Anda di halaman 1dari 2

TAHUN 6 Minggu : 3

SAINS Tahun 6B

Hari : Ahad

Tarikh : 12 Januari 2014

Tema : Menyiasat Benda Hidup Tajuk : 1.Interaksi Antara Hidupan Objektif Pembelajaran: 1 . 2 Memahami persaingan adalah satu bentuk interaksi antara benda hidup Hasil Pembelajaran : Murid dapat

1.2.1menyatakan bahawa hidupan berinteraksi antara satu sama lain di dalam persekitaran. 1.2.2menyatakan bahawa persaingan adalah satu bentuk interaksi. 1.2.3menyenaraikan faktor-faktor persaingan haiwan. 1.2.4memberi sebab-sebab mengapa haiwan bersaing
Fasa /Aktiviti : Persediaan : i) Persaingan mendapatkan diah/ maknan yang terhad Imaginasi : ii) Membezakan persaingan antara haiwan dan tumbuhan Perkembangan :

1.2.1menyatakan bahawa hidupan berinteraksi antara satu sama lain di dalam persekitaran. - Murid menonton tayangan video tentang interaksi antara benda hidup dalam pelbagai habitat. - Murid berbincang dan memberi contoh-contoh interaksi antara benda hidup. - Murid berbincang bahawa persaingan adalah satu bentuk interaksi. 1.2.2menyatakan bahawa persaingan adalah satu bentuk interaksi. Murid menonton tayangan video atau simulasi komputer tentang persaingan antara haiwan. 1.2.3menyenaraikan faktor-faktor persaingan haiwan. - Murid berbincang dan menyenaraikan faktor-faktor persaingan haiwan iaitu: a) makanan, b) air c) pasangan d)tempat tinggal e) Wilayah/kawasan. - Murid menjalankan beberapa aktiviti untuk memerhati haiwan bersaing untuk mendapatkan makanan,contoh: ikan atau burung 1.2.4memberi sebab-sebab mengapa haiwan bersaing Murid berbincang bahawa haiwan bersaing kerana: a) sumber makanan terhad, b) sumber air terhad, c) mendapatkan pasangan untuk membiak, d) mempertahankan atau mencari wilayah, e) mempertahankan atau mencari tempat tinggal. Murid menonton tayangan video atau melihat gambar tumbuhan di dalam hutan. Berdasarkan video atau gambar, murid berbincang mengapa tumbuhan di dalam hutan mempunyai ketinggian berbeza.
Tindakan : iv) Membuat peta minda / nota/ latihan berdasarkan maklumat yang dikumpul dan membuat kesimpulan.

KPS: Memerhati, berkomunikasi, mengelas ABM : Gambar, Buku teks, lembaran Refleksi :

TAHUN 5 Minggu : 3
SAINS Tahun 5C

Hari : Ahad

Tarikh : 12 Januari 2014

Tema : Menyiasat Benda Hidup Tajuk : 1. Mikroorganisma Objektif Pembelajaran:

1.2 Memahami bahawa sesetengah mikroorganisma adalah berbahaya dan sesetengahnya berguna
Hasil Pembelajaran : Murid dapat 1.2.1menyatakan contoh kegunaan mikroorganisma. 1.2.2menyatakan kesan-kesan buruk mikroorganisma. 1.2.3memerihalkan penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma boleh merebak dari seseorang ke seseorang yg lain. 1.2.3menerangkan cara mencegah penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma Fasa /Aktiviti : Persediaan : i) Membincangkan pelajaran lepas ii) Melabelkan peta minda ringkas iii) Menyenarai maklumat penting Imaginasi : ii) Murid membuat perbezaan diantaranya kegunaan dan bahaya mikroorganisma Perkembangan : 1.2.1 menyatakan contoh kegunaan mikroorganisma.

Murid mengumpul maklumat berkaitan kegunaan mikroorganisma, contoh: a) membuat roti, b) membuat tapai, c) membuat tempe, d) membuat baja.
1.2.2 menyatakan kesan-kesan buruk mikroorganisma.

Murid mengumpul maklumat berkaitan kesan buruk mikroorganisma, contoh: a) menyebabkan penyakit, b) menyebabkan keracunan makanan, c) menyebabkan kerosakan makanan, d) menyebabkan pereputan gigi.
1.2.3 memerihalkan penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma boleh merebak dari seseorang ke seseorang yang lain.

- Murid mengumpulkan maklumat mengenai penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma, contoh: sakit perut, demam campak, batuk, selesema, pereputan gigi, kudis buta, sakit mata, beguk dan AIDS. - Murid berbincang mengenai penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma yang merebak dari seseorang kepada seseorang yang lain.
1.2.3menerangkan cara mencegah penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma

Murid berbincang bagaimana penyakit yg disebabkan oleh mikroorganisma boleh dicegah drpd merebak, cth: a)mencuci tangan sebelum mengendalikan makanan, b)memasak air sebelum diminum, c)menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin, d)membasuh tangan selepas menggunakan tandas, e)mengkuarantinkan pesakit yang menghidapi penyakit cacar, sakit mata atau beguk, f)membalut luka.
Tindakan : iv) Membuat peta minda berdasarkan maklumat yang dikumpul dan membuat kesimpulan. KPS: Memerhati, berkomunikasi, mengelas ABM : Gambar, Buku teks, lembaran Refleksi :

Anda mungkin juga menyukai