Anda di halaman 1dari 14

TAMADUN CINA

Asal-usul, Unsur-unsur Asas & Orientasi Sistem Nilai

Pengenalan

 Tamadun Cina juga merupakan salah satu tamadun yang tertua dan
berkesinambungan hingga hari ini kerana:
 Memiliki sifat-sifat terbuka dalam interaksinya dengan tamadun lain.
 Berjaya mengekalkan identitinya.

 Tamadun Cina dikatakan bermula di:


 Lembah Huanghe di utara China.
 Lembah Yangzijiang di selatan China.

 Berdasarkan bukti penemuan arkeologi, kebudayaan awal ini disebut Yangshao.


 Ini berdasarkan nama tinggalan kampung jenis tradisi kebudayaan ini yang
terletak di Yangshao di wilayah Shaanxi.
 Selama lebih kurang 5,000 tahun lamanya iaitu sejak kurun ke-6 s.m telah diganti
secara beransur-ansur oleh kebudayaan Longshan.
 Kebudayaan Longshan dikatakan lebih maju berbanding kebudayaan Yangshao.
 Diberi nama berdasarkan penemuan tapak arkeologi di Longshan di wilayah
Shandung.

Unsur-unsur Asas Tamadun Cina

 Perbincangan akan merujuk kepada:


 Alam sekitar mencorakkan tamadun
 Sistem pertanian purba
 Bahasa dan sistem tulisan
 Pembentukan Bangsa Tionghua
 Falsafah dan agama
 Institusi politik dan sistem pemerintahan
 Keluarga dan masyarakat
 Orientasi sistem nilai

Alam Sekitar Mencorakkan Tamadun Cina


 Tempoh Neolitik mempunyai kedudukan penting dalam sejarah perkembangan
tamadun Cina:

 Aktiviti pertanian telah wujud.


 Terdapat benih-benih padi, bukti adanya penanaman padi secara besar-
besaran.

 Keadaan cuaca dan lokasi geografi membolehkan penamanan padi.


Sistem Pertanian Purba

1
 Memperlihatkan kesanggupan manusia untuk menyesuaikan diri dengan
keadaan iklim dan geografi yang berbeza.
 Kedua-dua jenis kebudayaan (Yangshao) dan (Longshan) telah mengasaskan
peradaban bercorak pertanian.
 Ini menjawab persoalan kenapa pembangunan berbentuk pertanian
dititikberatkan termasuk pandangan semesta.
 Mencorakkan sikap dan pemikiran peradaban Cina yang berdirikari dan cintakan
perdamaian.

Bahasa Dan Sistem Tulisan

 Bahasa Cina merupakan bahasa yang masih kekal dan berkembang serta
digunakan sehingga ke hari ini.
 Tulisan Cina yang dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han) telah dicipta berdasarkan
kaedah:
 xiang xing (lambang bergambar).
 zhishi (lambang petunjuk).
 huiyi (lambang petunjuk fikiran).
 xing sheng (gabungan bentuk-bunyi).
 Zhuanzhu(mutual semantic transfer)
 jiajie (loan character)

 Kesemua kaedah tersebut dikenali/tergolong sebagai Liushu.


 Bentuk tulisan Cina inilah yang telah menyumbang terhadap perpaduan bangsa
Cina dan pembentukan tamadun Cina.
 Walaupun terdapat banyak dialek di China yang sebutannya mungkin berbeza
antara satu dengan yang lain tetapi orang Cina hanya perlu mempunyai satu
sistem tulisan yang tunggal yang boleh digunakan oleh semua orang Cina
sebagai bahasa pengantar untuk berkomunikasi.
 Bahasa Cina telah menjadi faktor unifikasi utama dan amat penting bagi
tamadun Cina.

Pembentukan Bangsa Tionghua

 Berdasarkan arkeologi dan catatan sejarah purba terdapat begitu banyak suku-
suku yang wujud.
 Menurut sarjana terdapat 3 kumpulan bangsa yang terbesar pada zaman purba:

 Kumpulan Yan-Huang yang diwakili Yan Di dan Huang Di dikatakan


berasal dari kawasan di Provisi Shaanxi di bahagian barat China.
 Kumpulan Feng-Yang tersebar disekitar di bahagian timur China.
 Kumpulan Miao-Man terdiri suku bangsa di selatan China.

