Anda di halaman 1dari 23

SCE 3110

LAPORAN PRAKTIKAL 3: Mengenal Pasti Batu-batuan 1.0 TAJUK : BATUAN 2.0 TUJUAN : Mengenalpasti dan mengelaskan tiga jenis batuan mengikut spesifikasi. a) Batu Igneous b) Batu Sedimen c) Batu Sedimentary d) Batu Metamorfik 3.0 PENGENALAN : Kerak bumi terdiri daripada beraneka jenis batu-batan. Tiap-tiap batu-batan ini berbeza daripada yang lainnya, baik tentang corak, bentuk rupa, warna, ketelusan air, cara terjadinya, mahupun kekuatannya menahan kuasa gondolan. Bagi ahli-ahli geologi yang mengkaji kandungan dan perkembangan bumi secara fizikal, pengetahuan tentang batu-batan ini sangatlah penting. Begitulah juga bagi ahli-ahli Geografi. Mereka perlu mempunyai pengetahuan asas tentang jenis jenis batu-batan yang biasa terdapat dan juga hubungannya dengan rupa bumi. Batu-batan juga menjadi asas bagi tanah-tanih dan sedikit sebanyaknya menentukan jenis jenis tumbuhan dan penggunaan tanah-tanih di sesuatu kawasan. Oleh itu kita perlu mengetahui dan mengenal batu-batan yang terdapat di sekeliling kita. Pengkelasan ini dibuat dengan berdasarkan (a) kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini.

SCE 3110

(b) tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan; (c) struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan. Secara umum, batu-batan boleh digolongkan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu: (a) batuan igneus; (b) batuan enapan; (c) batuan metamorfosis. Batuan Igneus Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari dalam kerak bumi. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil. Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan kandungan bahan-bahan logam di dalamnya. Jikalau batuan ini mengandungi lebih banyak silika maka batu itu digolongkan sebagai batuan asid. Sebagai batuan granit, batuan igneus jenis asid ini tidaklah padat dan lebih muda warnanya daripada batuan bes. Batuan bes pula lebih padat dan lebih hitam warnanya kerana banyak mengandungi oksid bes, seperti besi, aluminium dan magnesium. Dari segi asal kejadiannya, batuan igneus boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu : l. Batuan Igneus Plutonik atau Rejahan - Batu ini adalah batu igneus yang terjadi di bahagian bawah kerak bumi. Penyejukan dan pembekuan cecair ini berlaku secara perlahan-lahan. Oleh kerana itu terjadilah hablur-hablur kasar yang mudah dikenal. Batu jalar dalam ini, umpamanya granit, diorit dan gabro terdedah di permukaan bumi akibat daripada proses gondolan dan hakisan.

SCE 3110

2. Batu Gunung Berapi atau Terobosan - Batu gunung berapi adalah batu cecair yang telah melimpah keluar dari gunung berapi sebagai lava. Lava ini membeku dengan cepat di permukaan bumi dan hablur yang dihasilkannya berbentuk halus. Batu gunung berapi atau batu jalar luar yang biasa terdapat ialah batu basol. Batu basol ini menghasilkan hanyutan lava, litupan lava dan daratan tinggi lava. Setengah-setengah batu basol membeku dengan cara yang luar biasa dan menghasilkan menara-menara batu. Sebahagian daripada lava cair itu mungkin mengalir keluar melalui rekahan-rekahan. Lava cair itu kemudian membeku dalam bentuk daik yang tegak dan sil yang datar. Kebanyakan batu igneus keras lagi kukuh. Oleh kerana itulah batu igneus biasanya dipecahkan untuk kegunaan membuat jalan raya, tugu-tugu peringatan dan batu-batu nisan yang berukir.

