Anda di halaman 1dari 5

Contoh Jawapan KBKK Langkah Malaysia untuk memajukan ekonomi negara

4. Langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia dalam usaha untuk memajukan ekonomi negara Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh Malaysia dalam usaha untuk memajukan ekonomi negara ialah dengan menguasai pelbagai kemahiran. Selain itu, masyarakat juga sepatutnya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan supaya lebih mahir dalam melakukan sesuatu perkara. Seterusnya, pihak berkuasa bertanggungjawab menjaga keamanan negara dan mengekalkan kedaulatan negara. Rakyat mestilah bersatu padu untuk mengukuhkan perpaduan kaum. Rakyat juga perlu bersikap kreatif dan inovatif untuk menghasilkan produktif yang cemerlang. Kerajaan perlu menggalakkan pelaburan asing di negara kita untuk menambahkan bilangan tenaga mahir yang terdiri dari rakyat Malaysia. Penduduk Malaysia harus mengurangkan kerenah biokrasi kerana hal ini akan mencemarkan nama baik negara. Dengan ini kerajaan dapat meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa dari segi eksport dan import. Di samping itu, melakukan penyelidikan dan pembangunan juga boleh diambil dalam usaha menjadikan negara hub halal. Justeru kerajaan dapat memperatkan hubungan diplomatik antara negara-negara yang maju seperti Korea, Jepun dan Britain. Kerajaan juga perlulah menambah institusi pengajian tinggi untuk melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan adanya generasi seperti ini, dapatmeningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan Malaysia.

Contoh Jawapan KBKK Langkah-Langkah Menjadikan Malaysia Negara Maju


. Langkah-langkah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju.. Antara langkah-langkah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju ialah kita perlulah sentiasa bersikap inovatif dan berusaha memperbaiki kelemahan diri supaya dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan.Keamanan dan perpaduan perlulah sentiasa dipelihara kerana kemajuan sesebuah negara itu dipengaruhi oleh keadaan didalam negaranya. Jika negara kita tidak aman, pelabur dari negara luar pasti was-was untuk melabur di negara kita.Kita memerlukan pelabur asing untuk melabur di negara kita untuk mengukuhkan kewangan negara. Selain itu, faktor pemerintahnya juga diambil kira. Pemerintah yang memerintah negara kita perlulah seorang yang adil, sentiasa berwibawa,sentiasa berpandangan jauh dan berkebolehan menjangka perubahan yang bakal berlaku.Hal ini penting untuk memastikan negara kita sentiasa berkembang mengikut peralihan masa.Seterusnya,kita perlu meneliti dan menghayati perubahan yang berlaku pada masyarakat lalu dan mengambil iktibar daripada peritiwa yang telah berlaku serta menjadikannya sebagai inspirasi untuk terus maju. Selanjutnya, kawasan-kawasan yang strategik yang dapat menarik minat pelancong asing, bolehlah dimajukan untuk tujuan pelancongan. Hal ini dapat

membantu negara dalam mempromosikan negara kita kepada negara lain. Pusat-pusat pendidikan perlulah dimajukan dan pendidikan haruslah dijadikan sebagai keutamaan kerana ilmu itu pelita hidup. Para pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM, bolehlah dihantar belajar ke luar negara supaya mereka mendapat pengetahuan yang lebih mendalam dan lebih terperinci seterusnya dapat memberi serba sedikit ilmu yang diperoleh ketika berkhidmat kepada negara. Sektor pengangkutan dan perhubungan perlulah dimajukan seiring dengan kemajuan ekonomi yang dicapai untuk memudahkan lagi perjalanan kita ke sesuatu destinasi. Selain itu, sekolah-sekolah yang menawarkan bidang teknikal perlulah ditambah supaya dapat melahirkan lebih ramai lagi tenaga mahir di dalam negara kita. Seperti yang kita ketahui, teknologi negara asing seperti negara Jepun lebih canggih daripada negara kita. Oleh itu, kita boleh juga membuat pertukaran teknologi agar negara kita juga setanding dengan negara mereka.Selanjutnya, seperti yang diketahui umum, zaman sekarang merupakan zaman kemunculan teknologi-teknologi canggih. Oleh itu, negara kita perlulah meningkatkan teknologi ICT agar negara kita juga maju seperti negara mereka. Pihak kerajaan juga bolehlah membantu pengusaha-pengusaha kecil dan usahawan-usahawan muda dengan memberi wang insentif kepada mereka supaya mereka dapat menggunakan wang tersebut untuk memajukan perusahaan mereka sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Program-program yang berkaitan seperti program cara menjadi pengusaha atau usahawan yang berjaya boleh diadakan untuk memberi panduan kepada para pengusaha dan usahawan untuk memajukan perusahaan masing-masing.

Cabaran kehidupan Masyarakat Berbilang Kaum (contoh jawapan Kertas 3)


Penafian agama Islam sebagai agama rasmi Antara cabaran kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia adalah menafikan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Walaupun Malaysia sering dipuji dan digembar-gemburkan oleh dunia bahawa mempunyai kestabilan politik kerana dapat mentadbir mempunyai satu komuniti masyarakat majmuk yang pelbagai, tetapi akhir-akhir ini keutuhan kenyataan itu nampak goyah. Hal ini demikian kerana, sejak kebelakangan ini kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara bukan sahaja telah dipertikaikan tetapi digugat oleh pelbagai kumpulan dan pertubuhan bukan Islam yang membuat pelbagai tuntutan serta tafsiran yang tidak munasabah terhadap Perlembagaan Persekutuan. Di antara hujah yang digunakan untuk menyokong tuntutan mereka ialah bahawa Islam tidak pernah dinyatakan secara jelas sebagai agama rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebenarnya di dalam Perlembagaan ada dinyatakan bahawa Islam adalah agama negara atau 'state religion' iaitu merujuk kepada negara Malaysia. Apabila disebut tentang agama negara maka secara dasarnya ia boleh difahami sebagai agama rasmi bagi Malaysia bukannya agama rasmi yang dianuti oleh rakyat negara ini. Tambahan pula, Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang pengamalan agamaagama lain di mana rakyat negara ini mempunyai kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing. . Pertikaian ini adalah tidak wajar sekali kerana majoriti penduduk Malaysia menganuti Islam. Agama Islam sudah berakar umbi dalam masyarakat sudah ratusan tahun dahulu. Keadaan ini menunjukkan bahawa pelbagai komuniti masyarakat di Malaysia sudah berani untuk mempersoalkan perlembagaan negara seterusnya akan pasti menggugatkan keselamatan dan kedaulatan negara Sekiranya usaha untuk mempertikaikan dan tindakan mengubah status agama Islam tidak dihentikan segera ia dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian kaum di kalangan penduduk negara ini yang sudah terjalin buat sekian lamanya.

Pelaksanan sistem pendidikan negara Cabaran yang kedua ialah daripada segi pendidikan . Seperti yang kita sedia maklum bahawa sistem pendidikan negara kita adalah berdasarkan sistem meritokrasi. Ini akan mewujudkan keadaan persaingan yang sihat di kalangan pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera. Malah pendidikan juga dilihat sebagai wadah yang boleh merapatkan jurang antara kaum dalam sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk seperti Negara ini.Namun begitu, keadaan sebaliknya telah berlaku. Misalnya, statistik pencapaian di Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Malaysia pada 1998 menunjukkan prestasi pelajar Bumiputera peringkat ijazah pertama yang mendapat Kelas Pertama hanya sekitar 2.9 peratus berbanding bukan Bumiputera (17.2 peratus). Malah, keluaran Burniputera yang dikatakan 'cream of the cream' yang berjaya mendapat Kelas Pertama pada 1998 hanya 3.4 peratus berbanding 33.3 peratus bukan Bumiputera.Pencapaian pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia juga menunjukkan 'trend yang serupa, terutama bagi subjek sains dan matematik. Pada 1998, hanya 2.6 peratus pelajar Bumiputera mendapat Al dan Al bagi subjek Fizik dalam peperiksaan SPM berbanding 17.3 peratus pelajar bukan Bumiputera. Begitu juga bagi subjek Matematik Tambahan, 6.7 peratus pelajar Bumiputera mendapat Al dan A2 berbanding 36.4 peratus bukan Bumiputera. keselamatan negara Cabaran seterusnya, kita menerima ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum dan penyimpang agama. Kelompok ini menjadi ancaman kepada negara kerana tindak-tanduk mereka yang sanggup melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan demi mencapai matlamat masing-masing. Selain daripada itu, terdapat juga pihak yang sengaja mengeksploitasi isu-isu ekonomi dan sosial politik negara untuk mendapatkan sokongan terutama dari kalangan parti politik dan badan bukan kerajaan. Kehadiran pendatang sama ada mereka masuk ke negara ini secara sah atau haram juga boleh menjejaskan imej dan keharmonian negara. Ini kerana sebilangan daripada mereka suka menimbulkan masalah dan menghuru-harakan keselamatan negara. Selain daripada itu, ancaman juga boleh datang daripada kegiatan pemalsuan dokumen-dokumen penting kerajaan seperti pasport antarabangsa Malaysia, kad pengenalan dan sijil lahir. Senario ini amat merbahaya dan ditangani dengan sebijak mungkin. Selain daripada ancaman dari dalam negara kita juga mesti berwaspada dengan ancaman yang hadir dari luar seperti aktiviti pengintipan dan cubaan menjatuhkan nama baik Malaysia dari kaca mata kuasa-kuasa besar. Peningkatan masalah sosial Tambahan pula, pembangunan yang pesat juga memberi impak negatif kepada Negara.Pembangunan fizikal yang sangat pesat seperti di Kuala Lumpur telah menyebabkan penghijrahan penduduk kampung ke bandar dengan ramai. Penghijarahan ini menyebabkan pendudukan melayu lebih ramai daripada penduduk cina selepas penghijrahan berlaku Namun, kualiti hidup di bandar meningkat dan ada sebilangan yang tidak mampu menanganinya. Ini menyebabkan peratusan kemiskinan meningkat dan telah menyebabkan berlakunya gejala sosial yang teruk seperti kegiatan pelacuran, pengedaran dadah dan kecurian. Hal ini berlaku kerana untuk menampung taraf hidup yang sering meningkat dan telah mengubah norma-norma kehidupan bermasyarakat khususnya dalam komuniti masyarakat majmuk di Malaysia. Selain itu, proses perbandaran ini juga telah melebarkan lagi jurang ekonomi dan pola tempat tinggal antara kaum . Contohnya,orang Melayu biasanya tinggal di kampung, orang Cina di bandar dan orang India di ladang-ladang. Imej ini tetap tidak berubah secara menyeluruh walaupun pelbagai langkah telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasinya. Buktinya, kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen anti dadah dan juga kempen tak nak merokok secara besar besaran di seluruh negara , namun dilihat tidak membuahkan hasil yang memberansangkan. Pengekalan perpaduan rakyat

Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan. Untuk mengekalkan perpaduan suatu cabaran yang sangat mencabar dan memerlukan suatu tempoh yang lama penubuhan Sekolah Kebangsaan (SK) telah diilhamkan oleh para pemimpin negara sebagai wahana untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum. SK diharap dapat dijadikan tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama antara satu sama lain serta melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang kepada kesejahteraan Negara.Hal ini demikian kerana setiap kaum dalam masyarakat mempunyai kepentingan tersendiri yang perlu dipertahan dan diperjuangkan seperti hak dalam pendidikan . Memastikan pembangunan negara seimbang Kebelakangan ini, kerajaan telah mengisytiharkan usaha membangunkan semula sektor pertanian di negara kita. Usaha ini adalah wajar dalam memastikan pembangunan dan kemajuan negara secara seimbang memandangkan sektor pertanian dan sektor perindustrian adalah saling melengkapi. Kedua-dua sektor ekonomi tersebut adalah sama penting dan tidak boleh diabaikan mana-mananya (www.scribd.com/doc/261975/Pn-Zairiha). Seperti yang kita tahu, masyarakat Melayu lebih mendominasi sektor pertanian dan masyarakat Cina pula lebih banyak menguasai bidang perindustrian. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan bagi mengelakkan berlakunya kejadian 13 Mei 1969 kembali berulang seperti masalah perbezaan jurang ekonomi yang ketara antara kaum.Tambahan pula , apabila kerajaan mengisytiharkan untuk membangunkan sektor pertanian, kemungkinan kaum Cina akan melihat bahawa kerajaan cuba untuk membangunkan ekonomi masyarakat melayu sahaja dan akan meminggirkan kaum Cina. Adalah menjadi cabaran kepada pihak kerajaan untuk menjelaskan isu ini.

Pelancaran Program Latihan Khidmat Negara Kerajaan telah membentuk dan membina Program Latihan Khidmat Negara bersesuaian dengan keperluan dan realiti masyarakat majmuk negara ini. Konsep khidmat negara ala Malaysia ini digubal bagi mencapai tujuan untuk memperkasa semangat patriotisme, meningkatkan perpaduan kaum dan integrasi nasional, membina perwatakan positif serta menyemarakkan lagi semangat kesukarelaan. (http://aplikasi.kpkt.gov.my/ucapan.nsf/6c7fcfbe486f405c48256e5a000bd038/298112d8f24ac 92248256fdc00349db8?OpenDocument). Walaupun program ini mempunyai pelbagai manfaat kepada negara pada masa hadapan, tetapi sehingga kini pelbagai usul dan usaha bagi menghentikan program ini telah dilakukan oleh pelbagai pihak. Hal ini kita dapat lihat apabila seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat, Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang meminta agar kerajaan segera mempertimbangkan untuk menghentikan program tersebut serta merta.Hal ini berdasarkan kepada alasan di mana telah berlakunya kekerapan kematian, masalah kesihatan dan keselamatan di kalangan pelatih PLKN. Menurut Fong lagi usul ini amat penting kerana ianya melibatkan persoalan nyawa dan keselamatan golongan pelatih tersebut (www.suarakeadilan.com/sk/berita-utama/2008/05/879) . Tambahan pula, mengikut statistik, sehigga kini 16 kematian pelatih telah direkodkan berlaku sepanjang program latihan ini dijalankan. Maka, dengan itu menjadi satu lagi cabaran kepada kerajaan untuk meyakinkan rakyat bahawa program ini membawa kebaikan kepada negara dari segala segi seperti memupuk perpaduan , pertahanan negara, dan juga sebagai salah satu proses menerapkan semangat

patriotik dalam kalangan belia mendedahkan ilmu mempertahankan diri, dan juga sangat membantu negara

<Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan, menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991.( http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru). DEB ini dilihat lebih memihak kepada kaum Bumiputera. Memang tidak dinafikan kaum Bumiputera khususnya kaum Melayu masih ramai lagi yang miskin dan wajarlah program ini ditumpukan kepada masyrakat Melayu. Tetapi , bagaimanakah nasib segelintir masyarakat Cina yang miskin? Ini akan mencetuskan perasaan cemburu dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Kesimpulannya, dalam menangani dilemma ini masyarakat majmuk di Malaysia masyarakat harus sedar akan tanggungjawab masing-masing agar kelestarian hidup yang aman akan berterusan. BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH.