Anda di halaman 1dari 2

TAJUK : KISAH MERBUK DARI KAYANGAN

Pada zaman dahulu, ada seorang raja memerintah di kayangan. Namanya Raja Kamarulzaman. Dia mempunyai kesaktian dan dikasihi oleh rakyat. Baginda sangat gemar membela pelbagai jenis burung di dalam istana. Oleh kerana terlalu sayangkan burung, baginda melarang rakyatnya membunuh atau memakan daging burung. Dengan itu banyaklah burung terdapat di tempat itu. Raja kamarulzaman mempunyai seorang puteri yang bernama Puteri Syahrul Bariah. Rupanya sangat cantik. dia bersopan santun dan mempunyai budi bahasa yang tinggi. Pada suatu hari, Puteri Syahrul Bariah sangat teringin memakan daging burung. Kebetulan pula pada ketika itu, bagainda raja tiada di istana. Dia pun menyembelih burung dan memasaknya sendiri. Setelah beberapa minggu di tempat lain, baginda pun pulang ke istana. Baginda terus memanggil burung-burung untuk memberi makan. Sambil itu, baginda menghitung burung itu satu persatu. Baginda menyedari salah seekor burungnya telah hilang. Semua pengawal mencari burung yang hilang tetapi gagal. Mereka dimaki hamun dan dimurkai raja. Oleh kerana kasihankan pengawal yang tidak berdosa dimurkai, akhirnya Puteri Bariah mengaku telah memakan daging burung itu. Baginda amat murka dan enggan mengampunkan puterinya. Baginda menyumpah puterinya menjadi seekor burung merbuk. Turunlah burung merbuk itu ke bumi. Dia bertebangan dari satu tempat ke satu tempat dan singgah di Kampung Lukut. Di sebuah rumah di hujung kampung itu, tinggal seorang pemuda yang bernama Setia. Dia tinggal bersama ibunya. Setia sangat gemar memikat burung.

Pada suatu hari, ketika Setia sedang berehat di tepi sawah tiba-tiba seekor burung merbuk termasuk ke dalam perangkapnya. Rupanya sangat cantik dan suaranya sangat merdu. Dia percaya burung itu akan membawa tuah. Tidak lama kemudian, ibu Setia meninggal dunia. Dia sedih tetapi mujurlah ada burung merbuk itu sebagai penghibur. Pada waktu pagi, Setia pergi ke sawah. Apabila pulang ke rumah, didapati banyak makanan telah terhidang di atas meja. Dia hairan. Siapakah yang menyiapkan makanan itu. Dia terdengar bunyi bising di dapur rumahnya. Akhirnya dia mengintai dari celah dinding rumah. Dia mendapati seorang gadis jelita sedang menyiapkan makanan dan mengemas dapur rumah itu. Siapakah kau sebenarnya hai si cantik manis? soal Setia. Gadis itu terperanjat lalu berpusing kepada Setia, Setia terpegun melihat kejelitaan rupa gadis itu. maafkan saya, Setia. Sayalah burung merbuk yang Setia bela itu. Nama saya Puteri Syahrul Bariah, kata gadis itu. Habis itu bagaimana kamu boleh menjelma sebagai manusia?,tanya Setia. Puteri Syahrul Bariah pun menceritakan kisah dirinya satu persatu. Mendengar kisah hidup tentang gadis itu membuatkan Setia jatuh cinta. kalau begitu, baiklah kita berkahwin, kata Setia. Akhirnya berkahwinlah Setia dengan gadis itu, mereka hidup aman bahagia.