Batuan Enapan Batu enapan terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan perairan. Kejadiannya memakan masa yang panjang. Batuan ini dapat dibezakan daripada batuan jenis lain oleh sifat-sifatnya yang berlapis-lapis. Oleh sebab itu batuan ini disebut batu-batan berlapis. Tebal lapisannya berbeza-beza dari beberapa sentimeter hingga ke beberapa meter. Bentuknya kasar atau berbiji-biji halus, mungkin juga lembut atau keras. Bahan-bahan yang membentuk batuan enapan ini mungkin telah diangkut oleh sungai-sungai, glasier, angin atau binatang-binatang. Batuan enapan tidak berhablur dan seringkali mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan halus. Batuan enapan inilah yang paling berbeza sekali cara kejadiannya jika dibandingkan dengan batuan lain, batuan enapan dapat dikelaskan berdasarkan umurnya. Berbagai-bagai jenis batu-batan yang terjadi dalam jangka waktu yang sama telah dijeniskan ke dalam satu golongan. Mengetahui sifat-sifat pelbagai jenis batu-batan itu sangatlah penting. Batuan enapan boleh dikelaskan kepada tiga jenis utama dengan berdasarkan kepada asal kejadiannya dan kandungannya iaitu :

SCE 3110

l. Batuan enapan yang terjadi secara mekanik - Batuan jenis ini terjadi daripada pemaduan bahan-bahan yang terkumpul daripada batuan yang lain. Batu pasir merupakan batuan enapan yang paling banyak terdapat. Batuan ini terjadi daripada pasir dan kadang-kadang serpihan batu kuarza. Susunan, kandungan dan warnanya sangatlah berbeza-beza. Batu pasir banyak dipecahkan di kuari-kuari untuk kegunaan membuat rumah atau membuat batu penggiling. Batu pasir yang lebih besar dikenal sebagai grit. Apabila batu-batu kelikir yang lebih besar berpadu dengan kukuhnya sehingga menjadi batu besar, maka batuan itu disebut konglomeret (sekiranya bulat) dan brekia (sekiranya bersegi-segi). Batuan enapan yang lebih halus menjadi tanah liat yang banyak digunakan untuk membuat bata, syil atau batu lodak. Pasir dan batu kelikir mungkin terdapat dalam bentuk yang tidak berpadu. 2. Batuan enapan yang terjadi secara organik - Batu ini terjadi daripada bangkai hidup-hidupan yang halus. Contohnya, organisma seperti karang dan kerang yang telah reput dagingnya akan meninggalkan kulit-kulit yang keras. Kebanyakan batu yang terjadi secara ini terdiri daripada jenis kalkeria antaranya termasuklah batu kapur dan kapur. Batu yang mengandungi karbon juga terjadi secara organik. Batuan ini terjadi daripada pemendapan tumbuh-tumbuhan yang telah reput seperti yang terdapat di kawasan paya dan hutan. Batuan di atas memberikan tekanan kepada tinggalan tumbuhtumbuhan itu dan memampatkannya menjadi jisim karbon yang padat. Akhirnya tinggalan ini menjadi gambut, lignit atau arang batu. Semua bahan-bahan ini sangat tinggi nilainya dari segi ekonomi. 3. Batuan enapan yang terjadi secara kimia - Batu jenis ini terenap melalui tindakan kimia larutan yang berbagai jenis. Natrium klorid (garam batu) berpunca daripada lapisan yang pada satu masa dahulu berada di dasar laut atau tasik. Gipsum atau kulsium sulfat didapati dari penyejatan yang berlaku di tasik-tasik masin seperti Laut Mati yang sangat masin airnya itu. Kalium karbonat dan nitrat juga terjadi dengan cara yang sama.

