Anda di halaman 1dari 14

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU Pengenalan Tingkah laku adalah berbeza dan merupakan manifestasi fizikal sebarang

sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M. Beaker (2001), tingkah laku adalah sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Manakala Garry Martin & Joseph Pear(2003) pula menyatakan bahawa tingkah laku merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Tingkah laku manusia mempunyai ciri-ciri berasaskan dorongan serta tujuan berkaitan dengan perasaan dan terhadap satu-satu situasi itu. kesedaran

Langkah-langkah Mengenal pasti Tingkah Laku Antara langkah yang perlu dilakukan guru adalah: i. Memerhati dan merekod Untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam bilik darjah, pemerhatian merupakan teknik berkesan untuk digunakan dalam

pengumpulan data. Lazimnya, dalam pemerhatian anda akan melihat-lihat, mendengar, memerhati dan bertanya supaya dapat memahami sesuatu yang berlaku dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian, anda dapat merapatkan diri dengan murid di samping memerhati dan mendengar apa yang berlaku dalam kelas. Dengan kehadiran dalam kelas, anda dapat menyaksikan perlakuan seperti berjalan-jalan dalam kelas, meminjam buku murid lain, mengetuk meja dengan pensel, mengusik murid lain dan sebagainya. Mengumpul data melalui pemerhatian dengan menggunakan alat seperti: rekod berterusan time sampling soal selidik ibu bapa temu bual pengalaman sendiri atau orang lain rujukan daripada artikel atau jurnal ii. Mengenal pasti tingkah laku yang perlu diubah suai (berdasarkan keutamaan) Terdapat lima langkah perancangan pengurusan tingkah laku yang perlu dilakukan bagi mengenal pasti tingkah laku sasaran yang ingin diubah suai: Kenal pasti tingkah laku sasaran yang ingin diubah suai secara spesifik

Contoh: kurang tumpuan Kumpul maklumat: o Bilakah tingkah laku itu berlaku? o Berapa kerap ia berlaku? o Dalam keadaan apa ia berlaku? o Apa berlaku sebelum tingkah laku ditunjukkan? o Adakah tingkah laku itu selalu berlaku sewaktu dia bersendirian/semasa di bawah penyeliaan guru/ semasa bersama orang lain? Tafsir maklumat yang dikumpul Analisis fungsional Stephen Starin (2007) mendefinisikan analisis fungsional sebagai satu proses mengenal pasti sebab atau fungsi sesuatu tingkah laku sebelum membentuk tindakan pemulihan yang sesuai. Analisis fungsional andaian mengenai: membantu guru membina

mengapa seseorang murid terlibat dalam tingkah laku tersebut bila murid berkemungkinan besar menunjukkan tingkah laku tersebut keadaan apakah yang berkemungkinan mengurangkan tingkah laku tersebut

Terdapat 7 komponen penting dalam analisis fungsional, iaitu: Definisi operasional yang jelas mengenai tingkah laku bermasalah (Contoh: William enggan mendengar arahan guru klasifikasikan jenis arahan seperti disuruh diam, diminta membuat latihan, dan sebagainya serta tempoh masa keengganan mendengar arahan tersebut) Kenal pasti masa, tempat dan keadaan di mana tingkah laku bermasalah berlaku atau tidak berlaku Kenal pasti faktor-faktor yang terjadi sebelum tingkah laku bermasalah itu berlaku (antesedent) Kenal pasti faktor-faktor selepas tingkah laku bermasalah itu berlaku (konsekuens) Menguji antesedent dan konsekuens tersebut bagi memerhati hubungan kesan antesedent dan konsekuens tersebut dengan tingkah laku sasaran Pembentukan hipotesis atau andaian terhadap fungsi atau hubungan antara tingkah laku bermasalah itu dengan persekitaran seseorang bagi menghasilkan strategi intervensi Pengumpulan data berterusan bagi memantau atau menyemak semula hubungan fungsional yang diandaikan dan/atau strategi intervensi yang dilaksanakan.

