Anda di halaman 1dari 15

5.5.

2009

FO KUS : D IL EM A KEHI DUP AN MAN US IA MAS AK IN I

1. 0 PE ND AH ULU AN

Definisi tamadun islam adalah “Sebuah tamadun yang dibangunkan atas dasar takwa
dan keredhaan Allah SWT melengkapi syarat-syarat dan ciri-ciri yang ditetapkan oleh
Al-Quran dan As-sunnah sehingga wujud sebuah masyarakat yang aman harmoni”
Maknanya, sesuatu elemen murni yang terdapat dalam sesebuah tamadun terbukti
memberi pengaruh besar terhadap keselesaan hidup, kebahagian, keharmonian dan
kemakmuran serta menjadi pegangan masyarakat untuk dihayati dan dipertahankan. 1

2. 0 SENA RIO DU NI A I SL AM

Sama ada kita menyedari atau tidak, hakikatnya umat islam kini terpaksa menghadapi
cabaran baru yang bersifat dalaman dan luaran secara serentak. Selain serangan
pemikiran, kita juga kian lemah kerana terpaksa menghadapi masalah krisis identiti dan
moral yang sedang melanda umat islam masakini akibat dari kealpaan dan keegoan kita
sendiri. Adakah ini yang pernah disifatkan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya yang
bermaksud;

“Ha mp ir ma san ya di m an a s el uruh ba ng sa ( ku ffar) ber tun gkus -lu mu s


ing in m engu asai k am u ( um at is lam ) b agai kan or ang y ang la par
men yanta p hi dan gan yang se dan g t er hid ang ”. P ar a saha bat b ertan ya;
“Adaka h ka mi se dikit b il ang ann ya w ahai R asululla h?” S ab da Rasu lullah
sa w; “Bah kan ( tid ak) ! K am u p ad a ketika it u r amai tet ap i ka mu (ba gaik an)
bu ih ba nji r. (W aktu itu) Alla h swt men ca but kegerunan yang ter da pat
da lam d iri mu su h-m us uh k am u k eti ka b erha da pan den gan
ka mu ,( set er usn ya) A llah men ca mp akkan da la m h ati k am u ( pen yakit) al -
wahn” . M ereka ( par a s ahab at) berta nya; “ Apaka h al -wahn itu waha i
Ras ulullah? ” S ab da (ba gin da sa w) ; “ Cintak an d un ia d an takut ma ti
(sy ah id )” – Hadis riwayat Dawud,kitab al-ma,Abu Lahim, bab 5)

3. 0 KELEM AHA N DA N CA BA RA N K EHID UP AN UM AT I SL AM MAS AK IN I 2

1. UMA T IS LAM TER LALU CI NT AKA N DU NI A DA N BEN CI KAN S HA HID

Kebanyakan umat islam telah lupa tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah SWT
sebagai khalifah di muka bumi kerana sibuk mengejar material, akibatnya umat islam
kehilangan jati diri, mudah hanyut dan tidak berprinsip. Islam tidak mengecualikan
soal kebendaan namun seharusnya umat islam tidak dilalaikan dengan matlamat
kebendaan sehingga melupakan keperluan rohaninya iaitu hubungannya dengan
Allah swt dan tanggungjawabnya pada agama.

1
Konsep tamadun islam, Perbincangan mengenai tamadun, 2007
2
Isu-isu kontemporari dunia islam, Perbincangan mengenai tamadun,2007
Adalah sangat menakutkan sekiranya keegoan dan kealpaan manusia ini akan dibalas
dengan bala oleh Allah swt seperti dalam firmanNya;

“M aka ap ab ila m ereka m elu pa kan a pa yang ka mi per ing atkan


den gann ya, ma ka k am i aka n b uka kan p in tu- pi ntu k emew ahan se hin gg a
ap ab ila m ereka l ek a g embir a d enga n a pa yan g kam i k urniaka n, ne sca ya
kam i a kan tarik k embali se car a men gejut. Pad a k etik a itu mer eka akan
te rkap ai- kap ai ti ada te mpat unt uk b ergantun g” (al-an’am:44)

