Anda di halaman 1dari 29

MUHAMMAD FADHIL MUHAMMAD ARIF RUSMINAH ABDUL HAMID NOOR FATHIYYAH ISMAIL

Tajuk 3

KEKUATAN
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DAN TIMUR

Pengenalan
Falsafah Pendidikan Islam membincangkan

pembentukan manusia yang merangkumi JERIS.


Falsafah Pendidikan Timur menekankan kebijaksanaan, mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal undang-undang, dan memenuhi kehendak sosial dan ekonomi.

Falsafah Pendidikan Islam

Pengertian falsafah menurut ahli falsafah Islam. AlKindi

Berasaskan Benda

Ilmu Matematik
Ilmu Hitung Astronomi

Tidak Berkaitan Dengan Benda

Ilmu Fizik

Ilmu Ketuhanan

Al- Farabi

Falsafah teori
Mengetahui sesuatu yang ada.

Falsafah amalan

Mengetahui sesuatu yang seharusnya diwujudkan dalam perbuatan.

Cth : ilmu matematik, ilmu fizik, dan ilmu metafizik

Ilmu akhlak (etika) dan falsafah politik.

* Ibn Sina

Ilmu wahyu: Ilmu akhirat

Ilmu wahyu termasuk makhluk-makhluk rohani yang membawa wahyu an cara bagaimana wahyu disampaikan. Badan manusia tidak dihidupkan lagi, maka rohnya yang abadi itu akan mengalami seksa dan kesenangan.

Konsep Pendidikan

Menurut Islam: satu proses secara berterusan memupuk seluruh potensi semula jadi manusia dari segi intelek,akhlak, rohani dan jasmani secara bersepadu dan seimbang ke arah pembentukkan insan soleh yang membawa kebaikan di dunia dan di akhirat.

Pengertian Pendidikan Islam


Abdul Halim El-muhammady, 1993: Proses mendidik dan melatih akal, jasmani,rohani, dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu, al-quran dan as-Sunnah, pengalaman Salaf Al-Salih serta ilmuan muktabar. Proses tersebut bertujuan untuk melahirkan insan yang soleh dan mampu untuk memikul tanggungjawab khalifah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah S.W.T ke atas manusia supaya

mengimrahkan alam ini untuk kebahagian hidupnya di dunia dan


akhirat.

Pengertian Pendidikan Islam


Abd halim H.j Mat Diah. 1989: pendidikan Islam ialah proses yang dilalui oleh anak didik dengan bimbingan yang dilakukan secara sengaja oleh pendidik untuk mencapai tujuan membentuk manusia Muslim berdasarkan ajaran Islam.

Tujuan Pendidikan Islam


Mendidik murid supaya berakhlak mulia.

Mendidik roh supaya halus dan sempurna.

Mengasuh murid melakukan yang baik, terhormat, dan mulia.

Membiasakan diri murid dengan adab-adab yang mulia.

Membiasakan murid dengan kebersihan, kesucian dan keikhlasan serta amalan-amalan yang mulia.

Matlamat pendidikan islam


Membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi Muslim berperibadi yang berilmu, beriman, beramal soleh diri dan serta

mulia

kearah

melengkapkan

bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T yang bertakwa (berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah) Melahirkan insan yang kepada Allah S.W.T hidup dalam masyarakat dengan harmoni, aman, dan damai dan

seterusnya mendapat keredaan dan kesejahteraan di akhirat.

Bidang Pendidikan Islam


Al-imaniyah (Pendidikan Iman) Al- Jinisiyah (Pendidikan Seks) AlKhuluquiah (Pendidikan Akhlak)

Bidang Pendidikan Islam


Al-ijlimaiyah (Pendidikan Sosial)

Al-jismiah (Pendidikan Jasmani)

Al-nafsiah (Pendidikan Jiwa)

Al-aqiliah (Pendidikan Mental)

Kekuatan FPI Terhadap FPK


Unsur rohani yang tidak ditekankan oleh barat Kepercayaan kepada tuhan yang menjadi ciri utama (Rukun Negara) dalam pembentukan FPK Cabang falsafah Aksiologi yang membincangkan tentang kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan

Penerapan nilai moral dalam pembelajaran untuk membentuk modal insan berminda kelas pertama Akhlak mulia yang ditekankan dalam peribadi guru Dasar utama dalam pembentukan FPK dan sukatan pelajaran Memberi pendekatan dalam pembentukan sekolah agama

Kekuatan pendidikan islam merangkumi satu proses yang melibatkan :


Perubahan / merubah Melatih & mendidik akal Jasmani & rohani Melahirkan insan yang bertakwa Merangkumi prinsip-prinsip akidah, ilmu & amal Individu yang soleh

Menyediakan manusia yang berilmu pengetahuan. Mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik. Melahirkan insan yang yang mempunyai keseimbangan dari segi kebendaan dan rohani. Pendidikan seumur hidup.