iii. Rancang pengubahsuaian peneguhan semerta peneguhan bergantung kepada kekerapan ganjaran peneguhan bergantung kepada perubahan tindakan lazim murid peneguhan selepas beberapa bilangan gerakbalas yang berubah iv.Buat penilaian terhadap rancangan dan usaha anda v. Mengkaji punca tingkah laku bermasalah yang dikenal pasti Tingkah laku bermasalah positif Tingkah laku bermasalah positif seperti rajin bertanya dan sifat ingin tahu berlebihan yang boleh menimbulkan masalah kepada guru dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah Tingkah laku bermasalah negatif Tingkah laku bermasalah negatif iaitu tingkah laku yang menimbulkan masalah kepada dirinya dan orang lain seperti disruptif (mengganggu), pergantungan berlebihan, agresif, distruktif (suka merosakkan harta benda awam), kemurungan, pengasingan diri, ponteng dan sebagainya. vi.Merancang program intervensi yang sesuai

Contoh: Program Ekonomi Token bagi menghapuskan tingkah laku yang tidak diingini seperti ponteng sekolah, tidak menyiapkan tugasan pada masa yang ditetapkan dan merokok. 2.1 Punca salah laku Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berpunca daripada faktor-faktor tertentu. Roger Stancliffe telah menyenaraikan 9 faktor yang dikaitkan dengan masalah tingkah laku kanak-kanak, iaitu: persekitaran tekanan psikologikal ketakutan dan fobia peneguhan yang kurang sesuai kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad kesukaran tugasan aktiviti dan tahap rangsangan kesihatan dan perubatan jangkaan tingkah laku

2.2.1 Kesan-kesan salah laku terhadap pembelajaran Kesan masalah tingkah laku terhadap pembelajaran adalah seperti yang berikut: Kurang tumpuan terhadap pengajaran guru Murid kurang memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru kerana tidak berminat, letih, bahan yang digunakan tidak menarik atau

sesuai dengan tahap pencapaian serta minat murid Mengganggu proses P&P Murid yang bermasalah tingkah laku akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dengan membuat bising serta mengganggu rakan-rakan mereka atau tidur di dalam bilik darjah. Hal ini secara tidak langsung akan menjejaskan suasana pembelajaran yang kondusif. Sukar memahami pengajaran guru Murid menghadapi masalah untuk memahami pengajaran guru kerana keyakinan diri yang rendah, masalah emosi serta kurang minat terhadap pelajaran yang diajari guru. Gagal menyiapkan tugasan yang diberi Murid yang kurang motivasi dan bermasalah tingkah laku ini kerap gagal menyiapkan tugasan atau latihan yang diberikan oleh guru dalam bilik darjah. Enggan bekerjasama dengan rakan dalam aktiviti berkumpulan Murid enggan bekerjasama dengan rakan dalam aktiviti kumpulan kerana sikap mereka yang sukar difahami dan lebih suka bersendirian.

2.2.2 Prinsip-prinsip asas mengurus tingkah laku Mengurus tingkah laku memerlukan kemahiran guru yang khusus dalam bidang tersebut berlandaskan prinsip-prinsip tertentu, seperti peneguhan, jenis-jenis pemerhatian dan pengurusan tingkah laku. 2.2.2.1 Prinsip peneguhan Peneguhan atau pengukuhan amat penting untuk mengekalkan minat, meningkatkan prestaswi atau mengurangkan tingkah laku bermasalah. Justeru, peneguhan (ganjaran atau dendaan) yang diberikan hendaklah sesuai dan berkesan serta dapat diterima oleh murid. Terdapat empat jenis peneguhan yang boleh diberikan kepada murid-murid, iaitu: (i) Peneguhan Ketara (tangible) seperti makanan / minuman / barangan yang disukai murid

(ii) Peneguhan Deria (sentuhan / tactile, penggetar / vibratory, wangian / oltofactory, visual, auditori)

(iii) Peneguhan Sosial (pujian, senyuman, beri perhatian/kasih sayang dan persahabatan) (iv) Aktiviti (lawatan/pertandingan mewarna / teka silang kata/ menonton TV Pendidikan) 2.2.2.2 Jenis-jenis pemerhatian Untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam bilik darjah, pemerhatian merupakan teknik berkesan untuk digunakan dalam pengumpulan data. Lazimnya, dalam pemerhatian guru akan melihat-lihat, mendengar, memerhati dan bertanya untuk memahami apa yang berlaku dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian, guru dapat merapatkan diri dengan murid di samping memerhati dan mendengar apa yang berlaku dalam kelas. Dengan kehadiran dalam kelas, guru dapat menyaksikan perlakuan seperti berjalan-jalan dalam kelas, meminjam buku murid lain, mengetuk meja dengan pensel, mengusik murid lain dan sebagainya.

