Anda di halaman 1dari 27

-E E-B BO OO OK K-

RAHSIA TEKNIK PENANAMAN TANAMAN ANGGUR:

OLEH: FAZLISYAM

HARGA : RMxx

Copyright 2006
Hakcipta Terpelihara

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com

Anda dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain.

Tanggungjawab hak cipta tidak ada kena mengena dengan maklumat yang terkandung di dalam e-book ini. Saya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan ataupun maklumat yang tidak dimasukkan walaupun langkah berjaga-jaga sudah diambil. Saya juga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang maklumat yang disalahgunakan.

Saya juga tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana kerugian, kehilangan atau risiko yang ditanggung oleh orang perseorangan atau sebagainya, yang timbul akibat daripada penggunaan mana-mana kandungan buku ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com

1.0

SEJARAH RINGKAS ANGGUR


Anggur merupakan tanaman buah yang dikatakan berasal dari

Armenia dan kemudian berkembang ke Timur Tengah sejak 4000 SM. Asalnya, teknologi pemprossesan anggur menjadi wine pertama kali dikembangkan orang Mesir pada 2500 SM. Dari Mesir ia kemudian berkembang ke Yunani dan tersebar ke daerah Laut Hitam sehingga ke Sepanyol, Jerman, Perancis dan Austria.

Seiring dengan pelayaran Columbus; mula menyebarkan tanaman anggur ke Mexico, Amerika Selatan, Afrika selatan, Asia termasuk Indonesia dan Australia. Penyebaran ini juga menjadikan Anggur mempunyai beberapa sebutan seperti Grape di Eropah dan Amerika, orang China menyebut Pu tao dan di Indonesia disebut anggur.

Kini tanaman anggur sudah semakin popular di Malaysia sejak beberapa tahun yang lepas. Ramai yang sudah mula menanam disebabkan permintaannya yang tinggi. Anak benih sahaja boleh mencecah sehingga RM25/polibeg. Walaubagaimanapun, ramai yang hanya pandai menanam tetapi tidak ramai yang tahu cara pengurusan yang betul untuk menghasilkan buah yang baik dan pengeluaran hasil tinggi.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com

2.0

PENDAHULUAN
Pokok anggur pada suatu ketika dahulu hanya terdapat di

negara bermusim kini sudah boleh ditanam di Malaysia. Dengan menggunakan teknologi terkini serta pengurusan yang teliti, pokok anggur dapat mengeluarkan buah yang manis dan berkualiti. Pokok anggur sesuai pada tanah yang mengandungi banyak bahan organan. Suhu dan hujan juga menentukan kesesuaian tanaman anggur. Selepas 14 hari dipangkas pokok anggur mula mengeluarkan jambak-jambak bunga halus. 30 hari sebelum buah sedia untuk dipetik, penyiraman perlu dikurangkan atau dihentikan bagi memastikan buah yang akan dihasilkan manis. Kemarau yang panjang sehingga 3-4 bulan memberi peluang proses penukaran asid ke gula menyebabkan buah menjadi manis.. Terdapat beberapa varieti yang biasa di tanam di Malaysia seperti rajah di bawah ini:
JENAMA New White Malaga Green Perliet Black Opal I.A.C Kyoho TEMPOH MATANG 7 - 9 Bulan 9 - 12 Bulan 9 - 12 Bulan 7 - 9 Bulan 7 - 9 Bulan WARNA MASAK Hijau Hijau Hitam Biru Hijau Merah Tua

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com

3.0

PENGENALAN ANGGUR
Anggur (Vitis) adalah dari keluarga Vitaceae. Dikatakan boleh hidup sehingga 30-50 tahun. Pembuahan boleh dirancang sehingga 3 kali setahun Boleh menghasilkan buah hingga 90kg/tahun. Memerlukan pemangkasan untuk berbuah Kemarau diperlukan untuk penghasilan buah yang manis Boleh berbuah setelah berusia 7 bulan. Sekilo buah berharga RM10-RM12.

PENGKELASAN SAINTIFIK Kingdom: Plantae Division: Magnoliophyta Class: Magnoliopsida Order: Vitales Family: Vitaceae Genus: Vitis

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com

Daun pokok anggur yang subur

Pokok anggur yang telah berbuah

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com

3.1

JENIS ANGGUR

Di Malaysia terdapat 2 jenis Anggur yang biasa ditanam iaitu: 1. Vitis Vinifera

Rasa manis, kulit nipis dan segar. Sesuai dimakan segar dan dibuat wine. Contoh: IAC (Taiwan), Cardinal (USA), White Malaga (Thailand).
2. Vitis Labrusca

Rasa masa, kulit tebal dan kurang segar. Sesuai dibuat jus. Contoh: Isabella (USA), Delaware, Brilliant.