 Integrasi ketiga-tiga kumpulan ini dan suku bangsa lain akhirnya terbentuk
bangsa Tionghua pada hari ini.

2
Falsafah Dan Agama

 Perbincangan akan menjurus kepada perkara-perkara berikut:


 Konfusianisme
 Buddhisme
 Daoisme
 Moisme
 Legalisme

Konfusianisme

 Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah,


keagamaan dan sosio-politik yang terdapat dalam pengajaran Konfusius (551-
479 s.m).
 Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang
diterbitkan atas nama Konfusius.
 Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius
menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai
perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibubapa (xiao).
 Oleh yang demikian, manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai 4 jenis sifat
yang baik iaitu:
 Perikemanusiaan (ren)
 Kewajaran (yi)
 Kesusilaan (li)
 Kearifan (zhi)

 Menurut pandangan Konfusius, manusia mempunyai sifat semulajadi yang lebih


kurang sama pada peringkat permulaan hayat.
 Mensius menegaskan sifat semula jadi manusia baik ketika dilahirkan.
 Xunzi menyatakan sifat semulajadi manusia adalah jahat.
 Gaozi menyatakan sifat semulajadi manusia tidak baik dan tidak jahat.
 Wulun merupakan 5 jenis hubungan order sosial dalam falsafah Konfusius iaitu:
 raja dengan menteri
 ayah dengan anak
 suami dengan isteri
 abang dengan adik
 kawan dengan kawan

Buddhisme

3
 Diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha di India pada kurun ke-6 s.m dan
disebar ke China pada kurun masehi yang pertama.
 Asas pengajarannya iaitu penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu
yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia.
 Hawa nafsu dapat dihindarkan dengan mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia atau
Jalan Pertengahan (middle way) yang menggelakkan diri daripada melakukan
perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan.
 Dua cabang agama Buddha yang terkemuka iaitu:
 Theravada - pengajarannya berasaskan doktrin dan penyelamat hanya
ditawarkan kepada Sami Buddha.
 Mahayana - pengajarannya membuka jalan penyelamat kepada semua
insan.

Daoisme

 Diasaskan oleh dua orang pemikir iaitu Lao Zi (604 s.m) dan Zhuang Zi (369-
2865 s.m) yang berpendapat:
 Pemeliharaan alam semulajadi.
 Wuwei bermaksud melakukan perbuatan secara spontan dan tanpa
sebarang usaha.

 Kitab Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan
Dao kerana ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi terbuka kepada
pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao.

Moisme

 Diasaskan oleh Mo Zi (479-381 s.m).


 Antara konsep penting pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat
(jian’ai), mengecam sikap suka berperang (feigong), menyerah kepada nasib
(feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian).
 Penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), menyebabkan
pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan aliran
Konfusianisme.

Legalisme

 Diasaskan oleh Han Fei dan dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan
dinasti Qin.
 Han Fei Zi telah menggabungkan 3 kaedah dalam sistem pemerintahan aliran
Legalis iaitu:
 Kuasa (Shi).
 Cara (Shu).
 Perundangan (Fa).

4
 Legalisme mengutamakan pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak
pemerintah terhadap rakyatnya.
 Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih
baik daripada pemerintahan etika seperti yang disarankan aliran Konfusianisme.
 Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di
negara China.

Institusi Politik Dan Sistem Pemerintahan

 Pemikiran politik tradisional Cina asasnya telah terbentuk sebelum dinasi Qin.
 Antara aliran pemikiran politik:
 Konfusianisme
 Daoisme
 Legalisme
 Moisme

 Pusat pemikiran politik Konfusianisme berasaskan perhubungan sesama


manusia (renlun) yang berperi-kemanusiaan dan bermoral.
 Pemikiran politik aliran Daoisme cenderung kepada fahaman anarki dalam
ertikata moden.
 Pengikut pemikiran Daoisme menafikan peranan institusi politik, sistem moral
dan etika yang dititikberatkan oleh Konfusianisme.
 Daoisme mencadangkan:
 Gaya pemerintahan tanpa menguatkuasakan sebarang usaha yang keras
(wuwei).
 Kehidupan secara primatif dan harmoni dengan alam.

 Menjadi penawar pada mereka yang gagal dalam peperiksaan.