Pemerhatian boleh dikategorikan mengikut tujuan dan aspek penilaian seperti: (i) memerhati tanpa membuat tafsiran

(ii) memerhati perlakuan atau sikap yang dikenal pasti (iii) memerhati untuk jangkamasa tertentu (jangka pendek dan jangka panjang)

2.2.2.3 Prinsip pengurusan tingkah laku Dalam melaksanakan program pengurusan tingkah laku, guru perlu memahami prinsipprinsip pengurusan tingkah laku yang berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) kebanyakan tingkah laku boleh dipelajari semua tingkah laku adalah dirangsang secara khusus tingkah laku boleh diajar dan diubah matlamat perlu jelas dan khusus program perlu secara individu program berbentuk semasa (tertumpu kepada masalah tingkah laku semasa) program berfokuskan persekitaran kanak-kanak

2.2 Strategi Pengurusan Tingkah Laku Tingkahlaku bermasalah yang ditunjukkan oleh murid perlu ditangani segera oleh guru dengan merancang program interevensi yang sesuai. Proses perubahan tingkah laku perlu dilakukan mengikut langkah yang telah ditetapkan seperti memilih tingkah laku sasaran serta merekodkan data dan melaksanakan interevensi. 2.3.1 Strategi dan prosedur pengurusan tingkah laku (i) Meningkatkan Tingkah laku Tingkah laku yang baik atau yang diingini seperti rajin datang ke kelas, kerap menyudahkan latihan atau kerja rumah yang diberikan guru pada masa yang ditetapkan atau menjaga kebersihan dan bilik darjah hendaklah ditingkatkan lagi atau sekurangkurangnya dikekalkan. Guru boleh meningkatkan tingkah laku ini dengan memberi ganjaran yang berbentuk pujian, piala kehadiran penuh pada akhir tahun (Anugerah Majlis Kecemerlangan Sekolah), serta menjadikan murid sebagai model kepada murid-murid lain. Guru juga boleh memberikan ganjaran dalam bentuk token

seperti buah-buahan, pensil warna, cokelat, dan sebagainya sekiranya individu atau kumpulan murid dapat mengekalkan sesuatu tingkah laku yang diingini guru. (ii) Mengurangkan Tingkah Laku Penghapusan (extinction) Memerhatikan atau menyekat murid-murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikannya dengan tingkah laku baru yang positif. Misalnya, ketidak hadiran ke sekolah tanpa sebab. Guru perlu merancang aktiviti yang berkesan dan menarik minat murid. Di samping itu, guru boleh membangkitkan keinginan murid untuk membuat kemajuan dalam pembelajaran melalui aktiviti lakonan, main peranan, simulasi dan sebagainya dengan berlatar belakangkan persekitaran murid. Kursus motivasi dan kem bina semangat/jati diri juga dapat menghapuskan murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif seperti ketidak hadiran ke sekolah tanpa sebab,

sifat pemalu dan mengasingkan diri serta tidak mahu bekerjasama dengan rakanrakan lain dalam kumpulan. Hukuman/dendaan Contoh: Murid membuat bising di dalam kelas (sama ada secara individu atau kumpulan). Guru mengenakan hukuman tahan kelas (lambat balik), denda fizikal, atau mengambil balik token/hak. Proses bagi mengatasi masalah tingkah laku kebisingan ialah dengan melakukan kaedah pemerhatian dengan mengikut urutan langkah-langkah yang berikut: (i) Melihat kekerapan tingkah laku kebisingan (ii) Tempoh masa (bila tingkah laku bermasalah dilakukan) (iii) Dengan siapa (iv) Penilaian (v) Penambah baikan (guru melaksanakan penambahbaikan atau pengubahsuaian kaedah pengurusan tingkah laku murid) Disensitisasi Tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan (takut bercakap di depan kelas, fobia) Murid diberikan latihan menghafal dialog atau bait-bait puisi (pantun, seloka,

gurindam dan lain-lain) serta mengungkapkannya di hadapan rakanrakan bagi mengatasi perasaan fobia atau takut. Latihan secara berulang kali atau melalui teater pembaca (teknik menyebut perkataan dengan intonasi dan sebutan yang betul dalam mata pelajaran bahasa) juga dapat membantu murid mengatasi kegugupan dalam pertuturan serta membina keyakinan diri mereka. Overcorrection Prosedur yang memerlukan pelajar memperbaiki keadaan/kesalahan yang dilakukan melebih keadaan sebelumnya. Teknik ini sesuai digunakan sebagai latih tubi bagi memperbaiki kesilapan ejaan atau kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira murid)