyai beberapa kelas lapisan sosial yang tertentu. Walaupun wujudnya jurang sosial antara golongan berada dan golongan pertengahan, masingmasing masih dapat berinteraksi dengan baik dan hidup dengan hormone. Namun begitu, bagi golongan yang tidak berkeupayaan atau pun dikenali sebagai orang kurang upaya, masyarakat di negara kita masih lagi memandang rendah dan mendiskriminasi golongan berkenaan. Di sekolah ini misalnya, masih wujud pandangan negatif mengenai kanak-kanak berkeperluan khas ini. Perkara ini dapat dibukti dengan wujudnya ejekan yang mengatakan budak kanak-kanak khas ini sebagai budak lembam dan bodoh. Malah terdapat murid-murid normal yang tidak mahu berkawan dengan kanak-kanak sedemkian disebabkan dikhuatiri menjadi seperti kanakkanak berkeperluan khas ini. 1.4 Kepelbagaian Kompetensi Murid Setiap murid berkeperluan khas sudah pastilah mempunyai kepelbagaian kecerdasan dan keupayaan yang berbeza antara satu sama lain. Hal ini jelas seperti yang diterangkan oleh Howard Garner (1983) yang mengatakan setiap manusia ini mempunyai 9 kecerdasan yang pelbagai.Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa. Bagi kanak-kanak khas sudah pastilah mereka mempunyai kepelbagaian kompetensi tersendiri. Sebagai contohnya, kanak-kanak autism selalunya mempunyai IQ yang sederhana berbanding dengan kanak-kanak sindrom down yang mempunyai IQ yang rendah. Hal ini adalah disebabkan kebiasaannya kanak-kanak sindrom down mengalami kerencatan akal sejak lahir lagi. Melalui pemerhatian saya ialah, di Program Pendidikan Khas Intergrasi Sekolah A wujudnya penempatan yang tidak sesuai berdasarkan kebolehan dan keupayaan murid-murid. Sebagai contohnya, terdapat murid yang mempunyai keupayaan IQ yang terlalu rendah dicampurkan bersama dengan murid yang mempunyai keupayaan yang sederhana. Hal ini boleh menyebabkan murid yang IQ rendah itu akan lebih ketinggalan semasa mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Akibatnya kanak-kanak tadi tidak lagi berminat untuk menumpukan perhatian dan belajar dengan baik di dalam kelas. Maka dengan disebabkan itulah terdapatnya murid yang tidak menumpukan perhatian dan mengganggu rakan disebelahnya. 1.5 Isu: Pelaksanaan Pengajaran dan Pengajaran.

Pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan perkara yang sangat berkaitan dalam aspek pendidikan. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan mencapai matlamat pembelajaran atau hasil pembelajaran seperti yang dihasratkan.(Noriati Abd Rashid & etc, 2011). Definisi bagi pengajaran menurut Kamus Dewan dan Bahasa Pustaka edisi keempat ialah berkaitan dengan perihal mengajar dan segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar. Manakala menurut (Slavin ,1997) pembelajaran biasanya didefinisikan sebagai perubahan individu yang disebabkan oleh pengalaman. Perubahan akibat perkembangan (seperti mengalami pertambahan ketinggian) bukanlah pengajaran. Manakala menurut (Crow & Crow ,1983) pembelajaran adalah pemerolehan tabiat dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berkait percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau menyesuaikan diri kepada situasi baru. Sebagai guru kita hendaklah bijak memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap murid. Hal ini adalah demikian bagi memastikan guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah. Isu yang seringkali timbul semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah metodologi dan pedagogi yang digunakan oleh pihak guru dalam memastikan murid-murid dapat mencapai matlamat objektif yang telah ditetapkan. Berdasarkan artikel Perancangan Pengurusan Kakitangan Profesional Pemangkin Kejayaan oleh En Mohd Isa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ketidakberkesanan pengajaran. Antaranya adalah disebabkan sikap oleh guru sendiri. Ini kerana guru tidak mempamerkan sikap profesionalisme sebagai input yang menjamin kejayaan aktiviti akedemiknya. Akibatnya wujud segelintir guru yang tidak mahu meningkatkan ilmu dan disiplin yang diajar serta memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran. Maka kesannya teknik pengajaran yang dilakukan tidak berjaya menarik perhatian murid. Akibatnya murid menjadi bosan dan tidak berminat terhadap proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Penggunaan secara kekerasan dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap muridmurid berkeperluan khas juga perlu diambil kira. Perkara ini sepatutnya tidak boleh diamalkan oleh. Sepanjang pengalaman saya di situ, saya dapati wujud unsur kekerasan yang digunakan oleh guru semasa mengajar murid. Murid-murid berkeperluan khas ditakutkan dengan rotan dan mereka juga dipukul kerana tidak mendengar arahan guru. Isu ini sangat serius kerana boleh menyebabkan murid menjadi takut dan menjadi lebih degil dan tidak mendengar kata. Apa yang diperhatikan, terdapat satu ketika di mana pembantu pengurusan murid (PPM) menakutkan murid yang nakal dengan besi yang panas. Walaupun niat beliau mungkin hanya untuk memberitahu bahawa besi itu panas namun tidak seharusnya beliau membiarkan kanak-kanak berkeperluan khas yang nakal tadi menyentuh besi tersebut. Perkara yang lebih membimbangkan seperti kecederaan boleh berlaku. Ini sekaligus akan memberi kesan yang lebih buruk terhadap sekolah. 1.6 Isu: Profesionalisme Guru Dewasa kini, isu hangat yang seringkali diutarakan mengenai profesionalisme guru. Perkara ini berkaitan dengan sikap guru yang tidak bermoral, malas dan tidak mempunyai kemahiran pedagogi yang baik semasa mengajar di dalam kelas. Sebagai guru sepatutnya, perlu sedar bahawa pentingnya menjaga profesionalisme guru. Ini kerana profesion keguruan bukanlah satu profesion yang tidak tinggi malah telah pun diiktirafkan sebagai professional. Dalam pendidikan khas, isu yang berkaitan guru ialah kekurangan guru khas yang terlatih. Akibatnya pihak kerajaan termasuk menerima masuk permohonan guru aliran perdana ke dalam aliran pendidikan khas. Apabila ini berlaku maka sudah pastilah akan wujud pertentangan kaedah pengajaran guru tadi terhadap kanak-kanak khas. Kesannya guru atau murid tadi akan mengalami tekanan dan tidak mampu menghayati dengan perasaan gembira semasa melakukan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Pemilihan kriteria guru yang tidak telus semasa temuduga juga boleh menyebabkan masalah dalam mendidik bakal guru yang betul-betul layak menjadi guru Pendidikan Khas kelak. Kesannya mungkin hanya dipandang sebelah mata oleh sesetengah pihak namun hakikatnya kesannya boleh menyebabkan nasib yang malang kepada murid-murid. Cuba bayangkan sikap guru yang tidak

bertanggungjawab dalam mendidik anak didiknya. Maka sudah tentulah akan menyebabkan muridmurid tadi terabai dan sekaligus mendorong masalah yang lain seperti masalah keciciran dan sosial. Isu Guru Sandaran Tidak Terlatih juga seringkali hangat disebut dalam kalangan pendidik dan juga golongan akademik yang lain. Di sebabkan itulah kerajaan telah pun mengambil beberapa langkah seperti mengadakan Kursus Dalam Cuti untuk Guru Sandaran Tidak Terlatih (akhbar utusan,27/07/2011). Namun apa yang menjadi persoalan di sinikah apakah kesan terhadap muridmurid yang menerima pengajaran dan pembelajaran daripada guru yang tidak terlatih tadi semasa mereka dalam proses pembelajaran. Seperti sedia maklum guru yang tidak terlatih ini langsung tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan mengenai ilmu perguruan maka sudah tentulah akan berlaku juga kepincangan dan kelemahan dalam mendidik anak-anak murid. Dalam Pendidikan Khas misalnya, kurangnya pengetahuan mengenai kanak-kanak berkeperluan khas boleh menyebabkan guru menggunakan kaedah dan teknik yang salah. Disebabkan itulah wujudnya guru Pendidikan Khas yang merotan dan memukul murid. Perkara ini sangatlah memalukan golongan guru kerana guru tidak mampu memahami keperluan dan ketidakupayaan murid-murid berkeperluan khas itu tadi Kejadian sebegini juga sebenarnya berlaku di sekolah yang saya jalani praktikal yang lalu. Terdapat murid yang dipukul dan dirotan oleh guru semasa guru mengajar di dalam kelas. Pada pandangan saya tindakan ini tidak sesuai kerana murid berkeperluan khas adalah murid yang istimewa. Maka sudah tentulah layanan yang diberikan kepada mereka sepatutnya lebih istimewa dan bukannya dikasari dengan sewenang-wenangnya. 1.7 Isu: Ujian pentaksiran Pentaksiran adalah merupakan satu pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod , memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia,2000). Segala maklumat yang diperolehi yang diperolehi oleh pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dilakukan mestilah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. Ujian pentaksiran juga seringkali dilakukan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Pentaksiran dilakukan bagi mengukur tahap kebolehan murid-murid berkeperluan khas. Tujuan pentaksiran juga adalah untuk memberi pengetahuan akan kebolehan murid-murid berkeperluan khas. Disinilah guru-guru, ibu bapa dan pihak sekolah dapat mengenalpasti daya dan kompentensi murid-murid berkenaan. Di Malaysia, ujian pentaksiran kebiasaanya dijalankan bagi tujuan membantu murid untuk penempatan kelas khas atau pun sebagai salah satu cara untuk mengetahui tahap kebolehan muridmurid tersebut. Apa yang menjadi isu di sini ialah, keberkesanan pentaksiran yang dilakukan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas ini. Kebanyakan ujian pentaksiran yang diberikan kepada murid-murid berkeperluan khas ini adalah secara umum dan bersifat meluas. Hal ini mungkin disebabkan kita banyak mengambil contoh-contoh ujian pentaksiran daripada negara luar untuk dilaksanakan kepada murid-murid di sini. Akibatnya mungkin setengah ujian yang diberi sebenarnya tidaklah bersesuaian dengan pengetahuan murid-murid di Malaysia. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ketidaksesuaian itu , antaranya adalah disebabkan persekitaran yang berbeza. Persekitaran yang berlainan sememangnya mampu memberi impak yang besar terhadap kebolehan dan pengetahuan kanak-kanak berkeperluan khas. Selain itu persekitaran yang berbeza juga akan memberi perbezaan mengenai bagaimana murid itu mengurus diri. Contohnya di negara beriklim sejuk, cara membersihkan diri mungkin berbeza dengan cara membersihkan diri di iklim negara panas. Maka ujian yang ingin dilaksanakan mestilah bersesuaian dan dapat diterima secara universal oleh murid-murid berkeperluan khas. Kekurangan bahan yang mencukupi semasa melakukan pentaksiran juga mampu menjejaskan kepercayaan hasil pentaksiran yang dijalankan. Bahan yang baik perlulah disediakan bagi membantu ibu bapa, guru atau pihak sekolah yang ingin melakukan pentaksiran terhadap kanakkanak berkeperluan khas. Sebagai contoh, untuk mentaksir kemahiran membaca, selain daripada mempunyai buku-buku yang bersesuaian guru juga sepatutnya memerlukan bilik atau ruang yang

sesuai untuk menjalankan ujian terhadap murid. Keadaan yang tidak sesuai atau buku yang tidak sesuai dengan tahap pengetahuan murid akan menjejaskan sedikit hasilnya nanti. Isu yang berkaitan pentaksiran di sekolah saya ialah mengenai ujian bulanan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Apa yang saya dapati, pihak sekolah membuat ujian bulanan terhadap murid istimewa ini berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan. Pada pandangan saya seharusnya ujian ini perlulah dilakukan berdasarkan pengetahuan sedia ada murid dab bukannya berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Kesannya keputusan pentaksiran nanti mungkin tidak dapat memberi gambaran kebolehan yang sebenar murid-murid berkeperluan khas. Jadi ketidakjituan dalam memperolehi keputusan pentaksiran hasil penilaian boleh menyebabkan guru salah merancang strategi yang sesuai bagi meningkatkan kebolehan murid itu lagi. Selain itu, Ujian Penilaian Sekolah Rendah juga menjadi masalah kepada kanak-kanak yang berkeperluan khas ini. Terdapat ibu bapa yang beranggapan bahawa dengan mengambil ujian ini anak mereka mungkin dapat berjaya dan menjadi lebih bijak. Memang benar terdapat murid istimewa memperolehi keputusan yang baik namun hanya beberapa bilangan sahaja. Sepatutnya ujian ini harus dikaji semula untuk kanak-kanak khas. Walaupun ujian ini boleh dipilih sama ada hendak menduduki atau tidak namun kesan pandangan ibu bapa terhadap Ujian Penilaian Sekolah Rendah ini hendaklah diubah dengan cara yang lain. 1.8 Isu: Bahasa dan Komunikasi. Bahasa dan komunikasi memainkan peranan penting dalam menjalankan interaksi antara dua pihak. Bahasa juga digunakan sebagai medium untuk menyampaikan ilmu dengan baik disamping berkongsi maklumat Bahasa ialah kebolehan semulajadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi. Abdullah Hassan (1998) berpendapat dalam memberi definisi bahasa ini, pentinglah kita kita mengetahui ciri-ciri bahasa tersebut. Ciri-ciri bahasa tersebut akan hanya menjadi jelas apabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat perhubungan. Dengan itu bahasa dan komunikasi menjadi tautan yang perlu dijalani bersama. Isu yang seringkali menjadi perhatian dalam bahasa dan komunikasi ialah kesukaran untuk berhubung dan berkomunikasi dengan murid-murid berkeperluan khas. Murid yang kategori autism misalnya sangat sukar untuk berinteraksi dengan guru atau rakan sebaya yang lain. Hal ini adalah disebabkan kanak-kanak autism ini lebih cederung untuk berada dalam dunia mereka sendiri. Selain itu mereka juga mempunyai bahasa sendiri seperti ekolalia yang bersifat pengulangan dan juga nada yang sterotaip. Kesan daripada itu, guru dan rakan sebaya sangat sukar memahami mereka. Apa yang saya perhatikan di dalam kelas khas Sekolah A, isu yang berkaitan bahasa dan komunikasi adalah berkaitan dengan pembantu murid dengan kanak-kanak berkeperluan khas ini. saya dapati pembantu murid tidak dapat memahami dengan jelas mengenai bahasa isyarat tangan yang ditunjukkan oleh sesetengah murid. Hal ini menyebabkan murid-murid seringkali menjerit atau menangis sekiranya ingin ke tandas. Selain itu juga, terdapat murid-murid yang langsung tidak boleh berkomunikasi disebabkan masalah aphasia yang dihadapi. Aphasia adalah disebabkan kecederaan atau pun kecacatan pada otak yang menyebabkan seseorang itu tidak mampu untuk berbahasa. Akibat daripada itu, murid yang mengalami Aphasia iaitu D seringkali ditinggalkan dan agak ketinggalan di dalam kelas. Murid-murid lain juga sukar memahami dan berinteraksi dengan beliau. Keadaan ini sekaligus boleh memberi kesan yang lebih buruk kepada kanak-kanak ini. 1.9 Isu:Kemudahan Fizikal Kemudahan fizikal memainkan peranan yang penting dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Menurut Woolfolk (200:427) persekitaran bilik darjah yang melibatkan ruang, susun atur bilik darjah dan dimensi sosial mempengaruhi pembinaan budaya sesebuah bilik darjah. Semua faktor tersebut perlu diambil kira oleh guru dalam menyediakan pelan bilik darjah lantai. Di negara kita, isu yang seringkali timbul mengenai kemuddahan bilik darjah adalah seperti kelas yang sempit, bahan kemudahan fizikal yang digunakan dan kedudukan ruang fizikal yang diguna pakai dalam system bilik darjah.

Perkara sedemikian juga berlaku di Sekolah A Masih banyak kemudahan yang perlu ditingkatkan. Kemudahan jalan kerusi roda masih belum dibina dan disediakan di sekolah ini. Seharusnya pihak sekolah perlu peka akan keperluan murid-murid berkeperluan khas yang menggunakan kerusi roda. Akibatnya akan menyusahkan pembantu murid dan juga murid itu sendiri. Keadaan kelas yang sempit dan tidak selesa menggangu proses pembelajaran dan pengajaran guru. Sepatutnya bilik dan kelas perlu dibina secara berasingan. Akan tetapi disebabkan kurangnya kemudahan kelas yang kosong maka satu bilik yang besar itu telah pun dipisahkan dengan hanya menggunakan papan lembut sebagai pembahagi bagi setiap kelas. Hal ini jelas tidak mampu mengawal kelantangan suara yang dilontarkan oleh guru atau pun murid di kelas yang bersebelahan. Akibatnya murid kelihatan terganggu dan terpinga-pinga untuk mendengar maklumat yang disampaikan oleh guru. Selain itu saya juga dapati bahawa sekolah ini sangat kekurangan alatan permainan yang sesuai untuk diberikan kepada murid-murid berkeperluan khas. Seharusnya alatan permainan untuk kanak-kanak istimewa ini mestilah bersifat lebih selamat dan tidak merbahaya. Alatan itu mestilah lebih bersifat ringan dan lembut. Akan tetapi saya dapati, guru di sekolah berkenaan menggunakan alatan bola yang keras dan berat. Bola sebegini jelas tidak memenuhi spesifikasi keselamatan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Kita sedia maklum bahawa murid-murid berkeperluan khas tidak semuanya mampu menggunakan alatan yang serupa dengan murid yang normal. Sebagai contoh murid B yang mempunyai kemahiran motor halus yang rendah tidak mampu menangkap bola yang keras dan kasar. Jadi ini akan menyebabkan kecederaan kepada murid-murid berkeperluan khas. 1.10 Isu: Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun memberi peruntukan sebanyak rm150 sebulan kepada setiap kanak-kanak berkeperluan khas. Elauan yang diberi ini adalah bertujuan untuk membantu golongan kanak-kanak berkeperluan kanak-kanak yang tidak berkeupayaan ini untuk menampung kos hidup mereka. Selain itu elaun ini juga bertujuan untuk meringankan bebanan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang kurang upaya ini. Seperti yang sedia maklum perbelanjaan untuk menampung kanak-kanak berkeperluan khas sebenarnya agak memerlukan jumlah wang banyak. Hal ini termasuklah kos perubatan dan juga terapi yang melibatkan pertuturan atau pun fisioterapi. Namun begitu, apa yang menjadi isu di sini ialah penyalahgunaan wang elaun yang diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini oleh ibu bapa. Ada ibubapa yang menggunakan wang elaun tersebut untuk urusan peribadi dan kemudahan keluarga masing-masing. Seharusnya perkara itu tidak harus berlaku dan perkara ini seharusnya menjadi tanggungjawab ibu bapa sendiri untuk menjaga wang saku yang diberi oleh kerajaan dengan sebaiknya. Elaun yang hangat diperkatakan dalam dunia Pendidikan Khas juga ialah berkaitan dengan elaun khas yang diberikan oleh kerajaan kepada guru-guru pendidikan khas. Tujuan elaun ini diberikan adalah sebagai ganjaran kepada guru-guru pendidikan khas yang bersabar dan tabah menghadapi karenah murid-murid khas di sekolah. Namun elaun yg diberikan ini seringkali diambil oleh kesempatan oleh pihak tertentu. Misalnya wujud guru-guru aliran perdana yang memohon masuk ke aliran khas dengan bertujuan untuk mendapatkan elaun khas itu bagi kepentingan diri. Akibat daripada itu, maka akan wujudlah kurangnya kualiti dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang dikehendaki beliau. Disebabkan itulah terdapat pengabaian terhadap murid-murid khas ini disebabkan oleh sikap guru yang sedemikian. Jelas di sini membuktikan bahawa pemberian elaun khas kepada guru juga boleh menyebabkan guru-guru bekerja semata-mata untuk mendapatkan elaun sahaja. Perkara yang berkaitan kewangan juga seringkali dikaitkan peruntukan yang diberikan kepada sekolah dalam menjayakan program di sekolah bagi membantu golongan kanak-kanak berkeperluan khas. Misalnya penggunaan terapi di sekolah masih lagi tidak meluas disebabkan kekurangan wang atau bajet untuk menampung tenaga pakar daripada ahli terapi yang berkebolehan. Disebabkan itulah murid-murid di sekolah terutama di luar bandar kurang memperoleh peluang untuk mengikuti mana-mana terapi kerana desakan wang atau pun peruntukan.

Kemudahan yang tidak lengkap disebabkan kekurangan wang juga sering menghantui manamana sekolah yang mempunya program intergrasi di sekolahnya. Jika kita lihat di kebanyakan sekolah yang mempunyai program pendidikan khas, kebanyakannya mempunyai kemudahan fizikal yang asas sahaja. Keperluan fizikal yang berbentuk sampingan seperti bilik terapi, bilik snoozlen dan kolam mini renang tidak dapat disediakan akibat bajet yang kurang dan tidak mencukupi. Hal ini juga dapat dilihat dengan jelas di sekolah yang pernah saya menjalani praktikal yang lalu iaitu Sek A. Di dapati di sekolah itu, kemudahan bilik terapi, bilik mainan dan bilik snoozlen masih tidak disediakan. Apabila disoal penyelaras disitu, belia mengatakan bahawa peruntukan tidak mencukupi. Selain itu kewangan daripada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga berada dalam keadaan minima. Maka banyak program bagi membantu murid-murid berkeperluan khas ini tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya. Akibat daripada itu, maka kebanyakan program yang dijalankan adalah bersifat dalaman sahaja kerana memerlukan belanjawan yang rendah. Namun kesan kepada murid pula mungkin murid akan mudah bosan dengan kaedah yang sama sahaja digunakan oleh pihak guru di sekolah berkenaan. 1.11 Isu:Pentadbir dan Pentadbiran Sekolah Pentadbir adalah merupakan orang yang mentadbir dan mengurus sekolah atau pun sesuatu institusi. Dalam bidang pendidikan pentadbir adalah seperti guru besar atau pun pengetua. Manakala pentadbiran pula melibatkan delegasi tugas yang bersangkutan dengan tanggungjawab kesemua kakitangan yang berada di sekolah atau pun institusi. Dalam bidang Pendidikan Khas pentadbir memainkan peranan penting dalam menyediakan pelbagai program dan rancangan yang menarik untuk disediakan kepada Program Intergrasi Pendidikan Khas di sesuatu sekolah. Walaupun begitu terdapat beberapa isu yang seringkali berkait rapat dengan pentadbir dan pentadbiran sekolah dengan dunia Pendidikan Khas hari ini. Antara isu yang hebat diperkatakan di kebanyakan sekolah ialah mengenai isu petempatan kanak-kanak berkeperluan khas ini ke dalam system Pendidikan Khas di sekolah. Hal ini adalah kerana terdapatnya murid yang tidak layak dimasukkan ke dalam program intergrasi di sekolah namun atas dasar peribadi antara ibu bapa dan pihak tertinggi pengurusan di sekolah (sama ada di aliran perdana atau aliran khas) , murid ini diberi peluang untuk mendudukan Program Pendidikan Khas di sekolah. Kesannya akan menyusahkan guru terutama dalam menyediakan Pengurusan Tingkah Laku dan merancang intervensi kepada murid berkenaan. Selain membebankan guru sudah pastilah guru juga akan mengeluh dan tidak akan memberi komited sepenuhnya kepada murid sedemikian rupa. Jadi kesan buruk akan berlaku kepada murid itu dan juga guru. Kesilapan penempatan murid dalam pembahagian kelas juga misalnya mampu kesan buruk kepada murid berkenaan. Sebagai contoh murid yang mengalami masalah pendengaran dimasukkan bersama dengan murid masalah pembelajaran. Akibatnya murid sudah pasti ketinggalan dan tidak mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran dengan sempurna. Menurut temuramah dengan guru Pendidikan Khas di sekolah yang saya jalani praktikum itu iaitu Puan B, beliau mengatakan bahawa pentadbiran di sekolah ini tidak begitu membantu program Pendidikan Khas di situ. Hal ini mungkin disebabkan pihak pentadbiran beranggapan bahawa murid-murid ini tidak pun mampu menyumbang kepada peratus kenaikan sekolah. Di sebabkan itulah kurangnya pemerhatian dan dana diberikan kepada program Pendidikan Khas di sekolah berkenaan.

MODEL PENGURUSAN KELAS PENDIDIKAN KHAS MODEL HEWETT Tingkah laku murid dipengaruhi oleh :

Keperluan dan kehendak untuk bertahan dalam persekitaran yang kasar dan kurang mesra Kepercayaan kepada sains atau keperluan untuk menyiasat, menganalisis dan menjelaskan sesuatu yang tidak diketahui Perkhidmatan atau keperluan membantu, membimbing, mengawal dan mensejahterakan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik

Kebaikan model :

Penggunaan internet atau bahan interaktif yang lebih menarik dan boleh membina motivasi murid Menggalakkan murid membuat penerokaan dalam pencarian sumber maklumat Menggalakkan murid mahir dalam penggunaan ICT Pengumpulan bahan maklumat dari pelbagai sumber

Kelemahan model :

Guru yang tidak mahir dalam penggunaan "online teaching" akan mengambil masa yang lama Murid akan meneroka laman sesawang yang tidak sesuai jika tiada pengawasan

MODEL MONTESSORI Pengenalan

Teori utama montessori ialah minda yang menyerap, jangka masa peka dan proses normalisasi Menekankan aspek penggunaan deria seperti melihat, menyentuh, mendengar, menghidu dan merasai sesuatu

Prinsip-prinsip

Menghormati kanak-kanak dan hak mereka

Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri

Konsep asas dalam kurikulum

Minda yang mudah menyerap Persekitaran yang tersedia Didikan diri Bahan pembelajaran

STESEN Definisi

Merupakan bilik atau ruang lengkap dengan bahan-bahan bantu mengajar khusus bagi satu mata pelajaran Diguna pakai sebagai alternatif kepada kaedah sedia ada Murid-murid dapat mengikuti keseluruhan kurikulum berdasarkan keupayaan dan kebolehan sedia ada murid

Rasional

Menyediakan pendekatan pnp yang lebih fleksibel, menarik dan berfokus Disiplin murid senang dikawal

Matlamat

Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan dalam suasana pembelajaran yang kondusif, aktif dan menyeronokkan

Objektif

Murid dapat menumpukan perhatian kepada proses pembelajaran Murid lebih berminat untuk belajar

Murid belajar dalam suasana kondusif

Bilangan stesen

Sebanyak 14 buah stesen kemahiran mengikut komponen mata pelajaran berasaskan 4 bidang di dalam kurikulum pendidikan khas

Implikasi

Pengubahsuaian ruang fizikal Keperluan peralatan fizikal RPI disimpan di stesen

KIOSK

Merupakan pendekatan dimana pelbagai bahagian sudut dalam kelas yang berdasarkan teori multiple intelligent Kecerdasan manusia merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud dalam diri manusia itu Diasaskan oleh Howard Gardner Beliau menyatakan bahawa tahap kecerdasan individu adalah berbeza dan pembelajran adalah lebih mudah sekiranya dijelaskan dalam bentuk yang seiring dengan tahap kecerdasan individu itu Kecerdasan individu boleh dipertimbangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran Melalui pendekatan kiosk, proses pengajaran dan pembelajran adalah lebih mudah apabila minda murid tersebut tercabar bukannya dalam keadaan bosan atau rehat Dalam konteks pendidikan khas terutamanya, pendidikan khas bermasalah pembelajaran, konsep kiosk amatlah sesuai dijalankan Ini kerana murid pendidikan khas berpeluang merasa kepelbagaian suasana pembelajaran Pendekatan kiosk memberi peluang kepada guru untuk mengapllikasi keperlbagaian kemahiran serta kreativiti mereka Pendekatan kiosk sebenarnya berdasarkan kecerdasan pelbagai dimana sati kelas boleh membina 8 kiosk.

MODEL PENGAJARAN KUMPULAN PENGAJARAN KOPERATIF

Satu strategi pembelajaran berteraskan pasukan kecil. Setiap murid bertanggungjawb tentang pencapaian diri sendiri dan membantu ahli kumpulan Pergantungan positif setiap ahli dalam menentukan kejayaan pasukan Hasil secara kumpulan Guru berperanan sebagai fasilitator, menstrukturkan dan memantau aktiviti pasukan untuk mencapai objektif

PENGAJARAN KOLABORATIF

Strategi pembelajaran kolaboratif merupakan salah satu stratei yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bestari Perkongsian maklumat antara guru dan murid atau murid dan murid Berasaskan kepada idea bahawa pembelajran adalah satu tingkah laku sosial. Pembelajaran berlaku melalui perbincangan atau komunikasi fizikal atau virtual Hasil secara individu Tidak memerlukan pemantauan guru

KHIDMAT GURU PENDAMPING Definisi

Guru pendamping ialah guru yang bekerjasama dengan guru perdana atau guru biasa untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran bermanfaat dan sesuai untuk murid Guru pendamping khusus merupakan guru yang memiliki pengetahuan yang khusus dalam masalah yang dihadapi oleh murid Guru kelas biasa yang memiliki pengetahuan dan pengalaman untuk membantu kanak-kanak mempelajari sesuatu

Peranan guru pendamping

Membantu guru kelas dalam menyelesaikan tugasan melalui perbincngan Menyusun aktiviti yang dapat dilakukan di dalam dan luar kelas Menjalankan program yang berpusatkan murid

Kepentingan guru pendamping

Meningkatkan aktiviti pengayaan dan pemulihan di dalam kelas KBSR, termasuklah muridmurid yang telah diinklusifkan.

Memperkembangkan kebolehan murid-murid dalam aspek akademik, perkembangan sosial, komunikasi, tingkah laku, psikomotor dan keterampilan diri

ENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Konsep dan Definisi Dalam konteks pendidikan, pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran dibuat mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. Di samping itu juga, pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam tempoh satu masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya.

Pentaksiran dalam Pendidikan Khas pula bermaksud memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Dengan cara itu guru dapat mengesan punca masalah yang dihadapi oleh murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya. Matlamat keseluruhan pentaksiran ialah untuk kemajuan murid dalam pembelajaran. Pentaksiran memberikan murid, ibu bapa dan guru maklumat yang terperinci tentang perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut.

Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Segala bukti dan data tersebut menggambarkan tahap kebolehan, kekurangan dan kelebihan murid berkenaan untuk penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.

Manakala, menurut Popham (2000), beliau berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran.

Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Manakal menurut Mokhtar Ismail, pentaksiran ialah langkah untuk menentukan tahap sejauhmana seseorang memiliki sifat tertentu.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran merupakan proses yang melibatkan pengumpulan data-data kuantitatif mengenai pembelajaran atau perubahan perlakuan pelajar akibat daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Nilai kuantitatif ini melambangkan tahap atau kedudukan pencapaian pelajar dalam sesuatu aspek yang dinilai. Pentaksiran boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah seperti ujian, pemerhatian, temu bual, projek, portfolio dan sebagainya. Pemilihan kaedah bergantung kepada jenis maklumat yang diperlukan. Umapamanya, kemahiran bermain hoki boleh diukur melalui pemerhatian sementara nilai dan sikap boleh diukur melalui temu bual. Oleh itu, kita perlulah menggunakan kaedah dan alat ukur yang sesuai agar pentaksiran yang dibuat itu sah.

Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

OBJEKTIF PENTAKSIRAN

Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut: i. ii. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

iii. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa iv. Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid. v. Mengesan keberkesanan pengajaran.

vi. Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.

TUJUAN PENTAKSIRAN i. ii. iii. iv. v. vi. Mengesan keberkesanan pengajaran. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan sertamerta. Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke semasa. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

vii. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang murid dalam pembelajaran. viii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. ix. x. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

PRINSIP-PRINSIP PENTAKSIRAN Instrument Kumpulan yang ditaksir Respon Kumpulan yang menaksiran Skor

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN Kesahan skor Merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan. Kebolehpercayaan Skor Merujuk kepada ketekalan dan ketepatan. Keobjektifan Ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor Kebolehtadbiran

Kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah. Kemudahtafsiran

Meklumat tentang calon berdasarkan skor, diskriminasi antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian. Kekomprehensifan Kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan Pelajaran atau pengajaran.

KEPENTINGAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN 1. Mengenalpastia masalah Dapat mengesan pelajar sama ada dapat menguasai kemahiran dalam bacaan dan mengira. Guru dapat mengesan punca kelemahan pelajar dan kekuatan pelajar. Dapat mengesan pelajar yang berisiko tinggi sama ada perlu diberi rawatan segera. 2. Penempatan Tahap pencapaian pelajar untuk penempatan seperti kelas khas, pemulihan. Penempatan yang sesuai penting untuk mereka supaya dapat membantu mereka mendapat perkhidmatan yang khusus. 3. Pemilihan strategi pemulihan

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan seperti menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik supaya mereka senang menguasai kemahiran. Persediaan RPI sebelum pengajaran dijalankan dan tetapkan objektif pembelajaran. Menggunakan strategi seperti melukis gambar, mendengar muzik untuk belajar bahasa. Apabila mereka telah diajar sesuatu, perkara tersebut harus sentiasa berulang-ulang supaya mereka senang ingat kemahiran. PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN a) Merancang: Sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang perkaraperkara berikut: i. ii. iii. iv. xi. xii. Mengenal pasti murid yang hendak dinilai. Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai. Menentukan instrumen yang hendak digunakan. Menentukan aspek yang hendak diperhatikan. Menentukan tempoh masa pemerhatian. Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran.

b) Membina Instrumen: Instrumen yang dibina perlu mempunyai ciri-ciri berikut: i. Tujuan yang jelas. ii. Menepati apa yang hendak dinilai. iii. Item boleh diukur. iv. Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja.

JENIS-JENIS PENTAKSIRAN Jenis-jenis pentaksiran dalam pendidikan khas boleh dikategorikan kepada: i. ii. iii. iv. v. vi. Pentaksiran Kemahiran Pembelajaran Asas Pentaksiran Sosial dan Tingkah Laku Pentaksiran Kemahiran Lisan Pentaksiran Kemahiran Bacaan Pentaksiran Kemahiran Menulis Pentaksiran Kemahiran Matematik

PELEBELAN

Definisi Pelebelan Pelebelan didefinisikan sebagai mengecap seseorang mempunyai sesuatu sifat yang tidak baik seperti jahat, suka menipu dan sebagainya. Pelebelan juga boleh dianggap sebagai satu tanggapan atau penilaian yang dibuat berdasarkan pandangan individu itu sendiri terhadap esuatu perkara. Kesan Positif Pelebelan Kepada Murid 1. 2. 3. 4. Masalah murid-murid lebih difahami Mewujudkan kesedaran kepada masyarakat mengenai OKU dan kemudahan Pnp yang dilaksanakan oleh guru berfokus terus kepada kemahiran asas untuk berdikari Membolehkan perkihdmatan khusus diberi kepada kanak-kanak untuk mengikut keperluannya contohnya seperti rawatan

Kesan Negatif Pelebelan Kepada Murid 1. Mewujudkan sifat pemalu yang tinggi 2. Murid sering diketepikan dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah 3. Timbulnya pelbagai istilah negatif bukan sahaja menyebabkan murid patah hati untuk belajat tetapi menjurus kepada masalah disiplin Kesan Positif Pelebelan Kepada Guru 1. Memudahkan guru membuat rancangan pengajaran individu 2. Mengukur tahap murid berdasarkan ujian-ujian yang dilaksanakan 3. Pelebelan dapat membantu dalam mengenal pasti faktor yang membawa kepada kecacatan atau masalah Kesan Negatif Pelebelan Kepada Guru 1. 2. 3. 4. Guru pendidikan khas disama tarafkan dengan murid Menimbulkan persepsi negatif guru aliran perdana terhadap guru pendidikan khas Dikatakan tidak mahu bercampur gaul dengan guru perdana Dipandang sebagai golongan kelas kedua

Kesan Positif Pelebelan Kepada Ibu bapa Dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak mereka dan mengetahui strategi-strategi berkesan yang boleh digunakan untuk memaksimumkan potensi anak Mendapat kemudahan bantuan daripada kerajaan dan NGO Kesan Negatif Pelebelan Kepada Ibu bapa 1. Tekanan psikologi dan rasa rendah diri 2. Tidak dapat menerima persepsi masyarakat terhadap anak-anak mereka 3. Mereka dilihat sebagai liabiliti bukannya sebagai aset PENGASINGAN Definisi Pengasingan Pengasingan juga dikenali sebagai segregrasi Segregrasi merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam Kesan Positif Kepada Murid

Mendapat tumpuan yang lebih Kemudahan infrastruktur yang lengkap Kurang masalah disiplin berlaku Kesan pembelajaran lebih baik

Kesan Negatif Kepada Murid Peluang interaksi yang kurang dengan pelajar normal Masalah penyesuaian diri dalam masyarakat Kurang mendapat perhatian dan tanggungjawab ibu bapa Meningkatkan kecenderungan melebel dan menyalah lebel ke atas pelajar berkeperluan khas