 Tidak memberi impak yang besar dalam sistem politik.
 Aliran pemikiran yang beri kesan besar ialah Legalisme.
 Legalisme mengutamakan pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak
pemerintah terhadap rakyatnya.
 Pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada
pemerintahan etika seperti yang disarankan aliran Konfusianisme.
 Berjaya mengubah sistem pemerintahan feudal yang bercirikan pelbagai negeri
kepada birokratik terpusat.
 Sistem ini telah menyumbang kepada pengekalan pentadbiran dan kestabilan
politik dalam tamadun Cina.
 Aliran pemikiran politik Moisme menegaskan penyelarasan peraturan dan
pembentukkan kekuasaan pusat (shangtong).

 Memenuhi kehendak lapisan pemerintah tetapi sukar diterima kerana:


 Menggalakkan berjimat cermat (jieyong).

5
 Melantik orang yang berkelayakan dan berkemampuan (xuan xian yu
neng).

 Selepas dinasti Qin dan Han, Konfusianisme, Daoisme, Legalisme dan Moisme
telah digabung/gunapakai.
 Pemerintah China biasanya menonjolkan pemikiran Konfusianisme dan
Lagelisme dalam pemerintahan.

Keluarga Dan Masyarakat

 Walaupun sistem kekeluargaan tradisional pernah mengalami pelbagai


perubahan namun asas sistem keluarga yang memusatkan kuasa bapa tetap
berkekalan dan berlanjutan sehingga ke hari ini.
 Konsep Xiao dan konsep Zhong merupakan asas dalam sistem kekeluargaan
dan sistem kenegaraan dalam aliran Konfusianisme.
 Antara ciri-ciri masyarakat yang memperlihatkan pengaruh sistem kekeluargaan
Cina termasuklah:

 Waris sebelah bapa.


 Pemerintah yang memusatkan kuasa bapa/lelaki.
 Kuasa suami yang tertinggi.
 Mementingkan anak lelaki berbanding anak perempuan.
 Mementingkan pertalian darah dan kaum kerabat keluarga.

Orientasi Sistem Nilai

 Terdapat konsensus tamadun Cina berorientasikan humanisme iaitu manusia


dianggap mempunyai kedudukan yang unggul dan memainkan peranan penting
dalam alam semesta.
 Banyak sifat khas tamadun Cina dan nilai-nilai berikut adalah hasil daripada
humanisme antaranya:

 Moral sebagai ideologi.


 Hubungan manusia dengan alam semesta.
 Mementingkan institusi keluarga.
 Pendidikan diberi keutamaan.
 Keharmonian merupakan nilai utama.
 Masyarakat dan negara harus diperintah secara beretika.

 Bermakna akhlak memain peranan penting:

6
 Kerajaan dan politik.
 Pegawai yang berkhidmat.

 Sistem etika Konfusianisme berasaskan kepada kekeluargaan:


 Negara merupakan lanjutan daripada keluarga.
 Hubungan luar keluarga dianggap selaras dengan hubungan dalam
keluarga.

 Berpegang kuat pada humanisme dan moralisme, pendidikan diberi


penghargaan yang tinggi:

 Mendapat perhatian yang lebih oleh keluarga.

 Golongan pendidik disanjung tinggi.

 Saluran mobiliti sosial dalam masyarakat tradisional.

7
TAMADUN CINA

Kesusasteraan, Kesenian, Sains & Teknologi

Bahasa Dan Kesusasteraan

 Kesusasteraan Cina bermula sekurang-kurangnya seawal kurun ke-14 s.m dan


perkembangannya berterusan sehingga ke hari ini.

 Perkembangan kesusasteraan Cina ini tidak pernah menerima gangguan atau


sekatan.

 Sifat ini khasnya disebabkan bahasa pengantar bagi sastera Cina klasik iaitu
bahasa Cina mengekalkan identitinya dari segi lisan dan tulisan walaupun negara
China pernah diperintah oleh puak asing seperti orang Mongol (Dinasti Yuan,
1279-1368) dan orang Manchu (Dinasti Qing, 1644-1911).

 Tulisan Cina pada dasarnya bersifat grafik dan bukan fonetik.

