Anda di halaman 1dari 2

Biasiswa Yayasan Hong Leong 2009

Syarikat Kumpulan Hong Leong, menerusi Yayasan Hong Leong menawarkan program
biasiswa setiap tahun kepada para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat
Diploma atau Ijazah dalam usaha untuk membantu masyarakat Malaysia merealisasikan
bakat sepenuhnya melalui pendidikan.

Jurusan Pengajian

Permohonan yang berjaya akan menerima bantuan kewangan untuk melanjutkan


pelajaran ke tahap Diploma atau Ijazah di dalam jurusan yang berikutnya:

IT, Komputer Sains dan Multimedia Kreatif


Perakaunan / Pengurusan dan Kewangan
Pengurusan Hotel
Sains Aktuari
Sains / Sains Gunaan
Perniagaan
Komunikasi Massa
Undang-Undang
Kejuruteraan
– Aeronotikal dan Keangkasawanan, Elektronik, Elektrikal, Komputer, Komunikasi,
Mekanikal, Mekatronik, Kimia, Alam Persekitaran
Pusat Pengajian

Pusat Pengajian yang diterima adalah di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) dan IPTS (Swasta) yang diiktiraf oleh Kerajaan termasuk Kolej Tunku Abdul
Rahman (TAR College), Asia Pacific Institute of Information Technology (APIIT),
Taylor’s College, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Limkokwing University
College of Creative Technology, Monash University (Kampus Malaysia) dan Universiti
Multimedia.

Kelayakan

Umur antara 17 dan 25 tahun.


Pencapaian cemerlang dalam akademik
SPM - sekurang-kurangnya 5A dan lulus 2 mata pelajaran dari sekurang-kurangnya 7
mata pelajaran
STPM - sekurang-kurangnya 3A dan lulus Kertas Pengajian Am
CGPA - sekurang-kurangnya 3.5 untuk Diploma atau Matrikulasi
Menampilkan kualiti kemahiran kepimpinan menerusi penyertaan aktif di dalam aktiviti-
aktiviti ko-kurikulum.
Tidak menerima tawaran biasiswa/bantuan kewangan dari mana-mana Institusi Pangajian
dan pertubuhan lain
Mendapat atau menunggu tawaran untuk memasuki mana-mana salah satu Institusi-
Institusi yang tersebut di atas.
Permohonan

Borang-borang permohonan boleh didapati:

dari semua cawangan Hong Leong Bank Berhad di Malaysia pada waktu perniagaan
bank.
melalui laman web Yayasan Hong Leong.
dengan menulis ke alamat di bawah - bersertakan juga sampul surat beralamat sendiri
serta setem 50sen
Hong Leong Foundation Scholarship Programme
Level 8, Wisma Hong Leong
18 Jalan Perak
50450 Kuala Lumpur
Tarikh Tutup

Tarikh penyerahan permohonan ialah 20 April 2009.


Hanya calon-calon yang layak akan dihubungi. Borang-borang yang tidak lengkap atau
diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

Anda mungkin juga menyukai