Anda di halaman 1dari 12

Tokoh yang mempelopori teori psikolinguistik ialah Noam Avram Chomsky pada tahun 1957.

Tokoh ini telah membawa revolusi dalam bidang linguistik, khususnya psikolinguistik. Tokoh unggul ini berpendapat bahawa otak manusia dipraprogramkan oleh mekanisme kognitif yang disebut sebagai Peranti Pemerolehan Bahasa atau Language Acquistion Device (LAD).

Psikolinguistik adalah ilmu gabungan antara dua ilmu: psikologi (kejiwaan) dan linguistik (kebahasaan). Maka psikolinguistik adalah ilmu yang mempelajari proses-proses mental yang dilalui oleh manusia dalam rangka bahasa. Psikolinguistik mempelajari empat topik utama: a) Komprehensi- proses mental yang dilalui oleh manusia sehingga dapat menangkap apa yang dikatakan orang dan memahami apa yang dimaksud. b) Produksi- proses-proses mental pada diri manusia yang membuatnya dapat berujar seperti yang ujarkan. c) Landasan biologis serta neurologis yang membuat manusia biasa berbahasa. d) Pemerolehan bahasa- bagaimana cara seseorang memperoleh bahasa.

Psikolinguistik meliputi proses-proses kognitif yang membolehkan penjanaan ayatayat yang mempunyai tatabahasa dan bermakna dari segi perbendaharaan kata dan struktur tatabahasa, serta proses-proses yang membolehkan pemahaman pernyataan, perkataan, teks, dan sebagainya.

Adanya banyak subbahagian dalam bidang psikolinguistik yang mendasari komponenkomponen bahasa manusia. Fonetik dan fonologi adalah berkenaan dengan kajian bunyi pertuturan. Dalam bidang psikolinguistik, penyelidikan menumpukan perhatian pada bagaimana otak memproses dan memahami bunyi-bunyi itu. Morfologi ialah kajian struktur-struktur kata, khususnya hubungan antara perkataanperkataan yang berkait (seperti jalan dan berjalan), dan pembentukan perkataan berdasarkan peraturan-peraturan (umpamanya, pembentukan kata berimbuhan).

Sintaksis ialah kajian pola-pola yang menetapkan bagaimana perkataanperkataan digabungkan untuk membentuk ayat. Semantik adalah berkenaan dengan makna perkataan-perkataan dan ayat-ayat. Jika sintaksis adalah berkenaan dengan struktur formal ayat, semantik mengolahkan maksud ayat-ayat yang sebenar. Pragmatik adalah berkenaan dengan peranan konteks dalam pentafsiran makna.

Kebanyakan perkaedahan dalam bidang psikolinguistik mengambil bentuk uji kaji tingkah laku. Subjek eksperimen diberikan sesuatu bentuk input linguistik dan diminta melakukan sesuatu tugas (umpamanya, membuat pertimbangan, menghasilkan semula rangsangan, membaca perkataan yang dipaparkan dengan kuat). Masa tindak balas (biasanya pada peringkat milisaat) dan kadar jawapan yang betul paling biasa digunakan untuk mengukur prestasi.

Tugas-tugas ini mungkin termasuk meminta subjek menukarkan kata nama menjadi kata kerja; umpamanya, "buku" membayangkan "menulis", "air" membayangkan "minum", dan sebagainya.

Contoh Eksperimen - memberikan ayat aktif seperti "Ali membaling bola kepada Ahmad", serta padanan ayat pasifnya, "Bola itu dibaling oleh Ali kepada Ahmad", lalu bertanya, "Siapakah yang membaling bola itu?" Kita mungkin akan menyimpulkan bahawa ayatayat aktif dapat diproses dengan lebih mudah (lebih cepat), berbanding dengan ayat-ayat pasif. Kita mungkin mendapati bahawa sesetengah orang tidak berupaya memahami ayat-ayat pasif, dan kita mungkin akan mengambil langkahlangkah sementara untuk memahami jenis-jenis kekurangan bahasa yang tertentu (afasia).

Teknik-teknik tak invasif yang lebih baru kini termasuk pengimejan otak oleh tomografi pancaran positron (PET); pengimegan resonans magnet fungsian (fMRI); keupayaan berkait peristiwa (ERP), serta perangsangan magnet transkranial (TMS). Setiap jenis perkaedahan memberikan kelebihan-kelebihan dan kelemahankelemahan tersendiri untuk mengkaji sesuatu masalah dalam bidang psikolinguistik.

Pemodelan pengiraan merupakan lagi sejenis perkaedahan, dan merujuk kepada amalan membina model-model kognitif dalam bentuk atur cara boleh laku.

Lebih terkini, penjejakan mata telah dipergunakan untuk mengkaji pemprosesan bahasa dalam talian. Bermula dengan Tanenhaus et al. , sebilangan kajian telah mula menggunakan gerakan mata sebagai alat untuk mengkaji proses-proses kognitif yang berkait dengan bahasa pertuturan. Oleh sebab gerakangerakan mata adalah amat berkait dengan fokus perhatian terkini, pemprosesan bahasa boleh dikaji melalui pengawasan gerakan-gerakan mata ketika seseorang subjek diberikan input linguistik.

Anda mungkin juga menyukai