 Cara penciptaan tulisan Cina yang paling produktif adalah cara gabungan
bentuk-bunyi

 Bahasa Cina boleh disebut dalam kelainan cara dari segi fonologi mengikut
tempat atau mengikut kesesuaian dengan perubahan zaman-zaman dalam
sejarah Cina.

 Namun begitu, maksud sesuatu huruf tetap sama tidak kira dalam dialek apa ia
dipertuturkan.

 Oleh itu kesusasteraan Cina dapat dinikmati dan dihayati oleh semua yang
mengenali huruf Cina.

 Namun begitu dikatakan Putonghoa (Bahasa Umum) adalah Bahasa


Kebangsaan China yang dibentuk berdasarkan dialek kawasan utara.

Kepelbagaian Genre Sastera Cina Klasik


Puisi
 Antologi puisi Cina terawal bertajuk Shi Jing (Puisi Klasik).

 Antologi ini mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan nyanyian
rakyat yang wujud pada tempoh antara zaman Zhou Barat hingga zaman Musim
Bunga Musim Luruh dan dikumpul dari kawasan Lembah Huanghe (Sungai
Kuning).

 Ia dipercayai disusun pada masa Konfusius.

8
 Puisi yang terkandung dalam Shi Jing pada asasnya adalah dinyanyikan dengan
iringan muzik.
 Pada keseluruhannya kebanyakan puisi dalam Shi Jing mementingkan elemen
lirik lebih daripada elemen naratif.

 Puisi dalam Shi Jing mempunyai fungsi politik dan sosial selain daripada fungsi
sastera.

 Digunakan dalam pertemuan rasmi di mana raja dan pegawai diplomatik


menyanyikan puisi sebagai pem-bayang bagi sesuatu keadaan sebenar atau
untuk menyatakan maksud sebenar.

 Chu Ci (Nyanyian Chu) yang juga berasal dari muzik dan tarian dianggap
mewakili antologi puisi Cina awal dari selatan di sekeliling kawasan Sungai
Yangzi.

 Puisi-puisi yg berasal dari kawasan selatan ini menunjukkan pola irama yang
agak berbeza daripada Shi Jing.

 Misalnya baris-baris lebih panjang dan kurang tetap menyebabkan puisinya lebih
sesuai dideklamasikan.

 Dinasti Tang merupakan kemuncak perkembangan genre ini.

 Koleksi Lengkap Puisi Tang mengumpulkan jumlah puisi lebih kurang 50,000
buah, hasil ciptaan dari 2,000 atau lebih penyajak, termasuk penyajak agung
seperti Li Bai, Du Fu dan Bai Juyi.

 Puisi Cina klasik mempunyai ciri-ciri tersendiri iaitu:

 Puisi Cina berhubungan rapat dengan muzik.

 Bersifat padat dan singkat.

 Puisi naratif atau deskriptif yang boleh dikatakan panjang mengikut


standard sastera lain di dunia ini sangat kurang.

 Puisi mempunyai fungsi sosial dan politik selain fungsi sastera.

Prosa
 Garis pemisah antara puisi dan prosa tidak begitu jelas.

 Bentuk fu, genre yang mewakili dinasti Han, misalnya menunjukkan sifat puisi
bercampur prosa.

 Bahasa klasik menjadi medium bagi hampir semua penulisan prosa disebabkan
ia adalah bahasa yang dikhaskan dalam peperiksaan rasmi dan juga kerana
penghormatan tradisional yang ada pada pencapaian budaya zaman dahulu.
 Prosa Cina juga mempunyai fungsi sosial dan politik.

9
 Bagi seorang sarjana tradisional, khasnya sarjana Konfusian, prosa berkualiti
harus bermanfaat dari segi moral dan etika.

Drama
 Drama Cina berkembang agak lewat.

 Drama Cina yang paling menarik ialah jenis Zaju, sejenis bentuk sastera
berbentuk puisi yang digubah mengikut rentak muzik tertentu dan popular
semasa dinasti Yuan.

 Pelbagai tema dihasilkan dan terkandung dalam karya-karya drama. Dengan ini
Zaju bukan sahaja memberi hiburan tetapi juga berperanan sebagai pengkritik
sosial yang berjaya mendapat simpati penonton.

 Drama jenis lain yang harus diperkenalkan ialah Chuanqi.

