Anda di halaman 1dari 10

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

LA SALLE,KLANG

TAJUK: CATAN

NAMA: KISNAN A/L RAMAYA

TINGKATAN: 2L

GURU: PN.ROKIAH
KAJIAN

Guru telah memberi tajuk ‘Catan’. Kajian telah dilakukan bersama


guru dalam sesi pembelajaran di kelas.

Catan ialah proses menghasilkan seni dengan


menggunakan bahan berwarna atau cat yang disapu ke atas sesuatu
permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang
menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk,rupa
ruang serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan
dikatakan bermula pada zaman Yunani Purba.Gambaran yang
dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan
ialah mozek , fresco dan tempera. Pada abad ke-20,muncul satu
aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan
karya seni abstrak dan semi abstrak. Di Malaysia,catan mula
berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah
Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan
media cat air.
Teknik Basah Atas Kering

CIRI-CIRI:

1. Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering
untukmenghasilkan kesan legap.
2. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak
senang dikawal sapuan warnanya.
3. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas
lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lut sinar.

CAMPURAN WARNA:

1. Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu
cair.
2. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.

CARA:

1. Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yang
nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap.
2. Untuk mendapatkan kesan transparens,basahkan berus dan celup ke dalam warna
yang cair,sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang
sama.

SENI REKA YANG


AKAN DIHASILKAN:
Teknik Basah Atas Basah

CIRI-CIRI:

1. Teknik ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah.
2. Ia menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi
media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya.
3. Pelukis harus membiarkan warna terdahulu yang masih lembap. Sapuan warna
berikutnya adalah lebih tinggi kandungan air dan pewarnanya.
4. Jika tidak, warna akan bercampur dan hasilnya nampaknya kotor.

CAMPURAN WARNA:

1. Campuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair.


2. Sebaik-baiknya ia harus mempunyai nilai warna yang cukup terang.
3. Ini kerana warna cat air akan nampak kurang cerah apabila kering. Gunakan
sapuan berus yang spontan.

CARA:

1. Kertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna disapukan
apabila permukaan masih basah.
2. Jika menggunakan lakaran pensel,elakkan daripada memadam garisan kerana ini
akan menimbulkan kesan berbulu. Seterusnya,ia akan meninggalkan kesan yang
kurang menarik apabila warna disapu.
3. Mulakan catan dengan lapisan warna yang nipis dan ditindih berperingkat-
peringkat dengan ton yang semakin gelap.
4. Bahagian terang dibiarkan tidak diwarna.
5. Berus yang bersih digunakan untuk menyerap air yang berlebihan. Hasil catan
diletakkan secara rata sehingga kering.

SENI REKA YANG


AKAN DIHASILKAN :
Teknik Berus Kering

CIRI-CIRI:

1. Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas.
2. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna
yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan
kering berlegap.

CAMPURAN WARNA:

1. Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu dahulu
dengan pekat.
2. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya,asingkan warna yang telah dibancuh.

CARA:

1. Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh.
2. Warna disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas
yang kering. Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada
setiap bahagian tidak bercampur.
3. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus.Jika ingin
menimbulkan kesan tindihan,biarkan warna kering dahulu. Kemudian,sapukan
warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering.

SENI REKA YANG


AKAN DIHASILKAN:
Teknik Kecatan

CIRI-CIRI:

1. Melibatkan sapuan warna dari tiub


2. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat.
3. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan kekasaran.
4. Melalui teknik ini,catan kelihatan bebas, semula jadi,dan spontan.

CAMPURAN WARNA:

1. Warna yang pekat dari tiub digunakan.


2. Sapuan warna terus dari tiub atas kertas.
3. Jika hendak menggunakan air hanya sedikit sahaja digunakan.

CARA:

1. Ambil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan.
2. Campuran warna yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa
menunggu warna itu kering.
3. Kertas hendaklah sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat.

SENI REKA YANG


AKAN DIHASILKAN:
PENGHARGAAN

Saya mengucapkan ribuan terima


kasih kepada guru seni saya, Pn.Rokiah
yang tidak jemu mendidik dan
membimbing saya. Saya juga
mengucapkan ingin terima kasih kepada
ibu bapa saya yang selalu mendorong
serta memberi kata-kata nasihat kepada
saya. Akhir sekali, kepada rakan-rakan
saya, Arwind dan yang lain-lain yang
membantu saya, juga diucapkan terima
kasih.

Sekian,terima kasih.

Rujukan
ISI KANDUNGAN

1. Isi kandungan …..

2. Kajian…..

3. Teknik catan…..

4. Teknik basah atas kering…..

5. Teknik basah atas basah…..

6. Teknik berus kering…..

7. Teknik kecatan…..

8. Anggaran kos…..

9. Penghargaan…..

10. Rujukan…..
Anggaran Kos

Bil Item Seunit Kos Guna


1 Kertas A4 RM0.10 RM1.40
2 Kertas lukisan RMO.20 RM0.80
3 Kos Mencetak RM0.10 RM1.00
Jumlah RM3.20

Bahan-bahan yang lain yang digunakan ialah:

• Bekas air
• Warna air
• Pelbagai jenis berus
• Bekas mewarna
• Surat khabar
• Gunting
• Pembaris
• Pensel
• Pen Marker
• Pen Pewarna
• Pensel