2. PERP EC AH AN U MAT IS LAM

Banyak negara islam bersengketa akibat perbezaan puak dan mazhab. Dalam pada
itu, timbul pula semangat asabiyah, firqiyah dan mazhabiyah. Akibatnya lahirlah
wilayah-wilayah islam berada dalam keadaan berselerakan tanpa mendapat
pembelaan daripada kerajaan pusat dan masyarakat islam hidup secara nafsi-nafsi
yang terpaksa melawan tentera penjajah secara bersendirian. Contohnya keadaan
yang berlaku di palestin gagal dibela oleh negara-negara islam di sekelilingnya.

3. TID AK P AND AI MENGG UN AK AN PO TEN SI Y AN G A DA

Umat islam sebenarnya memiliki kekuatan, bilangan penganut, hasil bumi dan agama
namun negara-negara arab berkiblatkan Amerika. Hasil minyak dilaburkan semula di
negara barat bukan untuk membangunkan negara sendiri, wilayah-wilayah islam
yang miskin dan membangun. Akibat kejahilan, apabila negara islam ditimpa
musibah, terpaksa memohon pertolongan negara luar.

4. GUG ATAN PE NJ AJ AH - A NGKA RA YAHU DI DA N AMER IK A

Kelemahan umat islam membuka ruang yang luas kepada kuasa barat menguasai
dunia islam, bahkan mereka bebas mebunuh orang yang tidak berdosa termasuk
orang tua dan kanak-kanak akibat peperangan. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
gagal berfungsi sebagai badan pengaman dunia. Contohnya dalam menyelesaikan
kemelut di Palestin dan Afghanistan.

5. MASALAH SOSI AL , KR IS IS IDEN TI TI DAN MO RAL DI KALANGA N UMA T


ISL AM 3

Pada diri manusia ada hati atau al-qalb yang dapat menimbang dan membezakan
antara hak dan bathil, jiwa yang berkeupayaan mengendalikan hawa nafsu dan jiwa
yang menggerakkan perbuatan.4 Dalam sebuah hadis, Rasululah besabda;

“Keta huilah ol eh mu ba ha wa d al am tu buh ma nus ia itu ad a s ek etu l


da gi ng . Bila ia b ai k, ba ikla h s em uan ya d an a pa bila ia r osak ,r osaklah
semua nya. K etah uilah ba ha wa d ag in g yan g di ma ksu dkan itu a da lah
hati”

3
Rujuk nota CITU,UITM
4
Gaya hidup sihat menurut perspektif islam, Pembentukan Fitrah Hidup Islam, IKIM
2
Justeru hati juga seperti jasmani perlu dipelihara dan memerlukan makanan dan
ubat. Hati perlu dipelihara supaya tidak tertewas dengan leka dengan dunia.

Al-Quran dan As-Sunnah telah menggariskan secara terperinci tentang akhlak namun
ia tidak dipahat dalam jiwa umat islam. Kesan yang paling membimbangkan masakini
adalah terungkainya ikatan akhlak dari hati umat islam.

Berdasarkan kajian, banyak faktor yang mepengaruhi rosaknya nilai-nilai akhlak


murni dalam diri umat islam sepert berikut:

i. Bud aya Luar

Dengan merujuk contoh kepada negara kita sendiri, kita buntu dalam
menangani pelbagai jenis masalah sosial dan moral walaupun pelbagai usaha
telah dilakukan. Budaya luar memainkan peranan penting sebagai penghalang
dan memusnahkan umat islam. Antaranya gaya hidup asing yang membawa
gejala sosial adalah seperti pelacuran, perjudian, pergaulan tanpa batas, arak,
dadah, pemakaian mendedah aurat, budaya lepak, hiburan melampau dan
sebagainya. Kesannya gejala sosial yang makin menjadi-jadi dan tidak mampu
dikawal. Umat islam yang tidak dibentengi keimanan mudah terpengaruh
sehingga mencemarkan imej islam dan menyukarkan aktiviti dakwah untuk
menarik orang bukan islam kepada islam.

