Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
KANGAR: Mahkamah Majistret di sini semalam, mengeluarkan perintah reman empat hari terhadap pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah menengah dekat sini, yang didakwa terbabit dengan kejadian menumbuk seorang guru, Mariati Mat Ail, 37, sehingga patah tulang hidung, kelmarin. Perintah itu dikeluarkan Majistret Nursyarida Abd Rahman yang bermula semalam hingga Isnin ini terhadap pelajar
Suspek yang memakai baju lokap tiba di Mahkamah Kangar dengan kenderaan polis kira-kira jam 9.30 pagi. Dia yang ditahan polis semalam, memakai baju lokap ungu dan bergari kemudian dilihat meninggalkan perkarangan mahkamah kira-kira jam 11 pagi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin, mangsa yang juga seorang guru disiplin cedera parah di bahagian hidung akibat ditumbuk seorang murid Tingkatan Dua di Chuping di sini, kelmarin.
Mangsa yang juga guru Sejarah di sekolah berkenaan dipercayai patah tulang hidung selepas ditumbuk di bahagian muka oleh seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang dikatakan tidak berpuas hati dengan tegurannya di dalam kelas sebelum itu. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, beberapa guru yang melihat kejadian terbabit, bertindak membawa mangsa yang berlumuran darah ke Hospital Tuanku
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros, berkata polis sudah mengambil keterangan daripada saksi dan mangsa.
Kita sudah ambil beberapa keterangan daripada mangsa dan saksi kejadian hari ini (semalam) dan akan menyiapkan kertas siasatan dalam masa terdekat.
Jika siasatan selesai, polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya selewatlewatnya Isnin ini," katanya ketika dihubungi, semalam
PELAJAR yang didakwa menumbuk guru hingga patah hidung dibawa keluar selepas polis mendapat perintah reman di Mahkamah Majistret Kangar, semalam
BAB 5.3 SEBAB - SEBAB BERLAKU MASALAH DISIPLIN DAN TINGKAH LAKU BERMASALAH 1. Faktor Diri Murid
mengikuti kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakan sebagai the potential influence of the students free will Murid-murid yang mempunyai masalah emosi. Jenis kanak-kanak ini dipanggil neurotic atau psychotic
2. Faktor Ibu Bapa atau Keluarga Pernah dikatakan oleh Parsona (1964) bahawa rumah adalah kilang yang menghasilkan peribadi manusia. Jika ibu bapa gagal memproses anak-anak mereka di kilang ini, maka hasilnya ialah anak-anak yang tidak bermoral. Kemiskinan serta kekurangan kemudahan di rumah juga menjadi punca kepada masalah disiplin murid. Hussein Mahmood (1980) mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar adalah masalahmasalah yang berkaitan dengan rumah dan
3. Faktor Sekolah
Mengikut Waller (1939) asas segala masalah disiplin di sekolah ialah pertentangan pendapat di antara guru dan murid mengenai sesuatu keadaan di sekolah, kerana masing-masing mempunyai kemahuan yang berlainan. Hal ini lebih buruk di peringkat sekolah menengah di mana pelajar merasa kurang senang apabila terasa dipengaruhi (Wadd 1973).
Kelemahan yang jelas di sekolah yang menjadi punca masalah disiplin di kalangan pelajar adalah guru-guru tidak diberi kuasa bertindak mempertahankan disiplin. Disiplin sekolah secara rasmi adalah tanggung jawab guru disiplin, guru besar dan guru penolong kanan. Keadaan ini menyebabkan sebilangan besar guruguru mengambil sikap lepas tangan dan tidak menunjukkan komitmen bagi menangani masalah disiplin yang
Murid-murid nakal yang suka melanggar disiplin lebih berani dan bebas melakukan perbuatan yang melanggar peraturan dan undang-undang kerana mereka tahu guruguru tidak mempunyai kuasa yang boleh dikenakan ke atas mereka. Malah, muridmurid ini berani mencabar kewibawaan guru yang tidak disukai.
Guru Mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan licin Menghormati murid-murid seperti manusia biasa. Layanan baik yang diberikan akan merapatkan hubungan guru dan murid. Memberi perhatian terhadap perbezaan individu
Cuba meluangkan masa untuk mendengar masalah murid. Sesi kaunseling harus dijalankan menggalakkan pelajar menyertai aktiviti kokurikulum. Menganjurkan aktiviti aktiviti seperti ceramah, taklimat menguruskan masa dengan betul, kempen kesedaran dan lainlain.
BAB 6.2 PERANAN & TINDAKAN GURU SEMASA MENGURUS MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
guru hendaklah ketepikan nafsu marah & elakkan daripada membuat keputusan terburu-buru tanpa penyiasatan Pastikan suasana tenang antara guru & pelajar sebelum memulakan siasatan Beri pelajar peluang untuk membuat penjelasan
Jauhi hukuman merotan & menghukum seluruh kelas disebabkan oleh kesalahan seorang murid
Ketika menghukum, guru hendaklah mempunyai tujuan menolong (bukan melepaskan geram )