Anda di halaman 1dari 34

TAJUK TUGASAN : 2.

INTERAKSI ANTARA PELBAGAI


TAMADUN DAN KESANNYA KEPADA

NEGARA MALAYSIA
Pensyarah : Mohd Radzi Bin Lebai Mat

Disampaikan oleh : Cheng Chee Ling

PENGENALAN
Interaksi merupakan hubungan aktif yang saling bertindak balas atau saling mempengaruhi antara satu sama lain. Interaksi antara tamadun ini berlaku di peringkat nilai, idea, institusi dan insan. Interaksi ini melahirkan kesan-kesan positif dan negatif.

FAKTOR-FAKTOR INTERAKSI ANTARA


TAMADUN
a.

Kepimpinan Interaksi akan berlaku dalam aman dan sebaliknya apabila pemimpin atau raja bersikap adil dan toleransi. Contoh pemimpin yang toleransi, pertama, Nabi Muhammad s.a.w. tidak sekat orang Yahudi dan Kristian dalam pemerintahan Madinah sebaliknya hak mereka dilindungi undang-undang.

b. Geografi
Bentuk muka bumi dan kemudahan perhubungan merupakan faktor penting dalam interaksi. Contohnya, Cina berinteraksi dengan pesat kerana mempunyai dua laluan iaitu jalan sutera darat dan jalan laut. Cina berinteraksi dengan Negara Arab telah berlaku sejak 3Masihi, dihubungkan dengan jalan sutera darat yang merentasi Khurasan,Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking dan juga jalan laut merentasi Laut Arab ke Benua Kecil India, Kepulauan Melayu hingga ke Canton di tenggara China.

c. Perdagangan Aktiviti perdagangan turut menjadi faktor penjalin interaksi antara tamadun. Pedagang Arab dan Parsi telah membuat penempatan seperti di Kwang Cho (Canton), Chang Chow dan Chuan Cow. Mereka juga telah mendirikan masjid di Guangzhou dan Guanzhou. Situasi ini membuktikan berlaku Islamisasi di wilayah ini.

d. Misi Politik Faktor misi politik turut menggalakkan berlakunya interaksi dalam suasana harmoni. Berdasarkan catatan sejarah Melaka berhubungan diplomatik dengan China telah terjalin sejak tahun 1404 M. Pada tahun-tahun berikutnya, Melaka telah menerima beberapa utusan dari China yang kemudiannya Melaka telah membalas utusan tersebut. Tujuan Melaka mengadakan hubungan baik dengan China adalah untuk mendapat perlindungan daripada ancaman Siam. Persetujuan China terbukti dengan penghantaran Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam ke Melaka.

e. Perkahwinan Sementara menunggu angin monsun berbulan lama berlakunya interaksi antara penduduk tempatan dengan penduduk Arab, kalangan pedagang akan berkahwin dengan penduduk tempatan. Secara tidak langsung, berlakunya islamisasi setelah penduduk tempatan berkahwin dengan pedagang Arab yang beragama Islam. Selain itu, pedagang yang berkahwin dengan puteri pemerintah tempatan dan perkahwinan antara wanita Islam dengan lelaki bukan Islam seperti perkahwinan Megat Iskandar Shah dengan Puteri Pasai.

INTERAKSI TAMADUN MELAYU DENGAN INDIA


Pada zaman prapenjajah Barat, interaksi telah bermula sejak kurun pertama masihi, faktor-faktor yang mendorong interaksi adalah faktor perdagangan,misi diplomatik, dan perkahwinan . Srivijaya yang muncul akhir abad ke-5, berfungsi sebagai kota pelabuhan enterport yang penting selama 500 tahun bagi produk dari Timur seperti China dan Kepulauan Melayu untuk ditukar dengan produk dari Barat seperti India dan Timur Tengah.

Pada zaman penjajahan barat, kedatangan dan perpindahan orang India semakin pesat secara mendadak berikutan dasar kuasa penjajah British yang menggalakan pengambilan tenaga buruh asing untuk kejayaan misinya mengeksplotasi sumber kekayaan di Tanah Melayu. Beramai-ramai orang India pindah ke ladang getah, tebu, kopi di Tanah Melayu. Sistem yang bawa buruh dari India ialah Sistem Kangani dan Sistem Kontrak. Pengaruh India ke atas kebudayaan dan masyarakat Melayu boleh dikesan dalam bahasa dan kesusasteraan, institusi pemerintahan, dan istiadat Raja-Raja Melayu serta adat resam dan hiburan.

INTERAKSI TAMADUN MELAYU DENGAN CHINA


Pada zaman Prapenjajah Barat, faktor interaksi di zaman ini didorong dengan faktor diplomatik dan perdagangan. Interaksi bermula dari Dinasti Han (140-117SM), Pemerintahan Sun Quan (222-252M), Dinasti Tang (semasa pemerintahan Srivijaya), Dinasti Song (960-1279),dan Dinasti Ming (semasa zaman Kesultanan Melaka). Semasa Dinasti Tang, hubungan diplomatik semakin pesat. Kedatangan pedagang dan penuntut agama Buddha di Srivijaya (pusat pengajian Buddha).

Dinasti Ming merupakan dinasti yang menjalin hubungan interaksi dengan paling gemilang. Utusan Laksamana Cheng Ho datang semasa Kesultanan Melaka bertujuan menjalin persahabatan, perdamaian dan perniagaan bukan penaklukan. Impak semasa zaman Pra-penjajahan Barat berlaku di Tanah Melayu, iaitu sikap mereka saling menghormati dan mengiktiraf kewibawaan kerajaan dan ciri budaya masing-masing. Pengaruh yang paling ketara ialah bahasa dan budaya Baba dan Nyonya. Penjajahan Barat berlaku kerana matlamat 3G, God, Gold, Glory dan matlamat ini berbeza dengan dasar Konfusius. Faktor interaksi antara Tanah Melayu dengan China ialah perdagangan, ekonomi, dasar kerajaan, dan pemberontakan di Tanah Besar China.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DENGAN ISLAM


Hubungan dengan tamadun Islam bermula abad ke-7 Masihi (Tahun pertama Hijrah). Pedagang dari Yunan banyak berniaga dengan kerajaan Melayu China menjelaskan bahawa kerajaan Ta-Shih (di Sumatera Utara) telah wujud sebagai sebuah kerajaan Islam. Kerajaan Melayu Acheh dan Kesultanan Melaka adalah antara dua pusat perkembangan Tamadun Islam di Alam Melayu. Kedatangan Islam di Asia Tenggara telah menyebabkan munculnya kerajaan-kerajaan kecil Islam yang lain seperti Pattani, Brunei, Demak, Mataram, Bentan, Johor-Riau dan Sulu.

Interaksi tamadun Melayu dengan Islam berlaku dengan pesat dan interaksi tersebut telah banyak mengubah budaya dan kepercayaan masyarakat alam Melayu.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN CHINA DENGAN KOREA


Pada zaman dinasti Shang (kurun ke-16 hingga ke11 SM) orang Cina telah mengenali Korea sebagai satu entiti kawasannya tersendiri. Orang-orang Cina telah berhijrah ke Korea untuk mengelakkan peperangan dan seksaan politik. Semasa pemerintahan Dinasti Han, orang Korea telah dipaksa supaya mengamalkan kebudayaan China. Antara unsur-unsur kebudayaan China yang amat berpengaruh di Korea ialah Konfusianisme dan Buddhisme.

Selain daripada kepercayaan, bahasa dan tulisan China juga mempengaruhi Korea. Pada kurun ke-15, pemerintah Dinasti Li di Korea telah mencipta sistem tulisan Korea berpandukan kepada grafik tulisan China. Kebanyakan perbendaharaan kata bahasa Korea berasal dari istilah-istilah tulisan atau bahasa China.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN CHINA DENGAN INDIA


Hubungan China dengan India bermula abad ke 2 SM iaitu dipercayai semasa pemerintahan Dinasti Han. Perkara yang paling utama akibat daripada interaksi India-China ialah kemasukan agama Buddha yang pesat. Interaksi kedua-dua tamadun tersebut berlaku disebabkan oleh faktor perdagangan, kegiatan penyebaran agama dan hubungan diplomatik.