ii . Pen garuh Medi a-M as sa

Pelbagai jaringan telekomunikasi hadir bersama arus kemodenan. Di samping


majalah, akhbar, tv dan radio, kini kemudahan internet telah melampaui
sempadan dan terlalu sukar dibendung. Informasi budaya hidup barat,
pendedahan aurat, hiburan dan termasuk adegan lucah terlalu mudah sampai
kepada umat islam. Keadaan ini sangat membimbangkan kerana masalah ini
banyak melibatkan pemikiran dan akhlak golongan remaja dan muda mudi
islam yang bakal mewarisi dunia ini. Tanpa dididik dengan akhlak mahmuddah
sedari kecil, golongan ini yang sedang mencari identiti diri mudah mengambil
model negatif yang kononnya serasi dengan jiwa dan mengikut arus
kemodenan. Akhirnya muncullah golongan remaja yang bergelar kaki lepak,
bohsia, bohjan, geng punk, hip hop, Shuffle dan mat rempit. Malah kini media
tempatan juga memainkan peranan ke atas kerosakan yang berlaku apabila
pelbagai rancangan realiti bercorak hiburan mula mengambil tempat dan
menjadi kegilaan remaja-remaja islam.

3
ii i. Aki dah

Cabaran dari sudut akidah pula ketika munculnya pelbagai ajaran sesat seperti
Ayah Pin, nabi palsu Kahar Ahmad dan gejala murtad dari kalangan umat
islam seperti kes Lina Joy dan banyak lagi masalah melibatkan umat islam
Malah, mereka juga mempunyai penyokong dari golongan islam sendiri.
Akidah adalah asas islam. Tanpanya tidak tertegak islam dalam kehidupan
individu dan masyarakat. Umat islam yang tidak mempunyai benteng akidah
yang kuat mudah terpesong sehingga sanggup menggadaikan agama.

iv. Syariat ( per und an gan isla m)

Syariat adalah pemacu pembangunan ummah Syariat bersifat universal


(relevan di mana sahaja tanpa batas geografi) dan terpakai secara
keseluruhan bukan pada bahagian yang tertentu sahaja. Namun, masyarakat
kini tidak lagi mengambil berat tentang ibadat dan memisahkan antara ibadat
dan amalan seharian. Sistem ekonomi berasaskan riba berleluasa. Sistem
kekeluargaan pula kian rapuh menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan
seterusnya mendorong masalah sosial termasuk penderaan anak dan
sumbang mahram yang bakal memusnahkan sesebuah masyarakat dan
negara.

v. Pen di dika n A ga ma

Pengabaian pendidikan agama menjadi punca utama kelahiran generasi yang


bermasalah disebabkan kegagalan dan kepincangan yang dialami oleh sistem
pendidikan liberal dan sekular dalam soal pembentukan peribadi insan.
Pelbagai krisis sosio-budaya yang kian parah dalam masyarakat moden
seharusnya membawa perubahan pemikiran secara menyeluruh terhadap
persoalan pendidikan dalam zaman sekarang.

6. SE RA NG AN ID EO LOG I M OD EN BA RA T

Ideologi adalah fahaman falsafah berbentuk teori dan andaian yang dihasilkan dari
pengamatan dan pengalaman manusia sebagai pegangan dalam pelaksanaan
sesuatu sistem hidup (sekularisme).

Ideologi ini secara perlahan-lahan telah meresapi pemikiran umat islam sehingga
wujudnya satu bentuk pemikiran baru yang kononnya berhasrat untuk
mengeluarkan umat islam dari kepompong pemikiran kolot yang menghalang umat
islam mengembangkan tamadunnya.

