Anda di halaman 1dari 2

Ada lima faktor digunakan bagi mengdiagnosis kemurungan.

• Mood negatif- rasa sedih, rasa ingin menangis, risau mengenai perkara buruk, risau
atau kecewa dengan semua perkara dan tidak berupaya membuat keputusan.
• Masalah interpersonal - kesukaran atau masalah berinteraksi dengan orang, anti
sosial dan kerap mengasingkan diri (pengasingan sosial).
• "Ineffectiveness" - penilaian negative terhadap keupayaan diri sendiri.
• Anhedonia - tiada tenaga, tidak upaya menikmati pengalaman menyeronokkan,
masalah tidur, hilang selera dan suka menyendiri.
• Rendah jati diri - tidak suka diri sendiri, rasa tidak disayangi dan cenderung untuk
bunuh diri.

Simptom kemurungan
• Rasa sedih dan lekas marah.
• Hilang minat pada aktiviti yang digemarinya.
• Kurang selera makan.
• Sukar tidur atau terlebih tidur.
• Pergerakan yang lembap.
• Keletihan dan kurang tenaga.
• Rasa bersalah.
• Sukar memberi tumpuan.
• Kerap memikirkan mengenai kematian atau membunuh diri.

Fakta Kemurungan
• Sekitar 10 peratus remaja mengalami kemurungan.
• Kemurungan lebih cenderung terjadi di kalangan pelajar perempuan dan mereka
yang lahir dalam keluarga yang ramai.
• Pelajar yang murung kerap memikirkan untuk membunuh diri.
• Kebanyakan pelajar yang murung sebenarnya bijak dan berbakat.
• Kebanyakan pelajar murung tidak difahami oleh masyarakat sekeliling menyebabkan
mereka tidak mendapat rawatan yang betul.
KEMURUNGAN
• Sesetengah dari kita selalu mengadu sakit badan,sentiasa lesu, lemah, dan rasa malas
untuk melakukan sebarang aktiviti dan mengatakan ini semua berpunca dari kelitahan
akibat bekerja keras.Adakah betul tekaan anda?Sebenarnya ramai yang tidak tahu yang
tanda tanda atau simptom seperti itu bukan sakit badan biasa yang disebabkan oleh letih
tetapi adalah tanda tanda anda berisiko untuk mendapat penyakit kemurungan.82 %
orang yang pergi mendaptkan rawatan tidak mengetahui ia sakit dan manakala 18 % lagi
mengambil pil anti kemurungan.
• Sebenarnya untuk pengetahuan anda penyakit kemurungan ini adalah serius dan menjadi
penyakit ke-empat serius didunia dan penyakit ini juga bukan penyakit yang sengaja
diada-adakan lebih-lebih lagi dalam ekonomi gawat sekarang ini yang membuatkan ramai
orang yang mengalami masalah dan mula berfikir banyak.Tanda-Tanda penyakit
kemurungan ini ialah kurang minat melakukan aktiviti yang biasa dilakukan,hilang mood
dan rasa cepat marah, menjadi sensitif dan sedih tanpa sebab, hilang tumpuan pada kerja
dan sampai satu tahap pesakit akan bertindak ingin membunuh diri akibat tekanan
perasaan yang kuat.
Kemurungan ini terjadi akibat ketidakseimbangan hormon dua bahan kimia dalam otak
dan badan iaitu serotonim dan noradrenalin.Serotonim ialah bahan kimia dalam saraf
pusat yang boleh mengubah mood seseorang.Kemurungan ini juga boleh menyebabkan
pesakit berisiko mendapat penyakit berbahaya lain seperti kencing manis.
• Jenis-jenis kemurungan
• 1-Reaktif-Paling biasa dan disebabkan oleh trauma
• 2-Endogenus – Tidak dapat biasakan dengan kehidupan seharian dan adalah disebabkan
unsur genetik.
• 3-Penyakit Bipolar – Penyakit kemurungan mania
• Kemurungan ini dapat dicegah jika kita menjalani kehidupan dengan sabar dan
tenang,jangan terlalu ‘high expectation’ hingga sukar untuk dicapai, rancang segala
tugas dengan teratur, elakkan duduk bersendirian dan memikirkan sesuatu masalah,
libatkan diri anda dengan aktiviti yang berfaedah, bawalah berbincang jika ada masalah
yang tidak dapat diselesaikan dan yang penting jangan salahkan diri sendiri jika berlaku
kegagalan.