3.2

JENIS DI SYOR

VITIS VINIFERA iaitu IAC


Tujuh (7) sebab kenapa pilih IAC?

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Ada permintaan yang tinggi di pasaran Boleh menghasilkan hingga 90kg buah/tahun Berbuah selepas tujuh (7) bulan. Mudah dari segi pengurusan. Tidak perlu bumbung/rumah kalis serangga. Berbuah lebat. Rasa manis.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com

- Pokok anggur yang baru mengeluarkan buah Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 8

4.0

TEKNIK PENANAMAN

Setelah kita memahami serba sedikit tentang tanaman anggur. Langkah seterusnya yang paling penting ialah kaedah dan teknik penanaman. Segala langkah-langkah yang dinyatakan

hendaklah diambil kira untuk memastikan tanaman anggur kita hidup subur dan seterusnya menghasilkan buah yang baik. Sekiranya anda sememangnya sudah berpengalaman dalam kerja-kerja penanaman, langkah-langkah ini mungkin mudah bagi anda. Tapi bagi mereka yang baru menceburi dalam bidang ini, hendaklah mengikut langkah yang telah disediakan. Setelah anda telah mahir, anda sendiri boleh menjalankan kaedah penanaman anda sendiri dan melihat apa yang berlaku. Kerja-kerja pemerhatian ini akan menjadikan anda lebih

berpengalaman. Langkah-langkah yang dinyatakan ini merupakan salah satu langkah atau kaedah yang terdapat di dalam teknologi penanaman anggur. Kebanyakkan kaedah penanaman adalah hasil dari pemerhatian penanam itu sendiri dan memperbaharui teknik yang ada. Mungkin anda sendiri dapat menghasilkan teknik anda sendiri suatu hari nanti.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com

LANGKAH 1
Terlebih dahulu lihat keadaan cuaca di kawasan anda. CUACA sekitar mesti panas. Sekurang-kurangnya 80% sinaran

matahari dan JANGAN terlindung. Lagi panas lagi bagus.

Cuaca di Malaysia sebenarnya amat sesuai untuk tanaman anggur. Anggur akan juga lebih boleh manis dalam cuaca panas.

Pembuahannya

dirancang.

Elakkan

daripada

melakukan pembuahan pada musim hujan.

Air yang berlebihan akan menyebabkan buah kurang manis, mudah pecah dan busuk.

Bersihkan kawasan penanaman daripada batu, akar, rumpai dan benda asing.

Langkah 2
Gemburkan tanah sedalam 1-2 kaki dalam. Tabur kapur pertanian 600 gram setiap meter persegi (bagi tanah yang pH sangat berrmasalah). Biarkan selama 4 minggu.

Tanah yang berpasir juga sesuai bagi tanaman anggur.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com

10

Korek lubang sedalam 1 1/2 kaki, lebar 2 kaki . Bagi tanah berbukit, elakkan air tidak bertakung didalamnya. Masukan tanah yang telus air dicampurkan dengan sedikit baja organan ke dalam lubang yang disediakan.

Bagi tanah rata atau berpaya tanaman berbatas amat digalakan bagi mengelakan akar pokok daripada terendam air.

Sekurang-kurangnya 1 kaki tinggi dan 1 1/2 kaki lebar batas diperlukan.

Saluran air amat penting supaya air tidak bertakung disekitar pokok.

Hindarkan menanam ditanah yang mengandungi garam (masin), tanah gersang atau tanah yang kurang penyerapan airnya.

Tanam secara pasu digalakan bagi kawasan perumahan.

Tanaman secara pasu pula, pasu yang berukuran 16-18 inci luas dan 14-18 inci dalam sudah mencukupi bagi setiap pohon anggur yang sihat dan menghasilkan buah yang bermutu.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com

11

LANGKAH 3

Anggur memerlukan medium yang gembur dan telus air. Campuran tanah perlu dibuat iaitu satu (1) bahagian tanah, satu (1) bahagian pasir dan dua (2) bahagian bahan organik.

Gunakan tanah asal untuk campuran tanah. Pasir biasa boleh digunakan. Bahan organik adalah najis ayam yang telah diproses.

Bagi tanah yang kurang sesuai elok dibuang tanah asal ( dari lubang yang dikorek). Dapatkan tanah bahagian atas (topsoil) atau untuk tanaman berskala kecil beli tanah dari neseri. Gaul bahan tadi hingga sebati.

LANGKAH 4

Membuat ujian tanah Dapatkan beberapa sampel dengan kedalaman 6-8 cm. Lebih banyak sampel lebih tepat bacaan pH tanah.

Sedikit sampel-sampel tadi kemudiannya dimasukkan ke dalam bekas yang mengandungi air suling. Sebelum itu pastikan air suling tersebut mempunyai nilai pH 7 (neutral).