Kel ahir an I sla m L ib er al

Merujuk kepada nasihat oleh Saidina Umar Al-Khatab dalam satu ucapannya;

4
“Akan terungkailah ikatan islam satu persatu dari seorang yang lahir membesar di
dalam islam tetapi tidak kenal jahiliah”

Islam liberal adalah satu bentuk pemikiran jahiliah moden yang dinanuti sebahagian
cerdik-pandai muslim hari ini khususnya yang berlatar-belakangkan pendidikan
barat yang cuba membebaskan diri daripada disiplin ilmu agama yang digagaskan
oleh ulama. Istilah ‘Islam Liberal’ diwujudkan untuk mengelabui mata umat islam
dengan matlamatnya untuk menimbulkan keraguan terhadap kebenaran agama
islam di kalangan umat islam sehingga akhirnya pegangan agama islam dianggap
tidak relevan lagi di zaman moden ini.

Golongan islam liberal tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang yang menolak
agama, tetapi berselindung di sebalik gagasan yang mengkaji semula agama,
mentafsir semula al-quran, menilai semula as-sunnah dan menapis semula hukum
hakam syariat dan fiqh. Bagi mereka, agama hendaklah ditundukkan kepada waqi’
(realiti) semasa sekalipun terpaksa menafikan hukum hakam dan peraturan agama
yang telah sabit dengan nas-nas syarak secara qat’ie (putus). Jika terdapat hukum
yang difikirkan tidak menepati zaman dan kemodenan maka hukum itu hendaklah
ditakwilkan atau digugurkan. 5

Ben tuk Pemi kir an Isla m Li be ral

Golongan islam liberal jarang mengakui mereka menganut fahaman liberal. Antara
bentuk fikrah atau pemikiran golongan islam liberal ialah:

a. Men ganut faha man pl ur ali sm e

Fahaman yang mengatakan bahawa semua agama sama sahaja di mana


orang islam juga mesti mengiktiraf agama lain juga benar. Disebabkan
fahaman inilah lahirnya idealogi pancasila di indonesia yang membenarkan
perkahwinan campur antara agama.

Hakikatnya, Allah swt telah menegaskan di dalam al-Quran melalui


firmanNya:

“S esu ng gu hn ya ag am a ( yan g ben ar d an di redh ai) di si si A llah


ad alah isla m”. (Ali Imran;19)

b. Men des ak agar di berikan hak kebeba san murta d untu k peng an ut
isla m di m ala ysia 6 .

Kelompok islam liberal berhujah bahawa hak untuk murtad menurut mereka
adalah kebebasan beragama yang juga diakui oleh al-Quran, iaitu dengan
menyalahtafsirkan ayat Allah swt :
5
Bentuk-bentuk pemikiran golongan islam liberal, Siri serangan Pemikiran,Islam Liberal dan Pluralisme
Agama, 2006
6
Merujuk kes murtad Lina Joy
5
“Ti dak ad a p ak saan da lam b erag am a ”.(al-baqarah;256)

Sebaliknya mereka menolak hadis iaitu:

“Se siap a y ang m enu kar a ga man ya ( yak ni m urta d) ,m aka


hen da klah kam u memb un uhn ya”. (Riwayat imam bukhari,Ahmad,Abu
Daud dan lain-lain dari Ibn Abbas)

c. Ayat -ayat Al-Q ur an perlu dita fsir semu la ag ar se lari deng an


per ed ar an za man

Menurut golongan ini, Al-Quran perlu dikaji semula tanpa terikat dengan
tafsiran ulamak-ulamak terdahulu kerana mereka berpandangan tafsiran
ulamak-ulamak terdahulu telah jauh ketinggalan dan tidak sesuai lagi untuk
zaman sekarang. Dalam menafsir Al-Quran tidak perlu terikat dengan ilmu
asbabun-nuzul, nasikh wal mansukh, tafsiran Rasulullah, para sahabat dan
ahli-ahli tafsir terdahulu sebaliknya perlu menepati logik akal dan rasional.7

d. Mempertika i sy ariat Allah SW T dan hu kum -h uku m fi qh dengan


huja h r asio nal.

