Anda di halaman 1dari 2

Teori perkembangan kognitif Piaget Jean Piaget (1896-1980) ialah ahli psikologi Switzerland yang telah cuba menjelaskan

tentang kaedah manusia mempelajari ilmu dan membina hipotesis. Dia juga menjelaskan bagaimana minda manusia membina skemata dan melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu. Beliau mengasaskan teori perkembangan kognitif manusia melalui peringkat-peringkat perkembangan. (Ramlah dan Mahani, 2002) Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Piaget mengenalpasti empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu: Kematangan biologi-- Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka/ genetik. Interaksi individu dengan persekitaran-- lndividu berinteraksi dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati. Pengalaman sosial-- Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran: ibu bapa, adik-beradik, rakan, guru dsb. Keseimbangan-- Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami. PROSES MENCAPAI KESEIMBANGAN Menurut Piaget, setiap indlvidu cenderung untuk memahami persekitaran Mereka. lndividu sentiasa cenderung untuk memahami sesuatu situasi, menyelesaikan sesuatu kekusutan. Kita akan berasa kurang selesa sekiranya berdepan dengan sesuatu keadaan yang tidak menentu atau keadaan yang tidak dapat dijangka. Ketidakselesaan ini akan mendorong individu mencari penyelesaian atau keseimbangan. Setiap kali individu memperolehi sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun pengalaman-pengalaman tersebut dalam minda masing-masing dan membentuk satu sistem yang dipanggil skema. Proses penyusunan dan pembentukan skema ini dipanggil organisasi. Skema-skema ini akan digunakan oleh Individu apabila mereka berdepan dengan sesuatu situasi yang memerlukan penyelesaian. Pembentukkan skema bermula sebaik sahaja seseorang individu dilahirkan. Ia bermula dengan pembentukan skema yang mudah kemudian beransur kepada skema yang lebih kompleks. Contohnya: Bayi membentuk skema untuk mencapai sesuatu objek, kanak-kanak membina skema-skema untuk mengkategori sesuatu benda atau skema untuk mengenal huruf. Anda membentuk skema untuk memandu atau memasak. Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berdepan

dengan situasi yang baru. Dalam situasi-situasi yang baru ini, individu akan berdepan dengan masalah. Mereka perlu mengubahsuai skema lama mereka supaya mereka dapat mengadaptasi dengan situasi baru tersebut. Proses perubahan atau penukaran skema lama kepada skema baru dipanggiI adaptasi. Adaptasi melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman ini dengan skema-skema yang teIah sedia ada. Akmnodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru. Individu akan mengubah cara pemikiran unluk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema baru. Dalam contoh di atas, akomodasi berlaku apabila kanak-kamik dapat mengenal dan membezakan d daripada b. Menurut Piaget, proses mengorganisasi, mengasimilasi dan mengakomodasi adalah proses yang digunakan oleh individu untuk mencapai keseimbangan. Individu akan terus menguji minda mereka unluk mencari keseimbangan. Secara kesimpulannya, jika kita menggunakan skema baru untuk Sesuatu situasi/ pengalaman yang baru dan ia berjaya, maka keseimbangan akan berlaku tetapi sekiranya skema baru tidak memberi penyesuaian yang baik maka ketidakseimbangan akan berlaku dan kita akan terus membina skema-skema buru untuk disemaikan dengan situasi baru tersebut. Piaget mencadangkan empat peringkat dalam perkembangan kognitif: Peringkat Sensorimotor (Semenjak lahir 2 tahun) Peringkat Pra Operasi (2 7 tahun) Peringkat Operasi Konkrit (7 11 tahun) Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas)

Anda mungkin juga menyukai