Pada kurun ke-19, kemasukan beramai-ramai orang Cina dan India oleh penjajah Barat dalam usaha mereka untuk memenuhi permintaan tenaga buruh telah mewujudkan satu kelompok masyarakat Cina dan India di negaranegara Asia Tenggara. Budaya dan pegangan hidup pendatang ini telah mempengaruhi kehidupan penduduk tempatan

KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN


Interaksi antara tamadun di Malaysia wujud kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada tiga bangsa dominan yang berasal dari kelompok Tamadun Asia. Peribumi Melayu mewakili pembina Tamadun Melayu, etnik Cina mewarisi Tamadun Cina dari Tanah Besar Cina dan etnik India mewakili Tamadun India dari Benua Kecil India. Kepelbagaian bangsa yang mendiami Malaysia pasti memberi pelbagai kesan dalam hidup bermasyarakat. Kesan ini dikategorikan kepada kesan positif dan kesan negatif.

KESAN NEGATIF
i.

Jurang perbezaan ekonomi Di Semenanjung Tanah Melayu, para petani dilindungi oleh kerajaan British melalui dasar utamanya yang bertujuan menempatkan orang Melayu di kawasan luar bandar. Masyarakat Cina pula sibuk memajukan kegiatan ekonomi eksport dan import. Dasar Inggeris ini condong membantu kaum imigran menyebabkan ramai orang Melayu kehilangan tanah dan hidup dalam miskin.

Ringkasnya, akibat dasar pecah dan perintah Inggeris berlaku perbezaan tumpuan sektor ekonomi. Melayu sebagai petani sara diri dan nelayan, Cina di sektor perdagangan dan perlombongan, manakala India di ladang. Ini memberi kesan kepada ketidakseimbangan antara luar bandar dengan Bandar serta jurang perbezaan antara orang miskin dan orang kaya.

ii.Kesan Sosial
Kemasukan ekonomi moden telah mengubah struktur masyarakat Melayu dan peribumi kepada masyarakat yang kompleks dan berkelas-kelas. Kelas atasan terdiri sari golongan bangsawan Melayu, saudagar, pengurus dan pengusaha yang terdiri daripada orang asing dan Cina. Kelas pertengahan adalah masyarakat etnik Cina dan sedikit dari golongan India, sebilangan kecil individu Melayu dan lain-lain kaum bumiputera.

Kelas bawahan merupakan majoriti masyarakat Melayu dan peribumi. Seolah-olah wujud susun lapis dan kelas masyarakat berdasarkan lunas perkauman.

iii.Pencapaian yang tidak seimbang, con dalam pendidikan

Sistem pendidikan penjajah mewujudkan sekolah mengikut kaum dan logistik etnik di Malaysia. Masyarakat Melayu dengan pendidikan Melayu yang dibahagi kepada 2 jenis sistem, iaitu sekolah venakular untuk anak-anak bangsawan dan sekolah Melayu yang berbentuk pendidikan asas sahaja. Etnik India pula dengan pendidikan berteras bahasa Tamil dengan mutu pelajaran sangat rendah dan tiada peringkat menengah. Manakala etnik Cina pula dengan teras sistem tersendiri dan pentingkan pelajaran.Guru adalah dari China dan buku yang digunakan juga dari China.

Justeru itu, pelajar lebih mementingkan pergolakan politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di negara China dari perkembangan di Tanah Melayu. Sementara komuniti peribumi yang terdiri dari Orang Asli, etnik Sabah dan Sarawak tidak diberikan pendidikan kerana akan memusnahkan kebijaksanaan semulajadi.

KESAN POSITIF
Kesan positif telah wujud sejak dari awal interaksi bangsa di Malaysia yang berlaku sebelum merdeka hinggalah pada zaman kemerdekaan, selepas merdeka dan hingga kini. Kesan ini telah menghasilkan hubungan harmoni antara kaum di Malaysia.

I. PERTAMBAHAN BAHASA DAN KOSA KATA MELAYU DALAM PELBAGAI ASPEK. Kosa kata dalam Bahasa Melayu telah bertambah sehari ke sehari sejak berlakunya interaksi antara bangsa. Contoh kosa kata bahasa Melayu yang wujud hasil interaksi : Makanan dan buahan Bakmi, me, mesua, cincau, kueh Permainan Ceki, pakau, capjeki, congkak Rumah dan peralatan loceng, langkan, sampan, beca

II.

KEBUDAYAAN

a. Budaya Baba-Nyonya Perkahwinan antara orang tempatan dengan orang Cina berlaku dan lahirlah satu budaya kacukan yang dipanggil Baba dan Nyonya. Mereka bertutur dalam bahasa Melayu gaya mereka yang kemudiannya dikenali sebagai bahasa Melayu Baba.

b. Budaya China Peranakan Pertama, Cina Peranakan Kelantan yang dikatakan bermula hasil wujudnya hubungan diplomatik negara Cina dengan negeri di Pantai Timur yang berlaku sejak sebelum zaman Srivijaya lagi. Antara kesan interaksi yang berlaku antara mereka dengan penduduk tempatan ialah penyerapan ciri-ciri budaya Melayu di kalangan mereka. Komuniti kedua ialah Cina Peranakan Melaka dan Pulang Pinang. Masyarakat Cina Peranakan dua tempat ini menggunakan bahasa Melayu dan cara hidup Melayu, namun mereka tidak beragama Islam.

III.

KESENIAN

Hasil interaksi antara Tamadun Melayu dan Tamadun Cina di Tanah Melayu pada zaman awal amat ketara pada aspek seni bina. Unsur seni bina Cina diserap dalam pembinaan masjid. Antara ciri khusus serapan ialah pada reka bentuk bumbung masjid yang menyerupai seni bina Pagoda. Contoh yang jelas dapat dilihat pada Masjid Tanjung Kling dan Masjid Tengkera, di Melaka.

IV.

DASAR PENDIDIKAN NEGARA

Dasar pendidikan di Malaysia digubal setelah mengambilkira aspek masyarakat majmuk yang telah berinteraksi sekian lama secara harmoni.Semua dasar pelajaran seperti Penyata Barnes, Penyata Fenn-Wu, Undang-undang Pelajaran 1952, Pernyata Razak. Sistem yang lebih seragam dan menyeluruh lebih menjamin perpaduan rakyat Peruntukan yang besar juga disediakan untuk memperkembang pendidikan di Sabah dan Sarawak.

V.

DASAR INTEGRASI NASIONAL

Malaysia telah berusaha membentuk perpaduan antara masyarakat majmuk dan integrasi yang lebih mantap antara penduduk Semenanjung dengan Sarawak dan Sabah. Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat ditubuhkan pada 27 Oktober 1990. Untuk menjayakan sistem ini, beberapa jabatan ditubuhkan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Jabatan Hal Ehwal Wanita dan Yayasan Kebajikan Negara.

VI. BAHASA MELAYU SEBAGAI ALAT PERPADUAN


Interaksi antara bangsa di Malaysia dipadukan melalui penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi seperti yang tercatat pada Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan. Untuk mengukuhkan lagi peranan bahasa Melayu dalam masyarakat majmuk kerajaan telah membentuk Akta Bahasa Kebangsaan pada tahun 1963.

PENUTUP
Setiap tamadun mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan perkembangannya. Kesinambungan dari kelangsungan sesebuah tamadun itu sebenarnya hasil sikap terbuka dalam menerima sebarang perubahan dan pengaruh tamadun lain. Interaksi akan memperkaya dan memantapkan perkembangan tamadun. Sikap perkauman, kedaerahan, prasangka, rasisme, anti agama lain dan sebagainya akan semakin berkurangan jika interaksi berlaku secara berterusan dengan sempurna.

REFLEKSI

Dapat memahami bahawa setiap tamadun mempunyai ciri-ciri dan keistimewaan yang berbeza. Untuk memajukan negara kita, kita harus belajar kebaikan tamadun lain dan menerap kesan yang positif. Saya telah mengkaji tamadun Cina dan tamadun India semasa penjajahan Barat. Pada ketika itu, berlakunya jurang antara orang miskin dengan orang kaya dan juga jurang antara kaum. Perkara ini harap tidak berlaku lagi kerana ia merosakkan perpaduan rakyat negara kita. Selain itu, Malaysia juga dapat memperbanyakkan budaya, agama, seni, makanan dan bahasa setelah berlakunya interaksi antara tamadun. Walaupun Malaysia mempunyai pelbagai kaum, tetapi rakyat boleh saling menghormati dan bekerjasama memajukan negara. Ini merupakan kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai