Anda di halaman 1dari 8

PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN PPIK 2 Memerhati kesan Haba terhadap Penebat haba dan Konduktor Haba

Anda dibekalkan dengan 1 kg blok aluminium dan 1 kg air dalam bikar. 1. Reka bentuk satu penyiasatan untuk membuktikan bahawa aluminium adalah konduktor haba yang baik manakala air adalah penebat haba yang baik 2. Apakah bahan yang mempunyai muatan haba yang lebih tinggi? Bincangkan.

1. Reka bentuk satu penyiasatan untuk membuktikan bahawa aluminium adalah konduktor haba yang baik manakala air adalah penebat haba yang baik.

EKSPERIMEN: Tujuan ; Untuk memerhatikan kesan haba terhadap penebat haba dan konduktor haba. Masalah : Apakah kesan haba terhadap penebat haba dan konduktor haba? Hipotesis : Aluminium sebagai konduktor haba yang baik manakala air sebagai penebat haba yang baik. Pemboleh ubah ; a. Dimanipulasikan : Jenis bahan digunakan b. Dimalarkan c. Bergerakbalas : suhu awal bahan / suhu persekitaran : Perbezaan suhu bahan

BAHAN: a) 1 kg blok aluminium b) 1 kg air dalam bikar RADAS: a) Penunu Bunsen b) Tungku Kaki Tiga c) termometer d) jam randik e) Minyak zaitun f) Tisu

PROSEDUR :

a) Prosedur memanaskan air a. Sediakan bahan dan radas.

b) Prosedur memanaskan blok aluminium

b. Masukkan air sebanyak satu liter ke dalam bikar. Sukat suhu awal air menggunakan termometer.

c. Balut blok aluminium dengan tisu. Masukkan minyak zaitun ke dalam lubang yang ada dan suhu awal blok aluminium dicatat. d. Letak bikar di atas kasa dawai dan tungku kaki tiga. e. Sambung bekalan tenaga pada wayar penyambung yang disambungkan pada pemanas yang dimasukkan ke dalam lubang yang terdapat pada blok aluminium. f. Buka suis sumber tenaga dan nyalakan api penunu bunsen secara serentak. g. Catat perubahan kenaikan suhu sebanyak tiga kali setiap tiga minit. h. Rekod perbezaan suhu awal dan akhir bagi air dan blok aluminium. i. j. Rekod purata perbezaan suhu awal dan suhu akhir. Kira perbezaan kenaikkan suhu antara air dan blok aluminium.

k. Kenalpasti bahan yang merupakan pengalir haba yang baik dan penebat yang baik.

KEPUTUSAN : PURATA PERBEZAAN SUHU (OC)

JENIS BAHAN

SUHU AWAL (OC)

SUHU AKHIR (OC)

PERBEZAAN SUHU (OC)

BLOK ALUMINIUM

AIR

Jadual : Keputusan perbezaan suhu blok aluminium dan air selepas dipanaskan.

PERBINCANGAN : Pemilihan eksperimen ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti bahan yang dikategorikan sebagai konduktor haba dan penebat haba. Dengan menjalankan eksperimen sebegini juga dapat menjelaskan tentang kesan haba terhadap penebat haba dan konduktor haba. Eksperimen memerlukan langkah seperti memanaskan bahan yang digunakan. Pemanasan yang dilakukan ke atas bahan yang dikaji adalah bertujuan untuk memerhatikan kesan haba yang dibekalkan kemudian dialirkan oleh bahan. Bagi air, proses pemanasan adalah dengan memenaskan air yang dimasukkan ke dalam bikar menggunakan penunu bunsen manakala blok aluminium pula dipanaskan dengan menyambungkan bekalan tenaga menggunakan wayar penyambung pada blok aluminium.blok aluminium dibalut dengan tisu dan disapukan dengan minyak zaitun agar haba yang dibekalkan sukar untuk dibebaskan ke persekitaran bagi mendapatkan bacaan suhu yang lebih tepat. Dalam eksperimen ini, muatan haba tentu suatu bahan yang digunakan iaitu air dan blok aluminium dapat diperolehi. Muatan haba suatu bahan ditakrifkan adalah kuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu bahan itu sebanyak 1C. Muatan haba diukur dalam joule per darjah Celcius. (JC-1) manakala Muatan haba tentu suatu bahan ditakrifkan sebagai kuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 kg bahan sebanyak 1C. Unit bagi muatan haba tentu ialah joule per kilogram per darjah Celcius (J kg-1 C-1) Muatan haba sesuatu bahan bergantung pada : (a) Jenis bahan (b) Jisim bahan (c) Kuantiti haba yang dibekalkan. Ciri bahan yang mempunyai muatan haba tentu yang kecil: a) Lebih cepat panas atau sejuk b) Contoh: Pekakas memasak diperbuat daripada logam atau bahan yang mempunyai muatan haba tentu yang rendah kerana cepat panas walau pun haba yang diserapnya sedikit.

Ciri bahan yang mempunyai muatan haba tentu yang tinggi: a) Lambat untuk menjadi panas atau sejuk. b) Memerlukan lebih banyak haba untuk menaikkan suhu. c) Penebat haba yang baik. Ia digunakan sebagai pemegang alatan memasak. Keputusan dijangkakan yang mampu diperolehi melalui eksperimen ini adalah Air mempunyai muatan haba tentu yang amat tinggi . Ini membolehkan air menyerap banyak tenaga haba dengan kenaikan suhu yang kecil. Suhu air meningkat dengan lebih perlahan. Blok aluminium pula mempunyai muatan haba tentu yang rendah. Muatan haba tentu yang rendah bagi blok aluminium membolehkan suhunya meningkat dengan mudah apabila dipanaskan. Suhu blok aluminium naik lebih cepat. Aluminium adalah bahan logam. Melaui keputusan purata perbezaan suhu yang diperolehi melalui eksperimen maka bahan konduktor haba dan penebat haba dapat dikenal pasti. Air akan mempunyai purata perbezaan suhu yang kecil. Oleh itu air merupakan penebat haba yang baik. Air adalah bahan yang susah untuk mengalirkan haba. Purata perubahan suhu bagi blok aluminium pula lebih besar. Maka blok aluminium adalah konduktor haba yang baik.

KESIMPULAN: Hasil daripada keputusan eksperimen diatas, dapat dibuktikan bahawa aluminium adalah konduktor haba yang baik manakala air bertindak sebagai penebat haba yang baik kerana aluminium mampu menyrap haba dengan masa yang lebih singkat jika dibandingkan dengan air yang memerlukan lebih lama masa untuk meneyerap haba.

Apakah bahan yang mempunyai muatan haba yang lebih tinggi? Bincangkan . Air.mempunyai muatan haba yang lebih tinggi. Hal ini kerana air boleh menyimpan lebih banyak haba berbanding aluminium. Ini dapat dibuktikan melalui kadar masa pemanasan air dan aluminium iaitu peningkatan suhu air lebih lambat dibandingkan dengan alminium. Blok aluminum lebih cepat panas berbanding dengan air.

Di akhir aktiviti ini, jawab soalan berikut: 1) Apakah yang telah anda pelajari daripada dua aktiviti ini? Melalui aktiviti ini, saya telah mempelajari tentang bahan konduktor dan penebat. Kedua-dua bahan ini mempunyai perbezaan dari segi kapasiti muatan haba. Bahan yang menunjukan peningkatan haba yang rendah merupakan penebat haba yang baik iaitu air. Manakala bahan yang menunjukan penigkatan haba yang cepat iaitu aluminium merupakan konduktor haba yang baik. Dapat mempelajari bahawa Muatan Haba Tentu ialah haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1kg bahan itu sebanyak 1 C. Dapat mengetahui faktor yang mempengaruhi kenaikan suhu sesuatu bahan.

2) Bahagian manakah dalam kurikulum sains sekolah rendah yang melibatkan tajuk ini? Kurikulum yang terlibat adalah kurikulum Sains Tahun 5. Tema : menyiasat alam bahan Bidang pembelajaran : Ciri-ciri bahan.

3) Bincangkan bagaimana anda menggunakan aktiviti ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat menjalankan eksperimen atau demonstrasi untuk mengetahui konduktor dan penebat haba. Guru akan menyediakan pelbagai objek yang diperbuat daripada

bahan yang pelbagai. Guru akan memberikan tugas kepada murid untuk mengenal pasti objek tersebut kepada kategori bahan konduktor dan penebat. Guru juga dapat menjalankan aktiviti perbincangan di dalam kumpulan di mana murid-murid akan berbincang mengenai konduktor dan penebat dan seterusnya guru akan membetulkan pengetahuan sedia ada murid yang silap jika sekiranya ada. Guru juga dapat membuat aktiviti mengumpulkan maklumat daripada sumber buku atau internet tentang konduktor dan penebat haba ini.

4) Apakah peranan anda sebagai guru bagi aktiviti ini? Guru akan bertindak sebagai fasilitator aktiviti ini dimana guru akan merangsang pemikiran murid untuk mengenalpasti konduktor dan penebat haba yang baik. Guru juga akan bertindak sebagai pemerhati bagi memastikan semua murid melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti yang dijalankan. Guru juga menjadi seorang yang memberi penerangan kepada murid-murid apabila idea yang diberikan oleh murid adalah salah daripada teori yang sepatutnya.

menggalakkan murid terlibat secara aktif

fasilitator pembimbing

GURU

pencetus idea

penanya soalan

pemerhati

Rujukan : Tony R Khulphadi. 2000-2002. Conductors, insulator and Electron Flow. Access from http://www.rare-earth-magnets.com/t-conductors-and-insulators.aspx On 17 January 2011. Tanpa Pengarang. ( 2012).Conductors and Insulator. Retrieved from

www.tutorvista.com/content/physics/physics-ii/electricity/conductorsinsulators.php dicapai pada 7 January 2014 Tanpa pengarang. The Specific Heat of Aluminium. Retrieved from

www.physicslabs.umb.edu/Physics/sum07/Exp_182_Sum07.pdf dicapai pada 7 January 2014 Tanpa Pengarang. Insulator vs Conductors. Retrieved from

http://scienceprojectideasforkids.com/2010/insulator-vs-conductor/ dicapai pada 8 Januari 2014.

Anda mungkin juga menyukai