SCE 3110

Batuan Metamorfosis Tekanan dan haba yang sangat tinggi akan menyebabkan semua batu-batuan, baik batuan igneus mahupun batuan enapan akan bertukar menjadi batuan metamorfosis. Sifat-sifat asal batuan tersebut mungkin berubah oleh kuasakuasa tersebut di atas taditerutamanya apabila pergerakan bumi yang sangat kuat berlaku dan dengan cara ini tanah lempung akan berubah menjadi batu loh, batu kapur menjadi batu marmar, batu pasir menjadi kuarzit, batu granit menjadi gneis, syal menjadi syis, arang batu menjadi grafit dan grafit menjadi berlian. Batuan metamorfosis seperti batu marmar dan syis banyak dijumpai di Malaysia. Batu marmar misalnya boleh didapati di Pulau Langkawi dan syis pula boleh didapati di kawasan pergunungan di Sarawak. Batuan metamorfosis ialah batuan yang telah mengalami perubahan fizikal dan kimia akibat haba dan tekanan yang sangat tinggi. Perubahan fizikal dan kimia yang dimaksudkan itu ialah perubahan dari segi tekstur, struktur dan komposisi mineral batuan. Batuan metamorfosis mungkin berasal daripada batuan igneus, batuan enapan atau batuan metamorfosis yang lain. Suhu yang diperlukan untuk berlakunya proses metamorfisma ialah antara 100C hingga 800C. Pada suhu ini batuan masih lagi berkeadaan lembut. Dalam keadaan yang lembut ini, batuan boleh berubah dari segi susunan mineralnya. Hablur dalam mineral pula boleh berubah dari segi saiz dan bentuknya. Komposisi batuan juga boleh berubah akibat tindak balas kimia. Tekanan yang kuat mungkin menghimpit hablur menjadi rata atau panjang. Apabila magma panas mengalir keluar ke permukaan muka bumi ataupun memasuki celah-celah rekahan, batuan kerak bumi yang disentuhnya berubah menjadi batuan metamorfosis. Proses ini dikenali sebagai metamorfisma terma. Batu marmar dan slat bintik terbentuk secara metamorfisma terma ini. Metamorfisma yang berlaku secara besar-besaran adalah metamorfisma serantau. Di kawasan kerak bumi yang pernah mengalami proses pembentukan gunung terdapat batuan metamorfosis seperti syis dan gneis. Hal ini terjadi apabila batuan yang terdapat jauh di dalam kerak bumi

SCE 3110

mengalami tekanan yang kuat dan haba yang tinggi. Tekanan dan haba yang tinggi menyebabkan batuan mertgalami proses penghabluran semula. Batuan metamorfosis mempunyai ciri-ciri yang jelas. Kesemua batuan metamorfosis mempunyai struktur berhablur. Batuan metamorfosis mempunyai mineral yang sama seperti batuan igneus, tetapi sering terdapat juga mineral yang hanya terbentuk pada suhu dan tekanan yang sangat tinggi. Sesetengah batuan metamorfosis mampat dan menjadi lebih padat akibat tekanan yang sangat tinggi yang dialaminya. Pemadatan batuan menyebabkan molekulnya menjadi lebih rapat dan isipadu batuan lebih kecil. Sesetengah batuan metamorfosis yang berjalur mempunyai mineral yang tersusun dalam lapisan-lapisan yang selari. Batuan metamorfosis berjalur ini terjadi apabila mineral dalam batuan itu mengalami penghabluran semula atau terhimpit akibat tekanan. Jaluran juga terjadi apabila mineral yang mempunyai kepadatan berlainan terasing lalu membentuk lapisan-lapisan. Contoh batuan berjalur ialah batu loh dan syis. Batuan ini boleh pecah menjadi lapisan-lapisan yang nipis. Batuan metamorfosis tidak berjalur seperti batu marmar dan kuarzit pula tidak boleh pecah kepada beberapa lapisan. 4.0 BAHAN : 10 jenis batu

5.0 RADAS : Berus, kanta pembesar, piring petri, bikar, silinder penyukat, penimbang elektronik

6.0 PROSEDUR : 1. Sampel batu dikutip dari kawasan-kawasan perumahan. Sampel batuan dilabel; tarikh dan tempat dijumpai. 2. Kemudian, semua batu-batu itu diberus dengan berhati-hati untuk membuang segala kotoran.
6

SCE 3110

3. Semua batu-batu itu diperhatikan dengan menggunakan kanta pembesar. Batu-batu itu disusun berdasarkan persamaan yang dikenalpasti. 4. Seterusnya, setiap jenis batuan dikenalpasti berdasarkan jenis mineral yang terdapat dalam batuan tersebut. Jenis batuan dikenalpasti berdasarkan jenisnya dan diberi nama kemudian dilabelkan.

SCE 3110

7.0 KEPUTUSAN Jadual keputusan Gambar Jenis batu Jisim (g) Isipadu Ketumpatan Warna ( Batu enapan 80 40 Hitam Tidak Keras berkilat Berlapis Kasar Kilaua n Kekera san Lapisan Tekst ur

No.19

SCE 3110

Batu enapan

52

30

Putih jernih

Berkila t

Keras

Berlapis

Kasar

C Batu enapan 10 5 Putih Berkila t Lembut Berlapis Licin

SCE 3110

Batu enapan

212

80

Kelabu

Tidak Keras berkilat

Berlapis

Licin

11 Batu 100 metamor fosis 50 Berkila t Lembut Tidak berlapis Kasar

10

SCE 3110

Batu 45 metamor fosis

25

Tidak Keras berkilat

Tidak berlapis

Kasar

11

SCE 3110

Batu 38 metamor fosis

22

Hitam

Tidak Lembut berkilat

Berlapis

Kasar

12

12

SCE 3110

Batu enapan

25

10

Tidak Keras berkilat

Berlapis

Kasar

13

SCE 3110

Batu igneus

40

20

Putih

Tidak Keras berkilat

Tidak berlapis

Licin

B 9

Batu enapan

85

48

Tidak Lembut berkilat

Berlapis

Kasar

14

SCE 3110

8.0 PERBINCANGAN Berdasarkan amali yang telah dijalankan, kumpulan saya telah memilih 10 jenis batu yang berlainan rupa, saiz, bentuk dan sebagainya untuk dijadikan bahan kajian.Batu-batu ini telah dikumpul dan di sediakan oleh pembantu makmal.Batu-batu telah diklasifikasikan berdasarkan ciri-cirinya seperti jenis batu, jisim, ketumpatannya, isipadu, warna, berkilat atau tidak berkilat,tekstur batu sama ada kasar atau licin permukaannya serta lapisan batu. Batuan igneus terbentuk apabila magma menyejuk dan membentuk kristal. Magma ialah cecair panas berasal daripada mineral yang cair. Mineral boleh membentuk kristal apabila sejuk. Batuan igneus boleh membentuk bawah tanah apabila magma menyejuk perlahan-lahan @ batuan igneus boleh membentuk permukaan tanah apabila magma menyejuk dengan cepat. Apabila magma keluar daripada permukaan bumi, ia disebut lava. Pada permukaan bumi, angin dan air boleh memecahkan batuan kepada ketulan kecil dan memindahkannya ke tempat lain. Ketulan-ketulan batuan kecil ini dipanggil enapan dan membentuk lapisan. Lapisan tersebut boleh

15

SCE 3110

tertanam di bawah lapisan enapan lain. Selepas tempoh masa yang panjang, enapan tersebut bersatu bersama membentuk batuan enapan. Melalui cara ini, batuan igneus boleh membentuk batuan enapan. Semua batuan boleh menjadi panas. Di dalam bumi terdapat haba daripada tekanan, pecahan dan pereputan radioaktif. Haba tersebut memanaskan batuan. Batuan yang dipanaskan tidak mencair tetapi berubah bentuk. Ia membentuk kristal. Disebabkan batuan tersebut sudah berubah, ia dipanggil batuan metaforfosis. Apabila plak tektonik bergerak, haba terhasil. Apabila ia berlanggar, terbentuklah gunung. Kitar batuan berterusan. Gunung yang terdiri daripada batuan metaforfosis boleh pecah dan dihanyutkan oleh aliran. Enapan yang baru daripada gunung ganang boleh membentuk batuan enapan yang baru. Kitar batuan tidak akan berhenti. Jenis batuan 1) Batuan Igneus

Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari dalam kerak bumi. berbentuk hablur, tidak berlapis-lapis dan tidak mengandungi fosil. Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan kandungan bahan-bahan logam di dalamnya. batuan asid mengandungi lebih banyak silika. Sebagai batuan granit, batuan igneus jenis asid tidak padat dan lebih muda warnanya daripada batuan bes.

Batuan bes lebih padat dan lebih hitam warnanya kerana banyak mengandungi oksid bes, seperti besi, aluminium dan magnesium.

Dari segi asal kejadiannya, batuan igneus boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu :

16

SCE 3110

Batuan Igneus Plutonik atau Rejahan


Batu ini adalah batu igneus yang terjadi di bahagian bawah kerak bumi. Penyejukan dan pembekuan cecair ini berlaku secara perlahan-lahan. Oleh kerana itu terjadilah hablur-hablur kasar yang mudah dikenal. Batu jalar dalam ini, umpamanya granit, diorit dan gabro terdedah di permukaan bumi akibat daripada proses gondolan dan hakisan.

Batu Gunung Berapi atau Terobosan

Batu gunung berapi adalah batu cecair yang telah melimpah keluar dari gunung berapi sebagai lava. Lava ini membeku dengan cepat di permukaan bumi dan hablur yang dihasilkannya berbentuk halus. Batu gunung berapi atau batu jalar luar yang biasa terdapat ialah batu basol. Batu basol ini menghasilkan hanyutan lava, litupan lava dan daratan tinggi lava. Setengah-setengah batu basol membeku dengan cara yang luar biasa dan menghasilkan menara-menara batu.

Sebahagian daripada lava cair itu mungkin mengalir keluar melalui rekahan-rekahan. Lava cair itu kemudian membeku dalam bentuk daik yang tegak dan sil yang datar.

2) Batuan Enapan

Batu enapan terjadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan perairan. Kejadiannya memakan masa yang panjang.

Batuan ini dapat dibezakan daripada batuan jenis lain oleh sifat-sifatnya yang berlapis-lapis. Oleh sebab itu batuan ini disebut batu-batan berlapis.

17

SCE 3110

Bentuknya kasar atau berbiji-biji halus, mungkin juga lembut atau keras. Bahan-bahan yang membentuk batuan enapan ini mungkin telah diangkut oleh sungai-sungai, glasier, angin atau binatang-binatang.

Batuan enapan tidak berhablur dan sering kali mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan halus.

batuan enapan dapat dikelaskan berdasarkan umurnya. Batuan enapan boleh dikelaskan kepada tiga jenis utama dengan berdasarkan kepada asal kejadiannya dan kandungannya iaitu :

Batuan enapan yang terjadi secara mekanik


Batuan jenis ini terjadi daripada pemaduan bahan-bahan yang terkumpul daripada batuan yang lain. Batu pasir merupakan batuan enapan yang paling banyak terdapat. Batuan ini terjadi daripada pasir dan kadang-kadang serpihan batu kuarza. Susunan, kandungan dan warnanya sangatlah berbeza-beza. Batu pasir banyak dipecahkan di kuari-kuari untuk kegunaan membuat rumah atau membuat batu penggiling.

Batu pasir yang lebih besar dikenal sebagai grit. Apabila batu-batu kelikir yang lebih besar berpadu dengan kukuhnya sehingga menjadi batu besar, maka batuan itu disebut konglomeret (sekiranya bulat) dan brekia (sekiranya bersegi-segi).

Batuan enapan yang lebih halus menjadi tanah liat yang banyak digunakan untuk membuat bata, syil atau batu lodak.

Pasir dan batu kelikir mungkin terdapat dalam bentuk yang tidak berpadu.

18

SCE 3110

Batuan enapan yang terjadi secara organik

Batu ini terjadi daripada bangkai hidup-hidupan yang halus. Contohnya, organisma seperti karang dan kerang yang telah reput dagingnya akan meninggalkan kulit-kulit yang keras.

Kebanyakan batu yang terjadi secara ini terdiri daripada jenis kalkeria antaranya termasuklah batu kapur dan kapur.

Batu yang mengandungi karbon juga terjadi secara organik. Batuan ini terjadi daripada pemendapan tumbuh-tumbuhan yang telah reput seperti yang terdapat di kawasan paya dan hutan.

Batuan di atas memberikan tekanan kepada tinggalan tumbuh-tumbuhan itu dan memampatkannya menjadi jisim karbon yang padat.

Akhirnya tinggalan ini menjadi gambut, lignit atau arang batu.

Batuan enapan yang terjadi secara kimia


Batu jenis ini terenap melalui tindakan kimia larutan yang berbagai jenis. Natrium klorida (garam batu) berpunca daripada lapisan yang pada satu masa dahulu berada di dasar laut atau tasik.

Gipsum atau kalsium sulfat didapati dari penyejatan yang berlaku di tasik-tasik masin seperti Laut Mati yang sangat masin airnya itu.

Kalium karbonat dan nitrat juga terjadi dengan cara yang sama.

3) Batuan Metamorfosis

19

SCE 3110

Batuan metamorfosis terbentuk dari batuan yang sedia ada tetapi mengalami proses perubahan mineralogi, tekstur dan struktur batuan. Batuan metamorfosis terbentuk dari perubahan batuan induk; iaitu batuan sedimen, igneus, dan juga batuan metamorfosis itu sendiri. 3 jenis metamorphosis :1) metamorfosis rantau kesan tindakan haba dan tekanan yang tinggi membentuk mineral baru dan pengaturan semula mineral 2) metamorfosis sentuh kesan tindakan haba berasosiasi dengan rejahan igneus 3) metamorfosis dinamik terbentuk akibat dari daya tegasan (stress) yang kuat; yang menyebabkan pemecahan batuan dan perubahan pada mineral.

Contoh; kesan dari aktiviti sesar dan perlipatan

9.0 KESIMPULAN: Batuan diklasifikasikan dengan mengkaji ciri-ciri mereka, seperti corak, kekerasan ketumpatan dan tekstur. Batuan diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu batu igneus, metamorfik dan batu enapan. Melalui proses ini maka dapat
20

SCE 3110

disimpulkan bahawa mineral memainkan peranan utama dalam kehidupan dan taraf hidup manusia. Ia menjadi semakin penting dan pada masa ini kita bergantung terhadap mineral dalam pelbagai perkara, dari pembinaan bangunan pencakar langit hingga kepada pembuatan alatan elektronik teknologi tinggi. Sesungguhnya tanpa mineral masyarakat moden tidak akan wujud kerana ianya sebagai penyumbang kerangka asas pengeluaran industri. Selain daripada itu batu-batuan ini menjadi penting kepada ahli-ahli geologi terutamanya dalam menentukan umur bumi.

21

SCE 3110

10.0 RUJUKAN:

Buku Fardnon. J (2006). Rocks & Minerals. Lorenz Books. Anness Publishing Ltd. Hess D. (2011). Mcnights Physical Geography; A Landscape Appreciation, 10th Edition. Prentice Hall. New Jersey. Kerrod, R. (2000). Planet Earth . Minneapolis: Lerner Publication . Lutgens F. et al (2009). Earth Science, 12th edition. Pearson Prentice Hall, New Jersey. Rusly M. & Nurashikin A. (2006). Geografi Alam Sekitar Fizikal. Pearson Longman. Selangor Darul Ehsan. Internet iXArticle (2013).Jenis batu. Diambil daripada http://my.ixarticle.com/articles/605218/. Tripod (t.t). Pelbagai Jenis Batuan. http://inani.tripod.com/batu.htm.

22

SCE 3110

23

Anda mungkin juga menyukai