Anda di halaman 1dari 22

SEJARAH ASIA TENGGARA DARI ABAD PERTAMA HINGGA ABAD KELIMA BELAS

NAMA : SITI NORUL AQILLAH BINTI JOHAR (AEE130059) NURUL HUDA BINTI MOHD AKIB (AEE130051)

PENGENALAN
Zaman prasejarah merupakan zaman sebelum wujudnya sistem tulisan. Tiada rekod bertulis pada zaman ini. Analisis dijalankan melalui arkeologi. Antaranya ialah temuan rangka-rangka manusia, alatan yang digunakan mereka dan lain-lain. Contohnya di Jawa, melalui kajian yang dijalankan, terdapat beberapa spesis/jenis manusia yang dipercayai hidup seawal 2 juta tahun dahulu.

Temuan manusia awal di Jawa terbahagi kepada dua iaitu pithecanthropus dan homo. Pithecanthropus membawa maksud manusia kera dan merupakan antara jenis manusia awal paling banyak ditemui di Jawa. Manakala homo ialah manusia yang hampir sama dengan manusia moden. Tidak lagi menyerupai kera. Tapi bukan manusia moden. Kajian mengenai kewujudan manusia awal di Asia Tenggara terutama di Kepulauan Jawa dilakukan oleh Eugene Dubois, Ralph Von Koeningswald, dan Weidenreich

MANUSIA PRASEJARAH DI JAWA MENGIKUT KRONOLOGI TAHUN PENEMUAN. HOMO WAJAKENSIS


Ditemui di Wajak, Campurdarat, Tulungagung, Jawa Timur pada tahun 1889. Merupakan fosil purba pertama yang ditemui di Indonesia. Ditemui oleh Van Riestchoten, dan diteliti oleh Eugene Durbois. Nama Wajakensis adalah diambil daripada tempat penemuan fosil ini. Hidup sekitar 40 25 ribu tahun dahulu. Berada pada zaman Pleistosen Atas (akhir).

Ciri-ciri Homo Wajakensis


Mukanya mendatar dan melebar. Hidung lebar dan bahagian mulutnya menonjol ke depan. Tinggi sekitar 130-210cm. Berat badan antara 30-150kg. Kapasiti otaknya mencapai 1300cc.

PITHECANTHROPUS ERECTUS
Temuan pertama dilakukan oleh Eugene Dubois pada tahun 1890 di Trinil, Ngawi, Jawa Timur. Menemui bahagian tulang rahang. Tahun 1891, temui tulang geraham dan paha kiri. Wujud pada zaman Pleistosen Tengah. Hidup pada 1-0.5 juta tahun dahulu.

Ciri-ciri Pithecanthropus Erectus


Kapasiti otak sekitar 900cc Berbadan tegap. Mempunyai alat pengunyah yang kuat. Mempunyai tulang belakang pada bahagian belakang kepala. Tulang kening menonjol dan melintang. Hidungnya menjadi satu kerana leper. Geraham lebih besar daripada manusia moden. Tinggi sekitar 165cm-170cm. Berjalan tegak.

Hidup berpindah randah. Memburu haiwan dan memungut hasil hutan (tumbuhan dan buah-buahan). Bergantung sepenuhnya pada alam semula jadi. Mencipta alatan batuan. Contohnya:- kapak genggam

PITHECANTHROPUS SOLOENSIS/ HOMO SOLOENSIS


Penyelidikan yang dilakukan pada tahun 19311934. Kajian dilakukan oleh Ralph Von Koeningswald dan Weidenreich. Dilakukan berhampiran dengan Kg. Ngandung, dekat dengan Sungai Bengawan Solo. Berada pada lapisan Pleistosen Atas. Hidup sekitar 900,000 300,000 tahun dahulu.

11 fosil manusia telah ditemui (serpihanserpihan):- tengkorak, tulang rahang dan gigi. Dipercayai wujud pada zaman Pleistosen Atas (akhir). Melepasi tahap pithecanthropus dan mencapai tahap manusia biasa. Dikenali dengan nama Homo Soloensis (lepasi tahap kera tapi sepadan dengan manusia)

Ciri-ciri Homo Soloensis


Tahapnya lebih tinggi daripada pithecanthropus erectus. Volume otaknya sekitar 1000-1300cc. Tinggi sekitar 165-180cm. Tulang kening masih menonjol. Tengkoraknya terdapat benjolan tebal dibahagian kening. Dahi landai ke belakang.

