Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA CADANGAN PERSATUAN ESTETIKA SENI DAN RONA (PESONA) DAN KAJIAN PENDIDIKAN LUAR

CHAMANG,BENTONG 25 July 2012

PISMP JANUARI 2011

Kertas Kerja Cadangan P.S.V. Chamang,Pahang

Pismp Januari 2011

1.0 TUJUAN Kertas kerja cadangan ini telah dihasilkan bagi mendapatkan kelulusan daripada M3P yang diketuai oleh Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa selaku Pengerusi Mesyuarat untuk menjalankan kajian dan pendidikan luar tersebut. 2.0 LATAR BELAKANG Kertas kerja yang disediakan ini merupakan cadangan untuk mengadakan kajian dan pendidikan luar Persatuan Estetika Seni dan Rona (PESONA). Kajian tersebut akan bertempat di Chamang, Bentong, Pahang bertarikh 25hb Julai 2013.

Lokasi tersebut menjadi pilihan kerana menepati dengan salah satu objektif kajian dan pendidikan luar iaitu ingin memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dalam bidang seni pada masa yang sama ada sebagai seorang pendidik atau, pada masa yang sama untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, dan sosial.

Jumlah peserta yang akan terlibat dalam kajian ini adalah seramai 40 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar kelas PISMP major Pendidikan Seni Visual beserta dua orang pensyarah subjek Pendidikan Seni Visual iaitu Puan Mazlina dan En. Abd Jalil Bin Hasan sebagai pensyarah pengiring. Pendidikan Seni Visual (P.S.V.) ini bertujuan memenuhi semua keperluan sukatan pelajaran Kokurikulum yang mempunyai 4 jam interaksi seminggu dalam satu semester.

PESONA ini merupakan persatuan seni yang terdapat dalam KoKurikulum. Dengan kata lain, menggunakan pendedahan kepada benda sebenar daripada sekadar hanya bergantung kepada imaginasi akal agar pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh dapat diaplikasikan secara lebih efektif dalam pelajaran supaya para pelajar bukan sahaja sekadar mampu medapat gred cemerlang dalam bidang major mereka iaitu pendidikan seni visual malah sangat berkebolehan dalam bidang ini sebagai seorang pendidik.

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Antarabangsa Kertas Kerja Cadangan P.S.V. Chamang,Pahang Pismp Januari 2011

3.0 OBJEKTIF KURSUS DAN KAJIAN 1. Memenuhi keperluan sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual (Sila rujuk lampiran 3) yang telah dirancang untuk guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang memerlukan penghasilan kajian dan portfolio secara berkumpulan. 2. Memberi pengalaman baru kepada para pelajar dengan meneroka alat dan bahan dalam pembuatan kraf tradisional. 3. Mendedahkan para pelajar kepada alam semulajadi sebagai sumber ilham seni. 4. Mengaplikasikan kajian ke dalam karya seni seperti anyaman,ukiran,tenunan atau batik. 5. Memberi peluang kepada para pelajar untuk bergiat melakukan kajian dengan menggunakan bidang seni lain seperti menggunakan fotografi untuk mengambil gambar aktiviti-aktiviti seni kraftangan yang dijalankan. 4.0 BUTIR- BUTIR KURSUS DAN KAJIAN 4.1 Butiran mengenai kajian dan pendidikan luar yang akan diadakan adalah seperti berikut:
TARIKH 25 Julai 2012 KUMPULAN SASARAN PISMP Pendidikan Seni Visual JUMLAH 40 pelajar PENSYARAH PENGIRING Puan Mazlina En. Abd Jalil B Hassan

4.2 Bagi melancarkan kajian dan penyelidikan akademik ini, Ahli Jawatan Pelaksana telah dibentuk seperti di dalam Lampiran 1. 4.3 Bagi tentatif program, sila rujuk Lampiran 2.

________________________________________________________________________________
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Antarabangsa Kertas Kerja Cadangan P.S.V. Rawang,Selangor 2 PISMP Januari 2011

5.0

ANGGARAN PERBELANJAAN 5.1 Peruntukan institut : Persendirian

5.2 Pengangkutan

: Permohonan pengangkutan bas pergi dan balik dari pihak IPG-KBA

5.3 Anggaran perbelanjaan untuk makanan bagi pensyarah pengiring dan pemandu bas adalah di bawah tanggungan masing-masing.

6.0

KESIMPULAN

Kajian dan pendidikan luar ini diharapkan dapat mencapai objektif iaitu memberi pendedahan kepada para pelajar PISMP tentang sumber ilham daripada proses sebenar pembuatan kraf tradisional dan mengaplikasikan kajian tersebut ke dalam karya seni secara tidak langsung membina potensi dalam diri pelajar sebagai guru yang berkualiti dan berkebolehan. Kajian tersebut juga diharapkan dapat melatih para pelajar berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif untuk merekacipta karya -karya seni yang lebih berkualiti dan unik. Mohon kelulusan M3P untuk meluluskan permohonan kajian dan pendidikan luar.

________________________________________________________________________________
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Antarabangsa Kertas Kerja Cadangan P.S.V. Rawang,Selangor 3 PISMP Januari 2011

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

............................................. (Siti Zulaikha Binti Ab.Rahman) Setiausaha Persatuan Estetika Seni dan Rona. (PESONA)

................................................ (Puan Mazlina Binti Johari) Pensyarah Pendidikan Seni Visual

Disemak oleh,

Diluluskan oleh,

.................................................... (Dr.Azita Bin Amrin )

............................................................

Ketua Jabatan Kajian Sosial

(Yg Mulia Raja) Pengarah IPGM -KBA

________________________________________________________________________________
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Antarabangsa Kertas Kerja Cadangan P.S.V. Pulau Pangkor, Perak 4 KPLSPM Julai 2009

LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA PELAKSANA KAJIAN DAN PENDIDIKAN LUAR PENDIDIKAN SENI VISUAL PULAU TIOMAN, PAHANG 22 OKT 2009-25 OKT 2009

Pengerusi Tim. Pengerusi Setiausaha Tim. Setiausaha Bendahari Tim. Bendahari

: Muhammad Ridzuan b. Kamarudin : Nurul Ashikin bt Samsudin : Muhammad Aiman b. Mohd Yazam : Nursyamin bt Mohammad Nazar : Naseha Sakina bt Ahmad : Muhammad Syawalullah b. Abdul Rahman

Ketua AJK Pengangkutan Ketua AJK Keselamatan & Kesihatan

: Mahfuzah bt Naseri : Zulkiflee b. Haron Najwatul Husna bt Johan : Mohd Syafiq Fauzan b. Mohd Razali Nor Hamidah bt Fadzell : Muhammad Afiq b. Abd Razak Syaza Amalin bt Muhamad Najib : Muhammad Syawalullah b. Abdul Rahman Hayatun Syamila bt Mohd Mansor

Ketua AJK Peralatan

Ketua AJK Penginapan

Ketua AJK Pengurusan

________________________________________________________________________________
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Antarabangsa Kertas Kerja Cadangan P.S.V. Pulau Pangkor, Perak 5 KPLSPM Julai 2009

LAMPIRAN 2

TENTATIF PROGRAM TARIKH 22 OKTOBER 2009 ( KHAMIS ) MASA 8.00 am - 9.30 am PERKARA Bertolak dari IPG KBA

9.30 am 10.00 pm 10.00 am 12.00 pm 12.00 pm 2.00 pm

Taklimat/persediaan tapak

Bengkel

Sajian makanan

2.00 pm-4.00 pm

Seniman Berlari

4.00 pm- 5.00 pm

Berkemas untuk pulang

________________________________________________________________________________
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Antarabangsa 6