Anda di halaman 1dari 7

NILAI DALAM LAGU KANAK-KANAK Nyanyian adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan pada kanak-kanak.

Kanak-kanak prasekolah berasa seronok menyanyi bersama-sama atau dalam kumpulan yang besar. Mereka pada masa kini pandai menyanyi lagu kompleks dan berbagai-bagai jenis lagu. Suara dijadikan satu alat muzik semula jadi dimana kanakkanak dapat menggunakan dibahagikan kepada beberapa di bawah. Ia

kebiasaannya dicipta bagi memenuhi tema-tema tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya tema haiwan, tumbuhan, konsep dalam pengajaran nombor dan pantun seloka. Ketegori lagu kanak-kanak adalah seperti permainan jari, lagu beraksi, lagu rakyat, lagu permainan, lagu unsur nasihat, lagu ucapan dan lagu serantau. Jules Henry (1975) mendefinisikan nilai sebagai sesuatu yang dikira baik seperti kasih sayang, baik hati, kepuasan hati, keseronokan, kejujuran, kesopanan, ketenangan dan kesederhanaan. Raths, Harmin dan Simon (1980) merumuskan nilai sebagai garis panduan umum terhadap tingkah laku. Garis panduan ini memberikan satu arah kepada kehidupan seseorang atau anggota sesuatu masyarakat. Masyarakat Melayu mempunyai cara tersendiri dalam mendidik masyarakatnya untuk menghayati nilai. Super (1957) menerangkan bahawa nilai menyerapi semua aspek kehidupan, semua matlamat yang telah ditetapkan oleh seseorang individu dan perkara-perkara dalam kehidupan yang sangat penting. Coughlan (1969) dalam merumuskan definisi nilai menjelaskan bahawa nilai kebiasaannya dilihat sebagai keutamaan, kriteria, objek, milik, personaliti dan sifat-sifat status, pemikiran yang tetap yang diwariskan dalam objek-objek atau terdapat dalam diri manusia yang bersamaan dengan tingkah laku. Sebagai contohnya, guru boleh mengajar kanak-kanak lagu yang berdasarkan pantun. Contoh lagu yang berdasarkan pantun ialah: Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.

Melalui lagu ini dapat dilihat bahawa nilai yang ingin ditonjolkan ialah nilai seseorang yang mempunyai budi yang baik. Meskipun seseorang itu telah tiada di dunia perkara baik yang telah dilakukan semasa hayatnya tetap dikenang oleh orang. Sikap serta nilai murni yang ditonjolkan menggambarkan personaliti seseorang yang baik akan meningkatkan status dirinya. Hal ini kerana, pada zaman dahulu status seseorang bukanlah digambarkan melalui kekayaan harta benda serta pangkatnya tetapi melalui personalitinya yang sopan serta ketinggian budi bahasanya. Melalui pantun, masyarakat Melayu zaman dahulu dapat menyampaikan nasihat, meluahkan perasaan dan berhibur. Kanak-kanak juga boleh didedahkan tentang lagu patriotik. Lagu patriotik sering kali didedahkan apabila tibanya Hari Kemerdekaan. Melalui lagu patriotik ini, guru boleh menanamkan nilai cinta kepada negara dalam diri kanak-kanak. Guru turut boleh menerangkan mengenai lagu patriotik kepada kanak-kanak. Cinta kepada negara merujuk kepada perasaan sayang, bangga dan taat setia kepada tanah air. Sepatutnya nilai cintakan negara haruslah bertapak kukuh di hati setiap anak Malaysia kita haruslah menjadi rakyat yang cintakan negara dan sanggup berkorban untuk mempertahankan negara dalam apa juga keadaan, menyokong dan memberi kerjasama yang padu untuk menyokong dan menjayakan rancangan dan dasar kerajaan. Hanya menerusi perasaan cinta ini, kita selaku rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat mengekalkan kemajuan dan keamanan negara. Selain itu, aktiviti main sambil menyanyi juga mempunyai nilai-nilai murni. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyanyi lagu Row Row Your Boat atau dalam bahasa Melayu ialah Dayung Dayung Sampan sambil membuat aksi mendayung sampan secara berpasangan. Kanak-kanak memegang tangan

pasangannya dan kaki bertemu kaki pasangannya. Kemudian, tangan dan kaki bergerak secara berselang-seli seperti mendayung sampan sambil menyanyi lagu tersebut dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan iringan muzik. Sepanjang aktiviti tersebut kanak-kanak kelihatan sangat gembira. Aktiviti tersebut diulang beberapa kali sehingga kanak-kanak dapat menyebut lirik lagu itu. Oleh yang demikian, banyak nilai yang boleh diterapkan dalam diri kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti tersebut. Nilai yang boleh diterapkan melalui aktiviti tersebut

ialah nilai bersemangat. Nilai bersemangat membolehkan kanak-kanak berasa sangat teruja dan tidak sabar untuk melakukan aktiviti yang ingin dijalankan oleh guru. Selain itu juga, melalui aktiviti seperti ini nilai hormat-menghormati boleh diterapkan dalam diri kanak-kanak. Hal ini membawa maksud, kanak-kanak diajar supaya hormat-menghormati kepada rakan-rakannya apabila ingin melakukan aktiviti. Guru perlulah menerangkan dan menegaskan kepada kanak-kanak supaya tidak mementingkan diri sendiri dan cuba bermain dengan rakan-rakan. Aktiviti nyanyi boleh meningkatkan perkembangan sosial kanak-kanak. Perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan dipelajari sejak kecil. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Hal ini secara tidak langsung telah menerapkan nilai-nilai seperti berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan. Kesimpulannya, nilai merupakan satu aspek yang penting dalam

mencorakkan budaya hidup manusia. Nilai jugalah yang mencerminkan norma masyarakat. Norma ini amat penting bagi mengawal tingkah laku manusia atau kelompok masyarakat kerana jika setiap anggota kumpulan masyarakat dibiasakan membuat apa sahaja tanpa peraturan dan pantang larang, maka sesuatu perkara itu akan dilakukan mengikut sesuka hati sahaja tanpa memikirkan persepsi serta pandangan masyarakat atau orang yang berada di sekeliling. Selepas

memperhatikan kepelbagaian nilai, kita dapat mengetahui nilai yang bertumpu kepada orang Melayu. Nilai-nilai tersebut diwarisi, dipertahankan dan dijaga dengan rapi. Namun ada juga nilai-nilai yang dipegang sudah berubah, sedang berubah dan akan berubah. Justeru penerapan nilai yang berasaskan kepada norma yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa perlu berjalan seiring agar sebuah masyarakat yang harmonis dan bersatu padu dapat dibina.

http://members.multimania.co.uk/nabirz/soc19.htm

BAIK HATI - Belas kasihan (Bersimpati terhadap kesesusahan orang lain) - Bertimbang rasa (Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat sesuatu tindakan) - Murah hati (Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukannya) - Saling memahami (Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan masing-masing) - Saling bermaafan (Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan)

BERDIKARI - Berupaya bertindak sendiri (Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain) - Yakin pada diri sendiri (Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup mencuba)

HEMAH TINGGI - Kesopanan (Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan) - Mengakui kesalahan sendiri (Sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat) - Ramah mesra (Sedia bergaul mesra dengan semua orang)

HORMAT-MENGHORMATI - Ibu bapa (Memuliakan dan mentaati ibu bapa) - Ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin (menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi layanan yang baik) - Institusi kerajaan dan Negara (Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang-lambang kebesaran negeri) - Kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan (Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia) - Patuh kepada undang-undang negara (Mematuhi undang-undang yang telah

ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada) - Patuh kepada ketepatan masa (Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah)

KASIH SAYANG - Sayang diri sendiri dan orang lain (Menyayangi diri sendiri dan orang lain) - Sayang akan alam sekitar (Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup)

KEADILAN - Adil (Membuat pertimbangan secara objektif, menyeluruh dan bersesuaian) - Saksama (Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam memberikan ganjaran atau hukuman)

KEBEBASAN - Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan undangundang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat, negara dan agama

KEBERANIAN - Berani mencuba (Berani melakukan sesuartu perkara yang baru dan mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil risiko yang akan dihadapi) - Berani kerana benar (Berani mempertahankan sesuatu yang diakui sebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata)

KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL - Kebersihan diri (Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk hidup sihat) - Kebersihan persekitaran (Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran) - Kebersihan mental (Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan

oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain)

KEJUJURAN - Amanah (Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain) - Bercakap benar (Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung) - Ikhlas (Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan)

KERAJINAN - Daya usaha (Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan inovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.) - Dedikasi (Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah)

KERJASAMA - Gotong-royong (Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela) - Toleransi (Bertolak ansur serta dapat mengawal diri untuk mengelakkan berlakunya perselisihan) - Perpaduan (Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa)

KESEDERHANAAN - Pertuturan dan perlakuan yang sederhana (Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain) - Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain (Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya Memuaskan diri sendiri dan orang lain)

KESYUKURAN

- Berterima kasih (Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan dan pemberian)

PATRIOTISME - Semangat cintakan negara (Mempunyai semangat yang tinggi untuk menjaga keselamatan, nama baik negara)

RASIONAL - Membuat pertimbangan (Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan)

SEMANGAT BERMASYARAKAT - Bermuafakat (Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama) - Kejiranan (Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama dengan jiran tetangga) - Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat (Menyedari masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya)

Anda mungkin juga menyukai