Pithecanthropus Soloensis ini juga dikatakan adalah merupakan evolusi daripada Pithecanthropus Mojokertensis. Sesetengah pengkaji menggolongkan Homo Soloensis ini dengan Homo Neanderthalensis.

PITHECANTHROPUS MOJOKERTENSIS/PITHECANTHROPUS ROBUSTUS DAN MEGANTROPUS PALEOJAVANICUS


Kajian seterusnya yang dijalankan sekitar tahun 1936-1941 oleh Von Koeningswald. Dilakukan di Lembangan Sungai Solo, di daerah Perning, Mojokerto. Penemuan fosil kanak-kanak iaitu pada bahagian gigi. Dianggarkan berusia sekitar 5 tahun. Dianggap sebagai anak Pithecanthropus Erectus. Berada pada zaman Pleistosen Bawah (awal)

Dinamakan Pithecanthropus Mojokertensis sempana nama tempat jumpaan fosil:Mojokerto. Turut dikenali sebagai Homo Mojokertensis. Hidup antara 2.5 juta hingga 2.25 juta tahun dahulu.

Ciri-ciri Pithecanthropus Mojokertensis


Berbadan tegap. Tulang mukanya menonjol ke depan. Berkening tebal. Mempunyai tulang pipi yang kuat. Tingginya sekitar 165- 180cm. Badan tegap, tidak setegap Meganthropus. Otot kunyah tidak sekuat Meganthropus Hidungnya lebar. Tidak berdagu. Makanannya ialah tumbuh-tumbuhan dan haiwan hasil buruan.

Pithecanthropus Robustus
Manusia jenis ini ditemui oleh Von Koeningswald dan Weidenreich di Trinil, Lembah Sungai Bengawan Solo sekitar tahun 1939. Berada pada lapisan paling awal iaitu Pleistosen Bawah. Menurut Von Koeningswald, Pithecanthropus Robustus adalah sama jenis dengan Pithecanthropus Mojokertensis.

Megantropus Palaeojavanicus
Beerti manusia bertubuh besar yang tertua pernah ditemui di Jawa. Ditemui oleh Von Koeningswald di tapak Sangiran pada tahun 1941. Menemui fosil rahang bahagian bawah:- lebih kasar daripada ciri pithecanthropus. Dianggarkan hidup sekitar 2 hingga 1 juta tahun dahulu. Makanan mereka ialah tumbuh-tumbuhan tanpa proses masakan. Geraham menunjukkan ciri manusia tetapi bahagian tubuh badan lain lebih kepada ciri yang ada pada kera.

Hidup dengan cara mengumpulkan makanan. Makanan adalah tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Manusia jenis ini hidup pada zaman Pleistosen Bawah ( awal ).

Ciri-ciri Megantropus Paleojavanicus


Memiliki tulang pipi yang tebal. Gigi dan rahang yang besar dan kuat. Bertubuh besar dan tegap. Tidak berdagu ( mendatar ) Mempunyai otot kunyah yang kuat. Mempunyai tonjolan belakang yang tajam. Tulang kening menonjol.

KRONOLOGI CIRI-CIRI MANUSIA MENGIKUT PENZAMANAN


PENZAMANAN HOLOSEN HOMO SAPIEN KATEGORI MANUSIA

PLEISTOSEN ATAS (AKHIR)

HOMO WAJAKENSIS HOMO SOLOENSIS PITHECANTHROPUS ERECTUS

PLEISTOSEN TENGAH (PERTENGAHAN) PLEISTOSEN BAWAH (AKHIR)

PITHECANTHROPUS ROBUSTUS PITHECANTHROPUS MOJOKERTENSIS MEGANTHROPUS PALEOJAVANICUS

Kesimpulan
Jelaslah bahawa manusia paling awal yang dipercayai wujud di Indonesia ialah Meganthropus Paleojavanicus. Kajian ini juga berkaitan dengan teori Charles Darwin Berlakunya perubahan dari segi fizikal dari manusia awal hingga manusia moden.

Anda mungkin juga menyukai