Anda di halaman 1dari 1

Mohamad Afiq Mohd Mustafa No. 2 Lorong 2F, Taman Bukit Bendera, 28400 Mentakab, Pahang Darul Makmur.

Pengarah, IPG Kampus Sultan Mizan 22200, Besut Terengganu Darul Naim Malaysia Tuan, Permohonan Cuti Kebenaran Dengan hormatnya, saya ingin menarik perhatian Tuan berhubung perkara di atas. 2. Saya Mohamad Afiq Bin Mohd Mustafa (No. Kad Pengenalan: 910317-06-5965) ingin memohon cuti kebenaran untuk menghantar adik perempuan saya ke Universiti Malaysia Perlis (UniMap) di Perlis bagi menyempurnakan proses pendaftaran beliau ke universiti tersebut. 3. Untuk makluman tuan, saya memohon cuti kebenaran selama sehari iaitu pada 2 September 2013 (Isnin). Bersama-sama ini dilampirkan surat tawaran adik saya ke universiti tersebut untuk rujukan tuan. 4. Saya berharap pihak tuan dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya atas permohonan saya ini. Kerjasama pihak tuan amat saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang Benar, __________________________ (MOHAMAD AFIQ BIN MOHD MUSTAFA) u.p Unit Praktikum

26 OGOS 2013.

Anda mungkin juga menyukai