Golongan islam liberal ini juga gemar mempertikaikan syariat Allah dan
hukum hakam fiqh islam dengan menggunakan lojik akal atau rasional
semata-mata. Mereka berpendapat hukum syariat silam adalah ciptaan
ulamak dan fuqahak yang perlu dinilai semula dan dikritik termasuklah
hukum-hakam syariat yang jelas. Golongan ini menolak autoriti ulamak
dalam bidang agama sebaliknya menekankan kebebasan berpendapat bagi
sesiapa sahaja yang mempunyai pandangan tentang agama. Antara hukum-
hakam syariat yang dicadangkan supaya dikaji semula adalah:

i. Hukum faraid yang tidak sama rata antara lelaki dan wanita

ii. Keharusan berpoligami bagi lelaki

iii. Kewajipan bertudung kepala ke atas wanita

iv. Hukuman bunuh ke atas orang murtad

v. Hukuman jenayah hudud yang dianggap pengaruh budaya arab


jahiliah

vi. Larangan wanita dari menjadi pemimpin termasuklah dalam solat.

vii. Hak mutlak suami untuk mencerai isteri

viii. Larangan perkahwinan antara orang islam dan bukan islam

ix. Undang-undang moral agama yang dianggap melanggar hak asasi


dan kebebasan manusia

7
Tulisan Kassim Ahmad,New Straits Times (2000)
6
e. Men olak pen gu atkuasa n u nd ang -u nd ang m or al ag am a

Undang-undang moral agama yang dianggap melanggar hak asasi dan


kebebasan manusia. Golongan islam liberal berpendapat persoalan yang
berkaitan dengan moral dan agama dianggap hak peribadi dan kebebasan
tersebut tidak seharusnya dikawal dengan menggunakan kuasa
perundangan.8

f. Men dukun g ger akan pembe basan wanita da n f emin ism e 9

Antara tuntutan golongan ini ialah:

i. Persamaan dalam harta pesaka

ii. Hak poligami lelaki perlu ditarik balik

iii. Persamaan hak dalam perceraian

iv. Menentang pemakaian yang menutup aurat kerana kuno dan


merampas hak kebebasan wanita

v. Menyeru supaya mencontohi wanita barat

g. Mer ag ui kesahi han seb aha gia n te ks Al -Qur an da n


pen yusu nann ya.

Terdapat golongan yang menyatakan kepentingan menilai semula atau


sebahagian daripada ajaran Al-Quran yang diragui kesahihan kandungannya
dan terdapat juga pandangan menganggap isi kandungan Al-Quran tidak
sesuai dengan perkembangan atau kemajuan zaman hari ini.

h. Men olak da n mempertikai had is Na bi SAW dengan men dakw a ia


ber ca ng ga h d engan Al -Q ur an.

Terdapat beberapa buku yang menulis tentang perbezaan yang terdapat di


antara Al-Quran dan hadis. Antaranya buku bertajuk “Hadis, jawapan kepada
pengkritik” yang telah menyenaraikan lebih dari 10 perkara. Contohnya,
menurut beliau di dalam Al-Quran ada menegaskan bahawa hanya satu
rujukan kaum muslimin iaitu Al-Quran namun sebaliknya hadis pula
mengatakan ada dua iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

i. Mer ag ui k eperi ba dia n R as ulullah SAW.

Golongan ini berpendapat Rasulullah SAW hanyalah manusia biasa yang


boleh berbuat kesilapan dan boleh dikritik. Mereka mempersoalkan
8
Sisters In Islam mengeluarkan memorandom bantahan kepada kerajaan kerana JAWI menahan
pengunjung islam dalam pusat hiburan
9
Di Malaysia,gerakan feminisme didokongi Sisters in Islam (SIS) atas dasar social aparteid
7
kepimpinan Rasulullah dan perkahwinan baginda dengan ramai wanita.
Mereka juga menghina pemakaian serban, menghina sunnah Rasulullah SAW
dan anti kepada pendidikan islam.

4.0 BA GAI MA NA SE HARUS NY A SE ORA NG M US LI M B ERF IK IR? 10

“Dan tid ak h arus ba gi or an g yan g ber ima n, le laki da n per empuan ap ab ila
Alla h d an rasul Ny a men etap kan keputusan men genai se suatu per kar a
(tid aklah harus mer eka ) m empun yai h ak m emili h k et etap an se nd iri
te ntan g u rusan mer eka ” (al-ahzab:36)

Golongan islam liberal seperti diketahui dipengaruhi cara berfikir barat yang
mengutamakan akal dan rasional dan sangsi terhadap ilmu yang berasaskan wahyu.
Fahaman islam liberal ini seolah-olah bagaikan ‘api dalam sekam’ yang sedang
mengelirukan pemikiran umat islam masakini. Pengaruhnya secara diam mampu
merosakkan masyarakat dan tamadun umat islam.

Untuk selamat dari dakyah dan tipu daya golongan islam liberal, umat islam perlu
didedahkan secara menyeluruh tentang cara berfikir islam yang sebenarnya. Mereka
perlu diberi pemahaman tentang sumber-sumber ilmu dan makrifah dalam islam yang
dijadikan landasan oleh ulamak dan ahlus-sunnah sejak dahulu hingga sekarang.

Menurut imam al-ghazali,sumber-sumber makrifah di dalam islam secara amnya ada


tiga iaitu pancaindera, aqal dan wahyu. Akal mempunyai batasan kemampuannya
seperti menurut Iman as-syafi’ie;

“Sesungguhnya akal mempunyai batasan yang menjadi penghujung sebagaimana


penglihatan mempunyai batasan yang menjadi penghujung pandangannya.”

Menurut Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah, ada tiga jenis ilmu iaitu yang tidak diketahui
kecuali dengan akal,yang tidak diketahui melainkan dengan wahyu dan yang diketahui
dengan akal dan wahyu. Wahyu menjadi petunjuk dalam beberapa persoalan seperti
akidah, akhlak dan ibadah manakala aqal dapat digunakan untuk memutuskan
persoalan seperti kajian sains, urusan keduniaan dan kemanusiaan tetapi sekiranya
terdapat ajaran agama yang menyentuhnya, maka kata pemutus tetap pada ajaran
agama.

5. 0 PE NY EL ES AI AN M ELALU I J IH AD D AN D AKW AH 11

Menurut Ibn Taimiyah, Jihad ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai


sesuatu yang dikasihi Allah dari segi meningkatkan keimanan dan amal soleh dan
bersungguh-sungguh juga berusaha untuk membasmi segala bentuk
kekufuran,kefasikan dan kemaksiatan dalam masyarakat. Dakwah pula ialah menyeru
atau mengajak ke arah kebenaran dan kebaikan (islam).

1. Uslu b (K aedah da n pen dek atan) .

a) Dengan cara berhikmah dan bijaksana iaitu dengan ilmu dan pengalaman

10
Merujuk kesalahan cara berfikir Muztazilah iaitu menutamakan pandangan akal walaupun bertentangan
nas.
11
Rujuk nota CITU, UITM
8
b) Dengan pengajaran terbaik selaras tuntutan wahyu iaitu berasaskan ajaran
Al-Quran dan As-Sunnah

c) Mujadalah(perdebatan) secara harmoni.

2. Pend ek atan t ek nikal

a) Ker jasam a antar a ulam a da n pemi mpi n – Mewujudkan muzakarah


secara ikhlas dan terbuka bagi mencari jalan penyelesaian dan
mengembalikan semula umat islam ke titik pertemuan yang boleh
dipersetujui bersama,iaitu kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

b) Men yekat pi ntu -pi ntu ker osaka n – Ceramah, nasihat dan motivasi
bukanlah ubat yang mujarab bagi membendung masalah sosial selagi pintu-
pintu yang membawa kerosakan tidak disekat. Contohnya dadah tidak boleh
dibasmi tanpa menahan pengedarnya namun pengedaran tidak boleh disekat
selagi sarang maksiat dan pusat hiburan masih berleluasa.

c) Mempel ba gaika n pr ogr am kese dar an – Seminar, ceramah motivasi,


program dan kursus termasuk sukan dan rekreasi serta aktiviti lain yang
bermanfaat.

d) Ma ta pel ajar an pend id ika n ag ama , siv ik da n ad ab – Perlu diberi


perhatian di sekolah. Di samping itu kursus-kursus kekeluargaan dan
pendidikan anak-anak perlu dipertingkatkan kerana kebanyakan masalah
sosial berpunca dari rumah.

e) Mel et akkan garis pan du an yang jel as da lam men cari rez eki –
Ramai umat islam yang memandang remeh unsur-unsur meragukan seperti
riba yang menghalang keberkatan rezeki yang diperolehi. Rezeki yang
diperolehi dari sumber yang haram pastinya akan menutup pintu hati.
Kelalaian inilah yang menjadi punca keruntuhan akhlak umat islam masakini.

3. Wasilah (med ia ) u ntuk j ihad d an da kw ah

a) Bahasa Ba da n da n lisa n – personaliti umat islam yang berwibawa


beserta lidah yang fasih ketika memberi pengajaran dan nasihat akan
menyenangkan dan menyakinkan hati orang yang didakwah dan dinasihati;

“S erula h ( se mu a m an usia) kep ad a ja lan t uhan mu den gan h ik mah


dan pen gajar an yan g ba ik d an b ijaks ana, da n ba ntahla h m er ek a
dengan car a yang ba ik” (An-Nahl:125)

b) Kuasa ek ono mi – Membina masjid,sekolah dan sebagainya

c) Kuasa po litik – Membuat arahan yang sepatutnya

d) Mel alui pen did ikan – Pengajaran di sekolah dan institusi pendidikan

e) Kaed ah pen ulisa n – majalah, akhbar, buku dan lain-lain.

9
6. 0 KES IMPU LAN

Memetik kata-kata yang bersinar oleh mubaligh islam yang agung, Abu al-Hassan al-
Nadani ;12

‘Pada mulanya keseluruhan kehidupan adalah kunci yang sukar dibuka dan pintu-
pintunya berkunci. Akal fikiran, hati, bakat kebolehan, kedudukan keluarga, istana
pemerintah, gedung-gedung orang kaya dan pemerintah-pemerintah terkunci dan tidak
dapat dibuka walaupun pelbagai cara dilakukan. Kemudian Allah swt menurunkan
risalah Muhammad SAW yang merupakan kunci kemanusiaan yang telah hilang.
Akhirnya, dengan kunci itu satu persatu pintu dapat dibuka. Anak kunci itu ialah
keimanan kepada Allah SWT, RasulNya serta hari akhirat.’

Sesungguhnya, dengan kembali kepada Allah SWT dan RasulNya adalah penyelesaian
yang tunggal untuk membebaskan manusia dari dilema kehidupan masakini. Kunci
penyelesaian bukan semata-mata terletak pada ilmu dan falsafah ahli fikir semata-
mata, namun kunci sebenar adalah sinar risalah Muhammadiah yang diturunkan
bersama Al-Quran sebagai petunjuk kehidupan yang serba sempurna.

Ketika berhadapan dengan cabaran globalisasi dalam dunia moden kini, pendekatan
perolehan ilmu secara Naqli dan Aqli (sistem ilmu & sistem hukum islam) mesti
dijadikan agenda utama bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang mampu
menghadapi cabaran dan sekaligus boleh menyumbang kepada pembinaan tamadun
ummah keseluruhannya.

Dalam rangka mengembalikan semula kegemilangan islam dan tamadunnya, setiap


insan seharusnya mempunyai matlamat hijrah atau revolusi insaniyah yang berpaksikan
akidah atau iman kepada Allah swt. Hanya kekuatan akidah adalah penentu kepada
kekukuhan umat islam dan tamadun yang dihasilkannya. Tamadun yang dibina atas
keimanan dijanjikan oleh Allah SWT membawa kemenangan, kejayaan, kelebihan dan
kebahagiaan.13 Ini dibuktikan di dalam firman-Nya;

“Da n A llah te lah b erjanj i k epa da or ang y ang b eri man di a ntar a ka mu d an
menge rjaka n a mal sole h ba ha wa D ia s ung guh -sun gg uh aka n m enja dika n
mereka b erkua sa d i bu mi s eba gai mana Di a m enja dika n or ang se belu m
mer eka ber kuasa da n s ung guh Dia akan men eguhka n b ag i m ereka a ga ma
yang t ela h d ir edh ai- Ny a u ntuk m ereka y an g m enu kar ( kead aan )
mereka,s es ud ah m ereka b erada di d ala m ketakutan men jad i a ma n
sentos a M er ek a t etap m enyemb ah -K u den gan t iad a m empers ek utukan
se suatu den gan A ku . D an se sia pa y an g ( te tap ) k af ir s es uda h ( janji ) itu ,
ma ka m ereka itu lah or ang -or ang yang fas ik” (An-Nur:55)

5. 0 PE NU TUP

Hakikatnya, individu itu sendiri yang menjadi asas pembentukan masyarakat dan
kerajaan. Individu yang tidak mempunyai rohani, menjauhkan diri dari iman, tidak
memiliki makanan hati dan iman, tidak mempunyai sesuatu yang dapat
menghubungkan kembali antara hamba dan tuhanNya, di antara kebendaan dengan

12
Iman dan Reformasi,Kemanisan Iman(2000)
13
Hijrahlah untuk kejayaan & kegemilangan, Majalah Cahaya (2008)
10
kerohanian dan di antara ilmu dan akhlak pasti akan meletakkan tamadun manusia ke
ambang kehancuran.

Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW adalah dua pusaka dan warisan yang
ditinggalkan oleh Rasulullah SAW untuk panduan hidup umat manusia seluruhnya. Di
dalamnya terkandung peraturan dan pelbagai ketentuan yang harus dilaksanakan oleh
setiap muslim dalam setiap aspek kehidupan manusia. Sabda Rasulullah SAW yang
diriwayatkan oleh at-Tirmizi dan Abu Dawud yang bermaksud;

“Ak u tin ggal kan k epa da ka mu du a p erkar a, t ida klah kam u a kan se sat b uat
sela ma -la man ya s el ag i ka mu ma sih ber pega ng kepad a k edu a-d ua nya iaitu
kita b Allah SW T (A l-Q ur an ) d an Su nnah Rasul ullah S AW.”

Sekian, terima kasih.

RUJU KA N

1. TAFS IR AL-QURA N A L-K ARI M

2. DR YUSO F AL -Q ARA DH AWI, KEMA NIS AN IMA N, J AK IM (2 000 )

3. RI DU AN MO HAM AD N OR & A HMA D ADU AN FADHI L, SI RI SER AN GA N

PE MI KIR AN ( IS LAM LI BE RA L & PLURAL IS ME AG AMA ), M HI PUBL IC ATIO N

(2 006 )

4. PROF . M ADYA DR . N IK MO HD RO SD I N IK AH MAD & NI K K AMA LI AH B T NI K

AB DUL LAH, P ER BI NC AN GA N MENGE NAI T AMA DU N, PUS AT PE MI KIR AN DA N

KEFAHA MAN I SL AM( CI TU) U IT M (2 00 7)

5. SI TI FATIM AH AB D RA HM AN, K HAI RUL AZ HAR ID RI S & AB U B AKA R Y ANG ,

PE MBEN TUK AN F IT RA H H IDUP IS LAM, I NST ITUT KEFAHA MAN I SL AM

MAL AYSI A ( IKI M) (2 004 )

11
6. MAJ AL AH CA HAYA, J AK IM ( 200 8)

Salah si ap a?

12
Ing atlah .. .
13
14
15