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com

12

Gunakan pH meter untuk mendapatkan keputusan lebih tepat. Kertas pH boleh juga digunakan untuk mengetahui nilai pH campuran sampel.

Di pasaran sekarang terdapat peralatan yang dinamakan Soil pH test kit yang mudah diguna dan dibawa kemana-mana.

LANGKAH 5
Keluarkan anak benih dari polibeg dan tanam ke dalam lubang yang disediakan. Padatkan sedikit di sekeliling pokok.

Jarak bagi tanaman ini ialah 1.5m x 3m. Setiap lubang pokok dimasukkan 4kg baja Organik beserta dengan baja CIRP sebanyak 115gm.

Lakukan penyiraman 2 kali sehari. Lakukan penyiraman pada awal pagi dan lewat petang.

Anggur memerlukan sekitaran akar yang lembab tetapi elakkan air bertakung. Air bertakung akan merosakkan akar tanaman.

Pada musim hujan tidak perlu dilakukan penyiraman. Lebihkan penyiraman pada musim kemarau sehingga 3 kali sehari.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com

13

Penyiraman memerlukan air yang banyak, AWAS ! jangan bertakung

Kurangkan siraman semasa buah sedang masak atau 20 hari sebelum dipetik buahnya.

LANGKAH 6
Buatkan sokongan dengan menggunakan kayu atau buluh. Tujuannya adalah supaya pokok dapat naik tegak dan menjalar. Ikat batang pada sokongan dalam keadaan longgar.

Pembajaan perlu dilakukan setiap bulan. Jarak pembajaan adalah antara 7-10 hari. Cara pembajaan adalah dengan membuat poket/lubang sedalam 4-5 cm di sekeliling pokok dengan jarak 1 kaki (30cm).

UMUR (BULAN) 3-6 7-9 10 - 11 12 - 15 16 - 24 24

BAJA / POKOK / BULAN 20g urea + 20g 15:15:15 50g urea + 40g 15:15:15 100g urea + 80g 15:15:15 130g urea + 130g 15:15:15 300g 12:12:17:2 + TE 300g 12:12:17:2 + TE

Jadual pembajaan

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com

14

Baja organik amat sesuai bagi pokok muda.

Tabur baja 1 kaki dari pangkal pokok, jikalau ditanam diatas tanah dan sedikit jauh dari batang jikalau didalam pasu.

SEDIKIT MAKLUMAT TENTANG BAJA

Semasa awal pertumbuhan..

Nitrogen (N) Sangat diperlukan sepanjang 2 tahun penanaman. Sumbernya adalah dari baja urea, baja NPK dan bahan organik.

Phosphorus (P) Unsur ini diperlukan dengan banyak di kawasan baru. Ia penting dalam perkembangan sistem akar.

Kalium (k) Unsur ini juga diperlukan dengan banyak di kawasan baru. Ia penting dalam perkembangan sistem akar.

Bahan Organik Membekalkan unsur N. Ia juga dapat memperbaiki tekstur dan kesuburan tanah.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com

15

LANGKAH 7
*** Ini merupakan langkah yang paling penting untuk memastikan pokok anggur kita berbuah dan mempunyai kualiti buah yang cantik serta hasil yang tinggi. Pemangkasan perlu dilakukan mengikut masa tertentu. Teknik pemangkasan juga perlu diambil kira. Cantasan latihan dibuat bertujuan untuk membentuk pokok dan menyediakan zon pembuahan.

1.

Anak pokok mungkin mempunyai beberapa cabang. Setelah mencapai ketinggian satu (1) kaki, pilih satu cabang paling sihat dan buang cabang yang lain.

2.

Setelah mencapai ketinggian tiga (3) kaki, buang semua daun dan tunas sisi. Tinggalkan pucuk sahaja.

3.

Setelah mencapai ketinggian lima (5) kaki, potong pucuk dan 3- 4 helai daun di bawah pucuk.

4.

Apabila tunas tumbuh jadikan 4 tunas sahaja sebagai dahan utama.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com

16

5.

Bila mencapai panjang 5 kaki 4 dahan utama dipotong pucuknya. Pada dahan-dahan utama ini akan muncul tunas-tunas baru yang akan matang membentuk zon buah.

*** Zon buah penting dalam menentukan pengeluaran hasil yang diharapkan. Daripada tunas-tunas matang inilah nanti akan mengeluarkan jambak-jambak bunga dan seterusnya menjadi buah yang segar dan enak.

Rajah yang menunjukkan teknik bentuk pemangkasan pokok anggur yang baik.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com

17

: Pemangkasan untuk Pembuahan

Tabur baja penggalak bunga 20 hari sebelum pemangkasan dibuat.

Buang

semua

daun

dan

potong

cabang

yang

tidak

dikehendaki. Potong semua ranting yang kurang sihat dan potong ranting yang sihat sekadar 4 atau 5 mata tumbuh dari cabang. Potong pucuk kira - kira 4 atau 5 kaki dari cabang. Uruskan kerja dengan baik dan teratur . Bersihkan dikawasan pokok dan buangkan daun-daun yang gugur disekitarnya .

: Menambah Kemanisan Buah

Pendedahan pada cahaya matahari perlu dari 80%-100%. Penyiraman haruslah dikurangkan atau dihentikan apabila buah hampir masak (30 hari sebelum buah di petik).

Tanam secara batas dan sistem pengairan yang baik dapat membantu mengelakkan air berlebihan dikawasan akar.

Merancang pembuahan pada musim panas.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com

18

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com

19

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com

20

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com

21

Gambar- gambar diatas menunjukkan kawasan tanaman anggur yang terdapat di Malaysia.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com

22

LANGKAH 8
PENGAWALAN PENYAKIT DAN PEROSAK Mengikut kajian dan pemerhatian yang dijalankan setakat ini, masalah penyakit dan perosak tidak lagi ketara terhadap tanaman ini oleh kerana tanaman ini masih lagi baru di Malaysia. Anda tidak perlu risau kerana ia tidak akan menjejaskan tanaman anggur anda. Walau bagaimanapun, penyakit dan perosak yang telah

dikenalpasti menyerang tanaman ini ialah seperti berikut:

1. Perosak seperti Kumbang Apogonia Destructor ( bersaiz kecil, hitam dan berkilat) boleh dihapuskan menggunakan racun serangga berasaskan air (H20). Kumbang ini hanya keluar pada waktu malam. (tanaman berskala kecil)

2. Teknik kawalan biologi adalah dengan menyembur air basuhan beras ke atas daun tanaman.

3. Semburan racun serangga dan kulat perlu dilakukan pada tiap-tiap minggu.

4. Penyakit seperti Antraknos yang menyerang pucuk, daun dan buah boleh dikawal menggunakan racun Benlate.

5. Penyakit seperti Karat yang menyerang daun dan buah boleh dikawal menggunakan racun Bayleton. Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 23

6. Selain itu penyakit Kulapuk Downy yang biasanya menyerang pucuk, daun dan tendril bunga hendaklah ikawal

menggunakan Ridomil dan Mikal.

KAWALAN RUMPAI

Rumpai

atau

tumbuhan

selain

anggur

hendaklah

dihapuskan. Elakkan penggunaan racun rumpai semasa pokok masih kecil. Elok menggunakan cangkul atau cabut.

Kehadiran rumpai memberi kesan terhadap ketersedian nutrien dalam tanah, berlaku persaingan antara anak pokok dengan rumpai tersebut.

Perosak juga boleh menjadikan rumpai sebagai perumah.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com

24

Gambarajah menunjukkan kehadiran serangga dan penyakit pada tanaman anggur di Malaysia. Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com 25

Kebanyakkan symptom-simptom yang terdapat pada daun, dahan dan batang menunjukkan tanda-tanda serangan kulat. Oleh itu, racun kulat hendaklah diberikan supaya ianya tidak terus merebak ke tanaman lain. Racun-racun kulat boleh diperolehi di kedai-kedai pertanian. Pastikan anda membaca label dahulu sebelum menggunakannya.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com

26

AKHIR KATA Kaedah-kaedah tersebut amat sesuai untuk mereka-mereka yang baru

menceburkan diri di dalam bidang ini dan juga amat berguna kepada mereka yang baru dan juga pakar.

Kami harap anda mengambil kesempatan di dalam e-book kami ini di dalam apa jua keadaan dengan sebaik mungkin. Jika anda mempunyai sebarang komenkomen bagaimana untuk memperbaiki e-book kami ini, anda boleh menghubungi kamis ekarang.

Kami ucapkan anda agar berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang di dalam kerjaya yang anda ceburi. . Kami harap pengalaman anda akan memberi cahaya yang cerah untuk anda dan memberi anda keuntungan yang diharapkan. Pasaran untuk tanaman anggur adalahmasih baru di Malaysia dan sememangnya berpotensi untuk dijadikan pendapatan yang lumayan.

Terdapat banyak lagi perkara-perkara baru yang boleh anda lakukan terhadapnya untukanda ceburi. Kami juga berharap anda mengalami satu pengalaman yang menarik yangdapat anda temui di dalam e-book kami ini.

Akhir kata kami memohon ampun dan maaf jika terdapat segala kekurangan dan kecacatan di dalam e-book ini. Ini adalah versi Pengenalan, kami akan sentiasa memperbaiki segala kekurangan di dalam e-book ini. Apa yang kami harapkan kami sangat berbesar hati jika segala kekurangan dalam e-book ini dapat terus dilaporkan kepada kami dari masa ke semasa.

Blog Info Pokok http://www.fazlisyam.com

27

Anda mungkin juga menyukai