Berkaitan dengan realiti masyarakat. Bebas dari sebarang percanggahan. Didasarkan dengan contoh yang jelas.

Merangkumi kesepaduan iman, ilmu & amal soleh.

Rumusan
Sebenarnya,matlamat Pendidikan Islam adalah untuk mengembangkan insan untuk menjadi manusia yang mencintai Allah dan Pesuruh-Nya,dan berupaya untuk menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai Khalifah di dunia ini.

Orang seumpama itu ialah seorang Muslim yang mempercayai Allah, berilmu, berkelakuan dan berpekerti baik, serta yang beramal.Dia berusaha berterusan untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu, menjadi hamba Allah yang bertanggungjawab serta pemimpin yang soleh.

Membolehkan seseorang untuk mencapai kebijaksanaan Mengekalkan struktur-struktur kekeluargaan

Menggubal undang-undang
Peranan guru sebagai penyampai ilmu kepada orang ramai Mengajar cara-cara hidup yang baik dan betul

PRINSIP FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR


Kehidupan manusia akan menjadi baik jika mereka sanggup berubah. Sikap seseorang terhadap kehidupan merupakan faktor penentu pencapaian kebahagian. Manusia belajar melalui pemerhatian alam semulajadi.

Setiap manusia ingin memperoleh kebijaksanaan dan mencapai Nirwana.

Falsafah hidup confusius

KONSEP PENDIDIKAN- pendidikan adalah untuk semua, tanpa mengambilkira status sosio-ekonomi atau kedudukan sosial. MATLAMAT PENDIDIKAN- menghasilkan individu yang berkebolehan (ziancai) serta bermoral tinggi.

KURIKULUM- berfokuskan kepada matapelajaran : pendidikan moral, Enam buku Confucius, Muzik, Puisi, Kesusasteraan, Sejarah, Kod dan tatacara kelakuan yang baik. PERANAN GURU- sebagai

fasilitator dan penyampai ilmu yang mahir. Menunjukan komitmen terhadap tugas, mengenali dan memahami murid dan kebolehan mereka.

FALSAFAH PENDIDIKAN RABINDRANATH TAGORE (1861-1941 SM)


KONSEP PENDIDIKAN- merupakan satu proses yang menyediakan setiap individu untuk menyara hidup.
MATLAMAT PENDIDIKAN- menghasilkan individu yang menyeluruh melalui interaksi dan integrasi dengan persekitaran.

KURIKULUM- menekankan komponen ilmu dan aktiviti fizikal. Fokus kepada Matapelajaran: muzik, seni, kesusasteraan, drama, tarian, sejarah, pendidikan alam sekitar.

Beberapa perkara yang diterapkan di dalam Falsafah Pendidikan Negara adalah daripada Falsafah Pendidikan Timur. Falsafah pendidikan Timur ini digubal berkonsepkan pencapaian kebijaksanaan, mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal undang-undang dan juga memenuhi kehendak-kehendak sosial dan ekonomi.

Antara aspek-aspek yang diterapkan dari falsafah pendidikan timur adalah aspek emosi, intelek dan jasmani dimana kebijaksanaan dalam bidang muzik, puisi, kesusasteraan, sejarah, kod dan tatacara, kelakuan yang baik, seni, drama dan tarian, dan pendidikan diberi keutamaan.

Sama seperti Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita dimana para pelajar diajar mata pelajaran-mata pelajaran yang tidak teras seperti muzik, seni dan untuk menjadikan para pelajar seimbang dari segi emosi.
Penekanan secara rohani yang terdapat di negara kita pula jelas terpapar dalam falsafah pendidikan

Rabindranath Tagore pula menyatakan bahawa pendidikan adalah satu usaha seseorang insan untuk mencapai nirvana.

Selain itu, dalam falsafah pendidikan timur, Conficius dan Rabindranath Tagore memberikan penekanan kepada muzik, seni, puisi yang dapat mengimbangkan seseorang insan dari segi emosi. Rabindranath Tagore juga menekankan tarian

RUMUSAN FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR


Pendidikan di Timur menekankan bagaimana untuk menjalani proses kehidupan yang bermakna dalam membentuk kesempurnaan hidup. Dalam pada itu juga, falsafah pendidikan timur berfokus kepada nilai-nilai murni dan bagaimana ilmu yang diperolehi membawa kesan dalam kehidupan.

Ini jelas menunjukkan bahawa Falsafah Pendidikan Timur mempunyai pengaruh yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai