Anda di halaman 1dari 2

Penipisan Lapizan Ozon

Konsep Penipisan lapisan Ozon.

- Berlaku di ruang Stratosfera. Melibatkan pemusnahan ikatan kovalen tiga atom


oksigen yang membentuk lapisan ozon leh Kloroflorokarbon (CFC) dab Halon yang juga
dibebaskan daripada industri dan pengguna. CFC mudah bertindak balas dengan atom
oksigen dalam ozon membentuk klorin monoksida(GLO). ikatan kovalen GLO akan putus
apabila menerima sinar lembayung (UV) matahari dan akan membebaskan atom klorin
yang akan menyerang pula atom oksigen yang lain. Proses yang berterusan akan
menyebabkan lapisan ozon semakin menipis dan seterusnya meningkatkan kemasukan
bahangan matahari ke ruang atmosfera bumi.

Punca-punca

1. Perindustrian- industri yang membebaskan kloroflorokarbon dan halon seperti


industri pendingin hawa, industri keluaran foam, industri aerosol, industri kimia
dan lain-lain.

2. Ujian nuklear

3. Penggunaan kenderaan bermotor

4. Penyahutanan

5. kebakaran hutan

Kesan-kesan

1. Gangguan kesihatan seperti strok haba, penyakit kulit. mudah demam, ketarak
mata, kehilangan air dalam badan dan lain-lain yang berkaitan dengan cuauca panas.

2. Menjejaskan bekalan air kepada penduduk - Cuaca panas melampau/kemarau


menyebabkan sumber-sumber air khususnya sungai dan tasik dan empangan akan
terjejas seterusnya bekalan air bersih kepada penduduk juga terjejas.

3. Cepat merebaknya penyakit seperti taun dan malaria yang amat merbahaya kepada
manusia dan boleh membawa maut.

4. Menjejaskan persekitaran sosial penduduk seperti riadah kerana cuaca terlalu


panas.

5. Risiko banjir laut dan penenggelaman kawasan daratan pantai yang munkin menjadi
petempatan manusia akibat pencairan ais benua yang terjadi apabila suhu dunia
meningkat.

Langkah-langkah mengurangkan/mencegah

1. Penguatkuasaan undang-undang Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.


- Denda, kompaun, menarik lesen ke atas penyumbang masalah/punca penipisan ozon.
- Laporan EIA bagi projek pembangunan kepada Pengarah JAS.

2. Pengurusan strategik
- Guna Tenaga alternatif
- Mengurangkan ujian tenaga nuklear
- Mengurangkan pembakaran terbuka
- Sektor pertanian menggunakan kaedah tebang reput, guna baja organik dan teknik
kawalan biologi
- Melakukan penghutanan semula/perladangan hutan

3. Pendidikan
-kempen, forum, seminar kepentingan menjaga alam sekitar.
-pendidikan melalui subjek di sekolah.

Kepentingan Ozon

Ozon tertumpu di bawah stratosfera di antara 15 dan 30 km di atas permukaan bumi


yang dikenali sebagai 'lapisan ozon'. Ozon terhasil dengan pelbagai tindakbalas
kimia, tetapi mekanisme utama penghasilan dan perpindahan dalam atmosfera adalah
penyerapan tenaga sinaran ultra-lembayung (UV) daripada matahari.

Ozon (O3) dihasilkan apabila O2 menyerap sinaran uv pada jarak gelombang 242
nanometer dan disingkirkan dengan foto-pengasingan dari sinaran bagi jarak
gelombang yang besar daripada 290 nm. O3 juga merupakan penyerap utama sinaran uv
antara 200 dan 330 nm. Penggabungan proses-proses ini adalah efektif dalam
mengekalkan kemalaran bilangan ozon dalam lapisan dan penyerapan 90% sinaran uv.

Kegunaan ozon

Ozon digunakan dalam bidang perubatan untuk mengubati pesakit dengan cara terkawal
dan mempunyai penggunaan yang meluas seperti di Jerman. Antaranya ialah untuk
rawatan kulit terbakar.

Manakala dalam perindustrian, ozon digunakan untuk:-

1. menyah-kuman sebelum dibotolkan (antiseptik),


2. menghapuskan pencemaran dalam air (besi, arsenik, hidrogen sulfida, nitrite,
dan bahan organik kompleks yang dikenali sebagai warna),
3. membantu kepada proses flocculation (proses pengabungan molekul membantu
penapis menghilangkan besi dan arsenik),
4. mencuci, dan memutihkan kain (dipaten),
5. membantu mewarnakan plastik,
6. menentukan ketahanan getah.