Anda di halaman 1dari 55

KULIAH 4:

TEORI-TEORI GAYA
ASUHAN KEIBUBAPAAN
DEFINISI Pengasuhan @Didikan.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997), didikan bermakna


perihal yang dididik (diajar, dilatih dan lain-lain). Oleh itu
gaya didikan ibu bapa meliputi cara dan bagaimana mereka
mendidik, mengajar, melatih, mengasuh, memelihara dan
menjaga anak-anak.
Istilah pengasuhan yang mempunyai akar kata “asuh”
sebenarnya dengan jelas membezakan dengan istilah yang
sering digunakan iaitu jagaan atau kawalan. Perkataan
“asuh” mempunyai kualiti intrinsiknya yang positif.
Jelas di sini istilah ‘asuh’ atau ‘pengasuhan’ mencerminkan
gerak laku yang positif dan mempunyai timbal balik
perlakuan di antara elemen-elemen yang saling
mempengaruhi di antara para ibu bapa, anak-anak, ahli
keluarga terdekat, anggota masyarakat atau komuniti dan
juga keadaan sekitar dan alam sekeliling yang membentuk
corak pengasuhan .
KEIBUBAPAAN
Keibubapaan (parental) ialah seseorang yang memberikan
kanak-kanak dengan penjagaan asas, arahan, sokongan,
perlindungan dan bimbingan. Keibubapaan dapat
didefinisikan sebagai pasangan yang berkahwin, single,
heterosexual, gay, lesbian, sepupu, ibu saudara, datuk
dan nenek, abang, kakak dan lain-lain lagi.
Manakala menurut LPPKN ibu bapa ialah yang terdiri
daripada sepasang suami isteri yang dihubungkan
dengan ikatan perkahwinana yang sah dari segi agama,
adat resam dan undang-undang.
Scott 1983, menyatakan didikan ibu bapa membantu
membentuk konsep kendiri yang positif. Gaya didikan
ibu bapa akan memberi kesan adan pengaruh kepada
perkembangan mentaliti, sifat, minat, kecenderungan
serta sikap anak-anak.
Peranan Ibu Bapa
Peranan bermakna satu kewajiban melaksanakan
tugas dan tanggungjawab yang dipikul sebagai
amanah yang mana hasilnya yang manis akan kita
kecapi sebagai ganjaran kepada kejayaan kita.
Manakala hasilnya yang pahit akan kita kecapi dan
kita telan sebagai bukti kegagalan kita sendiri.
Sebenarnya agenda mentarbiah anak itu bermula
sejak dari proses mencari jodoh, proses
persenyawaan berlaku hinggalah kepada anak itu
mampu berdikari bahkan sehingga anak kita itu
dijemput kembali kepada Allah. Mendisiplinkan
anak adalah satu proses yang berterusan.
Ciri-ciri ibu bapa berkesan

Komunikasi yang berkesan


Mengikut arus perkembangan anak-
anak.
Mendisiplinkan anak-anak.
Kasih sayang.
Ciri ibu bapa tidak berkesan
 Kurang didikan agama [akhlak atau moral].
 Sikap ibu bapa yang mengamalkan pilih kasih.
 Kurang berkomunikasi dengan anak-anak.
 Ibu bapa kurang mengetahui perkembangan
keadaan semasa.
 Ibu bapa kurang menanamkan perasaan kasih
sayang kepada anak-anak.
 Tidak menjadi pendengar yang baik
 Membebel dan mengkritik
 Terlalu manjakan anak
 Tidak menjadi ‘role model’ yang baik.
Kepentingan Teori Gaya Asuhan
• Merupakan satu konsep penting dalam
mendidik anak-anak kerana gaya
keibubapaan ini akan mempengaruhi
perkembangan anak-anak.

• Sbg panduan kpd ibu bapa dlm


menentukan gaya asuhan yg sesuai dgn
sifat dan keperluan anak2.
Model Keibubapaan Baumrind

Diana Baumrind
Pengenalan
Model Keibubapaan Baumrind

• Terdapat dua dimensi gaya asuhan


keibubapaan menurut Baumrind iaitu
responsiveness dan demandingness.
• Baumrind mengklasifikasikan gaya asuhan
keibubapaan kpd 3 iaitu:
 Autoritarian
 Permissive
 Autoritatif
2 Dimensi Gaya Asuhan
Keibubapaan Baumrind
1) Responsiveness

 Dimensi gaya asuhan keibubapaan yg


bersifat terbuka, mudah bekerjasama.
 Ia melibatkan pendekatan keibubapaan yg
bersifat tenang & menggalakkan rasa
bebas di kalangan anak2 utk melahirkan
pendapat masing2.
CONTOH DIALOG
• Ibu : Macamana dengan keputusan periksa Mal?
• Kamal : Mal dapat 2A je..Mal minta maaf, Mal dah cuba
buat yang terbaik tapi ini je yang mampu Mal
capai bu.
• Ibu : Takpelah Mal, lepas ni usaha lagi. InsyaAllah
kalau ada rezeki Mal, pasti dapat yang lebih baik.
Tapi Mal kena gandakan usaha..kejayaan tak
datang secara bergolek
• Kamal : Mal janji bu, Mal akan berusaha lebih tekun.
• Ibu : Okeylah, nasi pun dah sejuk tu. Jom kita makan
sama-sama.
2) Demandingness

 Dimensi gaya asuhan yg


bersifat banyak tuntutan dan
mendesak.

 Mereka menetapkan set


jangkaan yg tinggi &
mengawasi segala aktiviti yg
dilakukan oleh anak2.
C0NTOH DIALOG
Bapa : Macamana keputusan periksa kamu, Amir?
Amir : Mir cuma dapat 3A je ayah
Bapa : Apa? 3A je. Habis selama ni apa yang kamu
belajar. Banyak duit ayah habiskan
untuk kamu tau. Ini je yang kamu dapat?
Amir : Amir dah berusaha yah. Tapi..
Ayah : Dah, cukup. Ayah taknak dengar lagi. Masuk
bilik kamu dan baca buku!
Konsep Disiplin Dalam
Gaya Asuhan Anak-anak
• Dipersetujui oleh ramai pengklaji dan
ibubapa
• Disiplin merupakan satu cara menangani
tingkahlaku anak-anak :
Untuk mengelakkan daripada
terlibat dengan gejala yang tidak
sihat
Untuk keselematan, kesihatan dan
perkembangan anak-anak
Strategi Mendisiplinkan Anak
• Maksud disiplin :
Untuk “mengajar”, bukan untuk “menghukum”
sebagaimana sangkaan orang ramai.

• Disiplin membantu anak-anak


melihat kesan tingkah laku mereka
belajar untuk mengawal diri
memilih alternatif yg boleh diamalkan
dlm menghadapi tingkahlaku yg tdk diterima
• Kawalan disiplin melalui cara menakutkan dan
hukuman fizikal tidak digalakkan pada semua
peringkat umur.
• Salah satu cara untuk mengawal tingkahlaku
negatif anak-anak ialah:
 menyediakan aktiviti yang menyeronokkan
 Merubah suasana persekitaran supaya tidak
timbul rasa bosan.
 Menerapkan disiplin secara tidak
langsung.contoh
Melatih anak-anak mengemas kembali
barang permainan yang telah digunakan
Menggalakkan anak-anak mengemas bilik
tidur
:Langkah ini menggalakkan anak-anak mendapat kemahiran
penjagaan kendiri
Dendaan tidak digalakkan dalam strategi mendisiplin.
Walaupun begitu ia berkesan terhadap sesetengah
tingkahlaku. Akan tetapi menimbulkan kesan negatif seperti
agresif, mengelak, sikap menolong kurang.
Carta Gaya Asuhan Keibubapaan Baumrind

DIMENSI

1)Responsiveness 2)Demandingness

GAYA KEIBUBAPAAN

Permissive Autoritative Autoritarian

Indulgent Indifferent/Neglect
a) Authoritarian
• Merupakan gaya asuhan yang berbentuk
mengarah, dan menghukum.
• Menetapkan suatu peraturan tanpa ada
tolak ansur
• Lemah dalam komunikasi. Tidak
membenarkan anak-anak bersuara
dalam memberi pendapat
• Tiada kebebasan. Anak-anak terasa
terkongkong kerana peraturan yang
agak rigid.
Kesan gaya autoritarian

• Anak menjadi pasif


• Mempunyai konsep kendiri
yg rendah
• Lemah dalam komunikasi
• Tidak kreatif
• Anak tidak gembira
• Tidak peramah
• Moody
Contoh dialog

• Abah : Aiman kenapa balik lambat??


Kan abah dah pesan abih kelas
terus balik rumah. Ni tidak….
nak maghrib baru ingat rumah ye…
kecik-kcik lagi dah tak dengar kata
orang tua….
Aiman : Abah… maaf kan Aiman bah…
Aiman bukan sengaja nak balik
lambat….tadi….
Abah : Oh …sekarang dah pandai nak
menjawab ye. Ada je alasan yang
nak diberi…Sudah pergi masuk
bilik. Abah tak nak dengar sebarang
alasan…lain kali kalau Aiman buat
lagi tahu la abah apa nak buat…
ULASAN DIALOG 1

Dalam dialog di atas terdapat contoh yang jelas berkaitan


dengan gaya asuhan authoritarian. Ayah kelihatan
bersikap autokratik iaitu terus membuat interpritasi kepada
kesalahan anak tanpa membuat usul periksa. Ayah juga
tidak memberi ruang kepada anak untuk menyatakan sebab
mengapa dia pulang lewat ke rumah. Oleh kerana itu
sudah tentu anak berasa tidak puas hati dengan tindakan
ayah yang sebegitu. Ini boleh menganggu emosi anak.
Anak mungkin rasa tertekan, marah dan agresif dengan
tindakan ayah.
b) Permissive
Memberikan terlalu byk kebebasan kpd anak2 dgn
harapan anak2 boleh melakukan yg terbaik.

• Permissive Indulgent
 Kawalan yg sedikit ke atas anak2 @ tiada kawalan
langsung
 Memberikan terlalu byk autonomi kpd anak2
 Percaya anak2 perlu m’nyai byk kebebasan & x
boleh dikawal oleh org dewasa.
CONTOH DIALOG

Mira : Ibu, malam ni Mira balik lewat tau. Ada parti


kat rumah Lina
Ibu : Pukul berapa parti tu habis, Mira?
Mira : Dalam pukul 1.00 pagi habislah bu..
Ibu : Lambat sangat tu Mira. Nanti Mira nak balik
dengan siapa?
Mira : Ala..awal lagi tu, bu. Nanti Amir yang
hantarkan. Jangan risaulah..
Ibu : Jangan balik lewat sangat Mira. Esok Mira
ada kelas.
ULASAN DIALOG

Dalam dialog di atas, menunjukkan bahawa


ibu Mira mengamalkan gaya asuhan bersifat
‘permissive indulgent’. Ini kerana, beliau
membiarkan Mira mengatur aktiviti-
aktivitinya sendiri, mempunyai autoriti
dalam melakukan sesuatu di samping
mengelakkan dari mengenakan kawalan ke
atas Mira
• Permissive Indifferent/Neglect
 Melepaskan tgn dan mendakwa ‘saya x
peduli dgn apa yg kamu lakukan’.
 Dipanggil juga sbg ‘uninvolved’ atau tidak
terlibat.
 Meluangkan masa yg minima dlm
memberikan perhatian & bersosialisasi dgn
anak2.
CONTOH DIALOG

Oja : Abah, esok ada perjumpaan PIBG kat


sekolah. Semua ibu bapa kena hadir,
bah.
Abah: Alah...abah busy sangatla Oja.
Sebelum ni pun abah tak pernah pergi
kan. Oja sajelah yang pergi..
Ulasan dialog
Daripada dialog di atas, dapat dilihat bahawa Oja
membertitahu bapanya bahawa bapanya perlu
hadir ke perjumpaan PIBG di sekolahnya esok.
Namun, jawapan yang diberikan oleh bapanya
menunjukkan bahawa bapanya tidak mengambil
berat dan tidak mempedulikan akan apa yang
berlaku ke atas anaknya. Sikap ‘lepas tangan’
bapanya membuatkan Oja kecewa dan rasa
dipinggirkan. Oleh itu, gaya asuhan yang
diamalkan oleh bapa Oja adalah berbentuk
‘permissive indifferent/neglect’ iaitu mengabaikan
tanggungjawab dan tidak terlibat dalam peranan
sebagai ibu bapa yang sepatutnya.
Contoh Kes permissive Neglect
Zulkarnain (bukan nama sebenar) merupakan remaja
berusia 20 tahun merupakan penghuni Sekolah Henry
Gurney. Sejak Zul berusia lima tahun, ibubapanya telah
bercerai dan menyebabkannya tidak pernah bertemu
dengan bapa kandungnya sehingga kini. Ibunya pula telah
berkahwin lain dan mempunyai dua orang anak hasil
perkahwinan dengan suami barunya. Lantaran itu, Zul
telah terabai dan menyebabkannya menjadi remaja liar.
Ketika berada di alam persekolahan, Zul telah mula
terjebak dengan kegiatan jenayah seperti merokok,
mencuri dan terlibat dengan budak-budak ‘punk’.
Analisa Kes Permissive Neglect
Kes di atas menunjukkan bahawa gaya asuhan yang
diamalkan oleh ibu bapa Zul adalah berbentuk permissive
indifferent/Neglect. Ini dapat dilihat apabila Zul
mengatakan bahawa dia telah terabai setelah bapa dan
ibunya bercerai. Dia tidak mendapat kasih sayang dan
perhatian yang sepenuhnya terutamnya daripada bapa
kandungnya. Ini menyebabkan Zul menyalurkan
kekecewaannya kepada jalan yang salah iaitu melibatkan
diri dengan kegiatan jenayah seperti merokok dan mencuri.
Kurangnya kawalan dan perhatian yang diberikan oleh ibu
bapa Zul menyebabkan Zul bebas membuat keputusan dan
melakukan sesuatu mengikut kata hatinya sehingga
akhirnya membawa diri Zul ke Sekolah Henry Gurney.
Kesan Gaya Permissive
• Permissive Indulgent • Permissive
indifferent/Neglect
 Menentang/x patuh kpd  Ikut kata hati
org yg lbh dewasa
 Tanpa tujuan@ krg
 Kurang kawalan diri
 Agresif
aktiviti berasaskan
matlamat
 Cepat marah ttp mudah
riang kembali  Risiko terlibat dgn
 Mempengaruhi delinkuen
pencapaian akademik
c) AUTORITATIF
• Bentuk gaya asuhan di mana anak-anak bebas
untuk melakukan sesuatu tindakan tetapi masih
dalam pengawalan dan pengawasan daripada ibu
bapa.
• Ciri-Ciri:
 Menekankan kepada aspek perbincangan serta
memberi dan menerima pandangn yang
diutarakan oleh ahli keluarga.
 Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan
persetujuan bersama
• Memberi galakan serta menghormati kepentingan
anak-anak.
• Tidak terlalu bergantung kepada peraturan.
• Mesra dan tegas.
• Contoh ayat yang sering digunakan:
Ayah : Di sini ayah ingin menyatakan sebab
mengapa cadangan ini adalah yang terbaik buat
diri Amin. Namun, jika Amin rasa selesa dengan
pilihan Amin, ayah bersedia untuk
mendengarnya.’
Kesan Gaya Autoritatif
1. Kecekapan Sosial
 Mempunyai ketinggian & kecekapan dlm
p’hubungan sosial.
 Anak2 boleh b’dikari & menyesuaikan diri
dgp’kitaran.
 Contoh: Peramah, mudah mesra.

2. Pembangunan Psikososial
 Kehidupan yg sentiasa bahagia & gembira
 M’nyai kestabilan emosi yg baik & keyakinan diri
yg tinggi.
 Sedar batasan tingkahlaku yg perlu dipatuhi
3. Akedemik
 Memperolehi kecemerlangan dlm bidang
akedemik.
 Berinisiatif untuk melakukan sesuatu.
4. Masalah Tingkahlaku
 Kecenderungan utk melibatkan diri dlm aktiviti
delinkuen adalah kurang.
5. Motivasi
 Mempunyai gaya motivasi yg tinggi krn ibu bapa
sentiasa memberi dorongan & sokongan samada
berbentuk implisit dan ekstrisik.
 Wujud perkembangan intelektual dalam diri anak-
anak.
Contoh dialog
• Ayah : Alia sudah isi borang permohonan untuk
masuk ke Universiti ke?
• Alia : Belum lagi ayah
• Ayah : Baguslah kalau macam tu. Ayah
mencadangkan agar Alia memilih
bidang kejuteraan sebagai pilihan utama.
Yalah ayah bukannya apa memandangkan
kerjaya jurutera pada masa kini mendapat
tempat dalam pekerjaan di Malaysia.
Tambahan pula pada masa kini kerajaan
• begitu menggalakkan kaum Melayu
menceburkan diri dalam bidang ini.
•Alia : Ayah, Alia ingin minta maaf bukannya Alia nak
mengecilkan hati ayah, tapi Alia lebih berminat untuk
melanjutkan pengajian dalam bidang
perubatan kerana Alia ingin menjadi seorang doklor
satu hari nanti, tambahan pula Alia mendapat
keputusan yang cemerlang dalam matapelajaran Biologi
dan Kimia.
•Ayah : Kalau itulah yang Alia keputusan Alia, ayah tidak
menghalang. Terpulanglah kepada Alia untuk
membuat keputusan, asalkan itu yang terbaik buat diri Alia,
ayah menurut saja.
•Alia : Terima kasih ayah kerana memahami diri Alia.
•Ayah: Sama-sama.
Ulasan dialog
• Daripada dialog di atas, jelas menunjukkan bahawa bapa Alia
mengamalkan gaya asuhan keibubapaan authoritatif. Ini adalah
kerana bapanya menunjukkan sikap keterbukaan terhadap
pandangan yang diberikan oleh Alia. Pada mulanya ayah Alia
memberi cadangan kepada Alia supaya dia menyambung
pengajiaanya di dalam bidang kejuruteraan.
Walaubagaimanapun Alia dengan perasaan rendah diri dan rasa
penuh hormat, telah menyuarakan pendapatnya bahawa dia
lebih berminat untuk melanjutkan pelajarannya di dalam bidang
perubatan kerana cita-citanya semenjak kecil ingin menjadi
seorang doktor. Tambahan pula dia memperolehi kejayaan di
dalam mata pelajaran Biologi dan Kimia. Sebagai seorang bapa
yang mengamalkan gaya asuhan authoritatif ayahnya menuruti
kemahuan dan akan sentiasa memberi dorongan kepada Alia
jika itulah yang dirasakan terbaik untuk diri anaknya.
Contoh Kes 1
Ina merupakan anak bongsu dari 3 beradik. Ayahnya seorg
guru manakala ibunya hanya surirumah sepenuh masa.
Dibesarkan dgn penuh kasih sayang. Walaupun begitu,
ibubapanya sentiasa mengawasi tindakan yg dilakukan dan
tdk pernah mengongkong diri Ina terutama utk melibatkan
diri dgn aktiviti yg dianjurkan oleh pihak sekolah. Sesekali
Ina jg akan keluar bersama2 rakan utk bersiar2.
Kehidupannya sentiasa riang dan gembira. Ibu bapanya
sentiasa memberi sokongan kpd Ina utk menghadapi
peperiksaan. Ini mendorong Ina utk bljr bersungguh2 &
akhirnya dia mdpt keputusan cemerlang dlm SPM nya. Ibu
& ayahnya merasa gembira dan membawnya bercuti ke
luar negara sbg penghargaan di atas kejayaannya itu.
Analisa Kes 1

Drp cth kes di atas, jls menunjukkan bhw


ibu bapa Ina mengamalkan gaya asuhan
autoritatif. Ini kerana, ibu bapanya memberi
kebebasan yg sewajarnya di samping
pengawasan yang sepatutnya. Kesannya Ina
berjaya dgn cemerlang dlm peperiksaan dan
kehidupannya dikelilingi dgn kegembiraan
dan kebahagiaan.
Contoh Kes 2
• Tina adlh anak perempuan tunggal dlm keluarganya.
M’nyai ibu bapa yg penyayang & dilahirkan dlm
keluarga yg agak berada & mempunyai rupa paras yg
menarik. Segala kehendaknya dituruti. Namun, jadual
dan pergerakannya dikawal ketat. Dia dididik supaya
xbersikap murah & membenci lelaki. Sering
menghabiskan masa di rumah & dibenarkan membeli-
belah bersama kawan sebulan sekali. Hanya
dibenarkan berkawan dgn kaum sejantina & pulang
sblm 6 ptg. Dia xfhm mengapa ibubapanya bersikap
sedemikian menyebabkannya merasa tertekan dan
mahukan kebebasan. Justeru, beliau berjinak2 dgn
dunia chatting sehingga menemukannya dgn seorg
lelaki seterusnya menyebabkannya t/jebak dgn seks
bebas. (Sumber :Remaja, Jan 2003)
Analisa Kes
Drp kes di atas, dptlah dianalisis bhw, gaya asuhan
ibubapa memberi kesan kepada personaliti dan
tingkahlaku Tina. Gaya yang diamalkan oleh ibu
bapanya adalah lebih bersifat autoritarian karana :
• Cuba mengawal tingkahlaku Tina dgn mengenakan
peraturan tanpa menjelaskan rasionalnya.
• Tidak mempedulikan perasaan dan emosi Tina dgn
menganggap bhw Tina perlu mematuhi sgl arahannya.
• Sifat Ibu bapa yg tertutup dan tdk membenarkan Tina
menyatakan pendapatnya, menyebabkan Tina
menyalurkan ketidakpuasannya itu pada jalan yang
salah.
Contoh Kes 3
Menurut John W. Santrock (1997), terdapat satu
kes di mana seorang kanak-kanak lelaki telah
diasuh oleh ibu bapanya mengikut gaya indulgent
telah menyebabkan ibu bapanya berpindah
daripada suite bilik tidur mereka dan kemudian
mengambilalih bilik tersebut untuk kegunaannya.
Kanak-kanak lelaki tersebut kini berusia 18 tahun
dan tidak dapat mempelajari bagaimana untuk
mengawal tingkahlakunya. Apabila dia keinginnya
tidak dapat dipenuhi, dia akan berang dan
memberontak. Sepertimana yang dijangkakan, dia
kurang popular di kalangan teman sebayanya.
Analisa Kes Permissive Indulgent
Kes di atas menunjukkan bahawa gaya asuhan yang
diamalkan oleh ibu bapa kanak-kanak lelaki tersebut
adalah berbentuk permissive indulgent. Mereka
membenarkan segala tingkahlaku anak dengan anggapan
bahawa anak-anak perlu mendapatkan kebebasan yang
sepenuhnya. Ini dapat dilihat apabila ibu bapa kanak-kanak
tersebut sanggup membenarkan anak lelakinya itu
mengambil alih suite bilik tidur mereka sendiri untuk
dijadikan bilik tidurnya. Gaya asuhan yang terlalu
memanjakan anak menyebabkan anak lelaki tersebut tidak
dapat belajar untuk mengawal tingkahlakunya yang mana
sekiranya tidak dipenuhi, ia akan memberontak. Menurut
John W. Santrock lagi, kanak-kanak yang diasuh dengan
corak indulgent jarang belajar menghormati orang lain
serta sukar mengawal tingkahlaku mereka sendiri.
Contoh kes 4
• Zulkarnain (bukan nama sebenar) merupakan
remaja berusia 20 tahun merupakan penghuni
Sekolah Henry Gurney. Sejak Zul berusia lima
tahun, ibubapanya telah bercerai dan
menyebabkannya tidak pernah bertemu dengan
bapa kandungnya sehingga kini. Ibunya pula telah
berkahwin lain dan mempunyai dua orang anak
hasil perkahwinan dengan suami barunya.
Lantaran itu, Zul telah terabai dan
menyebabkannya menjadi remaja liar. Ketika
berada di alam persekolahan, Zul telah mula
terjebak dengan kegiatan jenayah seperti merokok,
mencuri dan terlibat dengan budak-budak ‘punk’
Analisa kes permissive indifferent
Kes di atas menunjukkan bahawa gaya asuhan yang
diamalkan oleh ibu bapa Zul adalah berbentuk permissive
indifferent/Neglect. Ini dapat dilihat apabila Zul
mengatakan bahawa dia telah terabai setelah bapa dan
ibunya bercerai. Dia tidak mendapat kasih sayang dan
perhatian yang sepenuhnya terutamnya daripada bapa
kandungnya. Ini menyebabkan Zul menyalurkan
kekecewaannya kepada jalan yang salah iaitu melibatkan
diri dengan kegiatan jenayah seperti merokok dan mencuri.
Kurangnya kawalan dan perhatian yang diberikan oleh ibu
bapa Zul menyebabkan Zul bebas membuat keputusan dan
melakukan sesuatu mengikut kata hatinya sehingga
akhirnya membawa diri Zul ke Sekolah Henry Gurney.
Model Keibubapaan Tidak
Berkesan Woititz (1992).

Janet G. Woititz.
Sifat-sifat Kanak-Kanak
Dewasa.
Menurut Janet G.Woititz, kanak-kanak dewasa
penagih arak terdiri daripada :
 Mereka meneka apa perangai yang normal.
 Sukar untuk mengikuti sesuatu projek daripada mula
hingga akhir.
 Kanak-kanak alkohol menipu apabila ianya hanya mudah
yang berkata tentang kebenaran.
 Menghakim diri mereka tanpa belas kasihan.
 Sukar untuk mendapatkan keseronokan.
 Membuatkan diri mereka begitu serius.
 Sukar untuk menjalankan hubungan yang rapat.
 Mempunyai reaksi yang berlebihan untuk mengubah
yang mana mereka tidak dapat mengawalnya.
 Mencuba secara berterusan untuk mendapatkan
kebenaran dan pengesahan.
 Kebiasaannya merasai yang mereka adalah berbeza
daripada orang lain.
 Terlalu bertanggungjawab atau terlalu tidak
bertanggungjawab.
 Terlampau setia, ini terbukti yang kesetiaan adalah
tidak berhak.
 Kanak-kanak dewasa alkoholik adalah impulsif. Mereka
cenderung untuk mengunci diri mereka sendiri ke
dalam haluan aksi tanpa memberi kan pertimbangan
yang serius kepada perangai yang lain atau akibat yang
meungkin. Desakan ini mengurangkan kekeliruan
kebencian kepada diri sendiri dan hilang kawalan
kepada persekitarannya. Tambahan pula, mereka
menggunakan jumlah tenaga latihan membersihkan
kekotoran.
13 CIRI-CIRI REMAJA OLEH
WOITITZ
2. Kebiasaan
3. Kepatuhan
4. Berbohong
5. Hukum Diri
6. Keseronokan & hiburan
7. Pentingkan diri
Sambungan….

7. Jaga hati kawan


8. Hindar dari kawalan
9. Perhatian, penghargaan & penerimaan
10. Perbezaan
11. Bertanggungjawab & tidak
bertanggungjawab
6. Bukti kesetiaan
7. Pelampau & desakan naluri
Kesan
Kesan 13 ciri remaja menurut Woititz
• Ikutan atau pegangan nilai hidup
• Penakut, pengecut atau pak turut
• Penipu, pembohong & perahsia
• Merasa diri tidak disukai, kotor, bersalah
terjerumus ke kancah maksiat
• Sukakan hiburan yang melalaikan
Sambungan….

• Tidak menghiraukan kesan terhadap diri,


keluarga, masyarakat dan negara
• Mengikut kata rakan
• Sikap permusuhan & dendam
• Merasakan diri unik dan berbeza daripada
orang lain
• Cuba menarik perhatian orang lain dengan
melakukan perkara negatif
Kesimpulan
• Ibu bapa memainkan peranan penting dlm
menentukan gaya asuhan yg sesuai bg
perkembangan fizikal dan mental yg positif di
kalangan anak2.
• Gaya asuhan boleh berubah mengikut
kesesuaian umur anak, suasana, sosioekonomi
dan pendidikan
• Gaya asuhan yang diamalkan oleh ibu bapa
mempengaruhi personaliti anak-anak.