Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT PROGRAM MALAM TANPA LAPAR

PENGENALAN Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) prihatin dan memandang serius akan isu golongan gelandangan terutama di bandar-bandar besar. Berdasarkan sistem maklumat golongan gelandangan yang mula digunakan oleh JKM pada tahun 2007, terdapat seramai 7,833 orang gelandangan yang telah diselamatkan oleh JKM bagi tempoh 2007 hingga Disember 2011. Pecahannya adalah seperti berikut:

TAHUN 2007 2008 2009 2010 2011 JUMLAH

BILANGAN 1,261 orang 1,796 orang 1,934 orang 1,434 orang 1,408 orang 7,833 orang

(Sumber : Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat)

JKM telah membuat kajian profil awal ke atas 1,387 orang gelandangan di bandar raya Kuala Lumpur untuk mendapatkan gambaran sebenar isu serta merancang tindakan yang sesuai bagi membantu golongan gelandangan tersebut. Daripada kajian tersebut, antara faktor seseorang itu hidup bergelandangan adalah disebabkan: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. Ketiadaan Pekerjaan (seramai 646 orang atau 46.6%) Miskin Berpendapatan Rendah (seramai 245 atau 17.7%) Miskin, Tua, dan Sebatang Kara (seramai 145 orang atau 10.5%) Penagihan Dadah (seramai 66 orang atau 4.8%) Pengabaian (seramai 61 orang atau 4.4%) Miskin dan Tua (seramai 50 orang atau 3.6%) Masalah Mental (seramai 30 orang atau 2.2%) Sakit Melarat (seramai 29 orang atau 2.1%) Tiada Tempat Tinggal (seramai 27 orang atau 1.9%) Bekas Banduan (seramai 16 orang atau 1.2%) Ketidakupayaan (seramai 15 orang atau 1.1%) Lari dari Rumah (seramai 14 orang atau 1.0%) Masalah Keluarga (seramai 8 orang atau 0.6%) Kemurungan (seramai 7 orang atau 0.5%)

xv. xvi. xvii.

Penagihan Arak (seramai 7 orang atau 0.5%) Warga Asing Terdampar (seramai 5 orang atau 0.4%) Penerimaan Keluarga (seramai 3 orang atau 0.2%)

xviii. Selain itu seramai 13 orang (1.0%) gelandangan tidak dapat dikenal pasti sebab-sebab mengapa mereka bergelandangan.

SINOPSIS PROJEK Rumusan daripada kajian yang telah dijalankan tersebut, saya melihat akan keperluan untuk mewujudkan satu kumpulan sukarelawan untuk mengagihkan makanan kepada gelandangan ini memandangkan rata-rata mereka kekurangan makanan terutamanya di waktu malam. Sepertimana yang kita ketahui, suasana dingin malam yang yang mengenai gelandangan tidak berpelindungan ini memungkinkan mereka kelaparan. Kumpulan sukarelawan yang terdiri daripada pelajar kursus pembangunan masyarakat VKMB 1011yang bertugas akan mengagihkan makanan kepada gelandangan di beberapa kawasan yang tertentu yang telah dikenalpasti. Agihan makanan ini akan dijalankan hari yang akan di tetapkan OBJEKTIF

a) b)

Menyediakan makanan kepada gelandangan produktif yang tiada tempat tinggal; Memudahkan golongan gelandangan dikesan dan dihubungi, serta mengumpul profil gelandangan bagi tujuan menawarkan pekerjaan dan merancangan program pembangunan;

c)

Mengadakan intervensi awal kepada semua golongan gelandangan (penganggur, pesakit mental, penagih dadah, pengemis, kutu rayau dan lain-lain) melalui pendekatan multi-sektor;

d)

Memudahkan penyelarasan dan penyaluran bantuan serta perkhidmatan kepada golongan gelandangan; dan

e)

Membolehkan jalinan kerjasama antara agensi secara berpusat melalui jawatankuasa khas dalam merancangan program pemulihan dan pengintegrasian semula golongan ke dalam masyarakat

f) g)

Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

KESAN KEPADA MASYARAKAT Pemberian makanan kepada golongan gelandangan ini berupaya mengubah tanggapan masyarakat terhadap mereka. Ini adalah kerana menerusi pengagihan tersebut, mereka dapat melihat sendiri keadaan gelandangan yang ada sebilangannya terpaksa memilih untuk hidup bergelandangan atas desakan hidup. Selain daripada itu, mereka juga akan menjadi masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat lain dan setersnya negara. KUMPULAN SASARAN Gelandangan yang berada di sekitar Chow Kit dan Pudu Sentral. CARA PERLAKSANAAN Sebuah kumpulan sukarelawan yang terdiri daripada pelajar kursus Pembangunan Masyarakat VKMB 1011 akan dibentuk. Kumpulan ini akan membungkus, membawa dan

mengagihkan makanan kepada gelandangan di dua tempat yang telah ditetapkan iaitu Chow Kit dan Pudu Sentral. Agihan ini akan dijalankan pada pukul 8 malam pada hari yang akan di tetapkan. Dana untuk pembelian makanan ini akan diperolehi daripada sumbangan NGO dan indvidu yang prihatin. Hebahan mengenai program ini juga akan dibuat bagi mendapat lebih banyak dana untuk membeli makanan.

ANGGARAN KOS DAN PERBELANJAAN Berikut adalah anggaran perbelanjaan bagi sebulan. PERKARA BILANGAN HARGA SEUNIT (RM) Makanan Minuman JUMLAH 200 bungkus X 4 hari 200 bungkus X 4 hari RM 3.00 X 800 RM 0.50 X 800 RM 2400.00 RM 1200.00 RM 3600.00 JUMLAH (RM)

Disediakan oleh :

___________________________________ (MUHAMMAD FIRDAUS BIN KHAIRUDDIN) KETUA PROJEK MALAM TANPA LAPAR