Sokongan Dan Kerjasama a) Kerajaan Peruntukan kewangan yang terus dari kerajaan Pengurusan kewangan Sekolah Bertaraf Pusat Tanggungjawab (PTJ) Sekolah bertaraf PTJ mendapat pertambahan sumber peruntukan dan kuasa berbelanja yang memudahkan pengetua membuat perancangan tentang pembangunan akademik, kokurikulum dan pengirisan sekolah

b) Kerjasama pelbagai disiplin Guru Pegawai Perubatan Ahli terapi Ahli psikologi

Masalah Pembelajaran Sebagai 1 Kontinum a) Kontinum = kelompok b) Lokasi

kedudukan bangunan / kelas yang terasing Masalah ruang yang terhad

c) Sosial pergaulan yang terhad dengan warga sekolah kurang penglibatan dalam aktiviti sekolah

d) Kurangnya sokongan pihak pentadbir 1. layanan sebagai golongan kelas kedua 2. kurangnya peruntukan kewangan 3. sikap kurang senang pihak pentadbir apabila murid pendidikan khas mengambil peperiksaan awan INTEGRASI Definisi Integrasi

Integrasi bermaksud mendidik kanak-kanak berkeperluan khas bersama-sama dengan kanak-kanak biasa.Integrasi juga didefinisikan sebagai menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa Masalah Normalisasi kurang peluang dalam penglibatan kokurikulum memerlukan latihan yang khusus untuk mengurangkan tahap ketidakupayaan kurang penyesuaian terhadap murid-murid biasa

Masalah Disiplin pergaduhan dengan pelajar normal berkeliaran semasa PnP terpengaruh dengan masalah disiplin pelajar normal kurang berminat untuk melakukan tugasan yang diberi guru

Pemilihan Kelas berdasarkan kecacatan berdasarkan IQ

PENGENALAN Profesionalisme ialah sifat-sifat sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional. Profesionalisme adalah tingkah laku, kepakaran atau kualiti dari seseorang yang profesional (Longman, 1987) 1. KEPERLUAN GURU a) KELAYAKAN GURU Kelulusan ikhtisas guru pendidikan khas : Ikhtisas = pekerjaan yang memerlukan latihan dan pendidikan yang mendalam Sentiasa belajar berfikir, merancang dan menilai murid-murid Mempunyai pengetahuan yang luas, kemahiran dan kaedah penyampaian yang cekap

Jenis kelulusan atau kelayakan : Diploma khas pendidikan / pemulihan khas (KDP) sijil perguruan khas pendidikan pemulihan khas (KSPK) - setahun Sijil kursus dalam cuti (KDC) pemulihan / pendidikan khas - 6 bulan Sijil kursus dalam perkhidmatan (KDP) pemulihan / pendidikan khas - 14 minggu Ijazah sarjana muda pendidikan khas - maktb

Kepentingan kelayakan guru : Memberi maklumat mengenali murid-murid PK Mendapat maklumat cara penilaian dan penapisan murid PK Menyatakan hak-hak murid PK dalam pendidikan Memberi pengetahuan menyeluruh berkenaan aspek psikologi, sosial, jasmani, emosi, intelek dan rohani muri PK

b) MOTIVASI GURU Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang. Motivari instrinsik adalah motivasi yang berpunca dari dalam diri iaitu yang didorong oleh faktor kepuasan dan ingin tahu. Motivasi ekstrinsik adalah motivasi yang berpunca dari luar iaitu apabila kita membuat sesuatu bagi mendapatkan ganjaran.

Peranan guru dalam memotivasikan murid : Ganjaran ambil berat penuhi keperluan pelajar terima pelajar seadanya berikan kata perangsang

Kesan motivasi : menggalakkan semangat persaingan menarik perhatian pelajar dapat menimbulkan perasaan ingin tahu menghasilkan pembelajaran yang bermakna

c) KETERAMPILAN GURU

Keterampilan boleh didefinisikan sebagai kemahiran kecekapan dan pengetahuan menggunakan tenaga dalam bidang teknikal yang melibatkan operasi kognitif, psikolotor dan penggunaan sumber yang berkesan (Ahmad, 1997 ; Zamri, 2007). Dalam konteks pendidikan khas keterampilan bermaksud kemahiran, kecekapan dan pengetahuan dalam menyampaikan kemahiran kepada golongan pelajar berkeperluan khas Keterampilan guru pendidikan khas : menguasai kemahiran mengasuh, membimbing dan mendidik memiliki pengalaman, bermotivasi tinggi dan kreatif mempunyai kemahiran dan teknik pengajaran yang baik mempunyai tahap kesabaran yang tinggi

d) LATIHAN GURU ASAS Objektif latihan adalah untuk membentuk keupayaan ahli-ahlinya. Latihan dalam sistem pendidikan merupakan kesediaan untuk mempelajari tatacara bekerja untuk meningkatkan kemahiran guru. Program mengenalpasti latihan yang mencukupi dalam bidang yang diceburi

Program yang terlibat : Kursus diploma perguruan malaysia (KDP) Program bacelor pendidikan Kursus perguruan lepasan diploma (KPLD) Kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI) Kursus diploma perguruan khas (KDPK) Program khas pengsiswazahan guru (PKPG)

Contoh latihan asas guru : Amali pengalaman berasaskan sekolah latihan mengajar

Tujuan guru asas PK : memberi pengalaman yang baik mengenal pasti masalah murid-murid menggunakan pelbagai pendedahan untuk menangani masalah murid

Isu latihan guru asas : ramai yang menganggap tanpa latihan guru asas seseorang mampu menjadi guru dan mengajar murid-murid infrastruktur dan kemudahan tempat guru menerima latihan guru asas guru biasa mengajar di kelas pendidikan khas tanpa latihan asas sistem pemilihan calon guru

2) PENINGKATAN PROFESIONALISME Objektif : meningkatkan profesionalisme guru inovasi terkini dalam pendidikan memartabatkan profesion pendidikan mewujudkan dan memantapkan nilai dan amalan profesional keguruan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme keguruan secara berterusan

Kursus dalam perkhidmatan Menyediakan latihan kepada guru-guru yang sedang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah Program ini bermatlamat kepada peningkatan pengetahuan dan profesionalisme keguruan di kalangan guru seiring dengan perkembangan pendidikan global Kursus yang ditawarkan termasuk program ijazah dan pasca ijazah

Jenis kursus yang ditawarkan Kursus pendek kelolaan institut pendidikan guru malaysia (KPKI) Kursus khas pensarjanaan pensyarah Program pembangunan jurulatih Malaysia Kursus peningkatan profesionalisme 14 minggu Kursus sijik perguruan khas (KSPK) satu tahun

3) SOKONGAN PENGURUSAN SEKOLAH

Kerjasama : guru besar tidak memahami konsep pendidikan khas guru aliran perdana tidak mengiktiraf pendidikan khas pihak sekolah hanya meletakkan program pendidikan khas dipinggiran pihak pejabat tidak memberi kerjasama dari segi keperluan kewangan dan kebenaran untuk aktiviti luar

Kenaikan pangkat Penghargaan dan pengiktirafan : guru besar jarang mencalonkan guru PKsebagai guru cemerlang guru aliran perdana cemburu dengan elaun PK guru PK dianggap tidak memberi apa-apa sumbangan terhadap sekolah

Kebajikan : guru PK dikatakan mempunyai peruntukan sendiri dan sukar mendapat bantuan BBM dan sebagainya senioriti antara guru aliran perdana dan pendidikan khas

guru PK sudah mendapat elaun khas

Isu Yang Berkaitan Pendidikan Khas Kemudahan Fizikal -kekurangan bilik-bilik terapi ( bilik snoozlen, bilik muti sensori, bilik toys), jadi terapi yang penting untuk perkembangan deria motor kasar dan halus tidak dapat dijalankan dengan sebaik mungkin -tiada kemudahan jalan untuk pengguna wheelchair akibatnya menyusahkan pengguna wheelchair dan memerlukan bantuan org lain untuk bergerak -ruang kelas yang sempit / hanya dibahagikan dengan petisyen kesannnya menyebabkan gangguan yang bising kepada murid di ruang sebelah yang lain

Profesionalisme guru -sikap guru yang malas dan tidak bersungguh-sungguh mengajar murid-murid yang bermasalah pembelajaran sekaligus menyebabkan murid-murid terabai dan ketinggalan -guru pendidikan khas seringkali dianggap tidak mempunyai kerja yang banyak akibatnya guru pendidikan khas kerap disuruh melakukan aktiviti untuk murid-murid di aliran perdana. Contoh membuat aktiviti sukan sekolah tahunan. Akibatnya bebanan guru pendidikan khas bertambah -wujudnya guru sandaran tidak terlatih dalam program pend khas akibat daripada itu kanak-kanak khas menjadi mangsa guru yang tidak terlatih (di marah atau diherdik dan dipukul)

Kewangan -isu kewangan berkaitan elaun kanak kanak khas yang disalahgunakan oleh ibu bapa. Akibatnya terdapat murid yang tidak membayar yuran atau tidak dapat membayar wang untuk mengikuti apa apa program yang dianjurkan -elaun guru pendidikan khas menarik perhatian ramai guru aliran perdana, akibat daripada permohonan guru aliran perdana ke aliran khas mampu menyebabkan kualiti terjejas -bajet yang tidak mencukupi menyebabkan banyak alatan kemudahan fizikal tidak dapat disediakan, program juga tidak dapat dijalankan dengan lebih banyak. Murid akan ketinggalan dan tidak merasa keseronokan kerana bosan terpakasa mengikuti pnp di kelas sahaja. Program Intergrasi/ pengasingan -tidak mampu mengintergrasikan keseluruhan murid dengan sepenuhnya akibaat daripada perbezaan jadual waktu rehat dan belajar -pengasingan kelas bilik darjah di sekolah -pengasingan aktiviti seperti aktiviti sukan. Hanya antara murid-murid berkeperluan khas sahaja dan sebaliknya

Program inklusif -bebanan guru aliran perdana bertambah kerana terpaksa cuba memahami karenah kanak-kanak berkeperluan khas. Akibatnya guru tidak akan dapat mengajar kanak-kanak itu dengan sebaiknya. -wujud pendiskriminasian antara murid yang normal dan murid yang berkeperluan khas. Akan wujud perbezaan ruang sosial kerana kurangnya sifat menghormati terhadap golongan ini

Pentadbir dan Pentadbiran Sekolah -tidak mementingkan akan kebajikann murid di program intergrasi kerana beranggapan murid ini tidak menyumbang kepada kenaikan peratus prestasi sekolah -murid-murid pendidikan khas tidak diberi galakan sepatutnya untuk mengambil peperiksaan awam kerana dikhuatiri peratus sekolah menurun -isu penempatan murid yang tidak layak dimasukkan sekolah atas dasar peribadi antara ibu bapa dan pihak tertinggi sekolah. Akibatnya menyusahkan pihak guru di program intergrasi. -kesilapan penempatan murid, sebagai contoh murid yang mengalami masalah pendengaran dimasukkan bersama dengan murid masalah pembelajaran. Akibatnya murid itu tadi akan dipinggir.

Pelabelan -isu melabel kanak-kanak khas seperti mata sepet kepada kanak-kanak sd. Boleh menyebabkan mereka berasa rendah diri dan malu -melabel kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanak-kanak cacat. Boleh mewujukan jurang sosial antara kanak-kanak normal dengan khas. Pentaksiran dan Penilaian -terdapat pentaksiran yang dijalankan tidak sesuai dengan keupayaan murid kerana menggunakan ujian pentaksiran daripada negara luar. -penilaian yang tidak telus akibat sikap pilih kasih daripada guru boleh memberi kesan yang buruk. Sebagai contoh, penilaian yang tidak telus semasa membahagikan murid mengikut kelas berdasarkan aras kebolehan memberi kesan buruk kepada murid semasa mengikuti proses pnp di kelas. -diskriminasi terhadap kanak-kanak khas untuk mengikuti peperiksaan awam

Penglibatan ibu bapa -wujud ibu bapa yang tidak mengambil berat dan hanya mengharapkan sekolah semata-mata. Contoh aspek pengurusan diri tidak ajar anak di rumah dengan sebaiknya. Akibatnya anak-anak mungkin akan kencing di dalam kelas dan tidak tahu membersihkan diri -ibu bapa yang tidak menggalakkan anak-anak mereka mengikuti apa jua program kerana dikhuatiri memberi kecederaan kepada anak-anak mereka -kurangnya sikap yakin ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

Anda mungkin juga menyukai