Anda di halaman 1dari 3

TEATER BERCERITA

KONSEP Teater bercerita ialah satu bentuk drama naratif yang berbentuk cerita yang dilakonkan secara spontan ataupun skrip dibekalkan. Melalui teater bercerita, teknik ini melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip sesebuah cerita di hadapan kelas. Teater bercerita mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka sahaja. Murid dapat memahami, menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka. Murid lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.Teater Bercerita melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon. Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu. Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik. Melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon

OBJEKTIF TEATER BERCERITA 1. Melatih murid-murid dengan kemahiran mendengar, bertutur, pemahaman dan mengarang. 2. Menambah perbendaharaan kata murid. 3. Memperbaiki dan memperkayakan penguasaan murid dalam bahasa 4. Mengasah bakat lakonan murid 5. Memupuk sikap kerjasama di kalangan murid-murid 6. Berhibur sambil belajar (Didik Hibur) LANGKAH PELAKSANAAN TEATER BERCERITA 1. Atur kedududukan murid dalam bentuk separuh bulatan. 2. Edarkan bahan cerita pada murid yang menjadi 'pencerita' 3. pencerita duduk disebelah kiri penonton dan membaca cerita 4. Apabila pencerita menyebut nama watak murid yang telah ditentukan, watak tersebut keluar melakonkan aksi seperti yang di bacakan dalam cerita dan duduk

semula di tempat asal apabila selesai melakonkan situasi yang di baca oleh pencerita 5. Aktiviti di teruskan sehingga selesai cerita. 6. Guru membuat aktiviti susulan untuk membina kemahiran berbahasa. *..semua watak akan melakonkan watak secara spontan tanpa skrip. Hanya pencerita sahaja yang membaca skrip.

TUJUAN TEATER BERCERITA DILAKSANAKAN 1. Meningkatkan daya imaginasi. Daya imaginasi murid dapat ditingkatkan kerana teknik ini dapat mencerna atau mencampah daya pemikiran murid ke tahap yang optimum. Ini juga dapat menggalakkan kemahiran berfikir murid dengan lebih kreatif dan kritis. meningkatkan daya kreativiti mereka dan merangsang otak mereka untuk lebih berfikir. 2. Merangsang kemahiran berbahasa.
Guru dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan berkesan di samping dapat membantu murid meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata dalam kalangan murid. Teknik improvisasi terbukti dapat merangsang kemahiran berbahasa murid kerana teknik ini menuntut murid berdialog secara spontan. Dengan ini, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa terlebih dahulu sebelum berupaya menuturkan dialog mereka. Murid berupaya menggunakan bahasa secara pragmatik iaitu bahasa yang bermakna mengikut konteks. Murid juga boleh menggunakan bahasa secara spontan dengan lebih bermakna bersesuaian dengan situasi. Aktiviti seperti ini, walaupun berjalan seperti dalam keadaan yang tidak formal , pasti dapat membantu menambahkan kemahiran berbahasa murid.

3. Mewujudkan suasana menyeronokkan. Aktiviti improvisasi terbukti dapat mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan bersahaja kerana melibatkan watak-watak dalam kalangan murid. Murid berupaya mengasah bakat terpendam mereka dengan berkalaborasi sesama ahli kumpulan dalam suasana yang ceria dan terkawal. 4. Pembelajaran kolaboratif Pengaplikasian teknik teater bercerita boleh membentuk pembelajaran murid secara kolaboratif kerana selalunya watak yang diberikan perlu dilakonkan

bersama ahli dalam kumpulan masing-masing. Apabila murid membiasakan diri dengan cara bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain untuk memperoleh ilmu, mereka akan berkembang untuk menjadi murid kolaboratif. 5. Meningkatkan keyakinan diri Improvisasi memerlukan murid beraksi di hadapan murid-murid lain. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan murid semasa melakonkan watak masing-masing. Ia juga dapat memberi satu suntikan motivasi untuk mereka terus beraksi dan ini akan membentuk pembinaan sahsiah yang positif ketika berhadapan dengan khalayak penonton. 6. Untuk menarik minat murid 7. Mengekalkan perhatian atau tumpuan murid. 8. Membangkitkan rasa ingin tahu murid terhadap isi pelajaran yang akan dan sedang dilaksanakan.

CONTOH TEATER BERCERITA Satu situasi diberikan kepada murid secara individu, pasangan atau kumpulan. Murid diminta melakonkan situasi yang diberi secara spontan. teknik ini boleh dijalankan untuk semua peringkat umur atau aras kebolehan walaupun situasi yang sama. contoh 1 : Situasi di sebuah kedai mainan kanak-kanak . Suatu malam semua mainan (patung orang, arnab, beruang dan lain-lain) bercakap sesama mereka. Arahan: berbual sesama sendiri supaya pelajar lain dapat meneka siapakah anda? contoh 2 : seorang murid baru pindah ke sekolah anda dan ditempatkan di kelas anda. Pada waktu rehat, semua pelajar ke kantin dan tempat permainan. Bagaimana anda semua melayaninya?