 Chuanqi yang berkembang semasa Zaju, lebih panjang dari segi skop iaitu
biasanya berjumlah tiga sehingga empat puluh adegan (babak) dan lebih
fleksibel dari segi muzik dan nyanyian.

 Menjelang lewat kurun ke-18, drama rakyat dari berlainan daerah mula
berkembang dan semakin popular sehingga akhirnya dipentaskan di pentas-
pentas di Beijing.

 Kegiatan drama ini akhirnya melahirkan opera Cina.

 Secara keseluruhannya, drama Cina lebih berkecenderungan menekankan nilai


etika berbanding agama walaupun keagamaan dan kuasa ghaib yang mendapat
ilham dari Daoisme menjadi tema sebilangan karya drama yang dihasilkan.

Fiksyen
 Disebabkan cerita fiksyen ditulis dalam bahasa vernakular maka golongan
terpelajar tradisional yang memandang tinggi stail klasik secara rasmi tidak
menganggap fiksyen sebagai bernilai untuk diberi taraf sastera.

 Istilah Cina merujuk genre ini ialah Xiaoshuo bermaksud percakapan kecil atau
percakapan sia-sia.

 Oleh itu kedudukan fiksyen tidak setanding dengan puisi atau prosa.

Kesenian Cina
Muzik
 Alat-alat muzik Cina dikategorikan mengikut bahan akustik yang digunakan dan
cara sesuatu alat itu dimainkan.

10
 Sistem melodi muzik Cina klasik adlh kompleks.

 Pada dasarnya bahan-bahan ini termasuk logam, batu, tanah liat, kulit, sutera,
kayu, labu dan buluh.

 Cara alat muzik dimainkan dapat diklasifikasikan kepada kategori meniup,


genderang, memetik dan menggesek.

 Perbincangan dan rujukan terhadap muzik terdapat dalam buku-buku klasik


seperti Li Ji (Rekod Ritual) & Shi Jing.

 Muzik memaparkan enam jenis emosi iaitu:


 Kesedihan.
 Kepuasan.
 Kegembiraan.
 Kemarahan.
 Ketaatan.
 Kecintaan.

Kaligrafi
 Kaligrafi dianggap mempunyai keunikan dalam memba-yangkan kemurnian dan
kualiti seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan personaliti.

 Menggunakan bahan antaranya dakwat, berus dan kertas.

 Berus yang tajam di hujung diperbuat daripada bulu kambing, rusa atau serigala.

 Kertas xuan (sejenis kertas mudah menyerap dakwat) yang berpelbagai gred
(kualiti) atau penggunaan sutera.

 Empat stail tulisan yang digunakan hari ini termasuklah:

 Kaishu atau stail biasa iaitu setiap pergerakan berus dan garis (stroke)
ditulis dengan jelas.

 Lishu iaitu sejenis stail yang dikembangkan pada asalnya untuk kegunaan
kerani, tulisannya lebih berbentuk segi empat, dengan pergerakan berus
dan garis berdatar lebih panjang sedikit daripada pergerakan berus dan
garis tegak.

 Xingshyu atau stail berlari iaitu bentuknya seakan-akan kaishu tetapi


tangan seperti berjalan cepat atau bergerak dengan laju apabila menulis,
dengan ini menghasilkan tulisan yang bersifat kurang teratur.

 Caoshu atau stail rumput yang telah mendapat namanya berdasarkan


rupa bentuk iaitu sejenis rumput ditiup angin yang nampaknya berselerak
tetapi pada hal adalah teratur.

11
 Dari segi teknikal, kaligrafi Cina amat bergantung kepada kemahiran dan
imaginasi seseorang pakar kaligrafi untuk menghasilkan bentuk stroke yang
menarik lalu menggubah struktur yang cantik berdasarkan stroke-stroke ini.

 Inspirasi asas bagi kaligrafi Cina ialah alam semulajadi.

Seni Lukis
 Lukisan mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan juga puisi.

 Biasanya sebuah puisi berkaitan dengan sesuatu lukisan ditulis di sudut ruangan
kosong supaya mencapai tahap ‘kesatuan di antara puisi, kaligrafi dan lukisan’.

 Sebuah lukisan Cina merupakan kombinasi seni puisi, kaligrafi, lukisan dan juga
seni ukir cap (seal engraving).
 Lukisan Cina tradisional boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

 Xieyi (bebas tangan/freehand brushwork).

 Gongbi (menggunakan stroke halus dan teliti dengan memberi perhatian


kepada butir-butir).

 Format lukisan biasanya dalam bentuk skrol panjang yang digantung secara
tegak atau melintang yang berbeza panjangnya, kadang-kadang sepanjang lima
belas meter.

 Menilai lukisan berdasarkan kriteria sama yang digunakan untuk menilai kaligrafi.

 Lukisan yang bernilai harus menunjukkan pergerakan berus yang penuh dengan
tenaga dan perasaan serta komposisi yang bersifat harmoni secara keseluruhan.

 Bagi peminat lukisan Cina, tandatangan pelukis, puisi dan cap merupakan
bahagian komposisi yang juga diperlukan.

 Lukisan landskap merupakan jenis lukisan utama. Lukisan mengenai tumbuh-


tumbuhan dan binatang juga digemari selain lukisan potret dan figura.

 Secara umumnya, dapat disimpulkan mengenai beberapa aspek penting dalam


bidang bahasa, kesusasteraan dan kesenian dalam tamadun Cina:

 Pencapaian kesusasteraan dan kesenian Cina telah memperkayakan


tamadun Cina.

 Penggunaan bahasa Cina menyebabkan perkem-bangan sastera Cina


berterusan tanpa gangguan.

 Kesusasteraan Cina mempunyai fungsi sosial dan politik selain fungsi


sastera.

12
 Sifat harmoni diutamakan.

 Banyak memperlihatkan ciri-ciri Daoisme dan Buddhisme.

Sains Dan Teknologi


Matematik
 Orang Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik.

 Kebanyakan matematik Cina terkandung dalam karya agung Jiuzhang Suanshu


(Matematik Sembilan Bab) oleh Zhang Cang (kurun kedua SM).

Perubatan
 Rangka asas teori perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik yin dan
yang dan juga teori lima elemen.

 Yang, prinsip lelaki adalah bersifat aktif dan cerah sedangkan yin, prinsip
perempuan adalah bersifat pasif dan gelap.

 Keseimbangan secara harmoni kedua-dua kuasa yin dan yang menentukan


banyak aspek manusia seperti sifat, kerjaya dan kesihatan.

 Teori lima elemen menganggap bahawa dunia ini pada asasnya terdiri daripada
lima elemen iaitu logam, kayu, air, api dan tanah.

 Berdasarkan ini, tumpuan rawatan bukan setempat tetapi juga pada keseluruhan
badan dengan tujuan meyelaras-kan semula keseimbangan badan.

 Akupuntur penting dalam perubatan Cina tradisional.

 Pengamalan akupuntur bermula sejak kira-kira 2,500 s.m atau lebih awal dan
benar-benar bersifat Cina dari sudut perubatan.

 Bencao Gangmu (Farmakopeia Agung) yang ditulis oleh Li Shizhen ialah


farmakopeia Cina teragung dan mengan-dungi 52 jilid yang masih dianggap
berwibawa sehingga masa kini.

Empat Ciptaan Agung


 Pencapaian teknologi Cina purba yang paling berguna dari segi sumbangan
terhadap tamadun dunia ialah:

 Teknik membuat kertas

 Pencetakan

 bahan letupan

13
 Kompas

Kemerosotan Dan Ciri-ciri Sains Cina


 Walaupun tamadun Cina banyak menyumbang dalam bidang sains dan
teknologi terutamanya sebelum kurun ke-14, namun selepas itu dikatakan sains
dan teknologinya mengalami tahap kemerosotan.

 Beberapa ciri berkaitan dengan kemerosotan boleh di-rumuskan seperti berikut:


 Sifat orang Cina yang pragmatik dan praktikal.
 Cara berfikir Cina yang mengutamakan pengalaman.
 Falsafah Cina yang mementingkan aspek humanisme.
 Kesan sistem peperiksaan perkhidmatan awam.
 Pendekatan holistik terhadap kehidupan.

Penutup

 Kesusasteraan klasik & kesenian merupakan hasil budaya Cina yang bernilai.

 Dari segi sains & teknologi, tamadun Cina telah mempelopori penciptaan kertas,
percetakan, bahan letupan & kompas.

 Tamadun Cina merupakan salah satu penyumbang ketamadunan manusia.

14