Anda di halaman 1dari 13

1 BULI - SATU FENOMENA PERKEMBANGAN PSIKOLOGI REMAJA DI SEKOLAH

Buli Satu fenomena perkembangan psikologi remaja di sekolah

Jamil bin A Bakar @ Abu Bakar No Matrik : 815775 Awang Had Salleh Gradutated Schooll Universiti Utara Malaysia

Nota penulis : Tugasan ini adalah sebahagian dari kehendak kursus SSYA 1013 Pengantar Psikologi di bawah seliaan En Azlizamani Bin Zubir

2 BULI - SATU FENOMENA PERKEMBANGAN PSIKOLOGI REMAJA DI SEKOLAH

Abstrak Kejadian buli di sekolah dewasa ini kian menjadi-jadi . Pelbagai kes dilaporkan di dadadada akhbar dan keadaan ini amat membimbangkan bukan sahaja pihak individu, malah ibu bapa, sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan seterusnya Kementerian Pelajaran. Oleh yang demikian, masalah ini perlu dibanteras segera agar tidak menjadi barah yang mengancam keselamatan dan keharmonian sesebuah sekolah. Kertas kerja ini ditulis untuk menjelaskan beberapaaspek berkaitan dengan masalah buli di sekolah. Aspek-aspek yang akan diberi penekanan ialah definisi buli, jenis-jenis buli, mengenali ciri-ciri pembuli, mengenali ciri-ciri mangsa buli, statistik kes buli, faktor-faktor yang mendorong berlakunya kes buli, beberapa peringkat menangani masalah buli dan tatacara membuat aduan berkaitan kes buli disekolah .

3 BULI - SATU FENOMENA PERKEMBANGAN PSIKOLOGI REMAJA DI SEKOLAH

Buli satu fenomena perkembangan psikologi remaja di sekolah . Pengenalan.


Dewasa ini, masalah buli terutamnya yang berlaku di sekolah dan institusi pendidikan telah menjadi agak serius sejak kebelakangan ini. Justeru itu, satu tugasan telah disiapakan untuk mengupas isu ini, berdasarkan klip video bertajuk Kiamu karya SasPutra Produktion, arahan Anawari Ashraf. Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain. ( Wikipedia versi Melayu) Peloncolan ialah suatu perkataan asing apa hari ini. Pada 1980-an, peloncolan sering digunakan sebagai terjemaahan untuk perkataan Inggeris ragging. Di Malaysia, ragging bukanlah suatu perkataan asing walaupun kepada seseorang yang tidak fasih berbahasa Inggeris. Boleh dikatakan semua pelajar (atau bekas pelajar) terutamaya yang tinggal di asrama, tahu apa itu ragging. Terjemahan yang sedang popular pada hari ialah buli , tapi mungkin masih ada lagi sesetengah orang lebih selesa menterjemahkannya sebagai mendera.

4 BULI - SATU FENOMENA PERKEMBANGAN PSIKOLOGI REMAJA DI SEKOLAH

Dalam satu kajian yang telah dijalankan oleh Dr. Noran Fauziah Yaakub, Presiden Persatuan Psikologi Malaysia, ke atas 2600 orang pelajar dari 26 sekolah, beliau mendapati bahawa mereka yang dilaporkan terlibat dalam kegiatan membuli adalah tinggi. Secara keseluruhannya, menurut Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Hon Choon Kim (2005) bilangan kes terbabit masih berada di bawah paras 0.03

peratus sahaja. Walaupun jumlahnya kelihatan kecil jumlah ini perlu dibendung agar tidak menjadi semakin parah. Oleh yang demikian, adalah lebih baik kegiatan ini dibendung terlebih dahulu sebelum ia meningkat ke tahap yang membimbangkan. Menurut Profesor Olweus dari Bergen Universiti Norway, beliau merupakan pelopor dalam kajian masalah buli di dunia; mengatakan sekiranya kes buli berlaku dalam lingkungan 10 15 peratus ia dianggap sebagai serius. Beberapa langkah yang drastik dan berkesan perlu diambil untuk menyelamatkan para pelajar dari menjadi mangsa buli. Untuk menangani masalah buli, berapa langkah mengikut peringkat boleh diambil.

Mengenal Ciri-Ciri Pembuli dan Mangsa Buli. Pembuli


Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima, dan enam. Bertubuh besar, tegap, dan tinggi. Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya. Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah. Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa, dan tidak mudah digertak.

5 BULI - SATU FENOMENA PERKEMBANGAN PSIKOLOGI REMAJA DI SEKOLAH

Dibuli Di Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua, dan tiga serta pelajar sekolah rendah.

Bertubuh kecil. Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran. Pelajar baru di sekolah.

Kenapa Remaja Suka membuli.. Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli. Antara sebabnya adalah:

Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.

Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.

Mereka pernah menjadi mangsa buli. Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan.

Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.

6 BULI - SATU FENOMENA PERKEMBANGAN PSIKOLOGI REMAJA DI SEKOLAH

Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin.

Akibat perceraian ibu bapa. Terlalu dimanja oleh ibu bapa. Sekadar mahu berseronok. Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.

Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar bercakap dalam bahasa Inggeris.

Ingin menunjukkan kekuatan sendiri. Faktor terakhir yang mungkin memainkan peranan yang penting ialah media massa dan cetak yang memaparkan aksi, pertuturan, dan tingkah laku yang ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi 'role model' bagi golongan remaja.

Jenis-jenis Buli. Buli fizikal

Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan.

Paling ganas boleh menyebabkan kematian.

7 BULI - SATU FENOMENA PERKEMBANGAN PSIKOLOGI REMAJA DI SEKOLAH

Buli mental

Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli.

Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah.

Kesan Buli
Pembuli Kesan luaran:

Apabila dewasa kelak, kemungkinan besar akan menjadi penjenayah. Bertindak agresif apabila dewasa seperti merogol, merompak, atau menjadi seorang pendera terhadap isteri.

Dibuli Kesan luaran

Mereka

akan

membalas

dendam

kepada

orang

lain.

Tujuannya

untuk

mengembalikan harga diri yang hilang akibat dibuli.

Mereka akan mengalami kecederaan dan mungkin juga kematian.

8 BULI - SATU FENOMENA PERKEMBANGAN PSIKOLOGI REMAJA DI SEKOLAH

Kesan dalaman

Hilang keyakinan diri, membiarkan diri diperlakukan apa sahaja, sanggup melakukan sesuatu demi membahagiakan orang lain, tidak mahu ke sekolah, dan sebagainya. Sehinggakan ada yang sanggup mencederakan diri sendiri kerana merasakan diri mereka tidak berguna.

Apa yang patut remaja lakukan apabila dibuli. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengariskan beberapa garis panduan yang boleh diikuti oleh semua pelajar, guru dan ibu-bapa dalam membuat aduan. Pelajar boleh mengadu kepada semua guru jika terlihat sebarang jenis bentuk buli dan mengisi borang aduan khas. Guru pula selepas menerima laporan perlu menyiasat kebenaran kes seterusnya melaporkan kepada pihak pentadbir. Sesi kaunseling boleh dilakukan sekiranya perlu. Guru perlu mengambil tindakan sewajarnya dan adil bagi kedua-dua belah pihak. Bagi pihak ibu bapa pula, perlu membuat aduan kepada pihak sekolah dengan mengisi boring khas aduan, membawa anak jagaan ke klinik sekiranya melibatkan kecederaan dan membuat laporan polis sekiranya perlu. Kejadian buli jika dibiarkan serius berkemungkinan boleh mengakibatkan kejadian-

kejadian yang lebih memudaratkan lagi seperti bunuh, rogol, dan sebagainya. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Presiden Persatuan Psikologi Malaysia, Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub, terdapat beberapa tahap untuk menangani masalah buli iaitu:

9 BULI - SATU FENOMENA PERKEMBANGAN PSIKOLOGI REMAJA DI SEKOLAH

Tahap sekolah

1. Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli. Selain itu, pelajar juga boleh menulis kes-kes buli yang telah mereka alami. Untuk mendapatkan respons tertinggi tentang perkara ini, identiti pelajar perlulah dirahsiakan. 2. Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa. Maklumat yang terkandung dalam risalah ini merangkumi konsep buli, petua mudah untuk menangani insiden buli, siapa yang boleh dihubungi apabila berlaku kes buli, contohnya talian hotline buli 1-800-884774. 3. Tindakan disiplin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli. 4. Penggunaan kamera litar tertutup(CCTV) di sekolah-sekolah secara tidak langsung dapat mengekang kejadian gengster. 5. Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa, dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya. 6. Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) sekolah.

10 BULI - SATU FENOMENA PERKEMBANGAN PSIKOLOGI REMAJA DI SEKOLAH

Tahap kelas

1. Di dalam kelas, perlu diwujudkan satu peraturan kelas berkaitan dengan toleransi sifar tentang buli. Peraturan tersebut msetilah menyenaraikan semua tingkah laku yang disifatkan sebagai tingkah laku buli (psikologi dan fizikal), dan hukuman yang akan diterima jika ditangkap atau dilapor melakukannya. 2. Ia tidak susah, setiap pelajar hendaklah diberikan senarai peraturan berkenaan tingkah laku buli dan hendaklah menandatangani dokumen tersebut dan satu salinan disimpan dalam fail pelajar. Sebelum itu, pihak ibu bapa juga turut menandatangani peraturan berkenaan. Ini merupakan tingkah laku antara pelajar dan ibu bapa atau penjaga dengan sekolah. 3. Selain itu, guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa.

Tahap individu

1. Tahap ini biasanya akan melibatkan pembuli dan mangsa. Jawatankuasa penyelaras antibuli hendaklah mengadakan perbincangan menyelesaikan masalah tersebut bukan sahaja dengan pembuli dan mangsa, tetapi juga ibu bapa atau penjaga mereka. 2. Selain itu, guru kaunseling juga bolehlah mengadakan sesi yang memainkan peranan terhadap tingkah laku empati(daya menyelami dan memahami perasaan dan emosi orang lain) atau tidak agresif dengan pembuli. Latihan pemulihan pula perlu diadakan dengan mangsa.

11 BULI - SATU FENOMENA PERKEMBANGAN PSIKOLOGI REMAJA DI SEKOLAH

Dari segi kajian pula,setakat ini beberapa kajian seperti kajian ponteng dan help seeking Behaviour sudah dijalankan oleh pakar psikistri Hospital Universiti

Kebangsaan Malaysia, manakala Universiti Perguruan Sultan Idris pula telah menyatakan minat untuk mengadakan kajian gejala buli dan ketika ini masih dalam proses mengkaji terma-terma rujukan untuk kajian tersebut. Di samping itu terdapat juga pihak seperti Rotary International yang telah menawarkan diri untuk membantu menggerakkan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah-sekolah dengan kerjasama YayasanPencegahan Jenayah Malaysia, Pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan pihak sekolah. Selain memberi kesedaran kepada murid tentang pencegahan jenayah melalui ceramah, aktiviti perkhemahan dan program Rakan COP PDRM, pihak Rotary International juga sedang memikirkan kaedah-kaedah yang lebih kreatif dan menarik seperti Permainan Pencegahan Jenayah ( Crimes Pervention Games ). Buat masa ini, sepuluh buah sekolah di lembah Klang telah dipilih untuk terlibat dalam program ini dan pihak Kementerian Pelajaran berharap lebih ramai lagi pihak yang akan tampil kehadapan untuk mengadakanprogram-program seperti yang diusahakan oleh pihak Rotary International ini.

Kesimpulan Buli merupakan fenomena kurang sihat sihat yang memerlukan perhatian semua pihak. Masalah ini mungkin sukar dibendung sekiranya pelajar dan ibu bapa tidak bersedia menghulur tangan member bantuan kepada pihak sekolah. Gejala ini mesti segera di atasi dengan apa cara sekalipun yang pelajar dapat menikmat suasana pembelajaran yang kondusif dan seterusnya matlamat pendidikan negara akan tercapai.

12 BULI - SATU FENOMENA PERKEMBANGAN PSIKOLOGI REMAJA DI SEKOLAH

Bibliografi

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003 Konsep dan manual Sekolah Selamat. Panduan pelaksanaan menjadikan sekolah, komuniti dan keluarga selamat untuk kanak-kanak. Bahagian Sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia

Hassan Langgulung. 1991. Asas-asas pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Utusan Malaysia. 19 Julai 2005. Bilangan Kes Buli, Perasugut, Vandalisme Di Sekolah Masih Kecil

Utusan Malaysia 28 Jun 2005. Sekolah Wajib Gubal Prinsip Antibuli.

Berita Harian .19 Jun 2005,Maklumat Mangsa Buli Jadi Rahsia

Berita harian 15 Jun 2005.Kementerian Tidak Akan Kompromi Gejala Buli

Bernama 15 Jun 2005. Sultan Pahang Siasat Kes Buli

Hurst,M. 2002. When it coming to bullying, there are no boundaries. Education Week. Vol 22 Page 8.

13 BULI - SATU FENOMENA PERKEMBANGAN PSIKOLOGI REMAJA DI SEKOLAH

Kementerian Pelajaran Malaysia. Perkembangan Terkini Usaha Menangani Gejala Disiplin Murid .

Kenyataan Akhbar 20 Mei 2005 Bahagian Teknologi Maklumat