Anda di halaman 1dari 26

Angka dan Lambang Bilangan

Disediakan oleh: Siaw Mei Yee Lau Ung Hong

Angka dipakai untuk menyatakan lambang bilangan atau nombor.


Angka Arab

Angka
Angka Romawi

Angka Arab
bentuk angka biasa 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9

Angka Romawi
I, II, III, IV, V, VI, VII, VIII, IX, X, L(50), C(100), D(500), M(1000),V(5000) Penulisan angka Romawi

Tambahan di belakang atau depan bilangan sebelumnya hanya dapat dilakukan paling banyak tiga kali. Tolakan di belakang atau depan bilangan sebelumnya hanya dapat dilakukan satu kali.

menyatakan ukuran panjang, ukuran berat, ukuran isi, satuan waktu, nilai wang dan kuantiti. melambangkan alamat sesuatu tempat. menombori karangan atau bahagian-bahagiannya.

FUNGSI ANGKA

Angka digunakan untuk menyatakan:


Ukuran panjang Ukuran berat Ukuran isi Satuan waktu Nilai wang Kuantiti

Ukuran panjang
Contoh ukuran panjang : 10 sentimeter (10 cm) 7 kilometer (7 km) 15 meter (15 m)

Ukuran berat
Contoh ukuran berat : 3 kilogram (3 kg) 150 gram (150 g)

Ukuran isi
Contoh ukuran isi : 6 liter (6 l ) 48 kubik 150 mililiter (150 ml)

Satuan waktu
Contoh satuan waktu : 2 jam 38 minit pukul 2 petang 30 November 1988 tahun 1928

Nilai wang
Contoh nilai wang : 1000 rupiah 50 dolar Amerika 100 yen

Kuantiti
Contoh kuantiti : o 10 orang o 5 kali o 7 peratus

Angka digunakan untuk melambangkan nombor jalan, rumah, tempat kediaman, atau bilik pada alamat.
Contoh : i. Jalan Pahlawan No. 140 ii. Hotel Mesra, Kamar 500 iii. Jalan Sulaksana III No. 54

Angka digunakan untuk menombori karangan atau bahagian-bahagiannya.


Misalnya : i. Bab V, Pasal 8, halaman 34 ii. Bab XII, Pasal 23, halaman 4 iii. Surah Yasin; 9

Lambang Lambang Lambang

bilangan dengan huruf bilangan tingkat bilangan yang mendapat akhiran -an

PENULISAN ANGKA DAN LAMBANG BILANGAN

Penulisan Lambang Bilangan Dengan Huruf

dilakukan dengan cara memisahkan tiap-tiap bahagian kata.

a. Bilangan Utuh 23 dua puluh tiga 222 dua ratus dua puluh dua

b. Bilangan pecahan setengah tiga perempat 3.2 tiga perpuluhan dua 1% satu peratus

Penulisan Lambang Bilangan Tingkat


dilakukan

dengan cara memakai angka biasa, angka Romawi, atau dengan mempergunakan huruf.

a. Angka Biasa 1. Dia anak ke-2 dari keluarga Paman. 2. Sila baca Bab 3.

b. Angka Romanwi 1. Beliau adalah keturunan Hamengku Buwono IX. 2. Semua pelajar diminta membuat latihan topik II. c. Huruf 1. Di keluarganya dia merupakan anak ketiga. 2. Siti mendapat tempat keempat dalam peperiksaan akhir semester.

Penulisan Lambang Bilangan Dengan Akhiran -an


a. Angka Biasa 1. Seniman itu terkenal pada tahun 80-an. b. Huruf 1. Usia orang tua itu sekitar tujuh puluhan. 2. Wangnya jutaan.

PENULISAN LAMBANG BILANGAN DALAM AYAT

Lambang bilangan yang dapat dinyatakan dengan satu atau dua kata ditulis dengan huruf kecuali jika beberapa lambang bilangan digunakan secara berurutan, seperti dalam bentuk paparan dan pemerician.

Contoh: 1. Dia makan dua kali dalam sehari. 2. Usianya lapan belas tahun. 3. Terdapat 72 anggota yang hadir. 4. 52 orang yang menyetujui cadangan tersebut, 10 orang yang tidak menyetujui cadangan, dan 3 orang tidak menyuarakan pendapat.

Lambang bilangan pada awal ayat ditulis dengan huruf.


Contoh: Tiga orang pencuri telah ditangkap oleh polis. (betul) 3 orang pencuri telah ditangkap oleh polis. (salah)

Pak Sako mengundang 250 orang tetamu. (betul) 250 orang tetamu diundang (oleh) Pak Sako/ Dua ratus lima puluh orang tetamu diundang (oleh) Pak Sako.

Angka yang menunjukkan bilangan yang nilainya besar dapat dieja sebahagian agar lebih mudah dibaca. Contoh : 1. Modal industri kecil mencapai 200 juta rupiah. 2. Hartawan itu mempunyai harta sebanyak 100 juta ringgit.

Bagi dokumen rasmi, seperti akta dan undang-undang, bilangan tidak perlu ditulis dengan angka dan huruf sekali gus dalam teks. Contoh : Syarikat itu terdapat dua puluh orang pegawai. Syarikat itu terdapat 20(puluh) orang pegawai. (bukan)

Penulisan lambang bilangan dengan mempergunakan angka dan huruf pada dokumen atau akta harus secara tepat menunjukkan nilai (jumlah) yang sama.

Contoh : Saya telah mendapat elaun sejumlah RM 430.00 ( empat ratus tiga puluh ringgit sahaja).