Penyucian .
Penyucian .
Tujuan penyucian itu ada dua jenis: Pertama untuk membolehkannya masuk
kepada alam sifat-sifat Ilahi dan kedua untuk mencapai makam Zat.
Penyucian yang bertujuan mencapai Zat Ilahi adalah melalui terus menerus
mentafakurkan kalimah tauhid. Ada tiga nama keesaan, tiga yang akhir daripada
dua belas nama-nama Ilahi. Nama-nama tersebut ialah:
LA ILAHA ILLA LLAH : Tiada yang ada kecuali Allah
ALLAH : Nama khusus bagi Tuhan
HU : Allah yang bersifat melampaui sesuatu
HAQ : Yang sebenarnya (Hakikat)
HAYYUN : Hidup Ilahi yang kekal abadi
QAYYUM : Berdiri dengan sendiri yang segala kewujudan bergantung kepada-
Nya
QAHHAR : Yang Maha Memaksa, meliputi segala sesuatu
WAHHAB : Pemberi tanpa batas
WAHID : Yang Esa
http://www.jalansufi.com/index.php?vi… 1/2
12/07/2009 18. Penyucian…..
AHAD : Esa
SAMAD : Sumber kepada segala sesuatu
Nama-nama ini mestilah diseru bukan dengan lidah biasa tetapi dengan lidah rahsia
bagi hati. Hanya dengan itu mata hati melihat cahaya keesaan. Bila cahaya suci Zat
menjadi nyata semua nilai-nilai kebendaan lenyap, semua menjadi tiada apa-apa.
Ini adalah suasana menghabiskan sepenuhnya segala perkara, kekosongan yang
melampaui semua kekosongan. Kenyataan cahaya Ilahi memadamkan semua
cahaya:
"Tiap-tiap sesuatu akan binasa kecuali Zat-Nya". (Surah Qasas, ayat 88).
"Allah hapuskan apa yang Dia kehendaki dan Dia tetapkan apa yang Dia
kehendaki, kerana pada sisi-Nya ibu kitab". (Surah ar-Ra'd, ayat 39).
Bila semuanya lenyap apa yang tinggal selamanya adalah roh suci. Ia melihat
dengan cahaya Allah. Ia melihat-Nya, Dia melihatnya. Di sana tiada gambaran, tiada
persamaan di dalam melihat-Nya:
"Tiada sesuatu yang serupa dengan-Nya. Dia mendengar dan melihat". (Surah
asy-Syura, ayat 11).
Apa yang ada hanyalah cahaya murni yang mutlak. Tidak ada apa untuk diketahui
lebih dari itu. Itu adalah alam fana diri. Tiada lagi fikiran untuk memberi khabar
berita. Tiada lagi sesiapa melainkan Allah yang memberi khabar berita. Nabi s.a.w
bersabda, "Ada ketika aku sangat hampir dengan Allah, tiada siapa, malaikat yang
hampir atau nabi yang diutus, boleh masuk antara aku dengan-Nya". Ini adalah
suasana pemisahan di mana seseorang itu telah membuang semua perkara kecuali
Zat Allah. Itu adalah suasana keesaan. Allah memerintahkan melalui Rasul-Nya,
"Pisahkan diri kamu dari segala perkara dan carilah keesaan".
Pemisahan itu bergerak daripada semua yang keduniaan kepada kekosongan dan
ketiadaan. Hanya dengan itu kamu memperolehi sifat-sifat Ilahi. Itulah yang
dimaksudkan oleh Nabi s.a.w apabila bersabda, "Sucikan diri kamu, benamkan diri
kamu dalam sifat-sifat yang suci (sifat Ilahi)".
http://www.jalansufi.com/index.php?vi… 2/2